HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, January 17, 2011

AKU INI WANITA



Aku ini..
Seorang wanita,
Yang bergelar isteri dan ibu..
Juga masih seorang anak
Dan juga menantu.

Kepada mereka yang mengharapkan 
Segalanya yang mereka mahu
Aku jadi..
Aku telah cuba menjadi yang terbaik,
Walaupun ku tahu ku takkan mampu,
Kerana aku hanyalah wanita biasa,
Bukan 'superwoman'.

Suamiku..
Aku hanya ingin menjadi surimu,
Walaupun kehidupan ini kadangkala payah,
Namun ku berharap agar kau tetap tabah,
Kerana aku kan selalu berada di sisimu.

Anak-anaku..
Mama bahagia memiliki kalian,
Walaupun segalanya mama korbankan,
Namun mama tidak pernah menyesal,
Kerana kalian adalah anugerah terindah,
Kurniaan Allah,
Yang tiada galang-gantinya.

Emak, abah..
Anakmu ini,
Telah mempunyai hidup sendiri,
Impian kalian untuk melihat aku bahagia,
Ya, aku bahagia,
Di sisi suami dan anak-anak,
Walaupun mungkin kalian bersedih,
Kerana aku lebih memilih keluargaku daripada kerjayaku,
Aku hanya berharap,
Kalian mengerti dan memahami,
Bahawa inilah yang terbaik buat diriku.
Biarkan orang mengata,
Mereka hanya suka berkata-kata,
Hanya itu yang mampu aku ucapkan,
Untuk mengubat hati kalian.

Emak, ayah..
Aku mungkin telah memiliki puteramu,
Namun tidak sekali aku mahu dia melupakan kalian,
Kerana aku tahu syurga anak lelaki di bawah telapakmu,
Putera kalian..
Sangat mengasihi diriku,
Bersama permata hati kami,
Janganlah kalian runsing,
Hanya kerana diriku tiada pekerjaan (tetap dan makan gaji),
Kerana sesungguhnya,
Ini yang aku mahukan.

Aku..
Dan impianku,
Masih samar-samar,
Namun tiada yang mustahil,
Asalkan aku bersabar,
Dan berusaha,
Pasti berhasil,
Di suatu masa,
Entah bila.

Nasihat untuk lelaki: 

Hargailah, hormatilah, sayangilah insan bergelar wanita tak kira dia ibumu, isterimu,anakmu, teman wanitamu, kakakmu, adikmu, sepupumu, rakanmu ataupun bukan sesiapa bagimu kerana mereka wanita akan lebih menghargai, menghormati dan menyayangi kamu lelaki andai kamu lebih berperasaan..


4 comments

January 18, 2011 at 12:18 AM

saya sokong.. penuh puitis

January 18, 2011 at 8:52 AM

eyqa: puitisla sgt hehe..

January 18, 2011 at 11:30 AM

Psstt: Lelaki pun perlu dihargai, dihormati dan disayangi, kerana kami ni pun punya perasaan. Hehe.

January 18, 2011 at 3:46 PM

Tawel: Hehe..betul lelaki mmg ada perasaan tp sy merujuk pd sesetengah lelaki di luar sana yg dah mati perasaan..simbah asid kat anak isteri,tak jaga maruah kekasih..dpt anak haram buang merata2,rogol,pukul,bunuh perempuan sesedap rasa..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal