Cak :).
Semalam tak sempat nak membebel kat sini sebab sibuk dengan urusan peribadi. Terima kasih buat yang merindui diri ini ECECE.
Sebelum anda meneruskan pembacaan, perlu diingatkan bahawa tulisan hari ini hanyalah pot-pet kenangan manis penulis bersama keluarga tersayang. Penulis tak akan bertanggungjawab atas segala risiko gangguan perasaan selepas anda membaca entri ini HUEHUEHUE.
Sebelum anda meneruskan pembacaan, perlu diingatkan bahawa tulisan hari ini hanyalah pot-pet kenangan manis penulis bersama keluarga tersayang. Penulis tak akan bertanggungjawab atas segala risiko gangguan perasaan selepas anda membaca entri ini HUEHUEHUE.
Faktor utama yang buat kami sanggup perabis duit datang lagi ke sini ialah sebab risya suka sangat swimming poolnya yang ada water slide (nama diberi ialah lazy river). Faktor lain ialah sebab mamanya juga suka HEHE. Masuk free (dah kira sekali dengan harga bilik). Hanya dibuka dari jam 9.00 a.m - 12.00 p.m dan 3.00 p.m - 6.00 p.m.
Kalau anda jenis yang sukakan permainan air yang ekstrim sini bukan tempatnya. Water slide yang disediakan kat sini jenis yang sesuai untuk keluarga bahagia di mana papa (eh papa je? HEHE) boleh bermain bersama anak-anak yang masih kecik.
Biasanya kalau kat hotel/resort just ada swimming pool bodo jer kan. Kalau jenis yang macam gini memang saya hanya mampu pandang je sebab tak pandai berenang. Setakat terjun kolam lepas tu berdiri dan berjalan-jalan meranduk air kat tempat cetek (nak gi tempat dalam takut lemas) nak watpe kan.
Benda alah ni namanya falling coconut. Ini pon boleh jadi fun jugak. Tunggu air penuh dalam buah kelapa tu. Kita pon ramai-ramai pakat tunggu kat bawah dia. Bila dah penuh buah tu pon lambakkan air atas kita. Sape yang pakai spek dinasihatkan bukak sebab akan tercampak.
Dekat situ ada juga playground dalam air untuk budak-budak sahaja. Juga ada slide kecil yang dinamakan kampung slide untuk BUDAK-BUDAK sahaja ya tuan-puan.
Dah petang-petang kitaorang nak jalan kat pantai. Singgah jap kat tempat indoor game dan termain pool ni. Saja jela nak try. Bila lagi ye dak? Ingatkan senang nak tonjol. Rupanya berpeluh jugak ketiak nak kasik bola gerak dengan laju. Of koslah encik papa yang menang game nih.
Ada budak merajuk sebab tak dapat main pool. Aduhai tak sedar diri betol badan masih ketot sama tinggi dengan meja pool ada hati nak main. Siapa lagi kalau bukan risya. Alah nak pujuk dia bukan susah. Kasik main tiup bubble terus senyum sampai nampak gusi.
Kitaorang main bubble ni kat tepi pantai. Tak main laut sebab lecehlah baju berpasir nanti saya gak yang kena cuci.
Kat tepi laut ni pagi-pagi ada aerobik. Kesian kengkadang nengok budak hotel yang kena conduct aerobik tu. Pasang lagu bergoyang sorang-sorang sambil pandang orang tengah hadap breakfast dengan harapan adalah orang nak join aerobik. Tapi malangnya semua orang pakat penuhkan perut dengan niat kenyang sampai petang siap tapau kuih dalam tisu mana ada masa nak aerobik segala (semua orang itu merujuk kepada famili aku sahaja HUEHUEHUE). Adalah juga yang ikut aerobik nanti tapi takat 2-3 orang jerla.
Malam-malam kat sini ada funfair main pasir kot. Tah tak join sebab asal malam je memang aktiviti tido adalah lebih sedap. Bantal dahla empuk. Bilik sejuk pulak tu. Kali ni saya dah boleh tido dalam bilik berair-cond sebab sejak ambik i-kids dengan propolis ni dah kurang kena gejala resdung.
Nak tiup bubble jugak konon tapi dimakannya benda alah tu. Sabo ajele budak ni.
Dah. Sekian sahaja cerita percutian saya. Terima kasih kalau sudi baca/tengok :).
44 comments
sangat seronok kan
Alamak! Bestnya Rina. Nak gak pegi sane. Takpe, rancang nxt time. Heheheh...
bestlah...
kat johor yek..nanti kalau
kita nak ziarah adik ipar boleh
singgah situ gak..kami suka slide
yg papa main tu...muat2 je hik3
best..!! konsepnya sama la macam kat Tiara Beach Resort kt PD..
cuma bezanya takde pantai walaupun kt PD..hehe... ;)
makan semua all in ke or bfz je yg free?
besnye cuti sekolah, main airrr
bestnya tengok.....
sy dah x berani nak main slide sb dulu main slide sampai hampir lemas....bila sy sampai bawah, org belakang timpa atas sy....xleh nak bangun.....huhu..takut....
tp kat sini ok kot sb nmpk cetek je....
suka tengok semua pic tue..sebuah keluarga yg sgt bahagia
wah..best tu..ada kelainan..ada water slide, ada falling coconut..betul, swimming pool yg biasa2 aja mmg boring...boleh lah saya try ke sini nanti
alahai seronoknya.. wah berapa ek budget?
owh, patutulah ema pergi cam tutup..rupanya ada time nak main gelongsor yang 100m ni
wahh pool mcm ni la best kak....
siap ader mcm2 lg...syoknyer....
kalau ecah mandi sampai lebam kat sini HAHA
bestnya tengok water slide...anak2 mesti teruja kan....nak kena pergi jgklah kalau mcm nie :)))
::Jemputlah ke blog saya::
ada gaya pemain pool la hehehehe (xnmpk pon ketiak yg lembab tu) heheheheh
mcm ayah ngan mak aje yg lagi sonok...hihihi..akak kalau berkenan email aje kat saye :)
menarik jugak pakej hotel ni eh?
alhai dah terganggu la perasaan saya tegok keseronokan bermain air kat resort ni. si abang ni siap cakap bestnya mama mandi kolam jom huhhuh... dah betul2 terganggu ni hee...
seronoknyaaaaa.falling coconut tu dah macam dekat gambang water park.fun!
olololo zikry tu comel sangatnya.
p/s: dah dapat green fit.thankie :D
@Ati Masrif
HEHE..utk anak-anak shj ya yg itu
saya sedang alami gangguan perasaan yg sangat hebat pd ketika ini... benci tau!
@nabilah_2908
breakfast je dear..sbb malas nk lunch kita pakat mkn kenyang-kenyang HEHE
wahh bestnyaa..hee..
kat desaru ea kak..dl pnh g sekali je..ngee
:)
masa berkualiti bsm family mmg seronok n membahagiakan..hee
@KhaiRin : anies
pakai bedak ketiak beb..kering sokmo HEHE
@misz sheyla
ok dik..akak dh masukkan link blogshop awak dlm bloglist pon :)
klu bersama keluarga tercinta kt mana bercuti pun best. ini ayat org yg tak dpt pegi desaru.harap maklum.haha..
amboi, syoknya bercuti...
kak,tempat karok ada x kak?hihi
dlm perancangan kalau cuti lma2 kat mersing nanti..hehe
ehh kat johor nanti ada LEGOLAND kan?
lazy river??? ada gak ke sungai yang malas?
Mmg terjeles perasaan rine tgok tmpt ni
.mmg bestla!!
heee..thankss akk!
bab lompat melompat tu mmg gambar wajib..haha..+gambar baling mortar board tu..kalau x rugi woo...heee
:p
desaru dh dekat sebab dh ada jalan baru E22
seronoknya tempat tu.. okey.. perasaan jeles dah dtg.. he..he.. bukan pada tempat tu.. tp pada awek yg slim melim dok main pool tu.. he..he..
ok. perasaan terus ternganggu! hahaha!
ok lah, good review sbb buat kite rasa nak pegi situ jugak. awak patut dapat diskaun next visit! :p
*soalan awak pasal ciri lelaki idaman saya ada kat entri baru. :D
Bestnya main air....
As salam Rina,
Bestnye tp yg paling best yg falling coconut tu... Adus, best banget dpt manja2 basah2 kat situ kan...hehehe ;)
Dekat mane ni ek? Mmg terganggu perasaan ni ha! :)
wahhh..yg falling coconut tu eksaited lak dla tgk..bestnye...
tu lah daya tarikan utama ke sana kan?
lebih kurang cam Tiara beach resort PD, kolam dan slide mereka pun best...
tpi bilik tak semahal Lotus ni...
semua orang bercuti!
JELES!
syoknyeee..
seronoknya !!! lain kali ajak saya tau !! akak nampak macam akak2 je pada anak2 akak. hehe
wahhhh...mmng seronok...gangguan perasaan jugak ni...hihihi...
wah tgk gmbr main pool tuh...mcm pro jer nmpk nyer...hehe
Amboi! seronoknya cik betty main pool...Murahnnya...dekat situ...boleh ajak cik hubby kita pi sana..
bestnyeeee nak itut