assalamualaikum..
Anda semua pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta tak? Alah yang Dian Sastro dengan Nicholas Saputra berlakon tu. Saya ingat lagi masa tu saya bekerja sebagai tutor di UTM. Ada bilik sendiri (jauh pula dari lecturer senior yang lain) maka bebaslah nak buat hape pon hatta menari cha-cha tiada siapa nak pedulik. Hakikatnya, saya tak pernah pon menari cha-cha semasa itu.
Saya sangatlah gila dengan cerita ini hingga ulang CD dia sampai 729 kali kat PC. Sampai hapal dialog si Cinta tu sebijik-bijik. Siap lekat poster Nicholas dengan Dian kat bilik rumah sewa. Siap beli kaset (masa tu kaset) lagu-lagu filem ini lepas tu ulang dengar dalam kereta pergi balik kerja. Tu takpa lagi. Siap perasan muka sendiri ada iras-iras Dian Sastro wakakak. Boleh blah!
Apa??? Takda rupa Dian Sastro? Memanglah. Saya tahu lama dah. Wakaka. Itu saya dengan rakan sekerja bukan incik papa. Masa ini belum jadi isteri orang lagi. Oh ya. Gambar ini sudah minta izin incik papa untuk tampal di sini dengan syarat nyatakan jejaka itu bukan dia. Heh! Mentang-mentanglah. Cuba kalau yang berdiri sebelah saya ialah Nicholas Saputra. Mesti nak ngaku itu dia.
Tulah dia. Orang suruh carik tajuk research proposal saya bantai buat benda lain. Last-last research tah ke mana saya pon tercampak ke lembah ini. Angan-angan nak jadik lecturer bergelar Dr phd pon terpadamlah. Wakaka. Takpa-takpa. Barang yang lepas jangan dikenang. Kalau dikenang tak bawak kau ke mana-mana pon. Realitinya, sekarang saya pon lecturer jugak. Kerja meng'lecture' anak-anak.
Ok. Dah-dah. Sebenarnya saya nak cerita pasal benda lain. Harini saya rasa macam banyak benda nak tulis. Harap anda semua bersabar.
Oh. Ya. Tajuk hari ini ada berkaitan dengan mee hoon maka kita teruskan dengan cerita mee hoon pula. Ada Apa Dengan Mee Hoon?
Takda apalah!
Nak sharing resipi mee hoon kuah sempoi ni jeh ha yang benarnya. wakaka.
Selama ini (sepanjang berkahwin) bila jumpa mee hoon di dapor saya akan jadikan ia menu mee hoon goreng. Nak pelbagaikan rasa kadang-kadang goreng ia jadik kaler merah, kadang-kadang kaler coklat (boh kicap) dan kadang-kadang kaler putih. Bila jemu buat menu mee hoon sup pula. Bila jemu lagi kita carilah resipi lain pula.
Maka terhasillah menu mee hoon kuah sempoi ini. Alhamdulillah. Risya suka sangat. Ibu manalah yang tak senang hati bila anak yang cerewet makan tambah bermangkuk-mangkuk. Bukan tambah mangkuklah! Siap ulang makan lagi hingga keesokan harinya. Tak perlu berusaha beriya-iya di dapor tapi dapat membuat makanan disukai anak-anak. Itulah kegembiraan seorang emak-macam-haku. Kehkehkeh.
Maka terhasillah menu mee hoon kuah sempoi ini. Alhamdulillah. Risya suka sangat. Ibu manalah yang tak senang hati bila anak yang cerewet makan tambah bermangkuk-mangkuk. Bukan tambah mangkuklah! Siap ulang makan lagi hingga keesokan harinya. Tak perlu berusaha beriya-iya di dapor tapi dapat membuat makanan disukai anak-anak. Itulah kegembiraan seorang emak-macam-haku. Kehkehkeh.
Sebelum tampal resipi haruslah mintak tumpang lalu (sambil terbongkok-bongkok dan menutup muka) kat otai masakan seperti cik ina, ayu, No dan suri hidup mama serta lain-lain :). Ni belum sharing buat kek lagi nih. Lagi nak kena bongkok-bongkok silap-silap meniarap terus sembunyik bawah meja sebab malu dengan dani, nieza, izan, ratusiput serta cik ina lagi sekali. Hahaha. Takpa-takpa. Lambat tahun lagi kek aku nak jadik. Salahkan incik papa sebab tak nak belikan aku mixer. wakaka. asyik ketawa dari tadik rasa nak lempang pulak.
Walaupon sepatutnya resipi macam ini tak layak tampal tapi haruslah ditampal juga manalah tahu ada anak dara atau teruna perantauan yang belum kenal mana satu sudip mana satu senduk mana satu halia mana satu lengkuas mana satu kayu manis mana satu kayu api wakaka boleh dapat inspirasi kan.
