Assalamualaikum..
Pagi ni bukak blog aku rasa macam nak nangis.
Pagi ni bukak blog aku rasa macam nak nangis.
Jari dah ketar-ketar macam orang kena parkinson dah.
Jantung degup-degup laju.
Badan dah seram [?] sejuk.
Aku dah syak dah. Ni musti kerja DIA nih. Aku dah ada pengalaman dulu dah. Macam malu baca entri tok kaduk bajet cam best.
Nah tengoklah kat >>SINI kalau nak tau siapa yang disyaki tersebut.
Dah tengok? Pang muka aku sekalik. Hahaha.
Blogging memang manis ah. Macam makan madu. Bukan kena madu. Hahahaha. Hep! Sensitif.
Okeh. Okeh. Straight to the story today. Eh yesterday. Yaani yang manis jugak. Iaitu berdating. Dating itu manis? Ya. Terutamanya kalau engkau ada ikatan yang sah dengan pasangan.
Dating dengan husband takda maknanya pergi berdua-duaan. Anak kenalah bawak.
Mula-mula pergi makan.
Pilihan encik terhebat Secret Recipe. Nak percaya atau tak memang kena percaya inilah first time aku makan dekat sini. Kek penah ah beli tapi tapau bawak balik je.
Kenapa aku tak penah makan sini? Pasal harga makanan dia menyeramkan aku. Sesekali okeh ah kan. Syukur alhamdulillah atas rezekiNya. Serius aku rasa cam orang kaya kalau makan kat sini. Tak kaya bebetul dapat feeling kaya pon okeh apa. Sian aku nih kan makan kat Secret Recipe pon dah rasa cam kaya padahal takda jual roti jem kaya pon kat sini.
Jomlah tengok roti kaya sekarang.
mee dalam kuah tom yang pelangkung pilihan encik terhebat.
isk nampak tak udang tu? aku kalau seafood memang ah tak boleh tahan.
eh. ini bukan makanan aku.
ha! ini baru aku punya.
aussie beef steak award winning nih tahu.
tengok macam kecik macam tak cukup je untuk perut aku.
nasib ah tak tamak.
tak habis pon aku makan sayur dia.
hahaha. suruh anak makan sayur aku sendiri tak berapa nak makan sayur.
aku memang ketam yang suka makan ketam.
pecan butterscotch pilihan anak dara aku.
siap ugut lagi kalau tak sedap papa marah.
padahal aku nak chocolate indulgence.
nasib ah tak tamak haloba.
kenyang betul walaupon kek ni kongsi empat orang.
sedap kek ni. nasib pilihan dia betul. kalau tak aku marah.
aik. tadi kata papa marah. hahah.
eh. ada lagi. nafsu membuak betul tengok kek banyak sangat.
ambik brownies carrot slice. brownies tu kek jugak bagi aku.
tak boleh tahan punya pasal.
Tu je? Ada lagi tapi tak ambik gambar. Malas ah nak ambik semua tak sabar nak melantak. Ala mushroom soup je dengan air je pon.
Lepas makan tengok wayang. Tak sah pegi dating kalau tak tengok wayang.
Pilihan filem untuk ditonton adalah cerita seram iaitu Karak.
Siap-siap bentang tilam tutup lampu lepas tu berpelukan sebab nak tengok cerita seram kan. Kena ah peluk-peluk. Hep! Jangan pikir bebukan. Anak dara aku peluk papa dia. Takut nak tengok hantu katakan. Aku peluk si bujang. Nak ngempeng ah tu dia apa lagi.
Eh. Eh. Kejap. Tadi kata tengok wayang. Ha lah. Wayang kan di rumah anda sekarang. Astro First ah! Astro sila kurangkan bayaran bil aku bulan nih ya.
Review aku pasal Karak:
Cerita dia okeh. Ada intipati bukan nak tunjuk hantu seram semata. Hantu dia seram jugak bagi aku. Toilet dia juga berjaya buat aku seram.
Shahir berlakon okeh. Tak kayu pon. Kilafairy pon okeh. Semua okeh.
Pertengahan cerita aku dah boleh agak apa berlaku. Tekaan aku betul. Encik terhebat salah. Hahaha. Aku menang. Tahpapetah tu pon nak lumba.
Tapi ending dia macam misteri. Di mana Zura? Dia ada kat situ ke takda sebenarnya? Aku konpius dah. Yusry tolong jawab boleh?
Aku bagi 3.5/5. Rating ikut suka aku. Tengoklah raya nanti tak rugi punya.
nota-noti:
Semalam dengan harini aku sibuk sikit jadi tak sempat nak BW semua yang dah jengah ke mari. Esok lusa aku sampai insya-allah.
38 comments
wah..wah..sedapnya makan tu...
pastu pergi tgk wayang pula..seronok biarpun wayang kat rumah..wayang kat rumah lagi bestkan...
patutlah seram sejuk...ingatkan pasai apa..hehe
carrot cake tu dh lama nk makan..tp asek takde je kat alamanda putrajaya..tensen sungguh..
seronokkan seisi family makan bersama. tempat ni pilihan anak-anak cik ina. lenkali boleh rinna cuba nasi ayam black peper atau cordon blue best gak. sesekali belanja besar untuk kegembiraan family tak salahkan.
ratu pun jarangla dok mkn kat sr tu.mahalll...ehehe...slalu tapau kek je.tu pun kalau bebetol teringin nak makan.bila dah bli sepotong tu makan berhari2 sbb syg nk habiskan.dh tgk gak karak.bolehlah tp tak suke si gedik tu sik nk tonjol2 dada je...iskk...napela kru leh amik org cmtu belakon...
aussie beef steak award winning
~~tak kena dengan tekak saya~~hu~~~
"tu yg tak best dating2 bila ank dah kuar kena usung semua sekali..hehe..bab makan tu ko kira ok..maju setapak dari akak ni..akak lommm pun penah jejak SR tu..lalu selalu la..bab tgk wayang tu lg best nk2 pulak wayang kt umah sendiri siap boleh baring2 guling2 lagi..eh,peluk2 pun boleh.."
wah syoknyahh makan secret recipe.nanti nk download karak jugak ah.teringin jgk nk tgk huehue.
tu dia kak, kemain banyak makan nya. kie lagi lah tak pernah makan secret resepi tu. rasa mahai sangat. baik kite makan kat warung je, huhu
akak, nak bosan apa nya. kite lagi suka akak datang jengah2. thanks akak, ;)
Cik betty,
Ooo sebok dating yea......nanti bila dah tak swbok sating singgah blog msred yea....hheeee....guwau jer....
Chocolate indulgence terbaek...mr bf suka cheee oreo....
klu tgk citer hantu mmg selalu seram sejuk.. he..he.. akak pun klu mkn kat secret recipe mmg ada feeling org kaya.. ha..ha.. sbb tuilah sesekali aje makan kat situ
Peh..bestnye. Dating ngan family..huhu tapi citer Karak tu bagi sy memang tak best pun...boleh bagi karam la...serius tak best...rugi tengok
mak aihhhhhhhhhh fensan tengok makanan aihhhhhhhhh
**dear..meh le join GA tu..ape tak boleh join nye..adehh takde syarat2 le sayammmm
akk, sedapnya..dh knyang pn jd lapar blk skg ni, hohoho :D
kadang kadang kalau tengok kereta saya dari belakang .. boleh nampak macam kereta jalan sendiri
err..
ada kaitan tak..
carrot slice SR mmg faveret GB. tomyam pelangkung atau mana2 yang berportion mangkuk tu biasanya GB kene share 2 org, baru boleh abis. kalau sorang meletup perut kot.
*karak: dah tgk kat astro 1st jugak. best. tak rugi beli. cuma terkejut gak ada scene peluk shahir dgn shera ayub. terus musykil. hehe~
wah tahniah la rina..dh 2x enBen pomot rina..jelesnyeeee No hahahaha..
pasal makan tu yang paling best kan rina hahahaha..
a a le..kita yg jenis ada anak kecik ni mmg susah nk p panggung..tengok astro 1st la jawabnyeeee..hehe
mak aih kak ! terliur tengok kek tu ..
citer karak ? Tia tak tengok lagik . nanti nak pujuk ibu ah :)
secret recipe mmg sedap..sy pun suka sgt....so delicious..
cam sedap jer pic2 tu...nyam! nyam!..
belalang lagi la...sekali pun x pernah makan d secret recipe.ngee
cam sedap jer pic2 tu...nyam! nyam!..
belalang lagi la...sekali pun x pernah makan d secret recipe.ngee
semalam pun papa mifz dating ngan wife...tapi Mifz htr kat baby sitter...hehe
emm.. sesekali makan kat tempat2 mahal apa salahnya untuk kepuasan kita kan lgpun penat2 suami kerja sesekali habiskan kepenatan dengan bantuan makanan yg sedap2 apa salahnya...
Emm .. apasal pelakon perempuan macam tergedik2 jer .. emm tak suka sangat la..
kdg2 makan tmpt mahal pun bkn nya sedap sgt... tp sesekali makan tu ok la.. at least tahu rasa 1 2 menu kat situ. pernah juga makan kat SR ni tp dah lama. tak berapa taste sgt. kek dia selalu belasah kalau kat opis buat celebrate hari jadi sesapa jer.. kek free la katakan.. kekeke
yang paling best kat secret kek dia je, makanan dia tak best.. huhu..
haha...jgn la cubit sy.. hehe
secret resepi tu, sy penah pegi sekali aje.tu pun ceallogue yg belanja makan.. mkn berdua beli kek,spageti, air.. sikit je pun tp kena dekat RM80.. mak aihh... punyela mahal.tp nasib baik ceallogue yg belanja.klu sy..alahai kena la tggu sy dpt komisyen beribu2 baru leh belanja..
Sesekali dating berdua jer lah. Anak-anak tinggal kat Ate (Ate brani offer pasal Ate tinggal jauh dari Cik Betty. Hahaha...Ikhlas tapi jauh)
jat baru nak pelik kan bawak anak2 tgk karak siap bentang tilam,rupanya kat astro 1st.haha.
wah sedap..dating dgn ank2..terbaik..seram ekk cerita tu?
sodap ehhhhhhhhh........wallaaaaaaa!!!
Tahniah jadi pilihan Blog Mrs Ben
hihihihi...tengok filem seram gan anak2...kalau cik rose cute tak ler....sebab anak2 penakut...
hehehe...comel jer la... ;)
sy pun tkpernh lagi makan kt SR ni..ada take pun cuma beli kek..tapau bawa balik... :)
pasal wayang tu mula2 konpius gk..takkan la kat wayang boleh bentang tilam segala kan....astro first rupanya...hehe... :)
happy weekend kak... :)
aghhhh tak boleh blah.... nak gi belilah sat gi... arghhhhhhhhhhhh kijamlah entry nie... baru nak boikot
SR
laparnye tgk.. smlm pun jln sblah secret recipe, nak makan kek tapi control jiwa..adeii tetiba rasa nak mkn cheesecake pulak.......bestnyeeee..
sungguh.....
sangat2 menyelerakan
tapi.. kak ayu tak pernah masuk SR..........
CR biasalah.. hari2 keluar masuk.. hehehehehhe
terliur nelly !
wahwah!! sedap makan tuu.. farah kat situ suka makan kek je..
karak? best ke? ramai cakap tak best.. tu yang xtgk..
wahh...sedapnya..:)
bestla tu dapat dating ye...nehow tahniah menjadi pilihan bro ben....sedap na makanan2 tu terliur plak sha...astro dah naikkan bil...malas nak langgan macam2