Hai. Assalamualaikum..
Hutan Bandar Mutiara Rini ialah tempat orang-orang bandar sekitar sini nak beriadah dan buat macam-macam aktiviti seronok dengan keluarga tersayang.
Saya tengok kat sana ada orang aerobik (wuwu teruja sungguh nak join lain kali),
ada orang main layang-layang,
ada orang main basikal (ada kemudahan menyewa basikal),
ada yang sekadar lepak-lepak teman anak-anak bermain kat playground (ada banyak playground sampai saya jadik teruja nak main buaian jugak),
ada yang jogging dan ada yang makan-makan (ada gerai jual makanan).
Pendek kata macam-macamlah benda orang buat kat sana. Memang satu pandangan yang membahagiakan.
Walaupun begitu sangatlah jarang kami sekeluarga ke sini sebab...
Sebab apa tah. Hari cuti selalu sibuk kut. Sibuk nak berguling atas tilam. Sibuk nak pegi pasar. Sibuk makan sampai lupa nak beriadah. Haha.
Takpa. Saya telah menanamkan azam untuk riadah kat sana dengan lebih kerap. Oh. Tak sabar nak beraerobik nanti.
Eh. Dah ke lain pulak entri ini. Marilah saya bawa anda kembali ke pangkal jalan.....
.....dengan membuat penceritaan bergambar :).
Aktiviti ini dibuat oleh kelas lukisan yang risya join (artistcity). Budak-budak dibahagikan kepada dua grup. Satu grup dah pro. Risya masih tahap amatur.
Inilah menatang risya nak kena lukis. Bukan lukis yang lain okeh.
Hujan sikit masa tu. Jadi zikry dipakaikan topi plastik. Risya tak mahu tutup kepala. Mama tak apa. Dia dah bertudung ala mak jemah (hana tajimah versi tak jadik).
Papa dan adik berseronok. Risya termangu.
Mula melakar. Tu pun penat bagi semangat. Adoih. Risya memang camtu. Bila ada parents mulalah tak reti buat apa-apa.
Piknik :).
Siap jugak akhirnya.
Dah kaler. Bolehlah. Risya bukanlah berbakat sangat. Saja suka-suka masukkan dia ke art school ni untuk kembangkan kreativiti, tingkatkan keyakinan dan berseronok.
Salah seorang teacher artistcity.
Risya and friends. Ramai chinese dari malay dan indian. Agak-agak kenapa orang cina lebih berminat hantar anak ke kelas lukisan berbanding melayu?
nota-noti:
Sori entri panjang gambar banyak mungkin membebankan bb anda yang dah sedia slow tu.
57 comments
Ramai org Melayu tak berkemampuan nak hantar anak ke kelas lukisan. Dan bagi pendapat sy sendiri, bakat boleh diasah, janji ada minat...klu tak minat, bt apa pun tak ley.
Klu ibubapa rajin, doronglah minat anak utk melukis. Bawa dia ke taman atau mana sj utk ajak die melukis. Benda nie kena praktis selalu. Lame2 tangan jadi lembut.
Mcm sy dulu, mak ayah tak de kemampuan lebih tuk kelas2 tambahan mcm nie. Tp sy ada minat yg tinggi. Maka, melukislah sy sorang2 ntah apa-apa. Alhamdulillah! Bakat terserlah (ceh! jijik okeh ayat nie....err, Rina sila jgn termuntah dgn ayat nie sbb ianya sekadar gurauan sj..hahaha)
org melayu tak suka berkreatif,bg mereka melukis tu kebolehan semulajadi.tak payah pergi kelas dah pandai lukis,agaknyalah.hehe..
cantik apa lukisan risya tu..mama bukan nak puji,biar anty saja puji!hahaha..
@Pok Amai-Amai
sy tgn keras..dr dulu smpi sekarang x reti melukis haha
tp kan sbnrnya fara hantar anak pegi kelas lukisan bkn utk ajar anak jd bapak tere melukis..mcm tula konsep yg art school ni pegang..
@Puan Kutu
hehe..dpn risya pujilah..kalau kt sini x nak puji nnt kengkawan blog mama muntah lak baca asyik puji anak sendiri haha
wah seronoknya.
pandai jugak risya melukis eh.
hihihi
meriah nyer..skali tgk mcm family day!
wah seronoknya
Klu saya ngan Risya compete each other. For sure Risya yg menang, ishk sedih tangan x cukup bedung masa baby~
sy tgk teacher tue mcm retis la huhuhuhhhh
mmg cantik lukisan Risya, tak semua budak seusia dia dapat melukis dgn baik mcm tu. Saya mmg suka melukis dr kecil sampai skrg & kerja saya memerlukan idea dan kreativiti. Alhamdulillah ianya di warisi oleh anak2 yg 24jam kerjanya melukiiiiis je... cantik atau tidak itu belakang kira, yg penting dia harus diberi dorongan & sokongan, betul tak?
anak2 org melayu .. lebih banyak kelas mengaji sekarang .. kelas fardu ain .. kelas tuisyen akedemik n kelas menyanyi .. hehe ...
hmm..betul tu..org cina suka hantar anak2 dia ke kelas art macam ni..
tak pun...kelas muzik...
kena interview org2 cina la kot tuk tanya... :)
cantik pun Risya melukis..mewarna...ada tone2 warna...gelap & terang... :)
melukis guna pen lagi tu..huhuh...
@nabilah_2908
kat art school ni mmg takda konsep pensil dan pemadam nabilah..tu pasal kena lukis guna marker pen..sbb cikgu nk ajar budak utk yakin diri
@sahromnasrudin
k-pop eh sahrom?
pandai gak risya lukis ya...bagusla hantar anak2 kelas mcm ni....chinese lebih suka hantar anak2 kelas kreativiti dari hantar tuisyen...diorg ckp kelas kreativiti bleh kembangkan minda & pergaulan, if tuisyen budak2 hanya blajar balik apa yg diorg blajar kat sekolah je
alhamdulillah.. anak2 rine semua suka sangat melukis.. bakat semulajadi yg dicopy paste kot.. bkn dari rine sudah tentunya.. mgkin family rine ada yg pandai melukis.. kecuali rine je keras tangan.. hahaha.. apa2 pun.. bagus hanta anak ke kelas camni.. atleast to those yg mampu dapat jugak mengisi masa lapang anak dengan benda2 yg berfaedah instead of dok rumah main tak tentu hala kan..
inilah aktiviti tadika
smart reader yg mahal tu ye..
baguskan tp kat rmh kita
tak adalah :)
bagus gak ada aktiviti camni..leh asah bakat si kecil...
cantik gak lukisan risya..
masa hari sabtu, kite baru p sana jalan2. hehehe :p
WAH.. BAGUS ADA AKTIVITI MACAM NI..
Pendapat kami kenapa melayu kurang diadaptasikan dgn kelas lukisan sbb melayu kurang minat dgn kelas / bidang seni...imbuhannya agak kurang berbanding dgn kelas/bidang lain...betul ke komen kami ni?..anyway nice to sharing ye..
BTW kami dah follow blog kamu, jangan lupa follow blog kami ye.. :-)
www.mylovely-cats.blogspot.com
yg penting kemahuan...jika mahu pasti jadi...
kreatif juga risya tomey nii..
untungkan kanak2 skang, ibu bapa kalau bole, kalau mampu nak bagi sebaik mungkin untuk anak2..:)
@Ati Masrif
kak ati, ini bkn smart reader..ni kelas lukisan artist city
cantiknya lukisan risya.. kagum akak.. berbakat sungguh..
kelas melukis boleh mengasah kreativiti...:)
Kalau ikut usia Risya pada kakak dah cantik lukisan tu....Tahniah sayang... anak auntie lagi tak pandai melukis...
cantikla hasil kerja tgn risya..
comel jer..mama dia ada tolong ker..hehe..
cantik jugak risya melukis...ada bakat....
pandai nye budak2 nih melukis..papa mifz bab2 lukisan nih fail..haha
bagusnya akak pupuk macam ni kat anak-anak. :D seronok sy tengok. teringin mak pak saya pun buat kami semua macam ni gak. masukkan class macam2 untuk cungkil bakat :D
waa mmg jat kagum.cntik2.hihi. suka tgk. kalau jat mmg langsung xde bakat dlm seni ni.hoho.
cantek lukisan anak kak rina.. aku rasa aku pun tak leh nak buat macam tu, sbb cuna warna cair kan.. serius hasil lukisan2 kanak2 sgnt naif.. dan comel..
ramai tak hantr anak diorng gi kelas lukisan mugkin sebab emmmm... kos kot.. tak tau la kak rina, tapi bagi aku bgus kelas macam ni.. blh membantu kanak berfikir..
meriah etul taman ni, melukis sampai bawak meja kecik2 tu hahahaha
mcm2 pendapatkan..pada saya orang melayu ni lebih pentingkan buku2..exam2..tu je..mesti dpt A..berapa A..itu yg utama..lukis2 ni takleh bantu dpt keje bagus, keje gaji tinggi...pada org melayu semua ni buang masa..buang duit..
bangsa lain..selain dr pendidikan formal tu..kreativiti atau kecenderungan anak2 dlm kemahiran juga penting..sbb tu dorang tak kisah keluar duit and antar anak2 gi kelas2 gini...just my 2 cents..
apapun..cantik lukisan risya tu..dia berbakat sis... :)
bagus la akk..:)...kembangkan potensi anak2..ni y cikgu2 mahukan..hehehe ;p
sbnrnya ni satu cara utk eratkan hbgn ibu ayah dengan anak2 tau! :)..
ada bakat juga risya lukis..boleh asah lagi...:)..siap ada y bw meja lagi...nmpk seronok..heee
Cantik la risya lukis.... Kira berbakat ni....
Bagus aktiviti seperti ni.. Banyak yg boleh manfaatnya.. Rajin Rina layan anak2.
Oppss.. ayat salah la pulak.. sepatutnya nak taip.."Banyak manfaatnya.."
Maaf ye..
psstt. kak, ini linknya.
kite baca kat zaki khan ( http://zakikhan.net/tahniah-malaysia-negara-no-1-obesiti/ )
dan
kosmo ( http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm )
kat bawah entri kite, kite ada letak. mungkin akak tak perasan kot. ;)
cantik apa risya lukis tu utk budak umur dia...
mungkin sebab mahal kot,tp kalau dh minat tp tk mampu belikan kertas dan warna biarlah dia melukis apa yg dia suka...kita support dr belakang..cara org tk berduit :)
cantik gak tu..heheh..kalau bg kat saya... xrupe pondok da lukisan tu..hehe
ok la tu... kalau aku lukis hanya nampak 3 garisan je kot...
ye la,cantik tu.kalau acik izan lukis,pondok dgn pokok pun susah nk beza hehe..
eee teruja tgk lukisan raisya...w/pun amatur tp still ok aper...:) itula seni namanya hehehe
lpas ni bleh la join colouring/drawing contest ye risya
hadiah skrg sungguh lumayan!
cina mmng suka anta ank klas kreative n music kan, malay suka anta klas agama
setiap kali saya balik Tmn U, pasti nya saya aka jogging kat hutan bandar mutiara rini ni...best!!!
cantik lukisan risya ni...
cikgu pun cinakan..
cantik lukisan 2..yg ada 2lis slmat dtg :)
truskan usaha,, risya bdak yg bbkat :)
Memang bagus Rina galakkan ank2 mengasah bakat melukis mereka. akak perhatikan mmg bangsa China yang rajin antar ank diorang kecik2 lagi kekelas art ni, bila ada pertandingan mewarna ke selalunya bangsa diorang lah yg ramai bolot hadiah.
Rina..ok lah tu, at least pandai gak pakai tudung ala tajimah..akak lansung tak menjadi..hehe
cantik la lukisan tu.... seni tu dah ada... pndai mewarna jugak ye. suka tgok budak2 joint aktiviti camni...
"cantik nya lukisan risya...akak ni kalau lukis memang pro..heh..tapi bila boh warna air tu...tak payah cakap lagi lah...hancur lebur..itu citer time sekolah dolu2...la ni bila dh ada anak2..mmg nak antar ke kelas,tp duit tu dah ke tabung lain pulak...tapi anak2 akak kira terer gak lukis2 ni...hehhe lukis org lidi..."
lawa kot lukisan dyeorg..
jeles.......... :(
cantiknya lukisan anak...berbakat..
akak ada juga berkunjung di hutan bandar di mutiara rini tu..luas sungguh kawasan itu yee..penat nak jalan2..
wow, cantik la rina buat!
sgt bagus utk 6 yr old gal!
mesti mahal art class ni kan...
say tak mampu lorrrr....
sya ni lukis org lidi pun tak jadi...huhuuuu
berbakat la anak akak..seronok je tengok aktiviti ni.boleh tambah kawan kan..
comel apa lukisan risya tu.
cik ina tak tahu pun ada kelas melukis. kalau ada kemampuan apasalah hantar anak-anak kita ke kelas -kelas yang mendatangkan feadah , ye dak.