Masih lagi dengan cerita risya dengan pengalaman sekolahnya. Mungkinlah membosankan untuk kamu membacanya tapi ditulis untuk tatapan saya bila dah tua nanti. hakhakhak.
Tu pon agaknya nanti kena pakai kanta pembesar sebab mata dah kena katarak.
Tu pon agaknya nanti kena pakai kanta pembesar sebab mata dah kena katarak.
Semalam.
Pulang sekolah saya tengok jari kaki risya abes kecut-kecut. Rupanya kasut dan stokin dia basah. Kasut putih dia pon dah rupa kasut orang balik sawah. Saya tanya kenapa. Katanya sebab tersiram air waktu guna toilet. Katanya lagi kain dan suar kecik dia pon basah tapi dah kering dah.
Kesian. Saya tahu susah hendak buang air kat tandas sekolah dengan baju sekolah, kasut sekolah dan bertudung pula tu. Takpalah nanti lama-lama retilah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekal semalam saya bawakkan risya nasi goreng butter dengan isi filamen ketam. Nampaknya dia dengar cakap saya.
Waktu rehat makan bekal dulu. Tak payah beli makanan sebab ramai orang beratur nanti tak sempat makan. Dah habis bekal kalau lapar lagi baru beli makanan. Waktu ni orang dah tak ramai.
Tapi saya musykil pulak duit belanjanya cuma berbaki 10 sen. Saya bawakan RM1.50. Katanya buat beli roti krim macam yang selalu mama beli kat shell tu. Setahu saya roti tu harganya dalam 70 sen je kalau tak silap.
Takpalah. Saya pesan lain kali lepas makan simpan sampul roti dalam beg. Saja nak tahu apa dia beli kat sekolah.
Maklumlah mama ni kan penyiasat hakhakhak.
Maklumlah mama ni kan penyiasat hakhakhak.
54 comments
ni mesti kes Risya tak ambil duit baki ni..hehe...
uish...bekal Risya...menyelerakan.. :)
seronok je baca kak..xde bosan pun.. :)
@nabilah_2908
mustahil pula sbb akak bg syiling semua..akak risau dia salah kira..kalo asik salah kira kayap akak hakhakhak
ala..budak2 darjah mesti
lupa ambil baki atau tercicir
teringat masa darjah 1 dulu
cikgu siap ada standby seluar kecik
dan uniform extra dalam almari utk
yg terberak dalam seluar..hehe~
Tu la..sekarang ni anak2 nk berbelanja kt sekolah xmcm kita dulu..
semua dh mahal..
bwk bekal pon mcm risau dia xkenyang kan?? =)
macam2 dalam fikiran ibu2 nie
Ish...cite mcm nie membosankan ke? Taklah! Sy suke baca!
Sy teringat ms adik sy tadika dulu. Dia tak pandai jirus pas buang air kecil. Mak kata, tak apalah kalau mcm tu...blk umah t basuh. Klu sakit perut, kat umah t baru membuang. Hahahahah! Nsb bek tadika tu cpt je. Ms nak msk sekolah rendah, mase tuhlah sy yg g dok ajar die mcm ne nak jirus n cuci bersih2...hahahah! Cian kat die kan? Tp adik sy bijak. Tak mcm sy ms kecik2 dulu...er...er....errr....
filamen ketam?
macam bunyi eksperimen sains je...?
@gedek!
hahahaha..biasalah. nak gak tajuk masakan ala masterchef.
Risya pakai tdung 2 lapis ke... cuba bg tudung sekolah yg selapis dulu tak la susahkan dia sangat sebelum dia terbiasa ...
ok .. dekat rumah .. awk ajar dia kencing .. biar dia pakai uniform lengkap .. awk ajar angkat kain tinggi2 n camana nak bg air x kena kain/kasut/seluar ...
@halila Ibrahim
kt sini tudung selapis bnyk yg ada awning..x blh pakai gi sekolah.
haritu sy dh ajar mcm fazz ckp tu tp ms tu x kencing real-real. nntlah balik kang sy ajar kencing betul-betul dgn pakaian lengkap
heheh...mesti time risya kuar dari toilet..dia dok tinggalkan byk kesan tapak kasut kan..ekekek :p
manalah dia cicir kan duit tu....musykil juga
dye beli due kot.. tp..klau x silap sy..skolah sy pun jual RM1.40 jgak..
@Mimi Jazman
sy dh tny dia kata 1..tp mgkin jugaklah. budak-budak kan
maybe baki duit syiling nya tercicir kot...
go risya ! xmao kene paw.. ala bese la tu mak cik kantin paw.. haha
@lumi shara jagat
uih makcik kantin ni orang suh jual pau dia pegi paw budak laks hahaha
bagus juga rina buat camtu...
Dulu2 duit sekolah 50 sen jer tp tetap boleh beli mcm2..skrg jgn harap ler..huhu
mama risya jd agen CIA ka? hehehe
hihi bgusnya kak,xpayah rsau da lepas ni.
Salam. Rina, Beard Papa tu hanya ada di City Square (Level B1).
Memang elok bawa bekal ke sek.. Memang prihatin Rina ni..sampaikan Risya kena simpal sampul roti tu.. isk3x.. hehe
tak boring pun baca , almaklumlah kita sama suka buat entri pasal anak2 hehe ..
nanti dah tua2 kot nak kenanag2 balik kan ..
kesian sampai basah semua.. anak bee tahun 2 , tk tunggu di kantin dah .. kelmarin dia ada semangat baru nak beli jam , terus simpan duit hari2
Risya beli dua ketul roti tu, tak? :)
kelakar...habis kecut kaki ya...Kakak tahun depan baru darjah satu...Rajin cik betty buat bekal untuk Risya ya...
untungla risya mama dia bawakan nasi goreng butter dgn isi filamen ketam.. sedapnya..
nak request jadi anak angkat blh tak hahahahahaha
hehehe..mama ni btol2 penyiasat ni..;p
xpe2..btol la tu..heeee...
kesian risya..bdk2 pakai bj krung kan mcm leceh skit tp lama2 nt okla tu..heee
samalah selalu tanya adik kat sekolah beli apa. makan apa. belajar apa. suma kena amik tau. kan kan?
samalah selalu tanya adik kat sekolah beli apa. makan apa. belajar apa. suma kena amik tau. kan kan?
sorry berlori-lori lmbat dtg..sibuk sampul buku anak..hiks
mungkin cicir.ada beg dompet tak? kena ajar dia mengira duit nmpaknya...
simpan sampul roti? dah mcm penyiasat lima sekawan :P,tkpelah boleh jd bhn bukti nanti...
nanti saya pos yea hadiah kamu..
Salam... Kak, xboring pun baca... oklah jgk anak akak nak pg toilet... jgn jd cm sy dlu sanggup tahan kencing smp balik rumah, sbnye takut nak pegi tandas... org momokkan tandas berhantulah... lpas tu tandas kotor pulak tu... yuck!
budak-II ..
klau dibawa bekal pun , mesti ikut kawan kalau kawan ke kantin . lupa bekal dia . haha
takpe kak.
saya suka baca kisah akak.
best.
mane lah taw boleh aplikasi bila dah kawen.
ekekekekeke gatai pulak :P
anak buah aku yang baru sekolah pun cam tu gak... lencun seluarnya...
simpan balance duit dalam tabung kot..:)
mak yang sangat perihatin.. hahaha.. kalau rine tak denya nak cek2.. kihkih.. bagus2.. at least anak tak kena paw ngan org kantin.. sebab benda ni biasa berlaku utk murid tahun 1..so better tengok2kan..
kesian risya basah habis kasut ye..nnt lama lama pandaila tu kan..:)
adoi kesiannya risya..habis basah semua.hehe..
dasyatnya siasatan mama smp plastik roti pun nak simpan dlm beg.kehkeh..
kena siasat org kantin tu.ehehe.anak ratu abang darjah satu mmg ratu tak bagi duit blanja.hari2 bwk bekal air (dr rumah) dengan makanan (beli waktu pagi).naik darjah dua dia dah serasi ngan persekitaran skolah baru bg duit belanja...tu pun berkali2 pesan jgn habiskan.anak ratu ni bila duit lbh dia ske bli bukan2.bli pensel la apa la bukan bli makanan.jd duit blanje dia drjah 2 hanya rm1.kejam tak?naik darjah 3 ni baru bagi rm1.50 berserta bekal air dr rumah :)
"aikk mana lg duit risya...jatuh ker atau dia bagi kawan pinjam...hehhe..kelakar lah bc citer kamu ni...kes duit tu dn kes kasut,stokin basah tu semua dah akak rasa ms ank2 akk skolah rendah...mslh biasa sgt2 lah tu...nnti dia akan biasa...dia akn belajar menyesuaikn diri dgn byk perkara,sampai kamu pun tak perasan dia dah mahir segala-gala...insyaallah...bagi dia motivasi dn pesanan2 positif hari2 sblm dia ke skolah..."
kelakar lah mama nie...hakhakhak...penyiasat gitew...suka lak baca entri mama nie...hakhakhak...kan dah terjangkit dengan gelak mama yang funny tu....hakhakhak i follow u :)
alahai suke nye tgk bebudak sekolah..cumil2 jer :)
mama jangan jangan jadi penyiasat yg ober tau!!..haha.
=) haha.. bagus la mama risya ni.. budak3 akak.. x biase lg .. nak selak2 kain ke ape ke..
Salam rina..baru ni dpt singgah baca kisah Risya g sklh..dan kerisauan Mama Risya..hehe.
mmg ada antara m.cik kantin yg agak
"pelupa" nak pulang balik duit baki terutama yg jah 1 ni..tp bkn lah akak nk menuduh..cuma kdg2 je..mcm lah boleh kaya dgn cara mcm tu ekk..
Risya lupa amek balance ni.... Sy suka baca kisah anak2 .... Fun...
alah ciannya risha, alah baru lagi tu tak biasa ngan toilet kat sekolah. mungkin kat sekolah tak buh paip getah kat toilet kot.
Bagus la ada entry yang macam ni.. walaupun nampak cam catatan biasa je.. tapi sebenarnya ada gak isi yang boleh dikongsikan...
nanti bila Humaira dah masuk skolah pun, nak guna cara camni jugak lah untuk menyiasat... hehe
Bagus lah cik betty ni menyiasat anak makan apa..
tp budak2 ni cepat hilangkan duit atau lupa baki. seeloknya tiap hari akak bawak bekal. lg berkhasiat. hehe. nnti dah lame2 baru bg duit. itu pun rm1 je :)
sian risya sampai basah kasutnya ye. abg muhaimin pun kalau balik sekolah kasutnya basah, izan dah tau dah kes dia pegi toilet lah ni. sbb dia tu dia tak suka pegi toilet kat sekolah...
sweet la rina n3 pengalaman risya ni.nnt izan akan rasa bila thn dpn fasya masuk tahun 1.
mungkin risya beli dua ke roti?tp dia kata satu je kan.hmm..bagus cara rina,suruh simpan pembalut..senang nk tahu.
mesti dia terlupa nak ambil duit baki dan orang kat kantin sekolah tu amik jalan mudah dengan biarkan konon2 nak untung lebih.. atau dalam keadaan lain kena pau.. atau keciciran duit..
takpelah.. slow2 ajar dia.. insyaAllah.. lama2 nanti dia akan faham cara nak guna + simpan duit belanja sekolahnya.. ;)
dia beli roti tu dua bungkus kot kak. tu yg tinggal seposen je. hehe :)