As-salam. Hai.
Sabtu haritu seperti yang aku cerita dalam entri >>INI, maka pegilah aku ke tapak karnival sempena pesta kuda-kuda tu.
Cuaca elok. Panas berdenting.
Dalam perjalanan masuk ke tapak, aku melihat kuda-kuda.
Yelah kan.
Takkan melihat lembu kerbau pulak ye dok.
Ada budak nangis nak naik kuda.
Ada orang naik basikal baring.
Ada rumah hantu nampak macam tak seram.
Macam meriahla.
Sampai dekat booth, aku tolongla kawan aku buat kerja-kerja sale.
Penat seyh bercakap.
Serius, tulis blog lagi menyeronokkan bagi aku dari kena bercakap.
Lebih kurang lepas zohor camtu, langit yang cerah mula dilitupi awan mendung.
Angin kuat menderu-deru menerbangkan penerbang-penerbang (flyers) barang jualan kami.
Mana barang yang ringan-ringan juga dah mula berjatuhan.
Bunting-bunting yang digantung pon dah jatuh-jatuh semua.
Hujan mula turun membasahi bumi.
Lebat.
Disertai dentuman guruh yang menggetarkan hati.
Petir dan kilat mula sabung-menyabung.
Sangat menakutkan.
Kami mula menyelamatkan barang-barang dari dibasahi hujan.
Petir sangat kuat menyebabkan kami berdua berpelukan ketakutan.
Kipas kanopi dan lampu kalimantang termati tiba-tiba.
Jiran-jiran booth entah ke mana perginya mereka.
Dalam hati risau bukan kepalang.
Teringat tragedi ribut di pasar ramadhan tahun bila entah yang mengakibatkan kemalangan jiwa.
Kebetulan, kawan aku tu ada pasang khemah camping dekat bawah kanopi booth kami itu.
Kerana takut, kami berdua memutuskan untuk berlindung kat dalam tu.
Risau jugak kalau-kalau pokok-pokok besar yang ada di sekitar tempat kami berlindung tiba-tiba tumbang disambar petir.
Teringat akan encik papa, risya dan zikry yang berada di rumah.
Sempat juga aku SMS encik papa minta doakan keselamatan kami.
Encik papa tanya juga sama ada aku hendak pulang.
Tapi takkanlah tergamak aku nak tinggalkan kawan aku sorang-sorang.
Kalau kami pulang berdua, takkan nak biarkan barang-barang pulak ye dok.
Jadi kami duduklah dalam khemah sementara menunggu cuaca elok.
Sambil mendengar cerita kawanku tentang kisah masa lalunya yang menyedihkan.
Dari dalam khemah aku melihat ada ambulans lalu.
Mungkin ada yang cedera.
Tak taulah.
Petang itu, bila tiada lagi bunyi guruh dan petir kami keluar mengemaskan barang.
Booth di hadapan kami rosak agak teruk.
Show board mereka habis pecah semuanya.
Kipas kanopi mereka juga turut putus.
Mujur mereka nyorok bawah meja masa tu.
Patut arr diaorang hilang tiba-tiba.
Dalam perjalanan balik, aku nampak ada kanopi yang runtuh terus.
Kabin yang dijadikan tempat solat juga roboh dengar katanya.
Mujur kanopi kami elok-elok jer.
Kalaulah runtuh atau ada pokok tumbang.
Tak taulah apa nasib kami yang duduk dalam khemah tu.
nota-noti:
Harini aku terbizi yang amat. Nanti petang sikit aku carik masa untuk kunjung balas korang yang drop komen kat sini ya.
45 comments
nasib baik tak ada apa2, bila ada kecemasan mcm ni, mmg dan dan tu teringat ke keluarga kan
nasib baik kan....
allah lindungi
takuntnye..alhamdulillah semua selamat..
Barang2 rosak mungkin boleh diganti, tapi kalau badan yang rosak, kena duduk kat wad pula nanti. Alhamdulillah, tiada kecederaan dialami. :)
assalam rina..alhamdulillah rina dan kawan selamat..
dasat jg tu..syukur xde nyawa melayang...
kjadian yang amat menakutkan...huhu seb xjd apa2 yea
As salam Rina,
Nasib baik kamu berdua selamat... Alhamdullillah, teringat dulu sy menemani rakan meniaga, tiba2 hujan tp xlah lebat sgt... Balik rumah sy kena gatal2 ,mcm gelgata... maybe sb kena air hujan...huhuuu... Tp betulkan langit yg disangka cerah tak semestinya berpjgan...
alhamdulillah...nasib lg kamu selamat ye...
bila baca n3 ni dan2 teringat masa ada gegaran tu...takut la....
Kalau kilat memang tidak boleh berada di bawah pokok bahaya...Nasib baik tak ada apa2...semua selamat...
mane gambor kak?
klakar betul panas berdenting.
bunting jatuh? hahahaha
Alhamdulillah.. Rina selamat dan dilindungi..
alhamdulillah xde pape kejadian yg xdingini berlaku kn.. aminn
takottnya..sy paling fobia dgn kilat n guruh....
tp alhamdulillah, semua selamat....
salam kenal. takutnya nasib baik semuanya ok. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq>>:D
saat menggetirkan...mujur tak ada apa-apa berlaku kan,
Scary betul entri Rina nie. Tak dpt bygkan mcm ne. Sy ckp isau dgn pengalaman mcm nie. Sedang duduk dlm umah pun sy isau semacam. Niekan lak kat lua mcm Rina tu.
takutnya, saya baca pun takut yang mengalaminya apa lagi. syukur takde apa2 yg buruk berlaku pada awak ngan kawan awak tu ya. saya takut dengar guruh & petir yg berdentum dentam mesti peluk anak2.
Nasib xde jadi perkara yang tidak diingini..Alhamdulillah..
nasib baik selamat!!.....
uihhh ujan lebat mesti kuat angin...bunting pun jatuh..lg kilat pulak yea kak...huhuhu
@eLL
x teringat pulak nak merakam gambo waktu tgh takut..lagipon akak takda kamera huhu
mmg saat2 genting juga tu kalau baca dari cerita.nasib baik cik betty dan kawan tak apa2
Alhamdulillah..mujur lah akak dengan kawan tu tak ada apa2...
teruk juga yer...
bulan lepas...ada budak sekolah mati kena panah petir kat padang UPM..
p/s yg mahal tu biasanya seminar intensif kak...yg sy join ni seminar basic je sbb tu FOC..cuba akk g kat FB dia or site dia, pasti ada lg nnt seminar dia yg FOC
syukur awak selamat! kite boleh bayangkan betapa kalut waktu tu walau takde gambar.
alam kite marah ni...bagus utk kite renung kembali sebab sana sini ada je perkara yang terjadi...
gud news utk akk:
kursus ni secara percuma....
Ni sape lagi wanita berumur 21 tahun ke atas yang belum daftar FREE utk Seminar Kuasai Potensi Diri Wanita (SKPDW) pertama kali di Malaya ni! Layari potensiwanita.com.my dan bila daftar masukkan Voucher Code: skpdw2012 utk yuran free! -Dr azizan osman-
banyak jugak kerosakan yg berlaku kan...huhu
hohoho bahayanya.sekarang ni asyik hujan ribut petir je.Alhamdulillah cik betty tak ada apa-apa.
alhamdulillah.. mujur xde apa2 y serius blaku.. tp bla dlm situasi mcm tu..mmg la mnakutkan..mmg x diakui..kbelakangan ni..cuaca pelik.. time panas trik... ada petir.. tiba2 gelap..hujan lebat.. bumi kt sdh tua kan
mujur selamat kan cik betty..:)
mujur selamat kan cik betty..:)
hari tu hujan memang sgt lebat..guruh berdentam dentum..takut..Alhamdulillah tak de kejadian buruk berlaku..cuma ada kerosakan...
alhamdulillah akak betty selamat. takutnye berniaga macam itu... tu kat padang kawad ke?
wah cik betty punya ayat sgguh puitis..hehe
apapun, syukur cik betty selamat..
aku cuba mengambarkan cerita yg di sampaikan.. macam dlm tv pulak .. tak de pic ke.. errr sempat pulak nak ambik pic time ujan2 kan..
Syukurlah tak apa2. Lately cuaca memang tak menentu..
Assalamualaikum Cik Betty,
salam kenalan, follow sini ye
rina the moral of the story musim musim petir ngan hujan ni ko jangan nak berkarnival ngan bersale sangat
: ) nak sangat kena tunggu musim panas atau musim bunga.
Alhamdulillah ko tak de apa-apa, lenkali duk rumahye.
SyukurRina xda apa2...alhmdulillah..
nasib baik everything ok done done jer...next time, kalau hari ujan, jgn berjalan2..hehe
takut kan bila jd mcm tu..
tbe2 gtu..nsb baik akk xda pape..
alhamdulillah :D
alhamdulillah..nasib baik tade pape yg berlaku..tp kalau petir kuat..chii pun takut..pernah skali chii kuar masuk blk sebab takut dgr bunyi guruh dan petir skali
assalamualaikum...wa,,blog dah berubah...cantik...:)
selamat hari selasa..dtg lg kat sini :-)