HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Saturday, January 15, 2011

Sanggupkah Korbankan Kerjaya Demi Anak?






Assalamualaikum..


Ramai tak ibu2 di luar sana yang berpelajaran tinggi tapi sanggup tak kerja..jadi surirumah sepenuh masa sebab memilih nak jaga anak sepenuh masa? Tuntutan kerjaya kadang2 menyebabkan ibu2 jarang dapat bersama dengan anak2..betul tak? Terutamanya kerja yang keluar pagi balik petang. Dulu2 masa zaman saya sibuk nak cari kerja (lepas habis universiti) ramai orang cakap jadik cikgu jelah sebab kerjaya ni paling sesuai untuk wanita bila dah ada anak nanti. Berebut2 orang apply KPLI (pernah jugak dapat KPLI tapi saya tolak atas sebab2 tertentu). Tapi benarkah kerjaya guru sahaja yang sesuai untuk wanita yang sudah berumahtangga dan punya anak?


Di bawah ini adalah antara pendapat yang saya kutip ketika mencari jawapan kepada persoalan nak pilih kerjaya atau anak. Ada antaranya melalui perbualan dengan rakan-rakan dan ada juga melalui pembacaan.


  • Dulu waktu masih bekerja saya seolah2 tak kenal anak sendiri. Tapi sekarang saya rasa gembira dapat selalu menghabiskan masa dengan mereka. Dapat tengok anak2 membesar depan mata. Kalau masih bekerja mesti saya terlepas saat2 indah tu.

  • Saya terpaksa berhenti kerja sebab doktor nasihat supaya banyak berehat, takut membahayakan kandungan. Dulu kerjaya saya hebat. Setelah jadi surirumah saya seolah2 hilang identiti diri. Kawan2 pun dah mula jarang hubungi. Saya rasa sedih dan tertekan.

  • Saya kalau boleh nak jadi surirumah, lagi best. Banyak benda boleh buat kat rumah. Ada banyak masa nak buat benda yang disukai tapi apakan daya kos hidup sekarang ni tinggi. Kalau harapkan suami kerja seorang memang tak boleh survive.

  • Saya tak sanggup jadi surirumah. Boleh pening kepala layan karenah anak2. Dengan rumah berkecah lagi. Kat ofislah baru dapat rilek sikit, nak beribadah pun tenang.

  • Saya memang tak ingin jadi surirumah. Bosanlah duduk kat rumah. Saya suka hidup yang aktif. Jadi masa saya akan penuh sentiasa.

  • Saya kerja ni demi anak2lah. Tanpa wang kita tak dapat bahagiakan mereka. Sekarang semua perlukan belanja yang mahal. Dengan wang kita boleh bagi yang terbaik untuk keluarga. Semua keinginan mereka dapat kita penuhi. 

  • Dah belajar tinggi2 takkan tak nak kerja. Kesianlah kat mak bapak yang dah habiskan duit hantar kita belajar sampai ke universiti. Akhirnya jadi surirumah jer. Baik tak payah pergi belajar, habis SPM terus kahwin lagi senang. Kalau kerja kan merasalah jugak orang tua tu hasil penat lelah diaorang besarkan kita dulu.

  • Kenapa nak risau tinggal anak kat orang lain? Allah kan ada. Biarlah Allah lindungi anak kita. Niat kita ikhlas nak bantu suami kukuhkan ekonomi.

  • Ada kerjayalah bagus. Baru terbuka sikit minda. Kat tempat kerja selalunya ada macam2 majlis ilmu. Kemahiran bersosial pun jadi lebih bagus kalau bekerja. Lagipun suami tumpang bangga apa kalau ada isteri berkerjaya terutama kalau kerjaya isteri hebat.

    • Memang saya nak kerja sebab nak ada duit sendiri. Best sikit bila nak shopping. Suami pun tak bising sebab tak minta duit dia.

      • Kerjaya dan anak boleh diseimbangkan. Pandai2lah bahagikan masa. Yang penting bukan kuantiti masa dengan anak tapi masa berkualiti yang kita habiskan bersama anak2.

        • Anak2 masih kecil ni memanglah tak rasa bosan jadik surirumah sebab akan sibuk sentiasa tapi nanti anak2 dah besar, dah bawak haluan sendiri bosan kalau tak kerja. Jadi baik kerja.

        • Bagus kalau kerja, at least apa2 jadi kat suami atau suami tinggalkan kita..kita masih boleh sara hidup sendiri dengan anak2. Kalau dapat suami yang tau nak bayar nafkah takpe jugak. Ini kalau dapat yang liat je nak bayar, makan pasirlah jawabnya nanti kalau tak kerja. 

        • Kalau suami mampu, pendapatan dia cukup nak support satu famili tak salah kalau isteri nak jadi surirumah jer.

          Saya sendiri? Saya pilih anak..:). Tak kisah apa orang nak kata. Jadi surirumah ada bestnya dan ada yang tak bestnya. Kalau bekerja pun ada best dan tak bestnya. Masing2 punya citarasalah kan. Kalau best jadi surirumah tak payah kerja, kalau best kerja pilih kerja. Cuma, saya pernah terbaca pengalaman seorang ibu yang orang pandang semacam kat dia bila dia kata dia surirumah jerr..erkk..hina sangat ke jadi surirumah?



          6 comments

          January 15, 2011 at 9:42 PM

          Bagi No la kan..surirumah adalah sebaik2 pekerjaan sebab kita siapkan segala keperluan dorang dengan hasil airtangan kita..(mcm No keje jd 'dreba' dorang, pg berhantar balik berjemput..)

          Abang kata klo keje, kita lebih terdedah kepada 'maksiat' lbh2 lagi pompuan..ngumpat mmg dh sebati dalam diri wanita jd kita dh terselamat dr tu..pastu nak berhias cantik2..bermekap bagai..ciri2 wanita solehah jg suami, jg solat, jg puasa dan jg kehormatan kita..insyALLAH Syurgalah kita..

          Tentang kewangan Abang kata jangan risau sebab kita belanja ikut keperluan bukan kehendak..klo tak gj 10k tak akan cukup! Lagipun No jenis tak suka berbelanja..hanya ikut kemampuan..

          Tentang masa depan(jika suami pergi dlu..) dia suh No belajar menjahit ke memasak ke nanti senang esok2 dah pandai boleh amik tempahan..klo ada modal buka bisnes sendiri..(ataupun ikut la kemahiran yang kita pandai..)

          Pe2 pun No memang suka jd SURIRUMAH sebab kita akan rapat dengan keluarga kita..sakit pening dorang depan mata kita..klo nak pendapatan lebih kita boleh berniaga secara on9, kemahiran kita tp stil di rumah jg kan..sekarang ramai surirumah yang berjaya dlm biz on9 nih..jual buku, pakaian dll..yg penting kita amanah dan jujur..insyALLAH..

          No tak kisah klo tak ramai kawan sebab kebanyakan kawan hanya suka time kita senang tp bila kita susah siapa yang sanggup berjaga dan bersengkang mata berada disisi kita..keluarga kita jg kan?..

          Tolak ansur dan kerjasama amat penting dalam hal ni barulah hidup kita aman damai..

          Ini hanya pendapat No, sebab No seorang SURIRUMAH hehe..No berhenti keje pun setelah melahirkan anak sulung..Abang tak sanggup org lain jaga anak dia..walaupun arwah mak dengan rela hati nak tolong jaga..bagi Abang anak adalah anugerah ALLAH SWT dan telah diamanahkan untuk kita menjaganya..wallahualam

          January 16, 2011 at 12:10 AM

          Hehe..samala No. sy pun surirumah. Adalah buat bisnes sampingan. Tp sy berenti nk jaga anak sbb kehendak sy sendiri. Mmg stress No sbb famili yg lain x setuju keputusan sy. Tp sy bulatkan hati. Mcm No bertuah sbb suami support utk berenti dan jaga anak. Mcm sy kena lawan semua sendiri. Puncanya hanya kerana sy ada degree tp memilih duduk di rumah.

          January 17, 2011 at 10:20 AM

          zaira, surirumah adalah semulia2 pekerjaan tau. aku kalau ada peluang mmg nak jadi cam kau. insyaallah nanti.. bekerja dr rumah..

          kdg2 org ni dah ditakdirkan utk bekerja oleh allah. utk membantu org lain ke. sama da dia nak jadikan pekerjaan itu memisahkan dia dgn keluarga dia itu terpulang. now pun ada various method walau kau keja, still boleh serve the family. mcm internet utk dapatkan recipe home cooked meal yg mudah, dan tips. tapi still lah tak sebaik surirumah..itu mmg satu statement yg tak sape boleh pertikaikan..

          aku happy tgk kau korbankan segala2 utk si comel tu. tuhan mesti balas nanti.. di dunia dan di akhirat.. insyaallah..

          January 17, 2011 at 3:30 PM

          dali: mmg sesetengh org anggap surirumah semulia2 pekerjaan tp ada sesetengah org pndang sebelah mata..aku dah hadapi sendiri..selalunya aku jwb..takpe nanti gaji aku Allah bayar kat akhirat..tp tu kalau org tu sebaya aku..tp kalau org tua aku senyap jer..

          May 27, 2011 at 11:20 AM

          ini cuma pendapat Tia lah kak . Tia tau Tia belum kahwin lagi , tak merasa macamana keadaannya lepas dah kahwin .

          sekarang zaman dah moden apa . siapa kata suri rumah tak boleh bekerja? boleh apa . walaupun kerja , isteri masih ada di rumah untuk jaga keperluan suami .

          macam-macam kerja boleh buat untuk suri rumah macam jadi ajen untuk sesuatu produk ke . eh , ada lah yang jadi kaya dengan kerja macam ni .

          mungkin ada yg fikir, "alah, aku belajar tinggi-tinggi takkan lepas kahwin jadi suri rumah jer?" . kita cari ilmu , tak pernah salah . carilah banyak mana pun . sebelum kahwin atau lepas khwin boleh apa kerja kejap .

          rancang dulu lah jangan ada anak sebelum ekonomi betul2 kukuh .. wuu ~ panjang pula kan hujah Tia kak . hehe .. takpelah , masing2 ada pendapat sendiri kan ;)

          Anonymous
          August 28, 2013 at 9:40 AM

          hai..

          Post a Comment
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
           
          Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal