Aduh..payah tul nak istiqamah dalam menulis blog. Alasan bizi..ceh ceh. Nyampah alasan gitu. Orang lain bizi gak kan boleh plak ada masa tulis blog. Apa taknya ada masa terluang main candy crush yang tak lepas-lepas level 65 tu. Kecewa T_T.
Sementara takde customer nak layan pagi nih baik aku sambung citer umrah aku yang tah bila nak sudahnya. Jangan sampai dah nak pegi sekali lagi nanti masih tak sudah-sudah, sudahla kan. Sudah cukup sudahh..cukup sampai di sini sajaa..ehh termenyanyi plakk.
Bersambung yang haritu, akhirnya sampaila jugak kami ke Madinah lebih kurang pukul 4 a.m pagi waktu Madinah. Kalau ikut jadual dah masuk hari ke-2 lah. Waktu sampai azan Subuh dah berkumandang. Tak sure itu azan pertama ke kedua. Kat sana ada 2 kali azan Subuh. Yang pertama just nak kejutkan orang. Yang kedua baru betul-betul masuk Subuh. Sampai-sampai terus check in hotel.
Tengah tunggu kunci bilik. Mujurla aku tak sebilik dengan papa. Kalau tak tahun depan mesti dah kelek baby baru wakaka. Aku sebilik dengan mak, mak jan dan lin. Papa sebilik dengan geng-geng dialah. Bilik sebelah-sebelah je tapi jumpa papa sesekali je. Aku biasa pegi masjid dengan room mate aku lin. Lagipun sebelum pegi papa dah pesan. Dia mungkin akan lebih banyak berjalan dengan kawan dia berbanding aku..so aku ok saja.
Mulanya kami diberitahu hotel kami terletak agak jauh dari Masjid Nabawi tapi alhamdulillah kami dapat hotel sangat dekat dengan masjid. Al-Fayroz nama hotel dia. Masjid Nabawi cuma kat belakang hotel ni saja. Jalan memang tak sempat berpeluh keti walau panas terik.
Pemandangan Masjid Nabawi dari sebelah hotel kitaorang. Payung-payung tu tengah kembang. Aku tak pernah dapat peluang tengok waktu payung ni terkembang atau terkuncup.
Macam nilah sepanjang jalan dari hotel ke masjid Nabawi. Penuh dengan penjaja. Paling ramai lepas Subuh dengan lepas Asar. Macam-macam jual. Aku memang banyak borong souvenir macam jubah kat sini. Murah-murah. Tapi shopping kat sini (Mekah/Madinah) memang kena tahan sikitla kalau nak tawar-menawar sebab Arab ni kan kasar dan kurang penyabar sikit. Silap mintak kurang harga penumbuk diacukan kat muka kita. Order makanan kadang dia macam bolayan je kat kita. Nak belek barang lama-lama kat kedai dia nanti dia berhangen satu macam. Kalau kita dah belek pegang lepas tu mintak tawar lepas tu tak jadik beli memang makan sumpah seranah dia la jawabnya. Aku agak jela sumpah seranah sebab aku tak paham apa dia cakap heheh. Yang penting diaorang ni patutnya kena belajar ilmu cara-cara layan customer haha.
Sambung kisah pas baru sampai tadi. Masuk bilik je ambik giliran bersihkan diri untuk siap-siap gi solat Subuh. Mutawwif pesan solat kat bilik je memandangkan kita baru sampai setelah 24 jam lebih perjalanan. Tapi sebab semangat tengok Masjid Nabawi tu memang tak rasa penat tu. Lagipon rugi tak ambik peluang.
"Setiap solat fardhu di Masjid Nabawi pahalanya dilipatgandakan 1000x berbanding solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram. Kalau dapat buat 40 waktu in shaa allah termasuk golongan yang akan dibebaskan dari api neraka."
Perkara di atas ada disabdakan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Tapi tak dapatlah 40 waktu sebab kat Madinah sekejap je. Nak cukupkan 40 waktu paling kurang kena 8 hari kat Madinah.
Mak Jan pesan dan aku pernah terbaca jugak, kalau kita baru sampai Madinah jangan mandi dikhuatiri demam sebab perubahan cuaca. Tapi aku mandi jek sebab tak selesalah dah 24 jam tak mandi. Bertawakkal je pada Allah. Alhamdulillah aku sihat je sepanjang kat sana. Tak demam, tak batuk dan tak selesema walau cuaca sangat panas. Kalau nak tau cara aku jaga kesihatan masa kat sana boleh klik >>SINI.
Mak mentua aku dah gi masjid dulu ngan mak jan. Masa pegi tu aku dengan lin rasa pelik sebab semua orang cam berpusu-pusu keluar masjid yang kami ni baru sibuk-sibuk nak gi solat. Rupanya waktu dah pukul 5 lebih. Syuruk 5.30. Patutla pon.
Waktu solat di Madinah. Maghrib dan isya' lebih kurang kita je. Yang lain je awal.
Rasanya cukuplah dulu sampai sini. Macam dah panjang jek. Sori kalau ada yang rasa pendek dan tak puas baca (haha mengkonon ada yang baca). Aku nak buat keje lain pulak. Ada masa terluang aku sambung lagi. Bila tu tak tau lagi..hihi..
26 comments
dulu ms dtg sini payung tu lom ada lg...skrg ttu d a bertambah meriah kn? ;-)
Klu ikutkan, rina tua dr sy tp tua tak byk pun lah. Heheheh...tp nape Rina nmpk lg muda dr sy eh? Apa petua eh? Hehehehehe...
kena simpan duit ni... bila la nak sampai sana...
@Khai♥Rin : anies
oo dulu xda ye..cantik payung2 tu :)
@faraherda.razalan
hehe..cer kobek entri lama sy nnt jumpala petuanya..salah satunya salu amalkan lepas solat ayat 4 surah yusuf..
@Tukang Karut
in sha allah kalo niat yg baik pasti dipermudahkan :)
Melihat timbunan selindang itu yg buat anak-anak dara kakak setiap kali balik solat mesti beli sehelai Rinna... selipar bulu-bulu SR5/- pun mereka dok beli.
Kakak satu bilik dgn abang tapi tak dapat baby pun hihi....(ketawa besarlah tu Rinna)
letak timbun macam tu jer...okey nanti sambung next entry
akak pun baru balik umrah bulan 6 lps. tringin nak pergi lagi kalau ada rezeki.
Rindu Madinah..
Salam. Lama tak singgah blog cik betty, pergi umrah rupanya hari tu. Kakpb tengok gambar dah bnyk perubahan banding dgn kakpb pergi tahun 90an. Payung kembang tu dulu takde, org jualan pun takde. Kakpb dulu stay hotel berdepan dgn Masjid Nabawi, ntah ada lg ke tidak. Seronok umrah kan? panas pun tak rasa sgt.
rindu saat2 kat sana kn rina....hrp boleh sampai lg jd tetamu Allah....
seronoknye dapat pegi sane.. insyaAllah nnt kalau di izinkan dapat juge kan.. doakan eda ye..
seronoknyaaa akk gi sana,..
ira pn teringin nak gi...
mudah2an...
seronoknyeee . smoge satu hari nnt dapat laa jejakkan kaki kat sini :')
Moga kita semua dapat menjejakkan kaki di sana..
bestnye dapat pi mekah..doakan sy ke sane jugak ye =)
Pergi umrah! Bestnye...miga suatu hr nnti, rietta juga akan berjaya jejakan kaki ke sana...
nice entry...Salam ukhuwah dari Bunda...
alhamdulillah..tmpat paling tercantik disini la kan,,
Assalamualaikum rina...
alhamdulillah sampai gak kat sana kan? bang fenn insyaAllah projek 2015...impian nk kesana bakal menjadi kenyataan jika ada kesempatan diberikan olehNya...
mesti teruja kan...
dah lama sangat tak datang sini. maklum guna blog baru.
bestnye dah pegi umrah. muga satu hari nanti farah jua dapat kesana. amin.
Salam kenal.. Mmg teringin nak pegi sini..Insyaallah satu hari pasti akan sampai.. ;)
Salam.blogwalking sini :D
Salam ziarah&salam aidiladha, wah,bestnye bila la agaknye akan sampai ke sana...'
rindu nak kesana lagi..