Ok. Dah-dah. Bosan baca kau membebel dari tadi. Tah bila nak habis.
Walaupon sepatutnya resipi macam ini tak layak tampal tapi haruslah ditampal juga manalah tahu ada anak dara atau teruna perantauan yang belum kenal mana satu sudip mana satu senduk mana satu halia mana satu lengkuas mana satu kayu manis mana satu kayu api wakaka boleh dapat inspirasi kan.
Ok. Dah-dah. Bosan baca kau membebel dari tadi. Tah bila nak habis.
Sediakan,
Bawang merah, bawah putih, cili merah dan halia. Kisar.
Daging. Hiris, rebus lalu ambil air rebusannya.
Udang (kalau ada). Kopek kulitnya dan rebus kulit tersebut dan ambil airnya.
Sotong.
Sawi dan tomato
Sos tomato, sos cili dan sos tiram.
Let's do it!
Tumis bahan kisar.
Campak sotong. Tumis kejap. Masukkan air rebusan daging + daging dan juga udang + air rebusan kulit udang (kalau ada).
Biarkan mendidih. Campak tomato, sawi dan pelbagai jenis sos.
Boh garam.
Curah dalam mee hoon yang telah dicelur terlebih dahulu.
Ha. Sempoi je kan. Bagus buat praktis masak-masak. Buat main pondok-pondok dalam reban ayam pon best juga. Sebab confirm kau akan rasa macam terror dalam dunia mengalahkan anak jiran sebelah. Wakaka.
Bagi otai masakan seperti yang disebut di atas anda janganlah gelak-gelak ya. Saya sedang malu :P.
Resipi credit to: En. Jamhari dan Kak Ruslin. Maafkan hamba sekiranya resipi anda dieksploitasi sesedap rasa (diaorang tak bacalah blog kau labu!)
nota-noti:
Sori. Hari ini saya terasa ingin merapu lalalala.
51 comments
tudung style wardina~~kemain~keh keh~
lawa la u rina.. sbb u jarang tempek gambar kot..ala kalau rina tak bgtahu sebelah rina tu bkn mr hubby.. rine dapat agak.. sure tu bkn mr hubby.. hehehe..*gelak jahat*
Cik Rose pun suka giler gan movie "Ada apa Dengan Cinta??...sebelum nie tajuk blog pun tajuk tue hihihi...memang ada cd gan lagu jugak kat rumah nie masih tersimpan.....
@Cik Rose Cute
sy punya cd entah ke mana..kaset pula mencair kena panas sbb tinggal dlm kereta..keciwa :(
@bujal X
eh..ye ker? hehe
@Chekgu Azrine
dulu muda memanglah..sekarang huhu sedey :(
hahaha No mane la otai..duk blaja2 la jugak ni rina oooi hahaha...klo kakIna tu No pasti memang OTAI hehe..
mm baca resepi tu dh nampak sedap..apsal tak buh gamba rina? lagi sedap klo ada gamba hehe..
No semang suka bihun dari mi..anak2 pun sama..
Alahai, cantiknya Rina. Putih gebu. Mesti ramai peminat dulu nie. Hiks~
Cik Rina, nape tak tempek gambar mihun kuah tu? Kalau dicampak udang kering tumbuk dgn kacang tanah tumbuk, dah jadi mihun bandung. Sedap!
sy juga gila dengan cerita ada apa dengan cinta.hari2 dengar cd lagu dekat pc bilik.cerita n dialognya juga busa hafal.masa tu sy studi lg..haha cerita tu memang best.sy hafal juga sajak ku lari kehutan kemudian dot dot...
meehon tu sedap juga klu sekali sekala makan..
gambar lama nampak berisi sikit dari sekarang..:)
Sekian.kehkeh..
anum pun ada cd dan kaset
tapi mane la simpannya
@Puan Kutu
haha..betul..sy pon suka sajak tu..siap deklamasikan feeling-feeling suara Cinta gitu kakaka..
sekarang mmg sy kurus sangat..dah macam kertas A4
@Fara
kakaka..itu kena tanya incik papa susah ke x susah jaga saya kakaka..
mee hoon kurang kenyang. Boleh la buat makan petang2.
die hard fan sinetron jugak ye...
lawa la akak ni ade iras dian satro ntah terbelit nk sebut nama dia
maintain je kurus smpai skrg :)
resipi tu saya tk reti nk komplen sebab saya pun tk terror tp mesti gumbira tgok anak2 selera makan..itu saya tahu :)
@Maya Mayana
ini filem bukan sinetron..one of the best film from indon sy rs
Saya suka makan Mee Hoon.
Kantoi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping
gambar takde ke sbb senang nak tiru bulat2 kot tak serupa ngan gambar nanti kantoi sndiri buat tak jadi.jgn taktau ratu goreng mi pun tak pandai.slalu GAGAL tang nak menyukupkan rasa :) :) :)
baca resepi mcm sedap je ni...nak bg resepi kat mak t soh mak masakkan....hehehe
Comel nya rina ...
saya kalau masak malu nk letak resepi .. malu la.. hahaha...
mana gambarnya rina ... tp kalau masukkan terus bihun nanti mengembang la kan dalam kuah..
La... mana mee hoon yg dimasak tu Rina. Kakak nak tengok gambar dia. Mesti best sebab anak-anak makan berulang:)
Smlm pn aku msk mihun goreng & bwk bekal gi keja cam biasa. Feveret tu..
Oh AADC.. '..atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai'
@DANI Tmn. Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
tajam giler ingatan ko yek!
tunggu..ema nak pergi bawang..benda lain dah ada...hehehe
meehoon.. kelmarin ai sarapan meehon kat rumah pengasuh dan siap bawak bekal lagi ke office.. oh.. bahagianya.. hikhikhik.. time cengginiler nak manja2 pun..
bui masih simpan vcd AADC sampai sekarang..dulu tengok sampai ulang2 10x..hehehe
haha.. citer pasal mee hoohn biasa2 jerk.. citer pasal sejarah lame tu yang ggempak sis.. hehe
kono suh wife den cubo nih...
Ooo dulu awak tutor ya, saya pun bercita2 jugak nak jadi lacturer dulu tapi bila dah kawin terus terkubur cita2 tu. Disebabkan dah terlempar diceruk dapur maka marilah kita menghasilkan makanan yang sedap untuk dinikmati oleh anak2 dan suami walaupun sekadar mee hoon heee...
come lote rina nih.
duk scrol cari gmbar mihun heheh...
sama la ngan akk brangan nk julang phd tp kandas d tgh jln huhuhu
lagu cite AADC mmng best giler, i like
cik betty,
alalalalalalala comelnye cik betty nih. kecik molek.
mane gambo mee hoon yang dah siap masak?
lawak betul caption gambo tu...haahaa
tpi sya dulu pun mmg gilerkan crita tu sbb rasa mcm cool giler...
mana gambo mee nye???
cantiknya akak waktu muda2 dulu. wanita solehah ;)
mee hoon is the best food. macam hidangan kita boleh masak pake mee hood ;)
nanti share resepi masakan yg lain pula ya..i'm eagerly waiting for it!!
Janji ada iras-iras .. tak pe rina kita je tahu muka kita cam dia.orang lain tak nak ngaku dia punya hal.nampak tak confident level mesti tinggi.cam masak gak, rinapun sifu gak , hari tu masak nasi tomato. ingat tak.ha ha ha ingatkan. cik ina tak pernah lagi masak nasi tomato.
sedapnya mee hoon. peberet saya tuh!
ada sikit rupa dian tu... tapi dari belakang la yang samanya... hohoho...
mane gambar mee hoon nyer????.... dok tunggu lama gak.....x kluar pon pic meehoon....hehehe..
nama Betty la fea tu sgt lah tak sesuai dengan kak rina. kak rina sangat lawa.. :D tukar2..taknak nama betty tu dah. akak lawa sangat la. pastu siap jarang tunjuk muka. sgt humble..dah la cantik, humble plak tu :D
lupakan soal bee hoon.
awak mmg gojes lah rina!
@Namee Roslan
namee mau akak belanja mee kari x ~kehkehkeh
@Tukang Karut
tipu ~kehkehkeh
dah sah-sah ko x penah nampak belakang akak!
tgk cite tu mase zaman belajar dulu :)
*saye bukan penulis buku. saye penulis blog je. hehe
dill.
cantiknya! rina lg cantik la dari dian =)
mmg kira yer 729kali tu ekeke,lawak la rina ni.
tp mana mee hoon tu? izan ni nk tepek resipi masak2 pun selalu mintak lalu dgn cik ina tu.adehh malu.
kak tunjukkan la gmbr mee hoon nyer
cun la akak..huhu.. :)
wah...simple....boleh try..
pstt..ingt tak resepi nasi tomato yg akk pernh share kan time bulan puasa yg lepas..?
dah dua kali sy buat...menjadi dgn jayanya... :)
prince ingat ade gmbrnya...tapi xpe la ade resepi..hehe
masa muda2 lawa...
dan sekarang..kot tak berubah..mention..insyaAllah..
1st time tengok wajah sebenar Rina... comey juga masa zaman2 bujang dulu ya,.. ehehe
p/s: saya ni penggemar gila mee hoon... apa2 masakan pun saya akan bantai... ehe
comelnya..hihi.amboi kak,baik kak tgk smpai cukupkan sejuta kali terus.haha.
suka mihun...
apa2 masakan pun boleh...=)
mee hoon nya mana?? mana aci tampal resepi je...hehe..
kalau ada gambar nie maunya kasi lebih terliur nie