Assalamualaikum..
Salam hujung minggu.
Malam tadi ada ulangan telemovie Sayaaaang Abah. Sebelum ni aku tak sempat tengok. Rasanya ditayangkan masa hari bapa. Of course lah kan. Tengok tajuk pon tahu.
Sedih sungguh cerita ni. Berjurai-jurai air mataku *dengan air hidung sekali.
Aku rasa ini antara lakonan Zul Ariffin (teman tapi mesra Abby Abadi) yang terbaik.
Elfira Loy, Didie dan Sharifah Shahora memanglah best kalau berlakon. Cuma aku rasa manisnya Didie bertudung dalam drama berbanding gaya sebenar dia yang fesyennya agak gila-gila tu. Moga satu hari nanti Didie berubah. Amin.
Ini sinopsis sapa yang ketinggalan keretapi macam aku. Hehe.
Cerita bermula apabila Acu (lakonan Zul Ariffin) menemui seorang bayi perempuan masa dia kutip-kutip botol dan kotak. Acu ni insan istimewa - bisu, pekak dan tempang. Tapi dia bertekad nak membesarkan bayi yang diberi nama Intan (lakonan Elfira Loy) dengan dibantu oleh Kak Pora (lakonan Didie Alias). Aku tak pastilah Kak Pora tu kakak dia ke bukan sebab aku tak tengok dari awal. Acu ada seorang lagi kakak iaitu Faridah (lakonan Sharifah Shahora) yang jahat. Suka hina Acu.
Akhirnya Intan pon membesar. Bila dah habis SPM sementara tunggu result dia pon nak cari kerja untuk tolong abah angkat dia iaitu Acu walaupon Acu tak berapa nak izinkan. Disebabkan Intan ni minat menyanyi dan berbakat pula maka dia dapat jadi penyanyi kat kelab ke bistro tah aku tak tahu. Acu tak suka Intan jadi penyanyi tapi dia rela asalkan Intan gembira. Hasrat Acu ialah nak tengok Intan belajar tinggi-tinggi. Malah dia dah simpan banyak duit untuk Intan sambung belajar.
Apabila nama Intan mula nak popular, kakak Faridah yang jahat tu tadi mulalah nak berbaik-baik dengan Intan. Jadi manager lah kononnya. Padahal dia nak mengaut untung bila Intan dapat jadi artis nanti. Bermulalah episod kesedihan dalam hidup Acu apabila Faridah memisahkan dia dengan Intan. Mula-mula suruh Intan pindah ke rumahnya. Lepas tu tak bagi Intan bertemu dengan abahnya. Intan walaupon rindu dengan abahnya tapi demi mengejar cita-citanya dia menurut saja apa yang Faridah cakap.
Part yang lebih sedih apabila kita tahu yang Acu sebenarnya menghidap kanser tulang stage 4. Nampak macam cerita ni saja aje nak kasik orang nangis kan tapi itulah drama. Mesti kena kasik main dengan emosi penonton. Di akhir cerita Faridah jadi kasihan dengan Acu dan beri keizinan Intan untuk bertemu dengan abahnya yang nazak di hospital. Memang sedih sangat bila Intan meraung-raung kat hospital tu. Tengok ni sambil tulis pon aku masih boleh nak menangis lagi *sedang kesat air mata.
Mamat ni pon ada dalam sayaaaang abah. Aku perasan sejak kebelakangan ni banyak betul drama lakonan dia kat tv. Boleh kata tiap kali aku tertengok drama (tertengok okeh pasal aku bukan suka tengok drama) mesti ada muka dia.
21 comments
kt tv mana nie?macam mana sy bley ketinggalan drama nie?hehe...
dah tengok 4 kali kot... huhu... sedih...
ratu dah lama tak tgk tv... :)
mesti kt astro ni kn..
Memang ada tengok...sedih ceritanya....kat astrokan!!!...
semalam saya tengok. sedihnyaa :( em ..sedih sgt.
semalam tengok x habis...kalih2 cerita..hehe..
kita sama2 tertinggal la akak, sy pon sbnrny tak tgk pon lgi, laki tu nama fir kan? dia dulu nak masuk af9 tp x lepas.
yg baru ni tak tengok.. dlu dah tengok.. aaahh memang sedih la citer dia..
cik ina pun ketinggalan keretapi.
ko tahu cik ina pernah duk sebelah didie alias adalah kat satu tempat ni, dia tak make up, cantik manis orangnya. cik ina rasa dia nampak serabai kalau dia make up gila tu je.tul kata ko. semoga dia berubahkan.
macam tak de tengok je kak. huhu
aish, mana tak sedih kalau anak kena pisah dgn bapa nya kan kak. kalau kite pon kite nangis. sobs.
"macam best jer sinopsis yg ko citer ni,tp akk tk tengok pon..akk suka gak tgk lakonan teman tp mesra abby abadi tu..tp mamat yg last tu sapa nama dia ek.."
"alamak..astaga..tadi komen akk tu rina,tp akk tk perasan terpakai link blog anak akak pulak..sori yer..terima kasih kt cik ina do do cheng sbb gitau.."
oh menarik ceta tuh..
kdgkala ceta kat tv tu best juga utk ditonton, ada pengajaran jugak ye..
sayang abah ni, akak terlepas pandang..dan ketinggalan ketapi utk menyaksikannya..
bunga xtengok pun lagi citer ni..hehe..xsempat la sis..hehehe..
sory sis mmg bunga xsempat nak komen..kadang2 baca2 jer..ehehe..ni sempat g komen sambil tunggu kawan datang nak kena kuar outstation..hehee..
rindu sis..eehehehe
tak tengok la drama ni ketinggalan smlam seharian tak tengok tv baca sinopsis tu cam best je. sebelum ni mmg pernah tengok promo drama ni nanti bleh try cari online je kot2 ada leh ar tengok. mamat tu selalu belakon crite hantu kat astro kan, kalau tak silap pernah nak masuk AF 9 tapi tak dpt kalau silap org malau ah hee...
@Aiza Hamid
a'ah itu fir af9
@sarasyauqinasukri
kak pia, itu fir af 9
@gerhana luka
betul itu fir..mmg dia salu berlakon citer hantu komedi tu..
mcm best je...
mmm siar kt tv mn ye? kalu astro..sy tumpang dgr / baca je la