HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, October 10, 2011

Cendol X-tra



Assalamualaikum.




Di JB inilah tempat makan (minum?) cendol yang paling saya gemari. Lagipon tempat cendol ini jelah yang saya tahu sebab incik papa asyik bawak pegi sini sejak zaman berdating dulu sampailah dah ada anak dua. Incik papa tu memang stereotype sikit. Kihkihkih.


Nama tempat ni cendol xtra. Sebenarnya saya tak tahu nama sebenar warung cendol ni. Dah incik papa kata nama dia cendol xtra yela tu kot.


Wah. Mesti korang ingat dapat cendol extra kan kan kalau kat sini. Taklah. Kena beli extra iya mungkin. Haha. Sebab saya tengok incik papa kalau beli tak cukupnya semangkuk untuk dia. Opss...


Warung ni lokasinya berdekatan dengan pasaraya xtra. Tula pasal nama dia cendol xtra. Takda kena-mengena dengan dapat cendol lebih pun ha.


Penjual cendol kat sini terdiri daripada mat-mat yang masih muda. Bukan pakcik mat. Pakcik mat tu abah saya. Bagus diaorang nih. Daripada merempit tak tentu pasal baik jual cendol kan kan. Satu hari nanti boleh kaya kalau sungguh-sungguh dan betul caranya. Saya pon kalau datang sini selalu berangan diaorang dapat francise kan warung cendol nih. Tah papelah kan. Orang punya warung kau pulak sibuk nak berangan. Bukanlah. Sebenarnya saya suka tengok bangsa kita maju dalam perniagaan. Dan saya tengok warung ni pon makin maju tahun demi tahun. Dulu warung dia kecik je sekarang dah makin lebar dah nampaknya.


Saya suka cendol kat sini sebab aisnya dia kisar. Macam ice-blended lah gitu. Lepas tu rasa dia semua cukuplah.


Dan lagi kat warung ni ada jual nasik kampung. Nasik kampunglah bukan nasik goreng kampung! Simple jek nasik tu tapi saya suka. Laku nasik ni berbanding nasik-nasik lain yang ada kat situ.


Nasik kampung ni nasik bungkus dalam kertas. Dalam dia ada nasik dengan lauk ikan selar goreng, sambal cili hijau, kentang, ikan bilis, ikan kering dengan sayur tumis. Macam banyak kan tapi sebenarnya memang tak puas kalau makan sebungkus jer. Sebab semua pon portionnya secoit-coit. Semua lauk sekali ngap semua abeh dah. Haha. Punyalah sikit kan. Makan pulak dengan cendol memang sedap ah. Angin lak tiup-tiup sepoi bahasa gitu. Nyaman jer sambil makan minum cendol. Lepas tu tak payah basuh pinggan dengan kemas dapur! Tu part paling best haha.



nota-noti:
Incik papa dapat donloadkan semua episod Jewel in the Palace, sukanya!



54 comments

October 10, 2011 at 8:40 AM

kat johor ada pasaraya xtra lagi kah? kat selangor da pupus semua~~kena takdeover dengan giant~keh keh~

October 10, 2011 at 8:42 AM

kalau izan ke johor ikut asben projek darat lg boleh la roger rina tnya tmpt ni hehe...

nasi kampung tu menarik la rina,mmg part xpyh basuh pinggan tu paling best hihi..

October 10, 2011 at 8:49 AM

Jewel in the Palace tu drama korea ya? :)

October 10, 2011 at 8:50 AM

antara nikmat negara kita... kat overseas warung2 ni takde (western country)

October 10, 2011 at 8:52 AM

Wow! Nasi kampung tu mcm menarik je. Mcm ne diorang bungkus lelauk yg buk tu dlm bungkus nasi yg kecil? Mst sgt2 sket portionnya. Mmmm...

October 10, 2011 at 9:04 AM

kalau saya cendol tuh satu mesti x cukup..hehe.

October 10, 2011 at 9:06 AM

setiap tempat ada port endol yang terbaik kan kak.. cm kt melaka cendol terbaik kt kampung jawa ataupun kt bukit cina :)

October 10, 2011 at 9:09 AM

No pun suka cendol dan semalam br je pekena cendop pulut hihihi

October 10, 2011 at 9:11 AM

@bujal X

x pastilah bujal psl sy pon x penah jejak ke pasaraya tu hehe..

October 10, 2011 at 9:11 AM

@kakcik


ya kakcik..boleh tengok kt entri saya sebelum ni..:)

October 10, 2011 at 9:12 AM

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine


oh..akak ingat yg kat jam besar tu..yg jam besar tu cendol dia x sedap pon..

October 10, 2011 at 9:16 AM

Sama ler gan cik hubby kita...hantu cendol..dari berdating sampai sekarang dah anak tiga hihihi....nasik kampung tue pernah makan jugak...memang sedap pun hihihi...ingat waktu dulu2...

October 10, 2011 at 9:21 AM

Rina:
tu inner cotton biasa je rina.. yg RM4 beli kat pasar malam hehe..kalau tak nak bagi melekat,rina tetas belah hujung dia,then test setakat mana rina nak muncung... cuba rina google cara2 nak muncungkan inner.ada byk ajar =) atau rina beli je inner awning =)

ke perasaan rina je kot muka bulat mcm bola,tp sebenarnya ok.muka rina kan bujur =) cantik je.

October 10, 2011 at 9:22 AM

hehehe...tau jugak rina cendol xtra ni ye.ratu mmg slalu lepak sini kalau ari skolah.pas amik abg skolag tghari...singgah sini bwk dia makan.plg feberet ns beringin n nasi tomato.murah skit kalau mkn ns cmpur kat kedai.pas makan baru antar abg skolah agama lak :)

October 10, 2011 at 9:38 AM

@ratusiput

hehe..sy lak x gemar nasik beringin tu..

October 10, 2011 at 9:48 AM

@Cik Rose Cute


anak cik rose dah 3 ke? sy ingat syifa sorang tu je hehe..

October 10, 2011 at 9:48 AM

@~izan~


bulat la muka saya...hahah

October 10, 2011 at 9:52 AM

kat seremban suka rasa cendol leman...tambah free siap dia sembang pasal sejarah lg huhuhuhhhh

October 10, 2011 at 10:13 AM

jauhnye berdating!

hehehe

tak penah try ke cendol depan SPACE tu?

power sbb india yg buat...ahhahahah

October 10, 2011 at 10:18 AM

Cam sedap jerk.. nasik kampung..kalau akak secoit gitu kena laa makan 2 bungkus..kut..hehehe.. :)

October 10, 2011 at 10:23 AM

alah saja nak tumpang populariti pasaraya xtralah tu. ko jangan ngadu ngan yang jual cendol tu plak cik ina cakap cam ni..keh keh keh . bagus tu cik ina suma budak remaja yang ada sifat nak majukan diri.ngan berniaga ..

October 10, 2011 at 10:27 AM

@mamaNoriz


salu nampak gak cendol india tu..tp i geliiii hihihi

October 10, 2011 at 10:42 AM

susah nak jumpa cendol org melayu yg buat..kebanyakannya mamak je..huhu...

October 10, 2011 at 10:49 AM

mmg layan ar makan cendol time panas kan..

ais dia blend eh..macam cendol yang dijual kat melaka. cendol baba nyonya..sgt menyelerakan..mkn plak ngan laksa...

October 10, 2011 at 10:53 AM

Dah lama tak lepak2 sambil minum cendol kat warung. Kat tempat saya ni ada gak cendol yg best tapi sekarang rasanya dah tak kick sebab santannya dah kureng hilang nikmat cendol bila santannya kureng.

October 10, 2011 at 10:57 AM

hoho... kalau time panas dapat makan cendol, perghhhhh... mak mertua lalu pun tak perasan...

October 10, 2011 at 11:35 AM

ohh.. nasi lauk macam tu panggil nasi kampung ye.. baru akak tahu.. harap2 peniaga tu terus maju bisnesnya..

October 10, 2011 at 11:42 AM

prince pun suke minum cendol ni..especially time petang2...best

October 10, 2011 at 12:13 PM

ermm .. kat sini ada mamak jual cendol sedap jugak ,,,, cuma x selalu beli ...sebabnya .. entah lah...

October 10, 2011 at 2:29 PM

teringin plak nak makan cendol pas baca ni

Anonymous
October 10, 2011 at 2:44 PM

xtra mana ni. tesco xtra ke. hehe

October 10, 2011 at 2:51 PM

pasaraya xtra tu kat mana kak..?

Tesco Xtra ke..?

October 10, 2011 at 3:11 PM

cendol adalah kegemaran en suami dan abahnya.percaya tak mana pergi je klu jumpa cendok mesti singgah?lepas tu mulalah dua beranak tu komen rasa cendol tersebut.haha..sy tak berapa suka sht..tp skang dah macam terikut.sedap rupanya cendol nie ekk..dekat sgpetani ada satu tmpt cendol mmg sedap!kami selalu ke situ.smp unclepun dah cukup kenai..cendol mamak rasanya paling power..haha en papa sama en suami sy,tk pernah cukup semangkuk...:)

October 10, 2011 at 3:28 PM

makan cendol time cuaca panas2..memang hilang rasa hausnya..

October 10, 2011 at 3:44 PM

wah nama cendol extra ! hehe. buy 1 free 1 ke kaka..haha. dah nama extra. kena bg extra ah. :P :)

October 10, 2011 at 4:20 PM

dkt dgn giant xtra ea cik betty?wah bleh pegi nih hehe~

October 10, 2011 at 6:27 PM

baru kelmarin mkn cendol....

October 10, 2011 at 7:33 PM

hahaha jat pun ingtkan beli leh dpt extra td.haha

October 10, 2011 at 7:39 PM

encem tak abg2 jual cendol tu.. hahaxx kalau encem nak jgak pegi ! huhu

October 10, 2011 at 8:34 PM

part takyah basuh pinggan tu best.. hehehe

October 10, 2011 at 9:11 PM

heeeeee cendol ke? dah lama kit atak makan awak... sejak kena tonsel balik ni... skang makin parah sikitlah... semua makanan kena kontrol...

October 10, 2011 at 11:11 PM

malunya ayu.
walau orang johor tak tau kat mana lokasi xtra

October 11, 2011 at 8:42 AM

cendol paling sedap yg akak pernah rs cendok kat bandar muar dulu...dgn lori kecik...mamak yg jual...mangkuk kecik je..tp puas makan..dulu2 cendol biasa rm0.50 jek....

October 11, 2011 at 9:17 AM

cendol letak pulut pon sedap kak. tapi kite suka cendol biasa. kalau dapat cendol semangkuk dua skg ni, peh. enaknya kak. ;)

October 11, 2011 at 9:22 AM

cik rina betty,

saya suka cendol pulut tepi pasaraya maslee kat pasir gudang (taman cendana) tu.

October 11, 2011 at 10:05 AM

bagus betul anak2 muda berwawasan macam ni. jual cendol kan boleh menggembirakan orang. lebih menggembirakan dari merempit. huhu~

Anonymous
October 11, 2011 at 1:04 PM

yeah yeaah,blk ni pekena cendoll..cendol buatan sndr g best kot,taruk pe sje sesuke atii hahaha

October 11, 2011 at 3:21 PM

hehe...suka la tu...sambil blogging sambil tgok citer korea...

emm akak bg la surat cdgn kat mat2 cendol tu...mana tahu lepas tu dia berazam nk franchise lepas dgr pndgn akak :)

October 11, 2011 at 4:20 PM

tak pernag sampai johor lgi la kak rina.. entry ni buat aku telan liur dush!! dush!!

October 11, 2011 at 4:20 PM

di jakarta tidak ada tempat jual cendol yg best2..paling2 jus buah2an mereka je yg best..hehehe.

nasi kampung always be my favourite, sis :)

i'd be ur 701th follower sis..tahniah!! :D

October 11, 2011 at 5:24 PM

"selalu makan cendol ms dok shah alam dulu...bila pindah di klang ni taktau mana tmpat jual cendol sedap..."

October 11, 2011 at 7:14 PM

ahahaha.. ingatkan xtra tu boleh dapat exta cendol.. rupanya nama tempat.. ehehehe..

lama udah tak pekena cendol mendol ni.. hmm

October 11, 2011 at 11:15 PM

gandingan terbaik tu cendol & nasi kampung...lapo pulak memalam..=)

October 14, 2011 at 7:32 PM

kak len kali tunjukkan la pic nyer wat kiteorg terliuq

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal