HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Saturday, January 29, 2011

Tips Deko Bilik Tidur Cara Feng Shui






Korang percaya tak dengan feng shui? Kita orang Islam memang tak boleh percaya kan dengan benda² macam ni. Tapi macam sesetengah perkara tu kalau difikirkan memang ada logikanya. Contohnya, cara nak mendeko bilik tidur. Ini sebahagian daripada tips feng shui yang aku dapat daripada majalah deko:

  • Gambar kawen (yang besar gedabak tu) jangan gantung kat atas kepala katil tapi gantung kat depan katil supaya boleh tengok selalu. Logik apa? Manalah tau masa tengah tido paku gambor tu tercabut ke hape? Arwah gara-gara kena hempap gambar kawen. Naya je. Kalau letak kat depan, bila gaduh dengan somi bolehlah imbas kembali saat manis disatukan dulu. Tak gitu? Alasan lain adalah cicak. Korang pon tau kan cicak nih hobi dia  main acilut cak belakang frame gambo. Elok je ko tengah tido ternganga dia berak dalam mulut. Hakkk tuihhh. Lagi satu alasan ialah habuk. Macamlah korang rajin sangat nak lap habuk kat frame hari-hari kan.
  • Jangan gantung gambar yang bermaksud romatik (contohnya bunga) kat bahagian Timur, Barat, Utara, Selatan bilik tidur. Dikatakan nanti mengundang kehadiran orang ketiga. Yang ni aku tak tau apa logikanya.
  • Belakang kepala katil haruslah dinding bukan tingkap sebab dinding bertindak sebagai penyokong dan dapat memastikan kita tidur nyenyak. Memang logiklah sangat. Kalau tingkap macam mana nak bersihkan kalau dah ada katil kat situ. Kalau bilik atas tanah boleh jugaklah bersihkan dari luar. Kalau bilik kat tingkat atas? Lagipun yang suka tidur sampai matahari tegak kat kepala tu sure tak selesa kan kalau tingkap kat kepala katil (pasang langsir tebal biar gelap..nanti cicak pun bertelur kat situ). Tak pon ko boleh lena ke kalau malam-malam ada jer benda dari luar tingkap duk usap kepala ko tengah tido? Manalah tau kannn kawasan rumah ko ada pontianak berkeliaran ke kan. HAHA.
  • Kalau boleh dalam bilik jangan ada cermin terutamanya yang menghadap katil (depan atau sisi) atau berhadapan pintu masuk dan tingkap. Dikatakan kalau cermin hadap tingkap atau pintu masuk akan mengundang tenaga negatif. Kalau cermin hadap katil lak macam tak elok kot merefleksi apa yang ko tengah buat atas katil dalam cermin. Bayangkan ko tengah ehem-ehem ke apa atas katil tu, pintu bilik lak terbukak, orang kat luar nampak apa ko buat melalui cermin tu. Naya je kan.
  • Kalau ada cermin dalam almari, pastikan bila buka almari cermin tu tak memberikan refleks tempat tidur kita (alasan samalah macam kat atas tadi).
  • Skrin TV pun sama macam cermin, jadi seeloknya jangan diletak depan katil kita tidur. .
  • Jangan kaler dinding kat bilik dengan kaler² panas macam merah, pink, coklat dan kuning sebab boleh bawak penyakit. Dari segi logiknya, kaler² terang macam merah dan kuning kan buat kita susah nak lelap mata. Cuba ko kaler bilik anak ko yang hiperaktif dengan kaler merah ke oren ke. Ko tengok kadar keaktifan dia. 
  • Pastikan pintu bilik air dalam bilik tidur sentiasa ditutup. Bilik air banyak kuman. lagipon kalau dalam rumah ko ada jenis yang berak atau kencing tak pam tak ke 'harum' semerbak bilik ko nanti?
  • Kipas siling jangan gantung kat tengah katil. Jauhkan sikit. Ni logik. Sebab habuk kan banyak sangat kat kipas. Larat ke nak bersihkan kipas hari²? Dekat sangat dengan katil nanti habuk masuk hidung malam². Lagipun tak elok kan sejuk dada malam² berkipas.
  • Tumbuhan hidup jangan letak dalam bilik tidur tapi letak dalam bilik air. Kenapa ek? Tah. Otak aku blank. Korang pikirla sendirik.



nota-noti:
Kesimpulannya, mana yang logik kita bolehla jadikan panduan. Mana yang macam syirik ke apa ke tak yahla ikut.

5 comments

January 29, 2011 at 12:29 PM

Haha. agak logikal jugak en? Patut lah chinese family boleh tahan sampai cucu cicit duk sebumbung. Anak2 pulak masing2 pandai2. Sbb dorg sgt detail utk mendidik, walaupun skdr menghias bilik :) Terima kasih kerana berkongsi....

January 31, 2011 at 9:49 AM

Wan: Ya, org cina kan percaya dgn feng shui, konsep yin yang..mcm² lagilah..kita ni org Islam..mane yg agak logik tu bolehla nak ikut mana yg tak tercapai dek akal tu abaikan jer..yg penting kita kena percaya dengan qada' dan qadar Allah..

January 31, 2011 at 1:53 PM

info ni ada guna gak ye rina..tp tang cermin tu No tak brp faham ye knp kita xleh hadap katil/pintu bilik?..kekonpiusan berlaku nih hehe..

January 31, 2011 at 4:00 PM

No: kalau ikut feng shui dia ckp tingkap yg menghadap tingkap atau pintu bilik (sebenarnya nampak pandangan dari luar bilik) mengundang tenaga negatif dari luar..tang menghadap katil tu rina pon tak tau sgt cuma rina sendiri tak berapa suka dalam cermin boleh nampak katil (katil kan tempat kita tidur dan bermacam perkara² lain - paham sendirilah hehe. Bagi rina kalau dalam cermin biarlah nampak dinding yg kita hias cantik² tapi terpulanglah kan..ikut citarasa masing²..feng shui ni kepercayaan org cina..mana yg elok kita ikut mana yg tak logik tak yah ikut hehe..

September 25, 2011 at 10:36 AM

memang tahu ada feng-shui..tapi untuk orang cina jer...cik rose main letak jer katil mengadap tang mana...hihihi ikut selera..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal