HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Thursday, March 31, 2011

Nur Zuhairah Batrisyia

Selamat hari jadi sayang..

Kejap je sayang dah menjadi 6 tahun. Rasanya macam baru semalam mama mengandungkan risya. Padahal semalam mama dengan papa bawak risya pegi jusco pilih hadiah sendiri kan. Walaupun benda yang risya pilih adalah amat mengarut tapi mama dengan papa layankan ajelah sebab murah. Hehe. Kalau mahal memang mama dengan papa tak nak melayan.

Masa risya duduk sedap dalam perut mama, mama sebenarnya gigih membuat master. Tapi risya ni notti. Mama tengah exam time tulah risya nak keluar kan. Padahal awal lagi. Papa pun takda kat rumah. Kawan papa uncle Azuan dengan cik yan yang bawak mama pegi hospital sultanah aminah. Dalam kereta kita layan lagu Peter Pan. Masa tu mama suka dengar lagu Peter Pan. Tengah ngetop. Sekarang tak ngetop dah.

Sampai spital mama blur tak tahu nak buat apa kan. Surat government pun mama tak ada. Jadi kita dapat wad kelas 3 jer. Labour room dia langsung tak best. Boleh nampak orang sebelah. Boleh dengar suara aci pekik².

Bila doktor eh dia kata dia bukan doktor tapi MA jer suruh push kalau sakit mama tak paham sebab mama tak rasa sakit pun. Lepas tu mama berlagak cerita dengan orang yang mama tak rasa kontraksi. Hah..time melahirkan adik risya barulah mama tahu kontraksi tu apa. Barulah tahu kan langit tu tinggi ke rendah. Selama ni ingat tinggi. Langit dua kali barulah rendah. Takpalah takda kena mengena pun kontraksi dengan langit atau pun langit-langit.

31 Mac 2005 risya jam 4.20 petang lahirlah risya ke dunia yang fana ini. Risya ialah anak pertama mama dan papa. Cucu pertama bagi kedua belah atuk dan nenek. Juga cicit pertama.

Mama bagi risya nama. Papa tak terlibat. Berhari² mama fikir. Mama bagi risya nama Nur sebab sama dengan mama. Mama bagi Zuhairah supaya bunyik ada macam nama mama (papa jeles). Mama bagi nama Batrisyia sebab tengah trendlah masa tu. Jangan risya tak tahu nama pun ada trend. Maknanya cahaya. Maknanya bunga. Maknanya cerdik. Tapi mama dengan papa panggil kamu risya. Itu gabungan nama mama dengan nama manja papa di kalangan kawan²nya.

Semoga risya jadik anak yang solehah. Mama sayang risya sangat!



notajari:
Risya tahu tak yang mama berenti buat master lepas risya lahir sebab tak mahu berenggang dengan risya. Risya jangan ikut perangai mama yang lembik tu ya. 

21 comments

March 31, 2011 at 4:15 PM

Selamat Hari Lahir Risya!!!!

cium sikit dar mamaema ..hehehe

March 31, 2011 at 4:31 PM

happy birthday, risya:)

March 31, 2011 at 4:49 PM

hepy besday risya =)
jadi ank yg solehah nanti..

March 31, 2011 at 5:06 PM

oitt sayang..bukan org yg follow dapat hadiah..org yg print screen nanti dapat hadiah tau..ekekeke

March 31, 2011 at 5:11 PM

hepy birthday risya. moga membesar menjadi anak yg soleh dan ingat pada jasa bakti ke dua ibu bapanya. Amin.

March 31, 2011 at 5:12 PM

happy birthday risya..semoga menjadi anak yang baik dan taat kepada kedua ibu bapa ye sayng..

Anonymous
March 31, 2011 at 5:19 PM

happy birthday risya. jadi anak yang solehah dan disayangi semua.

March 31, 2011 at 5:49 PM

Dia mesti comel macam mamanya ..
=)

March 31, 2011 at 5:53 PM

happy 6th bday risya!

March 31, 2011 at 5:54 PM

hepy birthday juga...

March 31, 2011 at 7:21 PM

Happy birthday buat Risya yang comel..moga menjadi anak solehah kebanggaan mama dan papa ye..:)

March 31, 2011 at 8:31 PM

salam...
bila baca entry ni saya terharu. besar pengorbanan seorg ibu...
insyaAllah, rezeki ada di mana2...mama bila dah stabil kena sambung study balik ok..hehe

March 31, 2011 at 8:52 PM

SELAMAT HARI LAHIR RISYA..cikNo doakan semoga risya menjadi anak solehah bila besar nanti ye nak..

kejap je kan dah besar anak2 kita...mmmm rindu la plak nak bb.....

March 31, 2011 at 10:20 PM

happy birthday risya..
besar pengorbanan mama kamu utk kamu..hingga master pun mama hold dulu..
tiba2 antry rasa tocing sangat......
sebab kamu ada mama yang hebat

April 1, 2011 at 2:47 AM

Apa khabar agaknya ye budak ni? hikhik..

pe2 pun.. knp cakap mamanya lembik? every mom in the world is a strong guy.. <---betul ke bahasa mat saleh ni? hahaha..

April 1, 2011 at 6:57 AM

Happy birthday adik risya!!!! owhh ngh sambung master waktu tu... mst risya ank yg bijak sbb akak bljr kan wktu tu? kiranya da ikut blja skali hehe

April 1, 2011 at 9:10 AM

epy bday risya comel...smoga bsar nnti jd anak yg bjasa pada mama n papa yer...

April 1, 2011 at 9:16 AM

rina kene tag tau

http://mutiaranolangacontest.blogspot.com/2011/03/missz-gardens-birthday-lucky-draw.html

April 1, 2011 at 10:32 AM

selamat hari lahir untuknya..
semoga menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua ibubapanya...

April 1, 2011 at 1:31 PM

epi belated birthday dari angah tuk risya alamak lewat leh ke???

muuaahh

April 9, 2011 at 9:43 AM

selamat hari lahir cheQ.. (belated ya sebab lambat wish). semoga menjadi permata bonda dan ayahanda kamu. iaitu anak soleh yang mendoakan kebahagiaan mereka didunia dan diakhirat. )

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal