HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, January 11, 2011

Anakku Hebat Seperti Picasso

Mulai tahun ni aku dah daftarkan anakku yg sulung tu ke sekolah art. Bukannya sebab aku nak dia jadi pelukis terkenal macam Picasso atau apa pun tapi aku mahu dia menjadi seorang yang kreatif dan lebih berkeyakinan. Aku dan cikgu cina di sekolah art tersebut, kami mempunyai pandangan yang serupa. Dia mengajar kanak-kanak di situ melukis bukan untuk kanak-kanak itu menang sebarang pertandingan. Aku tak mampu nak sediakan persekitaran yang memberangsangkan anak-anak aku menjadi lebih kreatif di rumah jadi aku harap sekolah tersebut boleh membantu aku.


Tahun depan anak aku dah darjah 1. Aku khuatir dia akan melalui zaman persekolahan yang membebankan. Yelah, aku pun susah nak cakap. Aku bukannya pakar pendidikan. Cuma aku berharap sekolah di Malaysia nanti boleh menjadi tempat untuk kanak-kanak mengenal diri sendiri, dapat meneroka potensi dan bakat, intelektual dan kreativiti masing-masing. Setiap individu itu berbeza-beza tapi sekolah sekarang bagi aku macam terikat dengan satu sistem yang memaksakan semua kanak-kanak dapat memenuhi objektif yang ditetapkan. Akhirnya wujud macam satu diskriminasi di sekolah antara budak pandai dengan budak tak berapa pandai. Mereka dibeza-bezakan dengan keputusan peperiksaan. Aku rasa tu pasal budak-budak tak suka pergi sekolah kut..entah lerr..


Saban tahun aku tengok macam-macam sistem diwujudkan untuk menambahbaikkan sistem persekolahan di Malaysia. Sekejap belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggerislah, ada sekolah bestarilah, sekolah wawasanlah, hapus peperiksaan itulah, wujud pulak penilaian lain. Kesian aku tengok budak-budak jadi macam bahan eksperimen pulak. Bila tukar menteri sistem di sekolah pun tukar sama. Tukar sana tukar sini, entah sistem mana yang baik. Bagi aku sekolah patut menjadi satu tempat yang menggembirakan sebab sebahagian besar masa kanak-kanak dan remaja dihabiskan di sekolah dan di situlah sepatutnya mereka dididik dan diajar menjadi manusia yang sebenarnya bukan semata-mata nak lulus periksa dan cikgu tersenyum lebar sebab anak murid ramai dapat A.

12 comments

January 11, 2011 at 11:09 AM

folo sini...22 datang dari blog incek Ben Ashaari..

January 11, 2011 at 11:13 AM

salam..suka tengok kanak-kanak kat Jepun, kecik2 da ada pertandingan rekacipta..dari kecik lagi mereka didedahkan dengan arts..:)

January 11, 2011 at 11:14 AM

salam perkenalan...
betul tu..dorang skang masuk darjah1 terus je amik exam..mana yang ketinggalan tu dapat markah corot dan duk kelas corot la juga..kita dlu2 drjah1 tu la time nak kenal ABC 123..pe2 pun kita kena usaha juga supaya anak2 kita seiring dengan pelajar lain..

January 11, 2011 at 11:18 AM

salam kenalan..dari segmen BA

January 11, 2011 at 11:27 AM

salam perkenalan..

http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/

January 11, 2011 at 11:31 AM

Salam kenal semua..sukanya ada yg komen.
Sunah:kita pon suker

Fiza:tula..sy anta ank sy g smart reader jugak..dia dh boleh baca lancar egnlish dan malay..sy anta dia sekolah art supaya seimbang..smart reader agak tough pengajarannya

January 11, 2011 at 11:50 AM

singgah dari BA
jarang parents zaman sekarang kat malaysia ni nak libatkan anak2 dgn benda yg mnympang dari akademik ni.
Bagus,cik betty ad kesedaran..

January 11, 2011 at 12:00 PM

salam kenal dari yaya azura aka ibu wafiq;-)
wafiq kecik lagi tp yaya pun dah terfikir sebelum nie nak hantar kelas lukisan..sekarang nie budak2 semua pandai2..kita kene persiapkan anak kita..

January 11, 2011 at 12:19 PM

salam, walaupun saya cikgu, saya tetap bersetuju dengan pandangan puan....

January 14, 2011 at 5:00 PM

sabzaini: terpulanglah pd parents la kan..tgk apa yg diaorang nak utk anak2..pandangan sy mungkin x sama dgn parents lain..

yaya: dari umo 2 thn dah boleh anta ke kelas art mcm kt tmpt anak sy..diaorang ajar baby art..teruja nak anta anak yg 2nd tu nanti tahun depan..

Abhamz: risau sy pendapat sy disalahanggap oleh cikgu2..cikgu2 ok cuma sistem persekolahan tu jer yg sy nak tekankan..cikgu jalankan amanah ajer mengikut objektif yg ditetapkan kan..

January 19, 2011 at 2:43 PM

Salam perkenalan..hihihi..polkadots yek?..xper sama..kita satu jiwa..weeeeeeee..polkadots best!..thanks join kontes nie..mungkin cik betty pemenangnya?..pdpt saya sekolah kerajaan msih lg relevan..cuma apabila penaiktarifan sistem itu kadangkala merencatkan pembelajaran..anak2 kini dibebani dengan segala mcm2 sistem tetapi bknlah subjek2 yg membosankn tetapi cara pengajaran sesuatu subjek dr guru2 tersebut..ingat lg masa saya sekolah,ada cikgu yg kita x sbar nk blaja dr dia sbb dia fun tetapi tegas..dan yg x bestnya bila ada pula cikgu yg membosankn..msuk kelas & trus x tahu nk tarik minat pelajar..disinilh silapnya..

January 19, 2011 at 10:46 PM

junko:yerla junko..peranan guru tu besar..diaorang ni sbg sumber inspirasi kpd budak2..jadi cikgu zaman sekarang ni penuh cabaran..bukan mudah nak jadi cikgu sebenarnya..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal