HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, March 30, 2012

tips memenangi hati isteri.






Dulu kan masa belum dapat, kemain kan korang (para suami) guna macam-macam skill power nak tackle awek tu kan.
Sekarang bila awek tu dah jadik isteri korang, jangan ingat tak yah tackle dah.


Jadik, harini cik tipah nak bagitau kat para suami di luar sana cara-cara untuk memenangi hati isteri.
Cara nak ambik hati suami, cik tipah lum kaji lagi HUEHUEHUE.
Keji sungguh sikap cik tipah ini kan.
Ini sudah tidak adil.
Takpe, next time cik tipah kaji.
Yang penting hati isteri dulu pasal pompuan ni lebih perasa dan sensitip.


Cik tipah jumpa tips best ni kat >>SINI.
Bila baca tips-tips tersebut cik tipah tetiba berasa emo secara tak tentu pasal.
Tahpapelah cik tipah ni kan.
Baca tips pon boleh emo.
Bukan apa.
Cik tipah rasa terharu.
Sebab tips-tips tu macam sangat betul.
Pada cik tipahlah.


Banyak giloss tipsnya.
Cik tipah pilih yang cik tipah PALING suka jelah, boleh?
Yang lain korang gi baca sendirik jelah weh.


  • Bila balik rumah tu, cariklah isteri dulu, peluklah dia baru buat benda lain.
  • Beri perhatian kepada isteri tanpa isteri perlu meminta setengah jam dari anda setiap hari.
  • Jika pada satu malam isteri berasa letih untuk memasak tawarkan diri untuk memasak pulak. HIKHIK. Macam teringat sesuatu pulak.
  • Akui perasaannya bila dia merasa marah.
  • Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih atau penat.
  • Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan iphone, ipad, tab, surat khabar atau apa sahaja  mak nenek yang ada kat tangan anda dan berikan perhatian sepenuhnya.
  • Sekiranya isteri yang selalu basuh pinggan, sesekali bantulah dia untuk basuh pinggan pula.
  • Bila isteri letih atau marah, tanya isteri apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan yang anda boleh lakukan.
  • Berikan dia lima pelukan setiap hari, sebaik-baiknya setiap kali dia selesai solat.
  • Bantu dia mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidor.
  • Letakkan baju kotor dan stokin busuk anda di bakul yang telah dia khaskan.
  • Jangan biarkan kasut anda bergelimpangan di depan pintu sebaliknya susun di rak yang telah disediakan. 
    • Selalulah periksa tong sampah. Kalau dah penuh tolong buang bukan lagi perosok-perosokkan sampah kat dalam tu sampai terburai isik perut tong tu. Lepas tu tolong isi plastik baru kat dalamnya. Percayalah kalau anda buat ni isteri anda akan secara tetiba berasa terharu <-- tu kalau jenis emo macam cik tipahlah. 
      • Bila isteri berasa marah kepada seseorang, eloklah menyebelahi isteri anda. Kalau anda tak bersetuju dengan caranya, selesaikan kemudian. 
      • Jadikan tabiat merangkul dan mengasihinya bukan hanya untuk 'bersama' semata-mata. 
      • Selalulah tawarkan diri untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
      • Sabarlah jika dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan alihkan pandangan terhadap benda lain seperti henpon.
      • Ambil tahu makanan dan minuman yang dia gemar, agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia gemar.
      • Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan dia kat mana nak makan. Korang bukan tak tau pompuan ni kan jenis susah nak memilih. Jangan kata tempat makan, nak pakai baju kaler apa pon boleh pening kepala.
      • Luangkan masa anda untuk bersamanya ke tempat yang dia suka pergi.
      • Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak menyaksikan yang ibu mereka lebih diutamakan sebagai contoh kepada mereka.
      • Solat bersama dan berdoa bersama.
      • Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah, dan nyatakan anda ada masa untuk melakukannya contohnya tolong membaiki almari pecah. HUH! Percayalah. Isteri anda secara tetiba akan berasa andalah hero terhebat masa kini. 
      • Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda selesai mandi.
      • Sidaikan tuala anda lepas mandi.
      • Tawarkan diri untuk membawa barang yang berat atau tawarkan diri untuk ambik barang di tempat tinggi. Kalau anda buat begini isteri anda otomatik akan berkata dalam hati, macho gilerrr laki makkk. Sukerrr. Tapi in case anda suami yang lebih rendah dari isteri tak apa :).
      • Pujilah masakannya dan pujilah dirinya sekali-sekala. 
        • Tunjukkan minat dengan apa yang dia buat hari ini. Contohnya, blog apa yang dia baca HEHE.
        • Berikan dia ciuman, pelukan, ucapan selamat tinggal bila anda hendak keluar.
        • Rancang untuk makan angin bersamanya.
        • Berbincang dengan cara menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dikehendakinya dan anda juga dapat apa yang anda kehendaki.
        • Bila berjauhan, katakan anda rindu kepadanya.
        • Belikan makanan yang dia gemari. 
          • Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara yang besar-besar tetapi sebenarnya yang boleh memenangi hati wanita ialah apabila lelaki melakukan hal-hal yang kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat. Betul-betul sangat! 

          See? Tak susah pon nak ngorat isteri sendiri dan....



          (klik untuk tumbesaran) 
          ..........tak perlu susah payah bang!



          22 comments

          March 30, 2012 at 9:26 AM

          hihihi salam pagi jumaat...nice tip rumahtangga...lelaki patut baca nie...

          March 30, 2012 at 9:26 AM

          good tips...

          March 30, 2012 at 9:40 AM

          banyak nya nak kena buat!?

          susah la tu... ! haha

          March 30, 2012 at 9:40 AM

          lelaki baca dan fikir 'mak aiiiii..banyaknye benda nak kene buat!'

          hahaha!

          March 30, 2012 at 9:44 AM

          Alhamdulillah, setakat ini kakcik tak ada masalah besar dengan suami kerana dia jenis yang ringan mulut dan tulang (mujur tak ringan tangan! - na'uzubillah)

          Apahal pulak kata kunci tu? ish!

          March 30, 2012 at 9:50 AM

          thanks cik tipah betty la fea... hehehe. tips utk suami lebih kurang sama la kot ye...

          alahai keywords, ada ke cik tipah buat tips cenggitu? hiks.

          March 30, 2012 at 9:52 AM

          separuh dari tips mmg dah dapat.. klu dapar semuanya mmg confirm akak syahdu.. he..he.. nak print tampal kat peti ais agak2 dia baca tak?? ahaks..

          March 30, 2012 at 10:32 AM

          wahh..linda yg bace tips ni pun jadi emotional , best jugak kalo kahwin nnti kalo husband wat semua tips2 tu (berangan jap)..err, keyword nak besarkan anu pun ade, ape daaa..hehe

          March 30, 2012 at 10:32 AM

          uhuhu!!!banyak jgk tukn..tapikan saya rasa bersyukur jgk sbb mr papapapito agak 'biasa' buat yg lain2 cuma dia lacking kt point 4 dgn 8 tu..uhuhuuh!!dia selalu malas nk layan klau sy tgh marah..bt donno je :'(

          Anonymous
          March 30, 2012 at 10:39 AM

          setuju dgn tips tu, naknya tang tong sampah penuh tu =)

          March 30, 2012 at 1:09 PM

          kak. baca ni tak sabar lak nak kawin. adui.

          March 30, 2012 at 1:54 PM

          bagus untuk suami suami nih.kekekeke~

          March 30, 2012 at 2:07 PM

          Tang besarkan anu tuh x menahan!!Auuwww

          March 30, 2012 at 2:41 PM

          yang last tu jumpa ke kt blog cik btty?haha..

          sygnya isteri pun tak cuba tawan hati suami tp nak suami tawan hati isteri.ini tidak adil..(kata pada diri sendiri) haha..

          March 30, 2012 at 4:28 PM

          @eLL

          gilos lah kalau akak ada buat tips tu..cara nak besarkan gambar adalah..tercemar blog suci i haha

          March 30, 2012 at 6:28 PM

          erm... berpeluh... banyaknya kena buat!

          March 31, 2012 at 2:13 PM

          heeee..ira nt nak print laa bg bakal suami..hee

          :D

          April 2, 2012 at 1:01 AM

          Beb, yg bawah tu tips gak ke?? Pernah share ke?? wakakakakaka ;D

          Tq for sharing! :)

          April 2, 2012 at 2:52 PM

          yg x kawen lg..leh baca kan..

          apa kata..print out..pastu kasi si suami baca..biar dia tau sket..eheheh

          April 2, 2012 at 4:45 PM

          mesti kasi suami baca ni

          April 3, 2012 at 12:12 AM

          mohon semua suami da bakal suami ni baca. hehe. tp yg besarkan tu tak payah la..eee.pengotor. haha

          April 4, 2012 at 12:08 AM

          betul la kalau suami buat semua benda tu memang bahagia sekali rasanya...
          tapi kalau tak buat semua tu tolong cuci cawan ngan pinggan lepas makan pun dah kira seribu rahmat...

          Post a Comment
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
           
          Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal