Dah lama tak tengok nona. Rasanya dah bertahun-tahun. Lepas zaman Normala Shamsuddin (kemain purba) rasanya dah tak ada tengok lagi. Sampai dah lupa wujudnya rancangan nama nona.
Masih samakah pengisiannya? Masih meriah dengan perkahwinan gilang-gemilang orang kaya?
Dengar kata pengacaranya akan bertukar. Rasanya lagi baik tukar nama terus kot. Tukar pengisian. Biar betul-betul berwajah baru bukan setakat muka pengacara saja yang jambu.
Eh sebenarnya nona langsung takda kena-mengena dalam ini cerita ~hiks.
Jomlah saya bawa anda tengok-tengok gambar sekitar majlis kawen cikgu salmah dekat kampung parit belemam. Pernah dengar nama kampung tu?
Memang taklah kan. Nona pon tak pernah sampai haha. Dulu masa sekolah saya malu hendak sebut nama kampung itu. Teruk. Padahal itu kampung atuk sebelah abah saya. Tapi itu dulu. Sekarang tak malu. Kalau malu saya tak tulis dalam blog ini ~hiks.
Inilah cikgu salmah. Makcik saya. Adik abah saya yang kedua bongsu. Kami kelihatan sebaya kerana saya cuma 5 tahun lebih muda darinya.
Ini anak murid cikgu salmah. Beri hadiah persembahan joget khas buat cikgu kesayangan mereka.
Mereka juga anak murid cikgu salmah.
Oh yang menyanyi ini abang sulung cikgu salmah merangkap abah saya. Yang kecil-kecil itu sepupu saya. Yang baju belang itu deejay kot.
Ini abah Sarimah Ibrahim. Ingat Sarimah? Alah artis tu. Kalau sudah lupa pegi gugel sekarang juga. Abah dia dan abah saya sekampung dan berkawan baik dari kecil. Saya dan Sarimah tidak berkawan baik ~hiks.
Pelamin tema hijau ini membuatkan saya teringat pelamin saya 7 tahun lepas.
Merekalah hasil perkahwinan saya dan incik papa ~hiks.
Abaikan. Mereka saja nak mengimbau kenangan.
Mereka pengantin sebenar. Semoga kasih sayang berpanjangan hingga ke syurga.
Atok dan nenek saya bersama sebahagian cucu, cicit dan cucu menantu. Sebenarnya lagi ramai tapi tak balik sebab ada urusan. Saya antara cucu yang tua (kedua tua). Sepupu saya masih ramai yang kecil-kecil memandangkan abah saya anak sulung dari 12 beradik.
nota-noti:
Entri ini autopublish sahaja. Saya balik kampung. Rasa bersalah pula up entri tanpa BW ke blog kamu. Maaf.
50 comments
haha
tajok tu sangat kreatif
Hoho... Hasil naik pelamin pun dah dua orang, tak nak tambah lagi ke? Ooopppsss...
pelamin yang cantik
sangat meriah..
sukanya lihat kamu di pelamin..
hehhehehe. ala2 pengantin juga
moga panjang usia perkahwinan rina dan perkahwinan mak saudara a.k.a cikgu salmah dan suaminya..amin
ada kudang kepang tak? itu yg unik kt johor nie huhuhhhh
moga berkekalan hingga ke akhirat...mmg meriah ya perkahwinan di kampung ni...sha takde kampung...kampung sha is penang yg moden
rina...kecomelan kamu
mengatasi pengantin!
meriah majlis tu..suka :)
Meriah betul majlis kawin.. cikgu yer.. glamer gitu..ada plak anak murid yang buat persembahan.. :)
mjlis kawin cikgu mmmg meriah kan sbb satu sekolah duk mai dan bajet pun kena extra...hehe
comel tul hasil keje keras kamu suami isteri kan...hahaha
terasa lak sya bila baca footage tu...huhuuu
org johor, kalu wat kenduri kawen x sah kalu x de zapin
nampak kemeriahan majlis ni..joget pun ade ye..hehe..kat nona tu tunjuk majlin orang kaya je..
parit belemam ..kat baru pahat kat..dekat gak ngan umah kwn chii..tongkang pecah..eheh..
simple je majlis nya..kaler hijau..nice..pelamin mcm abg chii punya dulu..
owh..selamat bercuti2 di kampung ya
haishh pas baca entri akk terus tengok gambar kawen saya semula... hee... :)
Meriahnya!
Jom baca ni ~ Fridge Magnets - Cenderahati Mudah / Fridge Magnets - Easy Souvenirs
Meriahnya siap ada tarian Zapin. Memang dah jadi trend sekarang kalau di kampung2 akan adakan tarian ni.
Pssttt Rina nampak cantik.. Parut chicken-pox pun dah hilang. :)
pengantin nie sebaya sy.hehe..
tgok eksesori kt kepala tu tema ala2 arab ekk pengantin.
jgn rasa bersalah..bliknti habis2an..happy holiday!
Rina,
Gaya Incik Papa tu dah betul dah. Tp gaya Rina tu mcm malu-malu kucen je? Hahahahah!
mmg meriah k.rina..ptt nona dtg rakam ni..heeee
selamat blk kg!
psss : pelamin cantikkkkk...k.rina nape slim sgt?heee :)..
yg penting ada entri utk dipublish..jejak kemudian pun tak apa...seronoknya balik kg
tahniah... buat pgantin..
ingat apa tdi psai nona..
apapun kwin kat kmpung susna lg bst :)
Risya sgt bergaya~Buleh jadi model
rizky comel. risya ayu. hihihi.
kawen dekat kampung lagi seronok. meriah. hehe
wah sompek lg mengimbau kenangan yer..hehe
selamat pengantin baru kepada ur auntie erk.. chomel je!!
wah ..meriahnya !!!
so sweet perantin tu kak..hehe..nape akak ngan sarimah xbekawan baik.....saje nak tanya...hehe
ololo.. comel nyee bdk2 tu posing ats pelamin :)
Meriahnya nampak, ;) Tak masuk Nona pun tak apa.. yang penting gembirakan keluarga dan jiran tetangga.
haha..kelaka.masa saya dan sarimah tak berkawan baik.
Cantik pelamin kaler ijau...sy dulu pun kaler ijau jgk..tp belah husband... tudung pengantin ala2 arab gitu ;)
"moga perkawinan mereka kekal ke akhir nyawa...amboi bersanding sakan ko rina..hehehe..mengimbau kenangan sekali sekala kan...dan hasil perkawinan itu sgt superb...eh,sarimah ibrahim?...ingat2 lupa,mana dia?lama tak nampak kan..."
Pengantin & anak sedara nya, dua2 comel loteh
kampung parit belemam?? mmg x pernah dengar.. hehehe..
moga Cikgu Salmah dan pasangan berada dalam rahmat dan limpah kurnia dariNya..sehingga akhir hayat..
Semoga berbahagia.. :)
seronok balik kampung jumpa saudara mara..gotong royong kenduri kahwin,walaupun penat tapi happy jumpa semua..
seronok bila mengimbau kenangan lama. Adik beradik ramai cam ayah rina, seronok time raya meriah.
hihi, kak, nona kalau xde cite psal kahwin2 mewah ni bukan nona namanya. huhu
selamat pengantin baru utk mereka O.o
semoga berbahagia cikgu salmah & pasangan...:)
slamat pngntin baru ckgu salmah. meriah tu ;D
gmbar 2 model ats plamin tu cantik! i mean model yg kcik ;P
Slmt pengantin baru buat mereka..dan buat " pengantin
lama" yg mengimbau kenangan kat pelamin tu pun..Selamat berbahagaia jg dan boleh tambah sampai sedozen lagi cahayamata yg cute mute ye..:)
pss..akak suka tgk tahi lalat Rina tu..hehe maniss
Joget lambak ada? Hhee.....
Alhamdulillah..selamat dah jadi suami isteri.. :)
Sy tgk gak nona...bab kawin tu...masih mcm dulu...anak2 org kaya...datuk nenek...opps... (^_^)
tp suka part share resepi...adakalanya menarik dan mudah nak buat.. :)
ehh, lamanya x update blog...bz ke?
nona sampai sekarang tayang perkahwinan org kaya2....
hehe, yang masuk Nona tu semua mewah je tp tak meriah. duduk makan je pastu balik. tak meriah macam kenduri yg biasa kita buat kt rumah. :) maaf kak, sy dtg lambat. busy sikit. :)
tak pe tak pe.. ketepikan rasa bersalah itu :)
hahaha kelakar entry ni.. ok fine sarimah tak nak kawan kak rina hahahha..
ala kawin kat kampung lagi meriah apa, sebb sanak saudara suku sakat dn warga kampung semua ada.. lagi suka kat kampung drpd kat hotel.. wah gitu aku mengomen hahahahahaha..
kat kampung la lg meriah sebab ada "salam keruk"
awak selalu buat saya ketawa dgn entry awak..awak ni lucu la..hehe
Meriahnya. Walaupon bersederhana tapi tetap meriah. Meriah tu lebih utama. Kalau mewah tapi tak meriah pon mcm tak best jugak kan :P
@YATZAKIE
sbb sarimah jeles akak cun dr dia hahaha bluwek!
Memang meriah...cantik pelaminnya..