Phewwww!!
Lega dah semalam last risya exam.
Exam pertengahan tahun sekolah agama je kot.
Tapi stressnya aku macam anak nak amek exam SPM.
Siap ulangkaji sirah buat peta minda bagai haha.
Mujurla semalam balik sekolah aku tanya boleh jawab tak, dia kata semua senang ma.
Alhamdulillah. Kalau tak dapat 100 siap ko haha. Aku belasah ko pakai bantal.
Eh. Taklah. Aku takla kejam gitu. Kengkadang jer kejam sikittt.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Korang tau tak Tyo Nugros tu hape?
Hinggalah kelmarin aku tak penah tau-menau pon pasal Tyo Nugros.
Rupanya tyo nugros adalah orang.
Memula aku ingat ia adalah jenama coklat ataupon nama kumpulan LGBT.
Encem ke?? encem lagi pak subhaa, somi mokcikk #heheh.
Watpe la aku nak sibuk pasal tyo ni kan.
Niha la baru nak citer.
Kelmarin si tyo ni beli produk supplemen dengan aku.
Mulala berangan joget angan tak sudah wah nanti produk mokcikk terhangat di pasaran indonesia.
Sempat jer lagi berangan sesaat dua walau tengah kopek bawang.
Tapi musykil la pulak apesal masa mula-mula tyo sms aku sebut nama lain, cara dia sms pon takda bunyi slang indon ke jawa ker.
Ohh, rupanya customer aku tu kata yang betulnya muka dia je macam tyooo.
Terus terhentila lamunan aku pasal nak tembus pasaran indonesia tu #ahah tinggi sangat anganan ko mokcikk oii
Ohhh, akak pon nak kata jugala muka akak macam laudia chintya bella dekk
haha.
Nah. Aku tepek gambar bella dalam keadaan paling tak cun supaya nampak seiras dengan mokcik haha. Tang jendul dengan hidung pentul je yang seirasnya pon.
Tak baik tau, cun jugak bella nih haaa bila dah tutup jendul. Ada tak rupa mokcikkk? Ada takk?
Oklahh. Memang tak ada pon.
Hehe. Gitulah adanya.
Oh yep, bagi yang tak kenal dua-dua orang ni.
Mereka ialah retis indonesia.
Sorang drummer kumpulan dewa sorang lagi pelakon sinetron.
nota-noti:
Mokcik sempat BW separuh je semalam. Insya-allah harini mokcik sambung ehh.
34 comments
haha...tingginye angan2..tapi mane tau kot2 angan2 tu menjadi kenyataan kan kak rina...:)Eh...adela iras2 muke bella..hihihi
tiap kali tercome across LGBT mesti saya bengang. nape mesti lGBt dan bukannya lBGt???
Hahahahahah! Tgh kopek bwg tu. Sempat je Rina. Lawak gile. Tp Tyo mmg cute-miut. Hahahahah!
tyo tu pelakon sinetron ke? macam LGBT je. haha
yey, risya dah abis exam maknanya cik betty dah sedia nak buat entri banyak2. haha
jap, jap, hidung pentul tu hidung ape? haha
Kata orang, mereka yang berdahi luas ni cerdik orangnya. :)
dahi dia luas, sama macam ai jugak.. hikhikhik..
saya lagi ensem berbading tyo tu.. eehehehe... salam pagi Jumaat ya kak
2x sy x kenal
Kak, memang saya tak kenal retis Indonesia ni. Sy kurang berminat sinetron.
wah kalo tyo betul betul beli produk cik betty harus banyak ongkos dari indo ya.heeee~
haha. tak kenal retis indon tu. :p
x salah berangan,mana tau nanti jadi kenyataan...
memang kenal artis tue...risya dah exam...syira minggu depan...risau jugak nie..kita suruh belajar dia buat dek jer...sakit hati hehehe
ha'a la ada rupa akak sikit2...dia ni popular gak dlm sinetron.....
Sumpah tk kenal tyo tue...
Ank CM last paper sek.agama arini. Next week br start exam sek.rendah.
hehe...akak tak berapa kenal artis indon...
rajin erk Rina cara ke anak nak exam.. saya takde masa..serius.. hehhee
serius, saya pun x tau sapa dorang tu.wahh, mmg sebijik lah, cam muka mok cik..hehe..
wah wah wah kak.. ligat. eh yang gambo second tu...akak ke tu..sama je muka nya tu..ecececceh..
dua2 tak kenal...
salam...
x kenal lah pelakon ni..
semoga berjaya dalam xm.
pelakon2 di sana pandai bergaya yee..sesetengahnya dah berusia pun masih cantik bergaya..
amboih feeling2 laudia chintya bella ler pulokk. hahahaha !
pompuan ni kenal tapi mamat uth tak kenal. :D
den pun tak kenal sebab bukan fanatik citer indon..
wah semuo senang ma...hebat...hehe
ini kak rina mesti kes hari hari layan sinetron kan hahahahaha
x kenal pun sapa pelakon & retis indon tu?? Yelah jarang layan sinetron mana la nk kenal kan?? Tak pe berangan tu permulaaan stp kejayaan. Manalah tau esok2 skali Dhani dewa yg dtg beli produk... kekekeke
As salam Rina,
Tersenyum2 marya baca tang kopek bawang tu...hehehe... Nasib baik tak terpotong tangan... Mula2 angan2 dulu, nnt jd kenyataan... Siapa tahukan... Bak kata HM Tuah; Imaginasi Cemerlang...hehee ;)))
tak dapat tembusi pasaran indonesia dapatkan pasaran orang2 indonesia di Malaysia la buk he...
retis lelaki tu tak kenal tapi retis pompuan tu selalu nampak dalam citer indon, comel dia tu kan. tak dapat muka cam dia macam bayang2 dia pun boleh la buk he...
Risya dapat 100 markah mesti awak tersenyum, berbaloi baloi usaha. tapi tak dapat pun tak apa, ada lagi exam nanti... teruskan usaha ya mama Risya dan Risya.
ya betul la... anak yg exam mak yg demam.
hahahahahahahah... akak suka entry ko kali ni, penuh dengan terapi... nak sambung ketawa la, hahahahahahah
huhu..lya x knl pon.. sbb lya xlayan dh sinetron skarang..xde masa..
huhu..kalo dapat markah 100% mama kena la bg hadiah kat mereka.. heheh
aisey..ada gk yg nak ngaku muka dia mcm tyo eh..heheh..cam kelakar plak :p
mesti lega da kan anak2 da lepas xm..sllunya mmg camtu..anak nak xm..mak2 yg x leh senang duduk :)