HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, June 4, 2012

malu sendiri.






Pernah tak korang korek balik entri lama korang yang zaman purba baru-baru nak belajar berblog punya?
Lepas tu korang berada dalam situasi eh merepek apakah yang aku taipkan dulu ni?
Aku la tu, bukan orang lain pon.

*malu sendiri*

Saturday, March 24, 2012

edit template blog.






Hai. Dah berapa hari tak menconteng apa-apa kat sini. Takda idea nak mengarut apa.
Harini naik sengal dah badan. Dari pagi cuba berlagak tere nak edit template.
Bukan edit apa pon. Just tukar kaler sana-sini.
Itu pon naik juling bijik mata.


Padahal dah upah budak comel ni untuk edit template blog ni.
Tapi dah bangsa tak penyabo kan.
Gatal jugak tangan edit sendiri.
Takpelah. Part susah (susah bagi saya) biar dia buat EHEHE.


Zikry pon dah tergolek. Kesian dia tertido sendiri.
Risya takda keje lain selain dari menghadap game.
Encik papa sibuk dengan urusan.


Kalau korang nak menempah template yang comel seperti saya errr maksudnya seperti template saya tak perlulah carik hingga ke lubang cacing tapi emelkan segera kepada syazwanajamal@hotmail.com. Blog dia sila klik di >>SINI. 
Dalam 3-4 orang yang dihubungi hanya adik ni sorang sahaja yang mahu melayani permintaan saya.
Yang lain sonyapp.


Atau kalau anda berminat dengan template yang seperti >>INI juga boleh hubungi hoya hadis. Tapi tak tahu still available untuk tempahan atau tidak.


Bai.






nota-noti:

Dah biasa tengok blog sendiri kaler hitam rasa lain macam pulak bila dia dah jadik putih.

                               

Wednesday, December 14, 2011

Google+ Korang Dah Join Ke?




Assalamualaikum..



Korang dah join google+? 


Saya dah join jugalah walaupon tak mengerti sangat apa nak buat kat dalam tu haha. Biasalah. Apa orang buat saya nak buat gak. Tak nak ketinggalan kononnyalah.


Adalah jugak saya buat circle khas untuk blogger. Jomlah add saya Rina AVAIL. Kalau sudilah ~hiks. 


Lebih kurang facebook jugalah benda nih. Boleh bersosial kat dalam tu. Ping-ping entri sendiri yang bajekkk best sangat haha.


Saya ada jugak buat google pages untuk folo-memfolo sesama kita sebab dengar-dengar khabar widget follower yang biasa kita guna tu nak dihapuskan (tak tahu betul ke tidak). Tapi saya dah mati akal sebab widget g+ tu takmo gak muncul kat blog walaupon macam-macam tutorial saya dah godek. Keciwa T___T.


Saya try juga nak pasang button google +1 kat setiap entri (lebih kurang macam button like untuk fb) tu tapi pon tak jadik jugak. Button ni kira penting jugaklah pasal memberi kesan kat Google SERP (Search Engine Result  Page). Tahler tak tahu kenapa tak jadik. Dah naik lenguh otot bahu dah. *Padahal entri kat blog ni bukan bermanfaat sangat pon tapi nakkk jugak pasangg kan haha.


Oklah. Bai. 


*sedang kecewa :(.


nota-noti:
Rasanya coding blog ni yang bermasalah sebab kat blog satu lagi elok je g+ tu muncul.


Saturday, December 3, 2011

Akhirnya Jumpa Cara Nak Besarkan Gambar Dan Tak Pecah (updated)




Assalamualaikum..

Aku selalu rasa nak hentak kepala kat dinding (haha saja nak over) sebab jelesnya tengok gambar kat blog orang besar-besar, jelas, terang dan mengancam. Kat blog aku pulak paling besar boleh letak saiz large aje sebab kalau aku pilih x-large atau original saiz habis lari template blog.


Akhirnya, setelah berpenat-lelah jumpa jugak caranya. Tak kisahlah kalau orang dah lama tahu kan. Ataupon cara ni salah ke. Yang penting aku baru tahu haha. Sila tepuk tangan kuat-kuat untuk aku okeyy!


Hah. Meh aku ajarkan kut-kut ada yang tak berapa reti cam aku. Yang dah reti tu dok diam-diam jelah ya hehe.


Mula-mula gambar yang korang nak upload tu resize dulu kalau berat. Aku selalu resize guna photoshop.


Lepas tu upload ke blog macam biasa.


Contohnya macam gambar ni. Kecik kan? Macam main ngintai-ngintai jer.




Sekarang ni kita edit gambar di atas supaya lebih besar. Klik edit html.



Sekarang fokus penglihatan kepada bulatan biru, merah dan hijau.

Tukar semua yang dalam bulatan:

Bulatan biru = padam semua (tapi kalau gambar menegak height simpan width yang buang).

Bulatan merah = tukar kepada width yang sesuai dengan kelebaran blog anda (bergantung kepada saiz #main-wrapper sama ada 600 px, 500 px dsb). Pandai-pandai adjustlah.

Bulatan hijau = tukar kepada s800 (ini untuk kasik gambar jelas dan tak pecah).


Jadiknya macam nilah:




Hasil setelah gambar budak comel di atas diedit tumbesarannya:


Puas hati dah :). Untuk template blog aku ni tak boleh nak set width gambar 600px nanti abeh senget template. Aku pon tak tahu camane nak ubah padahal #main-wrapper dah set 610px. Jadi terpaksalah berpuas hati dengan width 550px sahaja. Sobs.



Dah. Tu je nak share ^___^.


nota-noti:
Tah cemanalah rupa aku ahad nanti. Rasa nak ketawa dekah-dekah.


Friday, September 9, 2011

Kenapa Saya Semakin Jarang Update Blog?



Assalamualaikum..



raya kedua kat rumah tok mak incik papa - hambek kau satu famili pakai kaler sedondon


Biasanya saya update blog 5 kali seminggu. Tapi buat masa ini berkurangan 3 kali seminggu aje.


Sebabnya:

  • Ini bulan syawal. Saya harus pegi beraya dan marhaban. Hampir setiap malam hingga bila balik terlentang tak sedar diri lagi nak tulis blog. Ada orang kata orang Johor beraya sebulan. Kat Johor sajakah? Atau saya sajakah?


  • Dan orang datang beraya rumah saya. Maka haruslah pastikan rumah kemas senantiasa supaya tetamu tak tersalah tafsir saya surirumah pemalas atau mak lampir yang kerjanya ngadap blog saban waktu. Pagi petang rumah kena sapu dan kemas. Maklumlah, dua askar kecik dan satu askar besar siap sedia menyepahkan rumah ini. 


  • Dan juga bila orang datang beraya selain kuih-muih kena juga masak-masak sikit. Sajalah nak tunjuk sikit bakat memasak yang tak berapa nak ada tu. Alah setakat mee goreng apalah susah sangat kan.


  • Juga, masa tidak update saya boleh guna pegi jengah blog anda semua. Saya paham perasaan anda yang ternanti-nanti kehadiran saya mengomen kat blog anda (haha..jangan menyampah). Sebab saya macam tu jugak. Tertunggu-tunggu komen anda macam pungguk rindukan bulan. Eceh. Baca komen anda macam satu hiburan buat saya.


  • Dan lagi saya ada tanggungjawab kat blog yang satu lagi tu. Kasihan kat sana. Update sudahlah jarang-jarang. Alhamdulillah, ada juga pelanggan membeli-belah kat sana. Anda bila lagi? Ekeke. Kiranya impian saya nak bekerja dari rumah 10% dah jadik kenyataan. Kenapa 10% aje? Sebab 90% lagi masa saya adalah pada tanggungjawab surirumah tangga. See, nak kerja dari rumah bukan semudah makan ABC atau baca ABC.

Terima kasih dan sila datang lagi :).



Thursday, April 14, 2011

Yesterday News!

Assalamualaikum..

Betty baru saja tahulah kan semalam ialah wordless wednesday. Hari yang mana pentulis blog seantero tak perlu nak tulis dalam blog. Tak kiralah ayat pendek atau ayat panjang atau ayat yang sangat panjang macam entri semalam. Ironi sungguh.

Oleh itu hari rabu adalah khusus entri bergambar semata. Ceritanya pandai² readers nak karang cerita apa.

Owh..kalian semua sudah tahulah wujudnya hari spesel macam tu? Betty sorang² yang yesterday news. Kah kah kah.

Oh ye. Pada kalian yang kecewa semalam kerana cerita gadis bermotor tidak tamat. Memang biasa kadang-kala cerita kadang² akan sengaja digantung tak bertali. Lagipon semalam bukankah ialah wordless wednesday jadi part nasib gadis motor betty wordless kan. Hehe. Sori.

Yang benar betty pon tidak tahu apa kesudahan nasib dia. Kalian reka²lah suka hati. Tapi betty yakin sungguh ending kisah gadis motor tak klimaks sangat seperti yang kalian harapkan. Filem yang best pon kadang² ending macam tak berapa nak ending kan?




Cuma nasib bayi yang naik rangka basikal ini saja yang diketahui untuk semalam. Semalam dia kena injection imunisasi yang terakhir. Sebagai bayi lelaki yang hero kena kuali panas pon takda memberi kesan serik setakat injection ah apalah sangat. Tak nanges pon. Demam pun tak. 







Friday, April 8, 2011

Pengsan! Yuyu Zulaikha Folo Saya.






Blogger popular polo saya?
Pengsan 23 minit.







Monday, January 24, 2011

saya dan award.






Kau ingat artis je ke boleh dapat award?..

Aku blogger (layakkah aku???..perasan je) pun dapat award jugak..

Tak dapat pegang tapi dapat tengok..oklah tu..award jugak

CheNo yang bagi..nanti aku pass pulak kat orang lain..

Siapa? Tengoklah nanti..(10 orang tau..banyaknya...)

Ingat nak ambik je senang-senang???..

Jawab soalan cepumas dulu..

Berikan 4 ciri lelaki/wanita idaman..

first..yg macam mr papa

second..macam mr papa jugek

third...mestilah yg macam mr papa

fourth..also yang macam mr papa..

Nape? Laki kau best sangat eh?

Best untuk akulah..tak semestinya best untuk orang lain..

Berikan satu tips ringkas kekalkan hubungan dengan pasangan..

Apa eh? Aku sentiasa ingat dia adalah pasangan terbaik aku...

Pernah jumpa doa pendekat jodoh atau putus cinta?

Pendekat jodoh takde tapi putus cinta...macam pernah tengok..

Kena bagi award ni kat 10 blog pilihan (ni penat sikit..buat sikit2 boleh??..nak masak dulu..)

Aku bagi kat : junko, cik lekit, dali, mummy fara, haniz..nanti aku sambung lagi..

                                 
                                                       (bz...bz...bz)


Meh aku sambung lagi..nazrul, hembusan,cik nas, deq deq..adeh lenguh..sapa lagi ni..effi bolehla..

Ahh..diaorang ni semua tak tau lagi aku dah pass award ni kat diaorang..

Nanti..nanti kalau sempat aku bagitau kat diaorang..

Aku letih..kurang tidur..sakit kepala, selsema dan sakit tekak..

Sunday, January 9, 2011

Terima Kasih, Haniz!







Macam nilah muka aku sekarang. Kembang dah memang kembang. 


Tapi happy sebab,


Haniz dah tolong aku buat header yang cun.


TERIMA KASIH, HANIZ!!

Saturday, January 8, 2011

nak header cantik.





Aku ni kan sebelum kenal blog aku lebih suka cantikkan rumah. Selalunya IKEA lah tempat aku memborong. Sekarang nih dah ada blog, aku nak cantikkan blog aku pulak. Nak buat header cantik-cantik masalahnya design aku fail. Kejap try guna photoshop kejap kang photoscape tapi hasilnyaaa apa pon tak bleyy.


Jealous aku masuk belog orang header semua mengancam. Otak aku dah jem dah baca tutorial. Ada sesapa nek tolong aku buat header?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal