Assalamualaikum..
Maka setelah berfikir sebanyak seratuslapanplohnam kali maka saya mengepostkan satu entri berbentuk makanan buat rangsangan mata mengantuk bukan merangsang selera hingga tak sabar nak berbuka. Dengan penuh rasa bersalah,
mee kari masak sendiri untuk berbuka semalam (bangga pasal masak kari tak tere)
Sekarang cuba bayangkan anda berada dalam rancangan ketuk-ketuk ramadhan bersama sheila rusly (kut??). Jadi tak perlu rasa nak ketuk saya kan sebab pagi-pagi tepek gambar makanan.
Kalau untuk bersahur saya memang suka lauk ringkas-ringkas (malas-malas paling tepat) macam telur goreng atau nasik gorenglah yang terpaling ringkas.
Namun untuk berbuka kenalah yang spesial sikit demi meraikan kemenangan selepas menjayakan satu hari berpuasa. Sebab tu lepas satu bulan puasa kita ada hari raya - iaitu hari menghadap juadah yang terpaling spesial bermula dari rumah ibu bapa ke rumah-rumah berikutnya. Macam saya tak boleh nak bayangkan hari raya tanpa ketupat dan sambal kacang. Boleh meleleh air hidung di pagi lebaran.
Bukan ke terlalu awal untuk bercakap soal juadah hari raya? Hehe.
Ni resipi mee kari orang tak berapa nak pro, tampalan untuk suka-suka. Bagi yang TAK memasak atau TERE masak entri ini berakhir di sini. Hahaha.
Bahan-bahan utama:
- Mee kuning/spaghetti. Basuh dan celur dengan air panas. Toskan.
- Bawang merah + bawang putih + halia. Kisar.
- Kayu manis + bunga lawang.
- Cili kering yang dikisar.
- Rempah kari baba's (daging dan seafood bergantung hidupan apa yang nak digunakan). Campur dua-dua. Bancuh dengan air.
- Santan. Aku belasah pakai yang kotak je pasal malas.
Aksesori penyedap (sukahati nak letak ke tak):
- Ayam, fishball, fishcake dan kerang.
- Tauhu. Goreng dan toskan.
- Tomato. Hiris-hiris.
- Tauge.
- Daun kari.
- Telur rebus.
Cara-cara:
- Tumis bahan kisar dengan kayu manis dan bunga lawang. Kalau ada daun kari tumis sekali.
- Masukkan rempah kari dan tumis sampai naik minyak. Kacau ya. Kalau tak nanti kau naik minyak lak tengok rempah tumis kau hangus.
- Masukkan ayam. Agak-agak dah empuk sikit masukkan air sikit.
- Dah didih sikit masukkan hidupan laut, fishball dan fishcake beserta tomato.
- Agak-agak dalam 5 minit masukkan santan pulak. Garam dan serbuk perasa lain kalau nak.
- Dah siap.
Bila nak makan, taruh tauge dan tauhu berserta hiasan lain untuk nampak lagi menawan.
nota-noti:
Rasanya harini nak beli pari bakar kat param lah.
51 comments
wahwahwah kak...jadi jugerk lauk berbuka semalam nak wat mee kari yea...
resipi simple...sukerrr.mcm nak try ;)
wahhh....mee kari my peberet tuh...:)
ecece kak. dah boleh tukar profesion ni kak. jadi chef.
walaupun kata tak pro, tapi rasanyya komfem sedap kan. ^^
sedapnya mi kari.
amboi mi kari dia...menyelerakan.mcm gambar dlm majalah gitu.ratu tak pernah buat lg mi kari ni...sebab mmg jrg masak.slalu mende2 camni soh mak tlg masakkan.ehehe..
sedapnya tgk mee kari pagi2...
senang kan menu ni,tak pyh pk byk2 nk match kan lauk2 bgai hehe...
terliur dah ni..ish2..sbr2..poser ni
Wow mee kari..feveret tuh.. :)
cencaru bakat kat param pun sedap tau huhuhhhh
boleh copy paste...manalah tahu...berbuka nanti cik rose nak buat hihihi cik hubby suka...tengok cam sedap giler jer...rasa mesti best jugak...
mee kari...hmmm,,,boleh masukkan dlm menu berbuka minggu nie
menggoda~~slurrp!!!
Best !
Saya suka mee kari kalau letak kerang byk2, letak tahu lampung byk2..haha
bulat mata anum tgk makanan
hahhaha
wahhh bagoss neh sy pun tengah kering idea nk masak aper ptg neh.. leh ler cube mee kari cik betty neh yea(= tp kerang tak de kat cni..uwaaa!! tak letak ok juge ek?
holaa..mencelah kejap ekk..
Lun@:x letak kerang x ngape..tu kan aksesori penyedap..letak je apa-apa yg disukai..:P
terbaik...nampak sangat sedap
oh cabarang dalam entry ni...nampak makanan toingg!! hahahaha
huh... malasnya nak buat siap ada aksesori lagi .. beli jer la.. ( lagi malassssss ) ye la kalau buat mee kena masak nasik jugak.. bulan depan la try buat...huhuhu
rina cantik mee kari tu dah tentu sedap.
sebagai makcik yang tua dikalangan yang muda kat sini rasa cam nak belasah ko bila nampak santan kotak tu. tapi tak pelah ada suara halus berbisik-bisik kat telinga cik ina " sabau sabau, kira dah rajin tu masak mee kari". Oleh kerana ada kerang , mee kari ko lulus sebab cik ina suka kerang.
serupalah..makan sahur yg simple2... tiga kali sahur ni dah rs nasi goreng..roti..
tumpang lalu jap..
cik ina: ala..jgnlah belasah sy..sy malas nk perah santan..puasa ..tgn lemah (alasan)..hehe..takdalah yg benarnya mak sy yg ajar pakai santan kotak tu..maklumlah mak sy walaupon lg tua dr cik ina tp gaya masak cara moden hehe
uii teragak nak mkn mee kari pulak dah...:)
pergh.menyelerakan!
tgk rupa pun tau...kompem licin mangkuk kan?
pergh.. mengamcam sungguh.. tak rasa nak ketuk tp terasa nak buat jugak juadah ni nnt..
heee... alasan bagus punya tangan tak larat nak perah kelapa, pakai santan kotak. apapun mee kari awak tu mmg nampak sedap la gambar je dah tau sedap sebab saya buat mee kari tak best hee..
Peh! Nampak sedap kari tu. Menawan kalbu!
hmm rara baru je upload ketuk2 ramadhan dlm website rtm td.hehehe
nasib baik nampak taugeh yang segar bugar tu.. terus kendur skit nafsu dan selera... tak stim aa dgn taugeh tuu.. kekekeke
gulp..!! sedapnya...
tambah sikit dgn kicap cili....haih.... ;)
prince tunggu cik betty pos kat prince semalam...tapi xsampai2 pun terpaksa prince berbuka di masjid..hehe:p
Mee kari ni pun favorite my hubby.. tp belum pernah cuba masak sendiri lagi. Igt kalau ada masa nak buatkan juga utk dia. Tp bini dia lak krg gemar mee kari.. ;D
mencelah jap ek..
prince: akak dah pos tp agaknya posmen dah makan kut tgh jalan hahahah
sw33tdarling: makan taugeh la bagus..panjang umur dan subur eheh
gadisBunga: hubby sy mkn tmbh 3x..sedaplah kut hehe
mak aiiiii...sumpah terliur!!
huwaaaaaa!!
sedap ni kak.. farah pula berbuka en hubby tak boleh nak makan macam ni.. tak kenyang katanya..
huwaa...rina...meee kari malatop nih...
p/s:rina nnti kalau baca blog saya rina cuba highllight dulu,tgk blh baca tak..
tims: x yah highlight..sy dah buleh baca dah..
hmm nyummy...sha tak leh makan mee...bleh tengok je
fuh!
sabaq...sabaq...
perghhh....sodap ehhhhhhhhhhhh....
tu lahhhh kannn...
kene buka special sikit..
sahur cikai2 pun oeky ape..
hehehe...asal kenyang..
perghhh..mmg sedap lahh..
sila post laju kat ruma aku bolehh??
hahaha
Kira hebatlah Rina ni. Boleh masak mi kari untuk berbuka. Nampak sedap tu. Tergoda dibuatnya.
nak baca ste2 by step leh.. tapi kalau nak masak ikut resepi ni.. hahah. jgn harap la. yang saya tau masak megi jerk :)
nanti nak minta mak buatkanlah... dah lama tak rasa....
wah.. sepertinya daging ayam yang di kasih mie tuh.. ayamnya banyak sekali..:)
Salam Rina. Lama x singgah sini..sekali singgah tengok2 mee kari..adoii..dah lah peberet akak, dah lah tengahari ni..lapar..huhu
ni memang peberet No ni..sell wat menu ni klo ajak kenkawan datang umah hehe..sedak2..dh tere dah la rina masak ni tau hehe
mcm mudah dan menyelerakan je.leh ar chii cuba try test nnt..ehehe
pergh kalah sheila rusly ni..hahaha