Assalamualaikum..
Semalam kan pepagi buta incik papa dapat SMS dari kawan dia berbunyi lebih kurang camni:
'TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM&KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)'.
Ternyata, SMS tersebut adalah palsu.
JAKIM pon dah keluarkan kenyataan seperti di bawah:
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".
2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Boleh cek kat >>SINI.
2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Boleh cek kat >>SINI.
nota-noti:
Lega!
50 comments
lama dah tak makan biskut...
always check with the authority. Jangan percaya khabar angin.
lega juga!
suker mkn biskut munchy...;p
macam2 konflik lah haiiii.sabor je lah JAKIM.
mula2 baca pun terkejut
rupanya fitnah
selamat!
jgn senang2 je pecaya sms berantai cam tu...
sib baik tu tak terpedaya tpi kami mmg tak mkn munchys pun...makan kuih raya je...hehehe
kalau jenama yang dah femes ni..ada saja yg nak menjatuhkannya..
eleh..sedap jer yg menghantar sms fitnah ni..dah la penggemar biskut munchys ni..
Susah klu ade org yg cube nak jadik hero dlm bab halal haram nie....kan dah fitnah jadinye...
stended manusia. Hasad dengki. So sebarkan sms fitnah.
tu la ... sms palsu ..terkejut jugak sy pasal sy peminat biskut munchys
nasib baik...baru je telan biskut munchy's tadi
tak baik nyer wat pitnah mcm ni...menyusah kan owg jew...
ada la yg tak puas hati dengan Munchy's..sebab tu la sebarkan berita palsu ni kan...huhu..
siapa lah yg buat sms palsu ! :( nk gulingkan munchy's kot. tak baik dengki!
kite pun jgn mudah percaya tanpa usul periksa tlebih dahulu kan..
adezzzzzzzzzz da la sy ni suka mkn biskut munchy's adoiiiiiiiiiiiiiiiiii
hari ni..surat khabar tulis, muncy tu dah halal pulak..memacam..
baru saje hubby bagitau pagi tadi
rupa2nya ...tipah tertipu...huhu
isk..sms palsu rupanya..apalah tujuan sebenar mereka menyebarkan berita palsu seperti itu :(
takot juga tadi diorang ost kat pesbuk.
biskut sedap tuh.. nasib sms palsu Rina.. lega!!
owh. orang dengki rupanya. ish2. siapa lah yang kejam sangat tu.
biskut tu kalau ada depan keli..kejap ada kejap x dak...sedap!!!
sebab tu kita xleh percaya bulat2 kepada benda yang belum sahih kan :)
nasib baik..dah la biskut nie sedap.haha..
KC ter pk lah .. kenapa org nak buat cerita pelsu camni? Apa faedah?
itulah pasal...adoiii....!!
sabo jer la....dr minggu lepas lai dapat msg tue kat FB...nasib baik tak buang lai stok sekuk munchy dlm almari..hihihii
susah kalau banyak manusia yang suka nak hasad dengki dan tanpa usul periksa dengar fitnah.
betol2 kena check btol2 kn.skang ni byk btol mknn yg dicmpur bnda2 xhlal..kwn penah keja kt hotel,die gtau rata2 msakan byk boh wain nk bg mkn. kena pantau betol ni.xkn kita nk mkn bnda yg haram..
orang memang suka percaya buta buta tanpa selidik...
lebih burok lagi pass teros kat kawan2
apesal la org suke sgt sebar berita2 yg x pasti ni kan..boleh jd fitnah..konspirasi utk menjatuhkan kot..
Ya ker...Cik rose selalu beli biskut tue....huhuhu
salam kak...sory lama gila x dtg melwat cni..busy cuti 4 bulan kerja..skrg bru masuk smester baru...rindu baca hasil tulisan akak..sory ek...
hmmm...tu la skrg nih ramai yg suko buat fitnah2 mcm nih...
penyebar fitnah ni menyebalkan betul...apa faedah laa...
banyak betul la berita2 karut sekarang. fenin2
banyak berita palsu.. penyebaran status halal yg macam macam..
btw, lama tak singgah sini..apa khbr kak rina gojes :D
rina dah letak kat sini so tak was2 dah..byk sgt khabar angin bab2 halal haram ni.smpai kita pun confuse dah...halal haram ni bukan perkara main2 kan..
khbar angin melalui msg2 ni xleh percaya kan.org skrg suka nk meruntuhkan bisnes org lain.
Akak pun dapat sms tu. Mmg risau gak pasal anak2 suka biskut tu. Tapi bila dah dapat info kata sms palsu, lega.....
x amik port sgt sbb tak suka makan biskut tapi bila ada sms palsu jadi was2 plak nak mkn munchys sekali sekala. btw tq for the info =)
kite jgn cepat melatah...kne rajin buat usul periksa...baru dapat tahu kebenaran kan
Suspen akak Cik Betty sebab dlm hamper baru-baru ini banyak produck munchy's. Dah makan dan bagi-bagi lagi pada jiran....
Itula kuasa SMS yang kekadang memperdaya kita semua..
nasib baik..suka tau jenama biskut tu...
jgn terus percaya. zaman sekarang adalah zaman fitnah.
Akhir zaman.. Fitnah disana sini... Ish ish ish..
P/s: Maaf lama tak singgah melawat. Kami sangat sibuk tahap dewata raya baru-baru ni.. :)