Assalamualaikum..
Ini adalah tajuk sebuah drama korea yang sedang menjadi kegilaan saya untuk mengikutinya. Ya. Ini sebuah drama lama saya tahu. Tapi macam biasalah. Saya kan biasanya ketinggalan keretapi. T______T.
Disebabkan asyik tengok drama latin Bella Callamidades yang tak best tapi heroin cun saya dah terlepas beberapa episod Jewel in the Palace. Jadi saya gigihkan diri menontonnya kat youtube walaupon terpaksa hadapi banyak cabaran seperti internet lembab dan anak yang cemburu tengok mama dia ralit ngadap lappy sampai larut malam. T___T.
Huh. Tapi memang agaknya nasib tak berapa nak menyebelahi, kat youtube pon takda kesemua episod yang dah saya terlepas. Ciss!! Kecewa tul. Semoga incik papa hari ini berjaya dapatkan full episode untuk saya! Huhu.
Ini sedikit sinopsis cerita yang sempat saya tengok:
Kisahnya bermula bagaimana seorang lelaki askar diraja dan wanita istana (tukang masak diraja) terpaksa melarikan diri dari istana. Lelaki yang merupakan askar diraja tu saya tak pasti pulak kenapa dia kena lari. Maklumlah tengok kat youtube bukannya jelas sangat. Yang saya faham dia takut sebab telah ditugaskan untuk membunuh permaisuri atas arahan maharaja sendiri. Dan sebelum mati permaisuri tu bersumpah bahawa puteranya akan balas dendam pada semua askar yang ditugaskan membunuhnya.
Wanita istana tadi pula sebenarnya telah dihukum bunuh oleh ketua wanita istana (ada orang dengki). Dengan pertolongan seorang rakannya dia berjaya hidup dan ditemui oleh askar diraja yang berkelana tadi. Mereka pon berkahwin dan dikurniakan seorang anak yang diberi nama Jang Geum. Budak nilah sebenarnya heroin cerita ni. Mereka sekeluarga hidup dalam persembunyian untuk melindungi identiti masing-masing dan demi keselamatan Jang Geum.
Tapi disebabkan satu kesilapan kecil, identiti mereka telah terbongkar. Bapa Jang Geum telah ditangkap (masa ni putera yang nak balas dendam tadi dah memerintah) atas kesalahan membunuh permaisuri. Ibu Jang Geum pula telah mati ketika cuba mencari suaminya. Sebelum mati ibunya menulis sepucuk surat untuk Jang Geum. Rasanya dalam surat tu ibunya meminta Jang Geum menjadi seorang wanita istana kot. Dan dia suruh Jang Geum cari sebuah diari yang ditinggalkan di dapur istana.
Bermulalah perjalanan Jang Geum (masih kanak-kanak) untuk memenuhi wasiat ibunya. Dan lepas tu takda lagi sambungannya yang membuatkan saya kecewa. Kat TV dah sampai part jang Geum dewasa dan berjaya jadi wanita istana. Saya nak tengok the missing part!! Huhu.
pinjam google |
Oh. Bagi yang nak tengok juga bolehlah buka TV Alhijrah pukul 3.30 petang.
nota-noti:
Cerita Hantu Bonceng tak best langsung!
47 comments
last saya tengok cerita korea tahun 2007.sekarang tengok semua cerita pasal cinta je~~tak kena dengan jiwa keras saya.
*bohong.saya hati kaca.keh keh~
best
jalan cerita yang menarik
pe lg order je :) ratu mmg tak bape gemo tgk korea kat utube atau memana laman cerita korea sebab line tenet yg tak menentu kan.pastu kdg2 episod tak habis.cisss...mmg takble nak tido malam tu.skang ni oder je online semua cerita2 korea yg best.ratu mmg penggila cerita korea.cik kitol boring je kalau bini dia dh start meroyan.ehehe...
saya belum terkena fenomena drama korea ni :),tp boleh je nk tengok cuma keterujaan itu tiada
saya minat tgok cerita kartun...
sama mcm yana,tak terkena lg demam korea ni hehe...
hantu bonceng tu biasa2 aje huhu.
masih di ofis waktu 330pm.
alamak.. takut nak tengk sbb takut melekat lak.. hahaha
pernah keluar kat tv dulu kan..chii x tgk..
skrg ni dok tgk coffee prince..ntv7 dok ulang balik..ehehe..suwit je
saya pernah tengok cerita ini tapi episodnya memang panjang, sedih dan plot cerita slow sikit.
kesian dia selalu kena aniaya.
citer korea ni memang best utk dilayan
saya malas tengok cerita yang kena baca subtitle..
saya rabun..
habis lah citer melayu tk der org tengok
iqa lyn korea gak akak,tp citer yg moden2 la...yg ala2 zmn maharaja bagai ni iqa ta bpe suke...hehe
sinopsisnya menarik.. tp sbb pukul 3 ptg mmg tak berkesempatanlah akak nak menengoknya..
Saya dah pnh tgk cite ni,dr first episode smpai last episode..x silap thun 2007 la..best gak cite ni,tp byk da lupe la jln cite diee :(
kite tak pernah lagi tengok citer ni kak. tapi sekarang kite tengah syok tengok ceria secret garden yg tak abes2 lagi tu. lalala :p
ini cerita lama ni... best sangat... hoho...
Sy lyn Cer Citer. Heheheheh!
lama dah tak layan cite korea...
asik dpt tentangan dr family..huhu..
akak boleh gak tgk kat dramacrazy.net
mcm2 cerita ada...
yg akak tgk kt youtube ni sampai episod berapa..?
kalau kt dramacrazy..ada 70 episod.. :)
http://www.dramacrazy.net/korean-drama/dae-jang-geum/
nak tengok gakkkk tapi kul 3.30...keje la plak...
papa mifz x ponah nak ikut citer2 korea or jepun nih...huhu
pernah tgk citer ni dulu...tp rasanya tak tgk sampai habis...ntah apa endingnya...
tp suke tgk masakan2 korea yg unik tu..
saya bukan peminat citer korea...hehe.
alah cik ina tak boleh nak layan tv, nanti keja tak jadi. selalu layan cd, ingat nak beli hantu bonceng.
dulu prince minat cite korea..skrg lbh minat cite jepun plak..
mcm menarik je cite ni...kena download ni...tgk kat tv x best sb alih bahasa..huhu..macam tgk cite cina je...
skrg dah 3.30 ~ ~ kat opis..
samalah kite entry pasal drma tv tpi sy tak minat sgt korea ni...
memang giler drama akk sy sorang ni kn.. huhuhu
wow.. peminat filem korea rupanya... saya suka gadis2 korean yang putih2 ni..e hehe
@aanie
ini x trasnlate..pure suara korea..bestt!!
adik saya beli tahun lepas... tgk sampai lunyai cd tu... sebab tak sabar nak tunggu episodnya yang byk terlepas... lenguh jugalah tgk adik sampai dvd player rosaklah... heeeeeee serius bestkan....
and so with me..i do fall in love with korea drama or film ;) hehe.
nak tgk tp adik sy conquer tv laa :(
layan juga yer cerita korea.sy klu episod nie allergic sikit..tak smpt nak ikut sbb keje tak tentu masa..sipnopsisnya macam best..:)
aku pon tak suka bila nak tengok pastu ada part yang takde kat utube tu. utuber ni pon satu dah upload tu, upload lah sampai habis . gila sengal
beztttttt knnn cite nehh. hee (;
saya penah tgk citer tu lah! ayo cik betty....haha!
*awak ni mmg hi taste. di saat org gelak tak ingat dunia bila tgk hantu bonceng, awak cakap citer tu tak best. mmg very hi taste la awak. :D
oh dulu pernah tengok dah citer ni .. best
@ekabukanmakcikkau.
memang sengal kan?! bikin orang hangen jerr..
@gadisBunga
yerla GB..sy pon sampai naik heran dgn diri sy sendiri..citer Hantu Kak Limah yg orang kata best tu pon sy rs x best..KL Gangster yg untung jutaan tu pon x best..
wah ka rina layan korea.. blh la ber k-pop pas ni...:)
full house cite korea kan. itu la yg paling best rasa. yang lain tak tengok mana. hehehe
salam merindu..
rina, haruskah k.ayu turut bersama2 kamu..
maklumlah.. kak ayu jua kaki dramakorea..
aduh!!!
pelanggan dan tv, mana satu pilihan???
ceta korea dapat dilayan masa cuti sekolah..
anak2 siap ngumpul ceta korea..
hebat sungguh pengaruhnya..
tak tengok gak cerita ni sbb ralit tengok cerita korea kat channel ONE. Dlm banyak2 cerita genre camni saya suka My Fair Princess.
Lama sgt dah xlayan cite korea beria2...
Takut kemaruk bila da mula..:)
lps abis cite ni dulu kt tv8 trus sy cr cd nyer...mak ai mahai giler...tggu beberapa thn...x sangka lps tu ada kedai wat offer...dpt la sy beli murah so la ni semua episod ada dlm simpanan...
cd ori tau!