Semalam langit cerah tapi hati aku mendung. Kenapa? Aku pun tak tau. Buka belog pun hati aku masih rasa sunyi. Nak hiburkan hati aku main2 contest. Tapi hari ni langit mendung tapi hati aku macam bersemangat. Semangat nak buat entri, macam2 benda aku nak tulis. Dari pagi dah plan nak tulis apa tapi depan lappy ni lain pulak benda yang aku taip. Hari ni customer pun ramai yang call nak beli Green Fit. Customer pun jenis yang peramah. Seronok pulak aku berbual mesra dengan dia. Kalau ada customer garang weh takut aku. Aku bukan boleh kena marah nanti hati aku terluka. Kawan hubby pun ada datang pun beli pad herba yang aku jual. Kalau hari2 masyuk macam ni makcik kayo!!! Over pulak..
Petang ni ada cerita Tiramisu tak? Ntah, aku tak ingat hari Jumaat ada ke tak? Aku suka tengok drama ni. Walaupun aku bukan penggemar drama Melayu tapi Tiramisu antara drama yang boleh aku layan. Antara drama yang aku suka macam Sindarela, Adamaya, Nur Kasih dan Obsesi. Semua drama yang bergenre romatik komedi cuma Obsesi je berat sikit. Aku jatuh cinta dengan Remy Ishak dalam drama nilah (marah cik abang nanti..suka dengan lakonan ajelah).
Drama Tiramisu mula2 malas aku nak tengok tapi sebab ada Sharifah Amani aku jadi nak tengok. Aku suka pelakon yang kiut-miut macam dia dengan Liyana Jasmay. Mungkin sebab aku cekeding cam diaorang kut tu pasal aku suka diaorang. Tapi aku tak suka Pierre Andre pegang watak hero dalam drama ni (nanti marah lak peminat Pierre). Bukan aku tak suka Pierre, dia pandai berlakon jugak tapi aku lagi suka kalau watak tu diambil oleh Que Haidar ke Sein ke atau Bront Palare (tua sangat kut untuk watak ni). Que Haidar sweet. Bagi aku dia pelakon serba boleh. Kelakar ke, jahat ke, baik ke semua tip top lakonan dia. Sein boleh tahan jugak lakonan dia dalam Adamaya. Bront dengan Amani best sangat masa berlakon drama Sindarela. Malam pulak nak tengok Raja Lawak. Ntah2 aku tertidur lagi depan tv macam minggu lepas haha..
Friday, January 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

-
Assalamualaikum.. Ahad lalu suami menyempurnakan hajat saya : membeli seterusnya menonton Cun di astro first. Mungkin sempena Hari Ibu. S...
-
As-salam....yu huuuuu eberibadi !!! :D Ya allah lama betol aku tak jenguk sini. Tadi aku tengok last update 2013 huhu. Ni dah nak a...
-
Assalamualaikum.. Pengalaman buruk ini dilalui sendiri oleh teman aku yang baru-baru ini makan di sebuah restoran tepi jalan yang tak be...
-
Adeh. Malas nak buat karanganlah. Let picture tell the stories lah ;p. Ikan-ikan segar. Ditangkap oleh papa kahkahkah. Malam sikit. ...
-
Hemm senangnya hati saya dah setel urusan kat SSM semalam. Lamaaaa dah nak pegi tapi sebab sifat manusia biasa yang suka bertangguh bar...
-
..............untuk LIKE gambarnya ^___^. Uncle-uncle dan auntie-auntie yang baik hati sekalian kalau rasa gambar saya ini comel ban...
-
Assalamualaikum.. Korang dah join google+? Saya dah join jugalah walaupon tak mengerti sangat apa nak buat kat dalam tu haha. Bias...
-
Assalamualaikum.. *Mahaplah agak berjela surat ini. Maklumlah ini surat bukan telegram ataupon sms. Buat Ayu sahabatku.. Eceh. Sekarang...
-
Assalamualaikum.. Hari Jumaat kita cerita benda bermanfaat sikitlah. Seru sampai untuk menulis tentang ini apabila membaca entri dari tema...
-
Hari Ahad cuaca elok. Panas sampai ke petang. Dapatlah kami berjual-jual hingga ke petang. Abu, ahkak jaga booth bukan dengan zura tapi ...

















8 comments
a'ah..kita pon rasa dia macam x berapa sesuai bawak watak dalam cerita ni..huhu
Tiramisu xpenah tgk =(
ohh sgguh ketingln zmn...
Adamaya mmg best!!!! =D
p/s : Persahabatan Itu Pemanis Hidup
bantalbucuk:hehe..
cik nas:sian dia..kat kolej takdek tv ker?belajar lg kan?
Mula-mula ingatkan Pierre Andre ni mat saleh. Bila usya-usya, lah Melayu ke??
tawel: hehe..x kenal pierre andre ker?
Haha serius tak kenal. Jarang tengok TV sebenarnya.
Nanges Pierre kalau tau nih..hehe..jejaka hangat di pasaran en tawel bolehnya x kenal..hehe..
x suka cara sharifah amani berlakon. macam over sangat je. terlompat2. grrr...