HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, October 31, 2011

Lama Menghilang Sebab Deepavali



Cak! Rindu kamu :). Kamu rindu saya tak? *perasan* hiks.


Deepavali saya ke Cameron Highlands. Seronok! Pertama kali ke sana.




Bertolak dari Putrajaya, rumah adik. 
Singgah di Tapah makan nasik lemak bersama teh tarik
tanpa tahu yang selepas itu akan menempuh jalan berliku
hingga rasa nak terburai isi perut.



Singgah di Lata Iskandar.
Menikmati panorama deruan air terjun.



Tengok-tengok saja dekat sini sambil menghisap madu RM1 satu stick.



Masih di Bee Farm. 
Kembangnya bunga matahari sekembang muka dan hidungku juga T____T.



Boh Tea Plantation.
Masa ini sudah hujan renyai-renyai.



Panoramic view @Boh Tea Plantation.



Boleh panjat ke atas untuk panorama ladang teh yang lebih best.
Separuh jalan kepala saya berpusing lalu turun.
Actually, gayat hiks!



Lawatan sambil belajar ke kilang teh boh.



Saya beli satu kerana berkenan bekasnya.



Budak ini sekarang bila suruh senyum ambil gambar suka buat muka begini.
Geram!



Jalan-jalan di ladang teh Bharat pulak.


Dah cukuplah. Banyak lagi gambar takkan nak letak semua nanti korang muntah, LOL!



nota-noti:
Bila dah seronok jalan malas betul nak balik rumah :(.

Friday, October 21, 2011

Misi Mencari Gaya Tahun 70-an (updated)




Assalamualaikum..


Kelmarin Risya tunjuk buku notisnya pada saya. Cikgu dia tampal notis baru. Risya suruh saya baca.


"Concert Cum Graduation Day on 4th December. Will be held at the Ball Room Puteri Pan Pacific Hotel. The theme for this year is Sweet 70's. Bla..bla..bla.."


Ooo. Tema 70's lah untuk konsert smart reader tahun ni. Siap parents pon kena pakai ikut tema. Syok jugak nih. Sesekali dapat bergayalah katakan.


Tapi cemana eh. Saya bukan reti sangat pasal pesen-pesen nih. Lagilah era 70 an. Kalau pesen rappers tu tahulah saya sikit-sikit huhu (maklumlah remaja zaman KRU).


70's ni fesyen pakaian zaman remaja emak dan abah. Zaman Charlie's Angel, Abba (kegilaan emak), John Travolta, Uji Rashid dan Hail Amir. Sayangnya baju emak muda-muda dulu dah takda lagi. Ada pon sehelai dah kena gigit lipas huhu.


Saya ada google-google jugalah macam mana orang 70-an pakai baju. Ada macam-macam jenis fesyen rupanya. Fesyen awal 70's lain sikit dengan late 70's. Ada fesyen simple ada yang fesyen macam nak pegi diskodut. Eh. Ada ke disco dangdut time tu haha.


Tapi yang menyerlah mestilah rambut kembang afro, seluar kembang bell bottom pakai sampai atas pinggang, kemeja fit kolar besar, skirt kembang dengan kasut platform tebal.


Untuk lelaki lebih kurang camnilah fesyennya:



gaya Saturday Night Fever ala-ala John Travolta. untuk asben nanti saya suruh dia pakai rambut afro tu.



atau sanggupkah beliau nak pakai gaya glam rock ala-ala David Bowie ni? Haha.


Fesyen lelaki senang. Pakai jer kemeja ketat (abehla terserlah keboroian nanti), seluar bell bottom dengan rambut afro tu. Abeh citer.


Yang leceh fesyen untuk perempuanlah.



Nah. Ni gaya jumpsuit. Haha. Nak pegi parti atau event pestaria sesuai ah kut. Saya ni nak pegi event sekolah tadika jer. Kena pilih yang bersopan-santun sikit.



contohnya yang ini seluar kembang ala bell bottom atau maxi skirt


Gaya untuk budak lelaki pulak camnilah:



hiks! Comel.


Risya pulak tak payahlah kan sebab nanti sekolah dah buatkan baju khas untuk dia.


Atau kami sekeluarga pakai ala-ala hippies? Hippies pon 70's jugak kan.



Hehe.


Huhu. Seronoknya nak bergaya sakan nanti tapi macam membazir pulak. Tapi nanti ada hadiah untuk pakaian tercantik. Saya terfikir macam nak sewa aje. Ada tak agak-agak? Area JB lah.


Bagi yang nak carik contoh fesyen pakaian wanita tahun 70-an dan nak fahamkan betul-betul gaya 70-an tu, layari http://www.fashion-era.com



nota-noti:
Entah jadik entah tidak plan minggu depan.

Tuesday, October 18, 2011

Gerun, Ganas & Ghairah @Gunung Lambak, Kluang



Assalamualaikum.

Kahkahkah. Gerun, ganas dan ghairah (loya pulak nak menyebutnya). Tajuk murahan demi mencari trafik murahan. Samalah macam filem murahan yang ntah hape-hape.


Jom-jom. Hari ini mahu bawa anda jalan-jalan ke kampung Dato' Abdul Rahman Yassin bukan adik-beradik Muhyiddin Yassin (eh ye ke? ntah tak tahu).



Punyalah ghairah nak take photo papan tanda nih tapi dapat separuh jer. kahkahkah. Kes photographer tak tere dan jugak kes malas nak turun dari kereta. Oh. Ya. Kampung saya memang letaknya di kawasan Taman Rekreasi Gunung Lambak ini.



Jomlah menteruskan perjalanan ke rumah bonda.



Sampai sudah kedai perabot jati. Kahkahkah. Bukan. Ini rumah bondaku.



Dari depan rumah bonda.



Saya lebih suka lepak di belakang rumah bonda. Angin gunung bertiup sepoi-sepoi.




Usai berehat sebentar di rumah bonda dan menonton drama Jewel in The Palace beberapa episod (download punya daa), lalu menteruskan perjalanan ke Taman Rekeasi Gunung Lambak. Dari rumah bonda jalan kaki pon boleh sampai daa. Tapi demi mengelakkan keti berpeluh kita naik keretalah. Lagipon nanti di pertengahan jalan anda akan bertemu kera-kera liar yang ganas lagi menggerunkan.



Macam tersengih pulak kera ini ya? Awas. Jangan berani mengumpat diaorang nih nahas korang. Mak aku cerita rumah jiran dia habis dikencingkan kera dan disapu tanah gara-gara mereka ada mengutuk si kera.



Rumah kat kampung nih besar-besar dan ada yang cecah jutaan juga. Jalan yang sedang dilalui ini pon katanya masih ada pontianak bergentayangan. Kalau tak silap ada satu rumah dekat-dekat sini Pierre Andre buat penggambaran untuk filem Alhijjab. Kata mereka Pierre Andre orangnya baik dan hormat orang tua. Nur Fathia (heroin Cinta Stanza ke Stanza Cinta ntah) pula agak sombong sedikit.


Sayangnya waktu diaorang shooting saya takda. Kalau tak, boleh juga offer diri jadi pelakon tambahan kahkahkah. Jadik pontianak? Berani ke?




Water Park. Nak masuk kenalah bayar. Dewasa RM5 kanak-kanak 4 tahun ke atas RM3. 



Kanak-kanak pasti teruja dan ghairah ke tempat semacam ini.



Gara-gara teruja dan ghairah mentengok magnum di blog ratusiput kemarin kita beli jugaklah.



Keriangan.



Keseronokan.



Keterujaan tiada batasan.



Tangisan enggan pulang.



Itulah puncak Gunung Lambak yang menyimpan misteri. Abah saya cerita ada sekali tu sekumpulan polis nak pasang pemancar apa ntah kat atas gunung nih. Bila azan maghrib berkumandang hutan yang sepi jadi riuh rendah dek segala macam benda yang keluar. Big foot pon ada katanya. Uncle Seekers kalau berani jomlah datang.



Jalan menghala ke puncak. Biasanya orang guna jalan ini untuk bersenam secara jalan kaki. Nak berlari pecut ala Watson Nyambek pon boleh kalau anda tere.



Dekat area sini banyak rumah penginapan juga. Tak pastilah berapa sewanya. Jalan ke hutan tu boleh panjat kalau mahu. 



Dah lewat petang. Jom balik! Yuhuuuuu. Abah dah pesan jangan balik sampai dekat maghrib.



nota-noti:
Tak sabarnya nak tunggu minggu depan.


Monday, October 17, 2011

Belated Celebration



Assalamualaikum.


Hai! Sayalah birthday boy. Sepatutnya birthday zikry 29 september yang lalu tapi mama dan papa tak sempat buat apa-apa untuk zikry. Lalu semalam apabila tok mak dan adik-adik papa datang ziarah kita dengan membawa hadiah untuk zikry dan kakak juga (bertuahnya dia) maka kita pon membuat sambutan harijadi secara bidan terjun.



Harijadi kalau tiada acara potong kek macam tak lengkap. Selagi tiada kek untuk harijadi selagi itulah KAKAK akan mengungkit. 



Mama masih berangan-angan untuk membuat sebiji kek yang ntah bila nak siap. ekeke.



Asyik papa membantu kali ni saya nak cuba menikam kek sendiri.



Tikam! Yeay!



nota-noti:
Semangat sedang ditiup angin lalu.




Friday, October 14, 2011

Ada Apa Dengan Mee Hoon?



assalamualaikum..

Anda semua pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta tak? Alah yang Dian Sastro dengan Nicholas Saputra berlakon tu. Saya ingat lagi masa tu saya bekerja sebagai tutor di UTM. Ada bilik sendiri (jauh pula dari lecturer senior yang lain) maka bebaslah nak buat hape pon hatta menari cha-cha tiada siapa nak pedulik. Hakikatnya, saya tak pernah pon menari cha-cha semasa itu. 


Saya sangatlah gila dengan cerita ini hingga ulang CD dia sampai 729 kali kat PC. Sampai hapal dialog si Cinta tu sebijik-bijik. Siap lekat poster Nicholas dengan Dian kat bilik rumah sewa. Siap beli kaset (masa tu kaset) lagu-lagu filem ini lepas tu ulang dengar dalam kereta pergi balik kerja. Tu takpa lagi. Siap perasan muka sendiri ada iras-iras Dian Sastro wakakak. Boleh blah!




Apa??? Takda rupa Dian Sastro? Memanglah. Saya tahu lama dah. Wakaka. Itu saya dengan rakan sekerja bukan incik papa. Masa ini belum jadi isteri orang lagi. Oh ya. Gambar ini sudah minta izin incik papa untuk tampal di sini dengan syarat nyatakan jejaka itu bukan dia. Heh! Mentang-mentanglah. Cuba kalau yang berdiri sebelah saya ialah Nicholas Saputra. Mesti nak ngaku itu dia.


Tulah dia. Orang suruh carik tajuk research proposal saya bantai buat benda lain. Last-last research tah ke mana saya pon tercampak ke lembah ini. Angan-angan nak jadik lecturer bergelar Dr phd pon terpadamlah. Wakaka. Takpa-takpa. Barang yang lepas jangan dikenang. Kalau dikenang tak bawak kau ke mana-mana pon. Realitinya, sekarang saya pon lecturer jugak. Kerja meng'lecture' anak-anak.


Ok. Dah-dah. Sebenarnya saya nak cerita pasal benda lain. Harini saya rasa macam banyak benda nak tulis. Harap anda semua bersabar. 


Oh. Ya. Tajuk hari ini ada berkaitan dengan mee hoon maka kita teruskan dengan cerita mee hoon pula. Ada Apa Dengan Mee Hoon?


Takda apalah!


Nak sharing resipi mee hoon kuah sempoi ni jeh ha yang benarnya. wakaka.


Selama ini (sepanjang berkahwin) bila jumpa mee hoon di dapor saya akan jadikan ia menu mee hoon goreng. Nak pelbagaikan rasa kadang-kadang goreng ia jadik kaler merah, kadang-kadang kaler coklat (boh kicap) dan kadang-kadang kaler putih. Bila jemu buat menu mee hoon sup pula. Bila jemu lagi kita carilah resipi lain pula.


Maka terhasillah menu mee hoon kuah sempoi ini. Alhamdulillah. Risya suka sangat. Ibu manalah yang tak senang hati bila anak yang cerewet makan tambah bermangkuk-mangkuk. Bukan tambah mangkuklah! Siap ulang makan lagi hingga keesokan harinya. Tak perlu berusaha beriya-iya di dapor tapi dapat membuat makanan disukai anak-anak. Itulah kegembiraan seorang emak-macam-haku. Kehkehkeh.


Sebelum tampal resipi haruslah mintak tumpang lalu (sambil terbongkok-bongkok dan menutup muka) kat otai masakan seperti cik inaayuNo dan suri hidup mama serta lain-lain :). Ni belum sharing buat kek lagi nih. Lagi nak kena bongkok-bongkok silap-silap meniarap terus sembunyik bawah meja sebab malu dengan daniniezaizanratusiput serta cik ina lagi sekali. Hahaha. Takpa-takpa. Lambat tahun lagi kek aku nak jadik. Salahkan incik papa sebab tak nak belikan aku mixer. wakaka. asyik ketawa dari tadik rasa nak lempang pulak.


Walaupon sepatutnya resipi macam ini tak layak tampal tapi haruslah ditampal juga manalah tahu ada anak dara atau teruna perantauan yang belum kenal mana satu sudip mana satu senduk mana satu halia mana satu lengkuas mana satu kayu manis mana satu kayu api wakaka boleh dapat inspirasi kan.


Ok. Dah-dah. Bosan baca kau membebel dari tadi. Tah bila nak habis.


Sediakan, 

Bawang merah, bawah putih, cili merah dan halia. Kisar.

Daging. Hiris, rebus lalu ambil air rebusannya.

Udang (kalau ada). Kopek kulitnya dan rebus kulit tersebut dan ambil airnya.

Sotong.

Sawi dan tomato

Sos tomato, sos cili dan sos tiram.


Let's do it!

Tumis bahan kisar.

Campak sotong. Tumis kejap. Masukkan air rebusan daging + daging dan juga udang + air rebusan kulit udang (kalau ada).

Biarkan mendidih. Campak tomato, sawi dan pelbagai jenis sos.

Boh garam.

Curah dalam mee hoon yang telah dicelur terlebih dahulu.


Ha. Sempoi je kan. Bagus buat praktis masak-masak. Buat main pondok-pondok dalam reban ayam pon best juga. Sebab confirm kau akan rasa macam terror dalam dunia mengalahkan anak jiran sebelah. Wakaka.


Bagi otai masakan seperti yang disebut di atas anda janganlah gelak-gelak ya. Saya sedang malu :P. 


Resipi credit to: En. Jamhari dan Kak Ruslin. Maafkan hamba sekiranya resipi anda dieksploitasi sesedap rasa (diaorang tak bacalah blog kau labu!)


nota-noti:
Sori. Hari ini saya terasa ingin merapu lalalala.


Wednesday, October 12, 2011

Petua Melicin & Menghaluskan Kulit



Assalamualaikum.

Ada orang dah memang dianugerahkan kulit halus bak bayi. Sampai dewasa pon masih berkulit bayi. Jelesnya saya (alah perempuan memang suka jeles). Nanti kalau kita beli produk sama macam diaorang tak jadik pon kulit kita macam diaorang kan kan. 


Tengok nih. Dah berbotol-botol (padahal sebotol pon tak habis lagi wakaka) produk safi rania dok tenyeh kat muka eh eh tak jadik cam rozita che wan pon kan kan. Hahaha. Lempang karang.




kadang-kadang tertenyeh Avail Brite tooth gel ke muka



Jadi demi nak berusaha mendapatkan kulit halus macam bayi tapi bajet takda nak cucuk vitamin C mari kita guna bahan-bahan dapur. Murah. Boleh dapat kat kedai runcit. Confirm tak kena tipu dengan amoi beauty centre punya. Apa yang penting kenalah rajin. Kalau malas apa pon tak boleh.


Bahan-bahannya:

Beras pulut - basuh dan disangan (tau sangan kan?) lalu dikisar
Asam jawa adabi takda biji - cap apa pon bolehla labu
Limau nipis - perah airnya aje


Campurkan kesemua bahan dan dibiarkan kembang seketika. Lepas itu sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 10 minit. Sementara tu bolehla pegi tido atau kalau rajin macam aku (bluwek!) buatlah kerja-kerja membersihkan rumah. Lepas tu terlupa dah ada tepek benda kat muka. Lalu 10 minit terbabas 240 minit 72 saat. Haha.


Tapi jangan khuatir. Bahan semulajadi tak memudaratkan kulit anda. Bahkan menambah keberkesanannya. Semasa nak cuci gosok secara perlahan serbuk kat muka tadi. Jangan genyeh kuat-kuat nanti tersiat kulit anda tanggung sendiri ya.


Lebihan masker ini boleh guna juga buat scrubbing badan berdaki. Tang keti boleh sental kuat-kuat. Kasik keluar semua kesan kehitaman haha. Kat tumit pecah pon boleh (kaki surirumah selalu pecah tumit).


Hasilnya, anda rasa kulit lebih halus, lembut dan cerah <--pada perasaan aku lah.


Saya tak tahulah ramuan ni sesuai untuk semua jenis kulit ke tak. Sebab masa mula-mula letak ada rasa sikit pedih. Kalau jenis kulit jerawat bernanah tu mau melompat kalau kena asam limau tadi tu kan. Saya rasa kalau masalah kulit kusam atau berjeragat boleh cuba ini.



nota-noti:
Cerita Jewel in the Palace based on a true story. Tak rugi tengok. Cerita sejarah, motivasi dan kekuatan. Bukan kisah cinta murahan atau picisan.



Monday, October 10, 2011

Cendol X-tra



Assalamualaikum.




Di JB inilah tempat makan (minum?) cendol yang paling saya gemari. Lagipon tempat cendol ini jelah yang saya tahu sebab incik papa asyik bawak pegi sini sejak zaman berdating dulu sampailah dah ada anak dua. Incik papa tu memang stereotype sikit. Kihkihkih.


Nama tempat ni cendol xtra. Sebenarnya saya tak tahu nama sebenar warung cendol ni. Dah incik papa kata nama dia cendol xtra yela tu kot.


Wah. Mesti korang ingat dapat cendol extra kan kan kalau kat sini. Taklah. Kena beli extra iya mungkin. Haha. Sebab saya tengok incik papa kalau beli tak cukupnya semangkuk untuk dia. Opss...


Warung ni lokasinya berdekatan dengan pasaraya xtra. Tula pasal nama dia cendol xtra. Takda kena-mengena dengan dapat cendol lebih pun ha.


Penjual cendol kat sini terdiri daripada mat-mat yang masih muda. Bukan pakcik mat. Pakcik mat tu abah saya. Bagus diaorang nih. Daripada merempit tak tentu pasal baik jual cendol kan kan. Satu hari nanti boleh kaya kalau sungguh-sungguh dan betul caranya. Saya pon kalau datang sini selalu berangan diaorang dapat francise kan warung cendol nih. Tah papelah kan. Orang punya warung kau pulak sibuk nak berangan. Bukanlah. Sebenarnya saya suka tengok bangsa kita maju dalam perniagaan. Dan saya tengok warung ni pon makin maju tahun demi tahun. Dulu warung dia kecik je sekarang dah makin lebar dah nampaknya.


Saya suka cendol kat sini sebab aisnya dia kisar. Macam ice-blended lah gitu. Lepas tu rasa dia semua cukuplah.


Dan lagi kat warung ni ada jual nasik kampung. Nasik kampunglah bukan nasik goreng kampung! Simple jek nasik tu tapi saya suka. Laku nasik ni berbanding nasik-nasik lain yang ada kat situ.


Nasik kampung ni nasik bungkus dalam kertas. Dalam dia ada nasik dengan lauk ikan selar goreng, sambal cili hijau, kentang, ikan bilis, ikan kering dengan sayur tumis. Macam banyak kan tapi sebenarnya memang tak puas kalau makan sebungkus jer. Sebab semua pon portionnya secoit-coit. Semua lauk sekali ngap semua abeh dah. Haha. Punyalah sikit kan. Makan pulak dengan cendol memang sedap ah. Angin lak tiup-tiup sepoi bahasa gitu. Nyaman jer sambil makan minum cendol. Lepas tu tak payah basuh pinggan dengan kemas dapur! Tu part paling best haha.



nota-noti:
Incik papa dapat donloadkan semua episod Jewel in the Palace, sukanya!



Thursday, October 6, 2011

Kejadian Yang Tidak Diingini; Sebuah Kisah Picisan



Assalamualaikum.


Takda letrik susah. Takda air lagi susah. Sebab dah terbiasa tak hidup susah.


Ini sebuah kisah picisan bahana wah bahana kau ~ macamla teruk sangat kan terputusnya bekalan letrik kepada seorang permaisuri rumah berjaya.


tak dapat berblog dengan jayanya. 

Semalam kan tup-tup tepat saja mengepost entri terus laptop tua saya ini termati. dahla tua tenat pulak tu tunggu masa je nak meninggal. Gara-gara bekalan eletrik di kejiranan saya ini diputuskan. Entah apa yang TNB nak buat saya kurang pasti. Dah namanya pon laptop tua, bateri kena plug-in sentiasa. Mati letrik dia pon matilah sama. Dan saya mati kutu sebab tak dapat meninggalkan komen bernas kat 'rumah' kawan-kawan.


Tu pasal saya lambat jengah kamu semua semalam.


tak dapat menguruskan rumah tangga dengan jayanya.

Dan lagi, kain baju yang melimpah-ruah tak sempat dibasuh. yang herannya tiap hari basuh kain tapi masih melimpah ruah jugak. Mesti nak pakai mesin basuhlah. Jangan suruh saya cuci dengan tangan. Saya tak sanggup. Baju incik papa semua saiz XXL. Saya tangan saiz XXS. Keh keh keh.


Nasiblah semalam incik papa belikan saya makanan untuk lunch. Mula-mula saya dah terbayang-bayang kena masak nasik atas dapur, bakar ikan dalam kuali dan tumbuk sambal pakai lesung. aduss. eh. nak cakap saya malas lah tu kan? Sebenarnya semalam saya bersihkan rumah habis-habisan tenagalah! tu yang tak larat nak buat keje masak-masak tu (alasan..ahaks).


tak dapat menikmati air mandi hangat lagi menyegarkan.


Dan lagi, anak kecik saya dah terbiasa cebok pakai air pancuran yang suam-suam hangat menyegarkan. Sebab tiada letrik saya belasah cebok dia pakai air sejuk. Mengamuk-ngamuk dia kat toilet. Dahlah dia 'buat kerja' sampai 3 kali semalam. Keh keh keh. Nasiblah kau nak. Biasakan diri hidup susah ya. Tapi air tu memang sejuk. Saya sendiri mandi pon terlompat-lompat sebab sejuk sangat. Macam air perigi.


Oh ya. Saya pernah mandi air perigi di tengah hutan masa kanak-kanak dulu. Mungkin ada kera, ungka, belalang tak pon rimau tengah ngendap masa tu. Betul ni. Tak tipu.


tak dapat menonton tv dengan jayanya.

Dan lagi, bekalan letrik terputus sangat lama. Sampai 4.30 petang baru terhegeh-hegeh nak hidup. Sangat bertepatan dengan waktu tamatnya drama korea Jewel in the Palace yang saya nak tengok sangat tu. Macam haram kan?



pinjam google


nota-noti:
Pagi ni saya takda. Sedang berjcard day di Jusco Bukit Indah!

Wednesday, October 5, 2011

Jewel in the Palace



Assalamualaikum..


Ini adalah tajuk sebuah drama korea yang sedang menjadi kegilaan saya untuk mengikutinya. Ya. Ini sebuah drama lama saya tahu. Tapi macam biasalah. Saya kan biasanya ketinggalan keretapi. T______T.


Disebabkan asyik tengok drama latin Bella Callamidades yang tak best tapi heroin cun saya dah terlepas beberapa episod Jewel in the Palace. Jadi saya gigihkan diri menontonnya kat youtube walaupon terpaksa hadapi banyak cabaran seperti internet lembab dan anak yang cemburu tengok mama dia ralit ngadap lappy sampai larut malam. T___T.


Huh. Tapi memang agaknya nasib tak berapa nak menyebelahi, kat youtube pon takda kesemua episod yang dah saya terlepas. Ciss!! Kecewa tul. Semoga incik papa hari ini berjaya dapatkan full episode untuk saya! Huhu.


Ini sedikit sinopsis cerita yang sempat saya tengok:


Kisahnya bermula bagaimana seorang lelaki askar diraja dan wanita istana (tukang masak diraja) terpaksa melarikan diri dari istana. Lelaki yang merupakan askar diraja tu saya tak pasti pulak kenapa dia kena lari. Maklumlah tengok kat youtube bukannya jelas sangat. Yang saya faham dia takut sebab telah ditugaskan untuk membunuh permaisuri atas arahan maharaja sendiri. Dan sebelum mati permaisuri tu bersumpah bahawa puteranya akan balas dendam pada semua askar yang ditugaskan membunuhnya.


Wanita istana tadi pula sebenarnya telah dihukum bunuh oleh ketua wanita istana (ada orang dengki). Dengan pertolongan seorang rakannya dia berjaya hidup dan ditemui oleh askar diraja yang berkelana tadi. Mereka pon berkahwin dan dikurniakan seorang anak yang diberi nama Jang Geum. Budak nilah sebenarnya heroin  cerita ni. Mereka sekeluarga hidup dalam persembunyian untuk melindungi identiti masing-masing dan demi keselamatan Jang Geum.


Tapi disebabkan satu kesilapan kecil, identiti mereka telah terbongkar. Bapa Jang Geum telah ditangkap (masa ni putera yang nak balas dendam tadi dah memerintah) atas kesalahan membunuh permaisuri. Ibu Jang Geum pula telah mati ketika cuba mencari suaminya. Sebelum mati ibunya menulis sepucuk surat untuk Jang Geum. Rasanya dalam surat tu ibunya meminta Jang Geum menjadi seorang wanita istana kot. Dan dia suruh Jang Geum cari sebuah diari yang ditinggalkan di dapur istana.


Bermulalah perjalanan Jang Geum (masih kanak-kanak) untuk memenuhi wasiat ibunya. Dan lepas tu takda lagi sambungannya yang membuatkan saya kecewa. Kat TV dah sampai part jang Geum dewasa dan berjaya jadi wanita istana. Saya nak tengok the missing part!! Huhu.




pinjam google

Oh. Bagi yang nak tengok juga bolehlah buka TV Alhijrah pukul 3.30 petang.


nota-noti:
Cerita Hantu Bonceng tak best langsung!


Tuesday, October 4, 2011

Selamatkan Bumi : Makan Je Dengan Mangkok Tu Sekali!!



Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkempen sikit.


Saya sangat pasti anda semua tahu akan bahayanya bekas makanan polisterin tu. Alah yang korang duk buat tapau nasik lemak pagi tadi tu. Kalau musim raya dia jadik bentuk mangkok, pinggan dengan cawan pulak. Berlambak-lambak dalam tong sampah lepas open haus.


Bekas polisterin ni lebih banyak buruk dari baiknya. Yang baiknya jimat sabun cuci pinggan dan jimat tangan tak payah basuh pinggan. Tapi kesan buruknya patut lebih diambil perhatian daripada kesan penjimatan hebat tadi.


Kesan buruk bukan setakat pada kesihatan diri sendiri (penyumbang kanser) tapi pada bumi kita juga. Bekas polisterin ini memakan masa beratus tahun untuk hancur. Kita dah mati jadik fosil pon belum tentu bekas polisterin yang kita guna semalam dah habes hancur. Ketika proses penghancuran pula sejenis gas akan dihasilkan yang menyebabkan ozon makin menipis.


Saya tahu kita semua bukan kisah sangat pasal nak jaga kesihatan sebab tu masih ada yang merokok merata-rata. Eh. Tetiba pulak kan. Apa lagi nak kisah pasal bumi nak sihat ke tidak. Lepas tu mulalah ngadu cuaca panaslah apalah. Padahal bumi sakit sebab kita. Kita sakit pun sebab kita juga.


Jadi, saya nak menyeru-nyeru semua peniaga dan juga tuan rumah yang buat open haus silalah guna bekas polisterin yang boleh dimakan ni. Bukan apa. Kalau makanan sedap sangat sampai rasa nak makan pinggan atau ada orang tu lapar sangat sampai makanan tak cukup ada bekas boleh back-up sebagai sumber makanan tambahan. Kelas tak?


Inilah dia bekasnya. Diperbuat daripada hampas tebu. Tapi apesal aku tak penah tengok restoran guna mende alah ni ya? Kalau kosnya mahal apalagi cas ajelah dekat customer macam kena cas kalau guna beg plastik. Alah setakat 10 sen orang Malaysia apa ada heran. 


bekas makanan dari hampas tebu


Kelebihan - 

boleh dimakan kalau lapar sangat
menyerap minyak 
hancur dalam masa 120 hari



nota-noti:
Masih ada yang menjemput ke open haus walaupun syawal dah habes. Syukur!



Saturday, October 1, 2011

#Spontaneous Saturday : Wajah Baru RM 50



Assalamualaikum...


Cantik tak?


sumber : facebook


nota-noti:
Bagi yang singgah, isnin nanti baru aku jengah korang ya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal