Tajuk english lah pulakk. Abaikan kesalahan tatabahasa kalau ada hikhik.
Semalam adalah hari wanita. Apa yang speselnya semalam dalam kehidupan saya sebagai seorang wanita?
Semalam, rutin harian saya berjalan macam biasa. Cuma waktu pagi ditambah dengan aktiviti perkebunan di porch sekangkang kera.
Yang buat hari saya jadik spesel,
semalam saya adalah wanita yang mendapat resdung setelah memakan sambal belacan yang diblender sendiri, dibuat cicah dengan bendi celur (tapi terebus sebab terkhayal baca blog orang).
Tak sangka pula belacan kukup begitu kuat hingga menyebabkan hidung saya mengalami kegatalan yang amat, mungkin ulat resdung dalam hidung sedang move like jagger ketika itu.
Air hidong juga amat lebat mengalir seperti hujan membasahi bumi KL semalam.
Lepas mensembur-sembur propolis dalam lobang hidung, mata dan lobang telinga, menenangkan diri dengan berbaring seketika dan sambung baca blog kawan-kawan, penyakit resdung pon berjaya dilupakan buat seketika.
Tak sangka pula baca blog orang pon boleh dijadikan penawar resdung.
Tak sangka pula baca blog orang pon boleh dijadikan penawar resdung.
Ada lagi yang spesel.
Semalam saya dipaksa menyanyi. Hingga letih. Oleh Zikry.
"Mama, nyinyik a-a-bat." "Mama. nyinyik a-a-bat."
Apa tu lagu a-a-bat?
Inilah dianya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi tu, dia dengar lagu ni kat radio.
Agaknya sebab sedap, dia paksa saya nyanyik pulak.
Saya manalah tau liriknya. Jadi saya ulang-ulang rangkap (lirik tak betul pon):
sahabat untuk selamanya
bersama untuk selamanya
kau dan aku sahabat
untuk selamanya
bersamaaaaaa lepas tu uwaaaaa
sebab dia paksa dekat 10 kali (agaknyalah sebab mulut saya dah letih sangat belum campur dengan membebel ke kakak dia yang lambat betul bersiap nak pegi sekolah agama).
Petang, dia paksa lagi.
Jadi saya carik kat youtube dan nyanyi sama-sama dengan dia dengan lirik yang betul. Puaslah hati dia dapat buli saya nyanyik sama-sama.
Bersunguh-sungguh dengan gerakan tangan (jari tunjuk ke atas) dan anggukkan kepala sambil menyanyi a-an-aku-a-a-bat lamanyaaaaa cetiaaa. Yang tak tahan dia paksa saya gerakkan tangan sama macam dia huhu.
adik, u you've made my day :)
(lagi sekali abaikan kesalahan english saya tee hee)
Petang itu, bila papa diaorang balik tengok saya sedang kelihatan seronok menyanyi bersama anak-anak di depan laptop (padahal saya sudah sangat keletihan). Lantas beliau memberi arahan:
"MAMA, CEPAT KIRA STOKKKK!! (saya adalah kerani substokis kini)
Begitulah hari wanita saya berlalu.
Happy belated women's day untuk diri saya sendiri serta buat wanita yang membaca blog picisan saya ini.
nota-noti:
Entri teramat panjang sebab qada' semalam tak update. Puasa bila nak qada'? HEHE.
"MAMA, CEPAT KIRA STOKKKK!! (saya adalah kerani substokis kini)
Begitulah hari wanita saya berlalu.
Happy belated women's day untuk diri saya sendiri serta buat wanita yang membaca blog picisan saya ini.
nota-noti:
Entri teramat panjang sebab qada' semalam tak update. Puasa bila nak qada'? HEHE.
37 comments
banyak yang special kan
Wah.. baca blog pun boleh jadi ubat. Hebat tu. :)
comel betul si zikry nih.suka nyanyi rupanya huehue~
Hahahahahahah!
Rina, sila update entri hari2 sbb entry Rina pengubat stress sy.
Lawak tak hengat! Smpi la nie dok gelak sorang2 lagi...
alahai kte pun samer.....
alah belacan..
tp suker giler mkn sambal belacan....
wooohaaaa seksa resdung ni kan huhuhu
hebat betul penangan sambal belacan tu...
mesti mama dia nyanyi sedap..sebab tu zikry suruh ulang je...hehe..
propolis tu apa ek??
akak ni lawak la. ada pulak ulat resdung move like a jagger. ahah. patut lah akak awet muda. jiwa pun muda. hehe :) selamat hari wanita...weee
every day is special for a very special woman kan.. (abaikan jugak klu english akak ni tunggang langgang.. he..he..)
comel je.. ;)
hari wanita dipenuhi dengan pelbagai aktiviti..hehehe... ;)
selamat hari wanita..moga tabah menjadi wanita..hehe
sometimes saya suka baca ayat2 akak ni.. teratur jalan ceritanya... mmg menarik.. teruskan ya..
selamat hari Wanita
selamat hari wanita!!
*dapat hadiah tak?
alaaa comelnyaaaa muahahhaa.. comelnya pipi dye comot alallaa
nak satay tue cikit huhuhuhhhh
comel je muka comot makan sate..
puasa saya pun belum habis qada'..huhu
mesti rs nk cabut je kn idung tu bla da gatal tahap cipan ;-)
aduh tang resdung yg tak tahan tu, cuba makan ubat raja resdung, kat kedai jamu ada, saya selalu makan tu klu dtg kegatalan melampau ni
cream cheese kan, pakai philadelphia, jgn beli jenama tartura, berbau cheesenya, philadelphia ni mmg mahal sikit dari tartura tapi insyaallah, sedap =)
hahahaa!!! kesian! dah penat menari2 pastu dianggap tgh energetik. huhuhu tak patuttt
hadui lawak la...move like jeggar...muahaha
seronoknya baca aktiviti awk kat umah rina...
jeles!!!
hihi..a a bat eh kak?hihi.
Chomel giler boboy rina..
Baru hari ini saya tahu ubat rsdong yg luarbiasa sikit ialah baca belog org...hehe
awak ni lucula orgnya,baik..suka dengar curahan hati saya kat fb..betul tau ni..bukan bodek...
kalau awak dtg kat belog tu umpama semangat kat saya :)
haha...lawak2..
apa2 pun selamat menyambut hari wanita..
selamat hari wanita sahabatku! ")
As salam Cik Betty,
Hola! kena buli nyanyi lagu aaa babat ye...hehehe... Happy Belated Women's Day! Hari yg indah & hadiahnya yg tersendiri... nice entry cik Betty! Suko den baco! :)
pandai fikri membuli mama.sangat comel!hehe..
Slamt hari wanita utk kita ye Rina..
Hari yg meriah kat rumah rina smlm tu..mcm tulah bagus..penuhi hari dgn aktiviti ceria..awet muda gitu..lupakan ulat resdung tu..buatlah apa yg patut ye..:)l
Kita akan jadi special bila kita yang wujudkan suasana dan rasa special tu kan kan.. ;)
nak imejin kejap gaya ko menyanyi n menari dengan anak2...mesti happening..haha.
yg menarik tu adalah sate..dap nyeww :)
alahaii..mmg sgt 'special' la hari wanita bagi rina..tp part yang best bila zikry buli..ehehe...mcm mana la suara rina kan..pastu mcm mana zikry dok sebut tajuk lagu tu :p
baba resdung tu sangat funny..hehehe...
wahhh...tahniah bila baca blog dan2 hilang rasa resdung ye...
adik....
mesti cumel kan...mama dia nyanyi sambil menari...
wanita yang teristimewa di hati anak & suami...tanpa wanita yang bernama rina maka beertila hidup anak2 & suami...happy blated world ladies day
comelnyaa zikry!mkn nsi impit ea..heee..comot!
happy belated women's day kak..
ira pon xda y specialnya hari tu..heee