Assalamualaikum...
Nasiblah. Setiap hari buka blog ini akan ada gambar makanan. Sementara aje. Sempena bulan ramadhan kan. Ramadhan dengan makanan bukankah sinonim.
Sepatutnya tepek cerita ini semalam tapi semalam keletihan melampau setelah bertungkus-lumus membuat operasi membuang permainan a.k.a sampah-sarap kepunyaan Risya (anakku ini memang suka mengumpul sampah T.T).
Ini kali kedua saya (peringatan : kejap saya kejap aku adalah bergantung kepada mood penulis yang sering tidak menentu) berbuka secara buffet ramadhan tahun ini.
Pulai Spring Resort cuma terletak bersebelahan rumah saya. Eh. Bukan. Bersebelahan taman perumahan saya. Maka, berjalan kaki pon boleh sampai tapi pasti mengeluarkan keringat tak hengat. Maka, naiklah kereta juga.
Harga buffet di sini lebih kurang RM70++ untuk dewasa. Kanak-kanak RM35++ kalau tak silap. Mahal? Mungkinlah. Sesuai dengan kepelbagaian juadah yang dihidang hingga merambangkan mata. Tapi tak apa sebab kami makan PERCUMA. Terima kasih kepada pihak yang sudi belanja.
Sekarang. Ayuh kita mulakan menjamu mata. Awas! Banyak gambar.
Ada orang kata muka hero kenit ni macam muka saya. Yang mana menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak (siapalah tu ya..ehem).
Lauk-pauk kat sini adalah amat merambangkan mata. Ikan, daging lembu, daging kambing, ayam, tulang rusuk, udang, sotong, kupang dan sayuran. Maka ambil yang mana feveret saja. Dalam pinggan saya tu cuma ada udang sambal, sotong, BANYAK kupang, tulang rusuk, daging rendang minang (ugh..tak kena dengan tekak) dan isi ikan untuk hero kenit serta SEDIKIT nasik (rugilah makan nasik banyak nanti kenyang cepat).
Ambil lagi sebab tak cukup. Hep! Bukan saya makan sorang tapi kongsi dengan anak-anak. Kupang tu bukanlah sedap sangat cara masaknya tapi ambil sebab memang aku mengidamkan kupang. PERINGATAN : mengidam bukan bermakna hamil ya.
Kerabu mangga, kerabu sotong, kerabu udang. Kerabu taugeh tak ambil pasal sayuran adalah bukan feveret hahaha (jangan contohi sikap kurang baik ini).
Air disediakan juga adalah pelbagai tapi mata aku memang tak nampak yang lainlah. Air kathira sudah pasti. Tapi tak sedap T.T.
Dessert pon ada macam-macam. Ambil ini sekadar mencukupkan syarat RM70++ walaupon bukan sendiri bayar. Makan kongsi-kongsi dengan anak-anak.
Aiskrim corong pon ada. Makan-makan sebelum balik. Sebenarnya banyak lagi benda tapi malas nak ambil dah. Ada jeruk, ada pengat, ada rojak, ada keropok, ada tembikai, ada durian. Pendek kata macam-macamlah. Durian tu tipu aje tau.
Eh. Tertinggal lak gambar ABC nih. Ini encik terhebat saya yang buat. Tak menarik ABC nya. Main boh jelah tu kot hahaha.
Alhamdulillah. Tamat sudah menyiksakan mata anda semua. Waktu sedang sibuk ambik-ambik gambar ni semua seseorang menegur : "eh, ini pon nak ambik gambar ke???". Grrrrrrrrrrrrr. Aku dahla termalu-malu buat kerja ni di tengah-tengah orang ramai. Ditegur macam tu memang tambah malu jadinya. Itu pon nasib aku tak keluarkan dslr tau. Macamlah ada kan hahaha.
Tapi bak kata
cik ina dodo cheng, nak jadik blogger tegar haruslah kena tahan semua rintangan kan. Kahkahkah.
Sekian.
nota-noti:
Sekarang dalam proses membersih rumah secara besar-besaran.