Adeh. Malas nak buat karanganlah. Let picture tell the stories lah ;p.
Ikan-ikan segar. Ditangkap oleh papa kahkahkah. Malam sikit. Kawan papa, ustaz pemalu (shy) yang gigih pegi menangkap kat laut. Mekasihlah kat dia sebab sudi nak kongsi-kongsi dengan kami. Tips menjamin kesegaran ikan: jangan basuh dengan air paip. lepas tangkap bungkus dengan suratkhabar semalam. suratkhabar harini pon boleh kalau nak kena sepak dengan bapak kahkahkah.
Ikan tebal pipi. Agaknyalah. Tanya cik ina. Beliau pakar.
Wajah-wajah bakal pengenduri ikan. Nak berkenalan dengan tukang tangkap ikan? Yang pakai spek. Eh. Ramai lak yang pakai spek. Jejaka yang pakai baju kaler hitam dan hensem. Ah. Dua-dua pon hensem. Yang tak pakai topi. Yang pakai topi tu tukang makan ikan jer haha. Taklah. Yang pakai topi rajin tolong siang ikan juga walaupon baru sekor dah berdarah jari hikhik.
Ikan bakar. Saya rasa sikit jer sebab tak sedap sangatlah kedai ni buat. Kalau saya buat mesti lagi TAK sedap kahkahkah.
Ikan 3 rasa. Boleh tahan kut. Saya rasa tang kepala jer.
Ikan stim. TERBAEKKK wokk!! Saya balun yang ni aje heheh.
Kalau nak carik calon suami carik yang camni ya adik-adik. Yang ingat nak baca doa makan EHEH.
Burrppp. Alhamdulillah. Kenyang.
Terima kasih daun keladi ;p.
Oh. Lupa nak cerita. Ikan-ikan ni kami siang sendiri kat rumah lepas tu baru pegi kedai suruh masak. Apesal cik betty tak masak. Pasal rumah dia peralatan cenonit belaka. ++ dia pemalu nak tunjuk skill memasak (baca: pemalas) kahkahkah.
64 comments
wow segarnya
sedap tu..makan ikan segar...
puas makan ni...sme ikan...beza cara memasak je...ratah sedap jugak ni..
ok. nak cari calon mcm yg tukang tangkap ikan tu lah. ni sebab dgr nasihat 'akak' rina ni. kalau tak dgr nasihat nanti jadi adik derhaka. takmo takmo takmo....
heheh!!!
nk berkenalan dgn abg ensen+alim+pandaitangkap ikan voley??Bukan utk saya tahu??Tapi utk bakal anak pompuan saya.Hehehe~
ikan fresh mmg sedap..manis,tp lauk2 ni sumer mesti pedas kan..
@gadisBunga
nk yg tukang tangkap ikan tu pon boleh juga..single lagik tu HEHEH
@Pn Syg kpd En. Beh
sanggup ke Pn Syg nak bermenantukan lelaki tua kelak hahaha?
phewww.....sedapnya..!!
kalau suh masak macam ni..berapa org kedai tu caj..? :)
Baguslah tukang tangkap ikan tu. Pakej lengkap. :)
yg sebenornya itu ikan apa???? huhuhhu..dari si buta ikan
bestnya kenduri ikan fresh.. telan liur tgk.. tgk ikanlah.. kalau anak dara bolehlah telan liur tgk ustaz tu.. he..he..
bestnya kenduri ikan fresh.. telan liur tgk.. tgk ikanlah.. kalau anak dara bolehlah telan liur tgk ustaz tu.. he..he..
bestnya makan ikan fresh camni....
kalau ustaz tu masuk imam muda, mesti ramai peminat....
wah, sumanya sedap2 belaka..ikan segar tu
Wah! Hari Ikan Sedunia! Bestlah, semuanya mampu menjejeskan air liur saya...
@kakcik
Ada nak pompuan x kakcik? Leh booking ;p
@Hanis Azla
kikiki..
@sahromnasrudin
ikan tebal pipi lah kut. kena tny cik ina ~ dari si buta ikan juga ;p
oh single lagik ke. igt dah kawin tadi. tak berani den nak tanyae2. hahaha!!
bestnya menu2 tu semua
tak rugi bawak makan2 gini...sebab semua licin...kihkih.
Oh..boleh ek buat gitu, bwak ikan sendiri...best juga kan ...
mamat baju hitam berspek bertopi time org baca doa, dia sibuk amik gambar! hahaha
menggugat perut nih.HAHAHA.
@Daddy Ziyyad
HAIPP!! somi den tu hahaha
sdpnya fresh gitu!
Rina! Perut sy tgh mendidih kelaparan. Tgk gamab Rina, tambah didih le jawabnye!
amboi kak. kenduri habes. ni yang jeles ni. haha
@nabilah_2908
haritu kami makan 7 dewasa+ 3 kanak²+ 2 bayi
nasi, kerabu mangga, sayur kailan, air, keropok rm90
hensemlah...hihi~
kesian yg pakai topi tu
dikata muka mcm ikan..muahaha!
@Ati Masrif
HAIP!! Mana ada kita kata muka yg pakai topi tu macam ikan? Tu somi kitalah uwaaaaa
wow best ikan fresh..klu sy lg sanggup msk dr siang..tak suka siang ikan.busuk!haha..
apapun nmpk semua hidangan menyelerakan..ikan stim tu tenggelam,kuah banjir ye..:)
@Puan Kutu
kalau saya sanggup makan je haha
hehe, love to eat any kinds of fish. emm, ikan tiga rasa itu terlihat sangat lezat...:) klo dihidangkan hidangan seperti ini tiap2 hari, confirm berat badan naik dengan mendadak ckckckckck
Fresh form the farm and fresh from the kitchen Ini dia baru betul rina... sedapnyeeerrr.....
bleh pulak kedai tu nk masakkan
owh.... banyaknya ikan...
kalau mintak kedai masakkan kira cam mana harga nya ek ? tk pernah buek lagi ni , leh cuba satu hr nanti
@puanbee
rege ikan x masuk..just caj utk masak je kot
ikan ni goreng pun sodap
Ikan segar..pas tuh dibuat plak masakan pelbagai rasa..mmg kenyang pewut ler memakannya..kan.. nampak sedap plak tuh.. :)
wah.. sedap semuanya.. nampak fresh gitu...
sedapnyaa kak rina!hee
segar2 plak tu..byk la tangkapan smpai blh wat byk jenis lauk..hee
pss : thankss kak..doakan Ira jdi cikgu y penyayang..hee..++ semua tu la...hee...nervous..tanggungjwb dah berat..:)
perrghhh kalu sy dpt ni mmg bersandar la...
sodapnye..telan air liur cik :)
ADUHAI...sedap & segar2 ikan ni yek...cam terliur jak (^_^)..lebih lagi yg cik betty tulun tu..ikan masak stim...
alahai,,,,,,bestnya!!!
bagusnya blh bawak ikan drpd rumah mitak tukng kedai masakan....
ikan masak stim tu mengiurkan, aku pun rasanya aku akan lantak yg itu.. yang lain2 macam dah biasa..
ikan segar msti sedap kan..:D
Ikan Bakar Fresh? Yummy...
sedapnya dapat makan ikan fresh
sakan en suami snap picture eh..sure nak kasi kat rina utk post di blog la tu kan..ekeke..
errr..ikan ape je eh...: ikan siakap ke? ke salah :p
Ikan o ikan... mmg mkn ikan ye CikBetty... sedap nampaknye tu...lg2 yg fresh...pergh... ikan kat sini xberapa nak freshla...hukhukhuk
yang paling best...masak stim...telan air liur jerlah...hihihi...cik rose masak lagi sedap(yo la tue....hihihi)
@diana
yg x sedap tu org lain balun bukan sy hihi
@Cik Rose Cute
sy pon paling suka yg stim..hirup kuahnya emmm sedap betoll
@chii
siakap xdak chii
@ABU
tulah..akak pon belasah yg stim tu jer..ikan masak lain akak x pandang dah..
@lianalovekhairi
lina. link blog awak xdalah. jd maaf ya x boleh jengah blog awak :)
sesekali layan pulak masakan dikedai menggunakan ikan yang segar dari laut itu.. ;)
yela. kite percaya peralatan yg akak ada cenonit je. hehe :)
sangat menyelerakan...ni mesti nak makan air tangan tukang masak kat kedai kan? ngaku jelahhh akakaka
Wow.. sedapnya.. Kalau dapat join makan sama.. lagi best! hehe
amboi sedapnya ikan baru masak cam tu : )ikan tebal pipi sedapkan.boleh je dorang masakkan ikan yang kita bawak sendiri, seronokkan makan ramai-ramai cam tu.