HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, September 26, 2011

Sport Cum Family Day@Padang Sri Gelam



Assalamualaikum..

Ini kisah hari sabtu yang indah. Mari kita baca karangan bergambar. AMARAN : BANYAK SANGAT GAMBAR. Mungkin mengakibatkan kepenatan melampau.


Ayuh! Mulakan sekarang.



Pagi-pagi buta (pukul 9.00 pagi dah haha) dah terpacak kat Padang Sri Gelam - berdekatan Dataran Bandaraya JB untuk acara sukan anjuran smart reader kids merangkap family day juga. Risya dalam team hijau.



Tahun ini saya macho sebab dah boleh jalan. Saya janji dengan mama tak makan rumput lagi macam tahun lepas. Kan dah harum mama mama dengan muntah saya. Salah mama juga. Ralit sangat tengok kakak bersukan tanpa pedulikan apa saya buat.



Ayuh! Mari kita ke padang (baca cam nyanyik sikit baru tak bosan).



Adik dengan idolanya.



Siap-sedia untuk acara pertama.



Toink! Toink! Kakak risya atas bola merah. Dah buat sehabis baik tapi team diaorang kalah. Takpalah sayang. Janji main. Adat bertanding.



Mama rasa risya hebat dalam game nih. Steady jer dia jalan. Sikit pon bean bag atas kepala tu tak jatuh. Tak pegang pon.



Game passing-passing bola kecik. Risya dah mula bosan sebab panas terik. Mama pon rasa nak pitam dah kat situ. Tapi gigih sebab nak ambik gambar nak taruk dalam blog ni. Semangat.



Game terakhir untuk kanak-kanak. Perah air masuk dalam botol.



Tibalah saat yang dinantikan. Game untuk parents. Haha. Overnya aku. Lama giler dowh aku tak berseronok kat atas padang. Sejak aku bergelar mak budak. "Kita mesti menang tau", kata teacer Sumanthi. Kami wakil untuk team hijau (ikut team anak memasing). Korang tahu kan aku yang mana.



Yihaaa! Aku pon melompat dengan jayanya. Atau dengan gayanya. Setinggi dan selaju mungkin. Apa guna badan kecik dan ringan kalau tak guna saat-saat genting camni. Wakaka. Gentinglah sangat kan. Aku yang baju merah tu tau. Berkat lompatan hebat aku tu menang tau team hijau. Parents lain dalam team hijau memang semuanya hebat belaka. Oh. Ya. Ini first time aku main acara lari (tapi aku lompat kangaroo) dalam guni.



Game kedua untuk parents. Kena baling dadu besar. Lepas tu langkah ikut nombor yang dapat lepas baling dadu. Yang tak syoknya kalau dapat nombor ganjil kena langkah ke belakang. Untuk game ni aku kasik incik papa peluang main. Tadi lari dalam guni dia tak sanggup. Kata sprinter sekolah. Tak terbuktilah. Wakaka.



Paper Tank. Game ni paling tak boleh blah. Ramai-ramai kena duduk dalam gelungan paper tu. Aku sebenarnya segan. Iyolah. Kalau semua perempuan takpalah juga. Main game ni paper tak boleh koyak. Nasiblah semua badan rincing. Aku tengok ada team tu abeh sendat. Haha. Tapi game ni kitaorang dikira kalah walaupon menang. Ahak. Sebabnya ada sorang budak terselit dalam team kitaorang. Parents dia tak nak main. Nampak tak budaknya yang kat tengah tu?



Makan time. Nyum! Nyum! Daging rendangnya terbaekk!



Adik nyum! nyum! eskrim durian.


Team hijau dapat hadiah saguhati aje. Sebab semua game pon tak dapat nombor 1.



Yang penting mama dapat hadiah menang lompat kangaroo dalam guni tadi. Nampak terserlah betol hidung pentul aku. Chaiyok! Chaiyok! Dapat gelas panjang corak english. Dah buat deko-deko pon.


Tamat.


nota-noti:
Aku sebenarnya paling menyampah kena main sukaneka. Ni first time aku melibatkan diri. Seronok juga rupanya.


38 comments

September 26, 2011 at 8:39 AM

seronok kan tgk anak bersukan..kita yg berpeluh kemain hehe..

izan tak join pun ari tu sukanekanya sbb byk libatkan berpasangan dgn bapa,then daddynya takde,tak bley join hehe

September 26, 2011 at 8:45 AM

hihihi...lucu tengok cik betty dalam guni tue...tapi apa-apa pun juara jugak....mana gelas panjang corak english stail tu...dalam gambar tak nampak jelas la....

September 26, 2011 at 8:51 AM

seronok.sy suka aktiviti padang macam nie..lg2 klu menang bertambah seronok.hehe

September 26, 2011 at 9:03 AM

tengok gambar2 je dah dapat rasa kemeriahan acara tu, caya la rupanya awak ni terer acara lari dalam guni ya hee.. Risya ada bakat jadi model sbb boleh jln sambil junjung bean bag. Acara paling malu berhimpit2 dalam paper tu ah heee..

September 26, 2011 at 9:12 AM

Rina klu tgk mcm bdk sek men form 3..hehe

September 26, 2011 at 9:23 AM

mak dia kemain~~keh keh~~

September 26, 2011 at 9:42 AM

wah, cik papa tu lepas bakar kalori terus top up balik ek..hihihi

September 26, 2011 at 9:46 AM

seronok tengok. bila la plak L nk jadi dady niehh.. huhu

jom kita solat?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

September 26, 2011 at 9:55 AM

dah penat, makan la ye tak?

September 26, 2011 at 10:31 AM

xlah penat sgt tgk gambau, dgn syarat dapat aiskrim dari cik betty....heeee... >_<

September 26, 2011 at 11:32 AM

seronoknya layan budak2

September 26, 2011 at 11:40 AM

kalau uncle ni... SEMPOT!

Anonymous
September 26, 2011 at 11:55 AM

@ faizura

kakrina nii.. sukan paling best ialah sukaneka.. sebab xyah nak serius2..kih kih.. i like..

September 26, 2011 at 12:22 PM

meriah sangat.

rina cik ina adalah juara bertahan lari dalam guni sampai sekarang tau. kah kah cik ina nak bagi tip kalau nak jadi juara bertahan.

hujung ibu jari pastikan betul-betul masuk kebucu guni, barulah lari tak jatuh.

next year cik ina nak tengok rina jadi juara lari dalam guni.

September 26, 2011 at 12:33 PM

kadang2 layan sukaneka ni mmg best.tp kalo kena ngan game la..chii paling ske lempar belon air..yg x suka..tiup gula2 dalam tepung....

okla tu..cik betty dpt hadiah..sure penat dok lompat2 kan :p

September 26, 2011 at 12:36 PM

Hai rina..akak terus terjah tgk aktiviti riadah rina bersama family tersayang..nampak seronok sgt..

September 26, 2011 at 1:45 PM

hihi kalau buat sukaneka petang2 pun best kot,bt plak tepi pntai.hihi

September 26, 2011 at 2:00 PM

aku tengok maknya yg semangat lebih...anak rileks jerk..hehe.

September 26, 2011 at 2:03 PM

risya tak menang ,t mak dia menang cukup lah tu. hehehe

psst, kalau akak tak cakap budak kat tengah tu, mcm tak nmpak lah. haha ;p

September 26, 2011 at 2:08 PM

amboi..macam mak die je yg terlebih bersemangat bersukan ni...heehee..tapi mesti bestkan tgk ank2 mains ukaneka sekali..tahniah la akak menang hadiah lompat kgroo tue..lps ni kerap lompat la kat rmh..haha

September 26, 2011 at 2:11 PM

seronok bila ada xtvt mcm ni.. ai like.. ;)
tapi dengan syarat jangan dibawa kesemua anak2.. hanya mereka yang terlibat sahaja.. hikhikhik..

September 26, 2011 at 2:40 PM

comelnya dia!! :D yang penting mummy dia ada bg sokongan padu! tu yg bersemangat tuh! :D seronoknya ada family sendiri..

September 26, 2011 at 3:22 PM

sronok skali sekala join bebudak & jadi bebudak

September 26, 2011 at 4:03 PM

tak sangka akak ni kecik dan comei...ehh ye ke? ntah2 kita sebaya kot...tahniah menang...hehe,lawak la adik tu (mam rumput)...nasib tkde pape...

September 26, 2011 at 5:29 PM

bestnya kerna dapat join skali untuk acara sukaneka..i like..hehe.

September 26, 2011 at 5:40 PM

wah semangat gitu cik betty hehe~sukaneka seronok.sy suka tengok je, tak suka main.teeheee~

September 26, 2011 at 5:41 PM

teringat masa kecik2 dulu join sukaneka. hehehe.

September 26, 2011 at 6:55 PM

memang banyak betul gambar... hoho

September 26, 2011 at 7:50 PM

sesekali join tadika anak2..seronok ye..dpt juga berkenalan dengan guru2nya...budak2 pun happy..

September 26, 2011 at 8:56 PM

@Cik Ina Do Do Cheng

saya juaralah har har har..tp sy x lari..sy lompat cam kangaroo!

September 26, 2011 at 8:59 PM

huhu.. teringat lak zaman sukaneka kat sekolah dulu.. acara palng bst bawa bola pingpong dalam sudu.. hehehe..

September 26, 2011 at 9:17 PM

jom kak join segmen pertama saya...

kalu sudi..silakan sudi!!

http://haryanies.blogspot.com/2011/09/ada-sesiapa-nak-join-segmen-pertama-nur.html

September 26, 2011 at 9:55 PM

sejak badan ratu jd comel...mmg tak pernah join2 sukaneka ni.tak sanggup tgk diri sndiri berlari2.tak seksi.ehehe...tp still bg support kat anak2 masa besukan...

September 27, 2011 at 1:11 AM

cool dowh game paper tank tu hahahaha firstime nampak. spoil betul budak kat tengah tu..meng tapi kalah, apakah?? hahahha

September 27, 2011 at 7:58 AM

jlas klihatan darjah ktrujaan mak d situ haha tahniah ye mnang lompat kangaroo
akak suka ssangat acara mcm nih hehehe

akak dh pnah lawat blog inspirasi tu...mnarik tuh. klau darjah kbuncitan akak t mnurun nnti akak hello rina

September 27, 2011 at 9:50 AM

mak pak tumpang eksaited!
nmpk sgt muka tu ceria bebenor!

September 28, 2011 at 10:53 AM

sesekali join...memang seronok..hehe... ;)

September 28, 2011 at 3:42 PM

sian budak terselit kat celah org dewasa..ahaks..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal