Assalamualaikum..
Harap anda bersabarlah dengan entri yang panjang nih hehe. Tarik nafas dalam-dalam. Hembussss...
Ayuh! Mulakan.
Alhamdulillah.
Selesai jugak akhirnya konsert cum graduation risya 4 Dis yang lepas. Lepas ni risya dah tak sekolah smart reader lagi. Legaa. Dah tak rabak lagi poket tiap bulan. Takpalah kan. Demi anak-anak.
Sorilah. Kualiti gambar kurang memuaskan. Lighting dalam ballroom hotel nih yang kejap cerah kejap romantik tak membantu. Maklumlah ambik gambo pon guna iphone cikai je. Sedap jer watermark baru aku landing kat kepala brader tu kan kahkahkah.
Macam yang aku cerita dulu kat >>SINI, konsep untuk event nih ialah sweet 70's. Seronok pulak aku tengok teacher-teacher semua bergaya retro. Dengan rambut afro. Dengan seluar kembang. Dengan skirt polkadot. Diaorang siap buat persembahan pembukaan dengan berjuget-juget sakan atas pentas. Sporting habes diaorang nih.
Harap anda bersabarlah dengan entri yang panjang nih hehe. Tarik nafas dalam-dalam. Hembussss...
Ayuh! Mulakan.
Alhamdulillah.
Selesai jugak akhirnya konsert cum graduation risya 4 Dis yang lepas. Lepas ni risya dah tak sekolah smart reader lagi. Legaa. Dah tak rabak lagi poket tiap bulan. Takpalah kan. Demi anak-anak.
Sorilah. Kualiti gambar kurang memuaskan. Lighting dalam ballroom hotel nih yang kejap cerah kejap romantik tak membantu. Maklumlah ambik gambo pon guna iphone cikai je. Sedap jer watermark baru aku landing kat kepala brader tu kan kahkahkah.
Macam yang aku cerita dulu kat >>SINI, konsep untuk event nih ialah sweet 70's. Seronok pulak aku tengok teacher-teacher semua bergaya retro. Dengan rambut afro. Dengan seluar kembang. Dengan skirt polkadot. Diaorang siap buat persembahan pembukaan dengan berjuget-juget sakan atas pentas. Sporting habes diaorang nih.
Tu semua cikgulah tu yang tengah juget retro. Yang pakai wig purple tu teacher mas pengetua SRK Pulai Perdana. Comel dia.
Risya tengah ambik sijil. Dah rupa pelakon cina pulak rupa risya nih.
Macam biasa ada persembahan joget bebudak. Comel. Suka tengoknya. Gambar ada tapi belum dapat. Nanti bila dah ada baru letaklah.
Tu risya jadi emcee tu. Alhamdullillah. Ini yang aku nak. Budak-budak berani cakap kat depan. Supaya takda konflik macam mama dia. Nak lari dari universiti sebab takut nak present final year project kahkahkah. Nampak tak teacher yang berdiri tepi risya tu? Itulah cikgu dengan wig purple tadi.
Ada game juget penyapu untuk parents. Haha. Papa jadik drummer kononnnya.
Habis dah.
Aik?
Hahaha.
Anda ni semua sebenornya nak tengok gaya 70-an yang aku pakai kan. Kok ye pon bacalah dulu cerita aku kat atas tu weh haha.
Takdalah havoc mana aku pakai. Aku ni kan pemalu lagi bersopan. Jadi pakaian aku so-so ajelah.
Pada yang belum kenal itulah aku dengan gaya 70-an kononnya. Tapi shawl fesyen hana tajima versi tak jadik pulok kahakahkah.
Spek ala mata lalat tu aku beli RM5 je kat hinode shop haha. Tu idea incik papa lah tu. Saja nak malukan aku kan. Baju polkadot ni dah lama dah aku beli. Adalah dalam 3-4 tahun lepas. Simpan je tak penah pakai. Inilah baru pes time rasmikan.
Hah. Tu dia gaya lelaki terhebat dengan fesyen retronya. Rambut kembang afro pinjam kawan punya. Baju polkadot sedondon pulak dengan baju aku kan. RM4.90 je tau baju nih. Murahkan. Memanglah murah sebab beli dengan voucher jusco kahkahkah. Kain yang dekat leher dia tu aku punya key yang dah berzaman dalam laci.
Alololo tomei tomei. Haha. Sukahatilah nak puji anak sendiri kan. Punyalah kembang rambut sampai tak nampak aku kat belakang.
Aku dengan risya. Barulah nampak seluar yang aku pakai. Itu seluar pallazo. RM35 je aku beli. Pallazo pants antara fesyen 70's juga. Nampak tak belt yang aku pakai. Pes time nih aku pakai belt. Tu pon takda saiz kecik untuk aku. Terpaksa aku jadik bijaksana sikit cucuk dekat celah antara belt. Kalau cucuk kat lubang terakhir pon belt tu nanti melondeh ke bawah. Bukan senang jadik orang kurus keding cam aku.
Ini risya dengan baju tarian dia. Kurus sangat anak dara aku nih. Macam mama dia juga.
Risya dengan teacher Intan. Aku suka tengok muka teacher ni. Comel. Maxi polkadot dia pon comel. Teacher ni harus ingat kat Risya sampai bebila. Budak paling kuat nangis masa mula-mula masuk smart reader sampai teacher Intan takut sampai mama dia kena bertunggu-tangga dalam kelas. Sape tah mama yang sangat kasihan tu kan.
Risya dengan teacher Inah. Dia ni teacher kelas Risya masa 5 tahun. Tengok baju dia sama dengan skirt Risya. Memang tempah khas.
Incik papa dengan kawan beliau mr khalid. Masing-masing pegang trofi. Oh papa. Perut jaga-jaga sikit. Diaorang berdua ni suka buat havoc. Diaorang masuklah game juget retro sambil pegang penyapu tu. Aku awal-awal dah nyuruk. Kan dah kata aku pemalu lagi bersopan hiks.
Papa papa dukunglah kami! Kasihan papa. Tak kurus juga haha.
Nampak tak trofi yang aku pegang tu? Agak-agak korang trofi apa tu? Cer teka-teka. Hadiahnya, belanja diri sendiri dengan kuih 3 ketul singgit. Hehe. Gurau.
55 comments
mak abah dia pun kemain posing~keh keh~~
berapa harga wig afro tu?
Haha. Ensem la suami akak. Nmpakla feel 70an nya tu. :p
@bujal X
pinjam kawan punya bujal..hiks..ada jer sy cerita kt atas tu..hiks
Kalau akak tak pergiler kot sebabnyer tak tau nak bergaya 70s camner yerk.. dasat gak semua orang sporting... bestkan budak2 kalau buat camnerpun cute sesangat... tang nak lari dari U tu akak kelakar sbb kita samaler...
nak tengok cik rina pakai wig afroooo...
tahniah risya dapat banyak hadiah.
zikry amatlah comel
cik rina sangat kurus la. ada petua kuruskan badan ke?
cantik la rina! spek rina tu paling berkenan ehehe..best tgk sebab semua sporting sesangat!
ala..kualiti pic tak brp elok la..tak puas tgk hhuhuuhhh
@sahromnasrudin
a'ah..mmg pon sahrom..maklumlah pakai iphone jerr..lighting pon x membantu..cedey juga nih..
bestla....
hehehheh
nie mesti menang rambut tercantik
haha
kalau tudung tu ganti dgn wig sarang tebuan - kelas tak?? heheheh~ *ok idea gila, jgn ikut. :D
betul2 punya retro nih. bergaya sakan lg.
wah..sonok ni..time camni le nak pakai retro kan...kalau x..xdenya nak pakai suka2
tahniah risya...smoga terus berjaya n sukses
@gadisBunga
kalau sy boleh pakai wig sudah lama sy pakai hahaha
tahniah kepada anak2 penerima anugerah..tahniah juga pd Risya..
kiut sangat tengok budak2 menari..trserlah bakat mereka..
kak rina..kelas akk..heheh..
suka tgk parents ikut tema tu..ada y xsporting xbpe nak ikut tema..hahaha..;p
trofi hubby akk menang pegang penyapu ke?haha..ke risya punyaa??;p
comel laaa smuaa..heee
haha.. papa n mama die je yang cam overdos dress up.. hahaha.. anak2 relaks je.. :)
waaaaah...cumel la rina ngan spek mata lalat tuh hihihihi....yang pasti taik lalat tu yang buat makin maniiiiis je kat dagu tuh hihi
hahaha..best la...semua sporting habis... :)
semua comel! sangat suke! rase nak kawen lak
dill.
wah bestnya !
comel budak dua org tuh.
hehehe
sekali sekala berposing erk puan rina.. ala2 70-an.. kenangan tu..bkj selalu dapat pakai camnikan??
Nak teka...Nak Teka...Trofi utk best costume. Nk kuih 3 singgit tuh tau klu betol..
Sy suka sgt palazzo Rina! Stylo okeh! Murahnya! Sy nak beli gak 1. Rina mmg stylo la...suka tgk!
comel2 jak cik betty se family...
WAAAAAAA
memang havoc sungguhla cik betty kite ni
sampai anak beranak bergaya sakan
sporting habes
suke ar tgk family mcm ni
hehe
memang cun sume sekali esp risya tuh...bravo kak
comel2 dorang.. ;)
Seronok betul ya....Risya dah 6 tahun....Syira tahun depan baru 6 tahun...hehehe....Incik papa...tue sporting habis..pakai rambut kembang tue...suka tengok..
cikgu budak2 kecik ni, kalau dah "terlupa" kdg2 jadi lebih budk2 dari budak2..hahah
waauuu bestnya...semua spoting! cikgu besar pun bleh ikut joget2, parents pun ikut theme.cayalah smart reader =)
hehehe.
happeningnyaaaaaaa...
cik betty pemalu dan bersopan tapi sporting!..=D
mama dan papanya memang sporting la...
walauwehhhh..sungguh sporting...kembang semangkok gituuuuu rambut afro..hahaha...
kesian kepala mamat botak tu jadi tempat landing watermark ! haha
hahaha..yg laki je kena dengan tema retro kak..ingat akak pun pakai 'over' gak..hehe..tu mesti menang king of retro tu :)
nape x letak watermark baru kat perut incik papa? hehe...gurau..
kecik comel sungguh cik rina ni...
trofi baju terbaik ke?
akak !!! akak sgt cantik!!! :D hehe. bestnya ada event macam ni. tak pernah join event yg ada tema. hehe
haha...mesti havoc acara tuh!!seb baik ibu bapa+ guru sporting...:)
kak, ira dah update,..hee
nt akk tau la ira g penang ngan cpe..hihi..:)
papanya sangat ohsem!
mak abah dia pun comel... eheheeh.. retro 70-an gitu.....ehehe
wow...plg comei si kecik tu ngan rambut afro...cute.anak ratu dulu ade niat gak nk anto smart reader tp tgk fees dia mak ai tak jd trus.bukan taknak yg terbaik utk anak2 tp tak semestinya tak masuk smart reader takble pandai kan...(nk sedapkan ati sndiri tu.ehehe) tahniah utk kakak sbb blajar pandai :) keep it up tau kakak..
akhirnye family retro kakak kite jahh.. haha
semua goges la dengan gaya retro memasing. Tahniah risya!zikry comel sgt..mama ngan papa pun kemain lg.hehe..
hadiah mama retro paling comel lettewww...
kenapa awak tk pakai wig jugak...spek mata belalang itu comel tahu walaupun RM 5,tk sebut org tk tahu pun...bolehla saya cari..hehe
WAh yang AFRO tuh terbaik beb!
best je concert bebudak ni
Wah anak beranak cool la dgn gayo retro tuh,terbaik..seronok gak attend event2 mcm nih kan dgn anak2 sekali..
ni kalau sarang tebuan masuk ni tak jumpa jalan keluar ni.hehehe
lawa seh spek..pinjam bleh..eheh
muka incik papa ngan baju..da nak sama da :p jgn marah ye..ekeke
wah 70 an yang sedondon, pandai plak ko pilih baju ngan suami lebih kurang sama.cik ina dukung ko boleh, .anak ngan mak sama comel.
kak rina!heee...comel semuaaa ;p
pttnya k.rina bw kwn ira y hafiz tu..rmbut dia mmg rambut afro asli..kikiki..;p
waaaah suka tengok gambar2 tu.. lucu dan comel.. oo ni la yang kak rina pegi beli haritu cakap dalam entry kan.. hahahaha
mmg nampak kesan bintik2 kat suami akak.. rambut2 tu semua cool..
btw, apesal tepek cop "cik betti suka tulis tulis" kat kepala bodak hahahahaha lawak la hahaha
Saya faizura
Kak rina, cerita takut nak present Final project PSM tu masih ku ingat la.. baru2 ni kakak pun ade cerita balik kisah tu, sebab masa tu dia pun ade kan kat rumah sewa.. terus teringat KL Menjerit, hew hew hew..
Mama Luqman..
Tahniah trofi yg cik betty pegang tue...sbb menang dalam pakaian 70-an.
hahaha..serius,rambut tu yg tak tahan tu..hahaha
mamma betty nanti zetty nak cari la spek macam tu... bajet murah je kan.. nice idea... nanti kat tempat kej sy ade buat jamuan raya tema 'retro raya'saje nak cube mane tau dapat trofi macam mama betty jgak ann2..