HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label pok pek pok pek. Show all posts
Showing posts with label pok pek pok pek. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Project X : Panpeng






Hi :))))...

Sekarang jarang dah saya update kann..
Gitula blog ni kalau asyik tinggal je memang liatla nak tulis.


Cuti sekolah ni anak-anak saya asik-asik lapoo manjang.
Pening dah nak masak apa.
Maklumlah mama diaorang ni masak dahla tak berapa nak pandai tsskkk.


Pagi ni bangun kepala ligat mikior apa nak masak.
Tetiba tup mendapat seruan mari membuat pancake di kala orang lain dah tere buat durian crepe huwaaaa.
Kat mana la nak dapat DC area umah saya ni ekk.
Nak suruh saya buat sendiri sampai kucing keluar tanduk pon belum tentu saya nak buat.
Tapi kenapa peribahasa cakap kucing bertanduk haa??? Kenapa bukan ayam ke itik ke hamster ke kan.


Biarkan la pasal peribahasa tu.
Nak susah pikir buat apa.
Lebih baik pikir acane nak buat pancake.


Nak buat pancake pon tak reti kan harusla gugel blog-blog pakar memasak.
Pastu kebolehan saya ialah menjadikan resipi tu asal boleh huwahuwahuwa.
Sebab-musababnya lecehla nak ikut resipi betul-betul.
Nak pakai tepung naik sendiri la..telur gred ABCDEFG laa..


Jadi sebab tepung naik sendiri tu takde saya guna jela tepung biasa.
Alah tepung jugak kan.
Pakai telur gred apa tak tau asalkan telur ayam..butter ntah bape sudu sebab keras lagi dah masuk dalam bowl..baking powder..gula..garam..susu sejat pehtu pukul pakai hand mixer yang pakai ntah berapa tahun sekali tu.
Pakai blender pon boleh kot tapi kang pedas pulak pancake saya hihihi.
Panaskan pan sapu butter pehtu senduk jela adunan tadi.
Biorkan la dia sampai masak. Balikkan supaya tak hangus. Tapi ada hangus-hangus lagi sedap hihi.
Dah masak siram ngan madu sebab maple syrup tu takde.
Asal boleh je.
Alah anak saya pon je yang nak makan.
Janji anak-anak saya kata sedapp sangat mamaaa!!
Diaorang pon makan sampai kekenyangan.
Itula projek saya pagi ini. Projek X : PANPENG!! (Pancake + Lempeng).
Hihihi.

Dah tengahari la woi. Orang dah nak makan nasik dah.


Ok. Baii.
Nak pegi packing order customer plak. 
Pastu nak masak lunch. 
Nanti petang saya jengah korang.


#Saya ada 2 entri terperam dalam draf. Tak taula berapa lama akan terperam tu huhu.



Thursday, September 13, 2012

nak serikan muka caranya tak payah basuh muka hihi






As-salam :)).

Cakkk. Masih ingat saya di sini?
Apa?
Sudah terlupakan???

*nanges sambil log out blog*


















Kahkahkah.
Beberapa hari sangat bizi kerana memberi tumpuan kepada rumahtangga tapi kain baju tak habis lipat jugakk.

*ohh sekarang kantoi kurang memberi tumpuan kepada rumah dan tangga sebab memberi tumpuan kepada blog.*


Di samping iitu, bizi packing order customer.
Tengok >>SINI apa aku jual. Juga boleh tengok andai mahu tahu kenapa ada Avail di penghujung nama aku kiki.


Hari ni cuma nak bagitau pasal aku dah tak cuci muka waktu pagi haha.
Tak cuci pakai cleanser lah.
Sebab haritu ustaz don kata jangan cuci muka pakai cleanser pagi-pagi kalau nak kasik muka ada seri.


lihat petua 2 kata apa

Haha. Nak seri punya pasal aku rela tak basuh muka pakai cleanser waktu pagi.
Nampaknya cleanser aku yang ada 3 botol  tu (lain-lain jenama ini kes tak habis sebotol dah beli botol baru jenama lain sebab cepat bosan haha) akan masa bertahun-tahun nak habis tu pon nasib baik kalau dapat habiskan mana tahu aku terbeli pulak lagi jenama lain hahahihihuhu. 


Nak bagitau lagi pagi-pagi aku cuci muka dengan buah tomato aje hihi.
Ingat nak pegi tadah embun di hujung rumput wat cuci muka tapi malas lagipon ada lagi ke embun zaman sekarang ni?
Kutu embun banyak kot.


Byeee. Nanti petang kalau tak bizi saya melawat anda semua. Sekarang nak pegi memberi tumpuan kepada rumah dan tangga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal