HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, January 31, 2011

Aku Menang Contest!!!

Hujan kat luar turun mencurah². Memang macam tiada tanda² nak berhenti. Kalau teduh pun nanti mungkin cuma seketika. Kain baju berlambak² nak dicuci tapi semangat nak mencuci tu tak muncul² mengenangkan kat luar banyak lagi baju² yang belum kering (yang akhirnya aku cuci jugak sebab mata terasa sakit melihat baju menimbun..malangnya masih terbiar tidak berjemur hingga kini sebab takda tempat nak sidai).

Teringat tiba² kepada datuk dan nenekku yang aku panggil bak tok dan mak tok. Mak aku cakap semalam mereka dah dibawa berpindah ke rumah mak aku. Rumah bak tok dan mak tok dah banjir. Kesian mereka. Hati aku menjadi sayu..bertambah sayu apabila melihat belog aku ni. Heh, kenapa nak sayu pulak. Yalah, macam sunyi je belog ni. Terima kasih la pada kawan² yang sudi jugak berkunjung ke sini eh. Follower pun macam statik je..bilalah agak² nak bertambah. Heh, apalah yang kau merepek ni. Kau ingat belog kau ni best sangat ke sampai orang nak follow segala. Itu pun nasib baik Abg Ben pernah promote header belog kau ni. Kalau tak entah² masih di takuk lama. Hehe.. (ketawa pilu).

Tapi..tiba² hati yang pilu bertukar ceria bila aku jalan ke belog kak chik. Yeay, result contest haritu dah keluar. Aku menang perfume tak? Ala..kecewa tak menang. Tunggu..kak chik ada bagi saguhati. Eh, ada nama cik betty. Hooray!!!! Aku menang jugak. Inilah first time aku join contest. Dapat hadiah pulak. Memang suka hati sangat. Terima kasih kak chik. Sayang kak chik. Heheh..

4 comments

January 31, 2011 at 5:19 PM

tahniah dear...

January 31, 2011 at 7:20 PM

tahniah betty..

January 31, 2011 at 10:51 PM

tahniah yer..:)

February 1, 2011 at 12:46 PM

tq semua..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal