HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, October 18, 2011

Gerun, Ganas & Ghairah @Gunung Lambak, Kluang



Assalamualaikum.

Kahkahkah. Gerun, ganas dan ghairah (loya pulak nak menyebutnya). Tajuk murahan demi mencari trafik murahan. Samalah macam filem murahan yang ntah hape-hape.


Jom-jom. Hari ini mahu bawa anda jalan-jalan ke kampung Dato' Abdul Rahman Yassin bukan adik-beradik Muhyiddin Yassin (eh ye ke? ntah tak tahu).



Punyalah ghairah nak take photo papan tanda nih tapi dapat separuh jer. kahkahkah. Kes photographer tak tere dan jugak kes malas nak turun dari kereta. Oh. Ya. Kampung saya memang letaknya di kawasan Taman Rekreasi Gunung Lambak ini.



Jomlah menteruskan perjalanan ke rumah bonda.



Sampai sudah kedai perabot jati. Kahkahkah. Bukan. Ini rumah bondaku.



Dari depan rumah bonda.



Saya lebih suka lepak di belakang rumah bonda. Angin gunung bertiup sepoi-sepoi.




Usai berehat sebentar di rumah bonda dan menonton drama Jewel in The Palace beberapa episod (download punya daa), lalu menteruskan perjalanan ke Taman Rekeasi Gunung Lambak. Dari rumah bonda jalan kaki pon boleh sampai daa. Tapi demi mengelakkan keti berpeluh kita naik keretalah. Lagipon nanti di pertengahan jalan anda akan bertemu kera-kera liar yang ganas lagi menggerunkan.



Macam tersengih pulak kera ini ya? Awas. Jangan berani mengumpat diaorang nih nahas korang. Mak aku cerita rumah jiran dia habis dikencingkan kera dan disapu tanah gara-gara mereka ada mengutuk si kera.



Rumah kat kampung nih besar-besar dan ada yang cecah jutaan juga. Jalan yang sedang dilalui ini pon katanya masih ada pontianak bergentayangan. Kalau tak silap ada satu rumah dekat-dekat sini Pierre Andre buat penggambaran untuk filem Alhijjab. Kata mereka Pierre Andre orangnya baik dan hormat orang tua. Nur Fathia (heroin Cinta Stanza ke Stanza Cinta ntah) pula agak sombong sedikit.


Sayangnya waktu diaorang shooting saya takda. Kalau tak, boleh juga offer diri jadi pelakon tambahan kahkahkah. Jadik pontianak? Berani ke?




Water Park. Nak masuk kenalah bayar. Dewasa RM5 kanak-kanak 4 tahun ke atas RM3. 



Kanak-kanak pasti teruja dan ghairah ke tempat semacam ini.



Gara-gara teruja dan ghairah mentengok magnum di blog ratusiput kemarin kita beli jugaklah.



Keriangan.



Keseronokan.



Keterujaan tiada batasan.



Tangisan enggan pulang.



Itulah puncak Gunung Lambak yang menyimpan misteri. Abah saya cerita ada sekali tu sekumpulan polis nak pasang pemancar apa ntah kat atas gunung nih. Bila azan maghrib berkumandang hutan yang sepi jadi riuh rendah dek segala macam benda yang keluar. Big foot pon ada katanya. Uncle Seekers kalau berani jomlah datang.



Jalan menghala ke puncak. Biasanya orang guna jalan ini untuk bersenam secara jalan kaki. Nak berlari pecut ala Watson Nyambek pon boleh kalau anda tere.



Dekat area sini banyak rumah penginapan juga. Tak pastilah berapa sewanya. Jalan ke hutan tu boleh panjat kalau mahu. 



Dah lewat petang. Jom balik! Yuhuuuuu. Abah dah pesan jangan balik sampai dekat maghrib.



nota-noti:
Tak sabarnya nak tunggu minggu depan.


58 comments

October 18, 2011 at 9:26 AM

kemas la rumah bonda awak rina.. rapi je.. mesti tak dak budak kecik ... teratur je..

Saya takut la hutan2 ni .. saya memang penakut sikit bab2 seekers ni...

October 18, 2011 at 9:45 AM

baru bulan lepas nak gunung tu~he~~sampai naik krem kaki~~rumah mak akak kat situ kah?

October 18, 2011 at 9:47 AM

nk tunggu minggu depan ada apa pula...gng ledang pn 15 minit dr sini tp bru pergi 3,4 kali jer hehe

pontianak? tgok citer pontianak k-pop tu tk? boleh juga kan watak tmbhan , hihi

October 18, 2011 at 9:50 AM

Eh2. Gmbr anak2 je? Akak mana? Hehe


psst. Kite fkulti fppsm lah kak. Suami akak kt fkulti tu ke. :)

October 18, 2011 at 9:51 AM

@bujal X

ya dekat situ bujal..

October 18, 2011 at 9:52 AM

@siti kektus


akak photographer ekeke

October 18, 2011 at 10:28 AM

Wah..rumah Bonda semua perabot jati..kemas dan cantik..Teringinlah nak bawa anak2 ke Taman Gunung Lambak ni..
hehe..makan aiskrim dlm kolam ye..kemain tergelak anak Rina sorang tu..:)

October 18, 2011 at 10:32 AM

nape offer jd pontianak plak..jadi la bidadari hehehehee

October 18, 2011 at 10:42 AM

nak pegi sana boleh?

nak ambik gambar dengan kera....

macam macam boleh tulis tu!

October 18, 2011 at 10:45 AM

bertahun tak pergi sana...dah berubah sakan erkh...siap ada waterpark bagai... lbukan ke ladang teh pun ada kat sana?


apa yang spesel minggu depan tu?

October 18, 2011 at 11:05 AM

wah umah bonda rina cantikla....bestnye tinggal dekat dgn gunung...sejuk je mata memandang...tenang & aman fikiran

October 18, 2011 at 11:10 AM

@MamaEma


ladang teh? mana ada..

October 18, 2011 at 11:11 AM

@sahromnasrudin


ehem! bidadarilah sangat kan hehe

October 18, 2011 at 11:36 AM

comeila muka keriangan.

fuh sedapnya magnummmm

October 18, 2011 at 11:46 AM

Wow! Rumah bonda mcm resort! Cool! Sy pnh gak ulang alik Kluang dulu2. Tapi tak nah sedar wujudnya Gunung Lambak yg cool nie. Harus terjah nie!

October 18, 2011 at 11:48 AM

murahnya waterpark kat situ..hari2 pegi pun xpe..hehe..

October 18, 2011 at 12:13 PM

bestnya tempat tu.. klu dekat mmg akak nak bawak anak2 ke situ..

October 18, 2011 at 12:34 PM

wahhhh...kampung mak akak best giler..nmpak sejuk je suasana..best2..siap ade waterpark lg..

October 18, 2011 at 12:34 PM

bigfoot? hoho... nak pi tumpang uncle gedek la...

October 18, 2011 at 12:36 PM

weyyyy..siap ada taman air tu!!

boleh lah saya riki riki tempat ni...ada air terjun ke?

October 18, 2011 at 1:21 PM

seronoknye rina..siap ada taman air, murah pula tu..anak2 No suka p main air..seronok kan duk kampung...sejuuuuuuk je..

October 18, 2011 at 1:23 PM

banyak2 tempat yg paling best di dunia..kampung kita jugak yg best

October 18, 2011 at 1:24 PM

seronoknya zikry main air.teeheee.cantik umah mak cik betty :)

October 18, 2011 at 1:33 PM

alamak,starting da meremang da kak.huhu.tp bestnya muka msing2 dlm air 2.hihi

October 18, 2011 at 1:36 PM

cantiknya kampung akak....siap nampak gunung lagi...nice..!! :)

October 18, 2011 at 2:16 PM

"wow bestnya jenjalan..mkn eskim magnum lagi tu..sambil mandi manda...rumah bonda kamu terbaek lah susun aturnya..hehhe..uncle seekers dah pencen dah kot rina..."

October 18, 2011 at 2:34 PM

Rina kakak boleh tak pernah pergi tempat sini walau pun tak jauh mana kan. Cantik juga sebab ada tempat anak-anak mandi. Tak apa kakak google cari jalan ke sana tapi tak tahulah bila....

October 18, 2011 at 3:00 PM

cantik rumah bonda akak tue..owh, rugi akak xde time diorg wat shooting..klu tak mesti die offer akak jadi hantu tambahan...hehe..gurow je kak..jgn marah...best la kawasan tu..teringin nak pergi.

October 18, 2011 at 3:27 PM

wah..cik betty...
saya orang kluang jugeeee....=))

October 18, 2011 at 3:35 PM

Serius best..jeles org ada kg..

October 18, 2011 at 4:08 PM

rumah bonda kk tampak sangat menyenangkan if staying there for a long time. suasana kampung juga memang mengasyikkan ;)

btw, seronoknya main2 di waterpark ya:) refreshing di sana pun totally fun!!

October 18, 2011 at 5:15 PM

informasi yg sgt lengkap la rina...
bagus bagus...
sbb sya mmg teringin ke sana tpi tak berkesempatan lgi...rasa cam jauh je...

cantik umah bonda awak...

oh, awk org kluang ek?

tak sangka lak ada waterpark sana...
best gak kan :)

October 18, 2011 at 5:42 PM

ahahha, betul2 ganas, gerun, ghairah ni! haha. apa la kak betty ni buat lawak plak dgn tagline 3gp. :) menarik lg kisah akak ni dr klip 3gp tu. keh keh :)

October 18, 2011 at 5:53 PM

cantik jer rumah bonda,patutlah anknya pun minat deco2 rumah.hehe..

wow misteri jugak tmpt tu..sy tak berani.tp klu berlakon pontianak boleh jugak.hahaha..

October 18, 2011 at 5:56 PM

buat pengetahuan akak ! saye berjaya menawan puncak gunung lambak ! yeaayyy ! u should try it..

October 18, 2011 at 5:59 PM

syok nye tgk budak2 tuh main air..x sabo nk bwk Mifz g main air lak..hehe

October 18, 2011 at 8:49 PM

bestnyer..rumah bonda tu cantik..

waterpark pun murah je masuk,seronok anak2 kan.. =)

October 18, 2011 at 9:17 PM

cik ina cintakan alam semulajadik. rasa tenang, kalau cik ina kat situ mesti nak panjat sampai puncak. memang suka wat aktivi memanjat ni.

October 18, 2011 at 9:35 PM

p/s: lagu dlm blog arisha itu bertajuk someone like you. it's the best song by adele! ;')

October 18, 2011 at 11:05 PM

Ingatkan kedai perabot jati...rupa-rupanya..umah mak dia hihihi...Orang kata Al-Hijab Seram...tapi Cik rose tak tengok lagi.....Cantiklah pemandangan kat situ.....

October 19, 2011 at 3:14 AM

cantiknya rumah bonda. kemas.
nyaman jer suasana kat situ
murah ek waterpark tu. best best

October 19, 2011 at 7:28 AM

bonda tu rumah emak sendiri ke
cik betty?
memang macam kedai perabot jati ye ..heeee

kat mana gunung lambak ni...
baru 1st time dengar ni :)

October 19, 2011 at 8:03 AM

tu rumah bonda ke muzium negara sis... confirm mahal2 kan perabot tu :).. best nye g holiday :)

October 19, 2011 at 9:08 AM

ala..belum cuba blum tahu..cuba try test jadi bidadari dulu hihihihihhhh

October 19, 2011 at 11:31 AM

syantek umh bonda mu itu

October 19, 2011 at 11:40 AM

bestnya balik kg..kemas jer rumah bonda rina...

October 19, 2011 at 11:57 AM

family saya masih ramai di kluang tu...gunung lambak tu pun dekat dah ngan umah family saya...

October 19, 2011 at 12:19 PM

nampak best panorama pemandangan umah mak rina...

seronok betul budak2 main air yerk...:)

October 19, 2011 at 12:32 PM

lawanya umah bonda...kayu jati,,chii suka sgt.....

skali2 jln2 cari pasal..mmg best kan

October 19, 2011 at 1:48 PM

best rumah dekat dengan tempat rekreasi macam ni.. suka tengok lagi suka kalau dapat join sekali.. ;)

October 20, 2011 at 7:03 PM

seronoknya kak..

October 21, 2011 at 4:34 PM

Bestnya kat situ...teringin rasa nak pergi..

October 22, 2011 at 11:20 PM

wah ! meriahnya !!!!

October 24, 2011 at 8:42 AM

Menarik dan kemas sungguh susunan perabot rumah bonda Rina. Suasana persekitaran pun nampak nyaman je.

Akak tak berpeluang le ke water park tu jauh sangat. Mungkin kalau ada rezeki barulah boleh sampai.

October 29, 2011 at 11:07 AM

Salam Cik Betty, saya linkkan entri ni di dalam blog. Rasanya rumah bonda Cik Betty dan bonda saya sangat berhampiran. Entah2 berjiran kot..

October 29, 2011 at 9:14 PM

La hai.. pernah mengajar situ ke? Masa tu saya tak mengajar sana lagi. Cik Betty ada emel tak?
Kalau apa2 Nur cerita kat emellah ye.. Emel Nur : dianajib79@yahoo.com.my

November 4, 2011 at 5:01 PM

baru lepas download...patut la mcm kenal je lokasi jalan dlm citer al hijab tu...sbb sy pun dulu mude² slalu lalu jalan tu

January 26, 2012 at 11:28 AM

gunung lambak ni kat mn kak rina?heee

xpnh dgr la..huu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal