.....sedih.
Sebab takda sekeping gambar pon dapat dirakamkan buat kenangan. Tak dapat nak menunjuk-nunjuk dekat korang kan huhu.
Ni semua gara-gara encik papa terlalu seronok nak terjun dalam kolamlah ni. Lalu iphone dalam poket seluar dia pon turut sama bergembira berenang-renang. Dahla kami ni takda kamera. Iphone cabuk tu jelah tempat bergantung untuk amik gambar.
Nak ngarang cerita pon tak seronok sebab takda gambar. Korang pon pasti sangat malas nak baca karangan SPM 5 mukasurat kan kahkahkah.
Jadi, karangan berikutnya boleh dibaca kalau korang berniat nak bercuti ke sini. Kalau tak nak, boleh terus pegi komen kahkahkah.
Buat anda yang nak bercuti ke Desaru tak rugilah pegi Lotus Beach Resort ni. Sesuai untuk famili yang ada anak kecik berderet-deret pasal water park kat sana best jugaklah. Ada gelongsor air. Sesuai untuk anak-anak dan juga mama dengan papa pon boleh main slide sama-sama. Tapi kalau mama nak main sama pastikan keluarga anda tidak membawa barang berharga ke water park ni. Baju salin pon bawak yang buruk-buruk je. Jadi kalau kena kebas pon taklah ralat sangat kan. Kalau tak nanti mama kena jadi tukang jaga beg. Ataupon bawalah nenek kepada anak-anak anda bercuti sama, jadi tugas nenek jaga beg haha. Kejam sungguh.
Untuk korang yang masih muhda-muhdi dan sukakan aktiviti mencabar tak payah pegi water park ni. Buatlah aktiviti laut yang lain macam parasailing ke, naik bot pisang ke (banana boat), naik ikan terbang ke, berkayak tunggang terbalik ke, naik jet ski ke, pandu ATV ke, pegi naik bot sambil mancing ke. Tinggal siapkan duit je.
Kalau takut sunburn boleh pegi Ayurvedha spa atau tido jelah dalam bilik yang selesa atau main indoor game tak pon bersiar-siar naik buggy pusing keliling sampai driver buggy tu tendang korang keluar. Kat sini ada disediakan servis buggy pasal agak jauh kalau nak jalan kaki pegi pantai, tempat makan atau water park. Nak jalan pon boleh takde sape marah.
Pasal breakfast kat resort ni makanannya ok-ok sajalah. Tak banyak pilihan sangat. Kang kalau banyak-banyak korang yang pening nak melantak yang mana pulak kan. Kalau nak carik restoran kat luar atau nak carik kedai runcit boleh pegi Bandar Penawar. Tapi kedai dan restoran pon tak banyak sangat kat sini. Nak carik maggi cup pon kena terjah 2-3 buah kedai baru jumpa.
Kat bawah ni harga suite. Rasanya kat sini penginapan dia semua jenis suite. Suitenya pulak bertangga tinggi. Jadi kalau korang ada anak kecik yang hobinya turun naik tangga dan memanjat palang agak mengerikan jugalah.
Suite 1 bilikAhad - Khamis RM348Jumaat - Sabtu RM394Suite 2 bilikAhad - Khamis RM522Jumaat - Sabtu RM696Suite 3 bilikAhad - Khamis RM777Jumaat -Sabtu RM928Suite 4 bilikAhad - Khamis RM1125Jumaat - Sabtu RM1392
Kalau pegi time public holiday meleleh air mata sebab ada surcharge RM58. Untuk mengelakkan pembayaran lebih booking awal-awal. Bookinglah sekarang kat >>SINI untuk sesal dahulu pendapatan.
Sekian. Dah macam ejen pelancongan lah pulak karangan ni. Tulah jadinya kalau takda gambar nak cerita.
Sekian. Dah macam ejen pelancongan lah pulak karangan ni. Tulah jadinya kalau takda gambar nak cerita.
38 comments
alahai, sedihnya lah takde gambar kenangan
fuyoo pengsan nengok harga bilik dia, tapi mesti berbaloi kan hehe
best nye g holiday.. kejelesan melanda diriku :)
yang penting rina sekeluarga happy, yabeda bedu. amboi en papa, berendam sampai lupa iphone, ini sah seronok sangat. harga bilik bukan ukuran, janji seronokkan : )
adezzzz tgk harganya sama lbh krg harga myk + tol ke sana...
(dlm ati: teringin gak nk p)
punye la teruja nak terjun kolam...selamat dah aipong....
best gak resort ni..macam2 ada..tp regenya..fengsann.....
macam best jer...tapi tak dapat nengok gambar plak...
makanya lepas ni.. cik betty kita kena usha2 beli kamera erk.. hahaha
amik gambar pakai bb lah kak. hehe
tahun lepas ade sekali tido satu malam kat situ. tapi ade lif. amik suite yang 3 bilik.
tu pon sebab pergi wedding member kat area sane. huhuhu
ala..siannya..huhuh..pengajarannya, iphone dan yg sewaktu dengannya adlah tidakmempunyai insang dan sama sekali tidak mampu bernapas dlm air..huhuhu
bilik mahalnya
Kakcik ada pengalaman terjun ke kolam mandi dengan hp dalam poket! :(
pergi holiday kt tmpt lama sy tu.desaru tu laluan yg selalu kami lalu.tiba2 jadi rindu pada johor.hehe..bandar penawar mmg takde menda sgt..nenek en suami dok dekat pungai yg pantai batu layar tu..sy dulu dok tg pengelih..:)
mmg tak best bercerita tanpa gambar.kamera sy dh rosak.hp sy baru rosak.2 3 hari pastu hp en suami plak aruah..wah mmg dh takde gadget utk tgkp gambar..senasiblah kita..:)
encik papa: Iphone saya sudah pulih. Ternyata iphone lagi tahan dari mana2 handphone
@Anonymous
haha..papa ni siap inform kat sini :P
ololo mmmng frust nonggeng neh kamera dh takde.... takpe la akk bleh bygkn lbih kurang mcm kt gmbang la jugak kot tp kt gmbang tde aktiviti laut. restoran luar pon t.brp ada.....hg suite pon lbih krang sama
karangan SPM tu yang tak boleh tahan tu. Camana la boleh berenang sekali ngan iphone tu maknanya nak beli yang baru la tu hee...
aduhai...kalau saya..mau meraung kot iphone berenang2 dalam air... ;)
mmg rege suite tue tak suit langsung dgn sy huhuhuhhh
tak ada gambar tak syok nak baca...
tentu seronok jejalan wlupun takde camera..
canon powershot saya tu dibwh rege RM 500,okay lah puashati..kebykan gambar dr situ :),byk asas utk berlatih guna DSLR even cuma kamera kompak
ya Allah, sayangnya iphone masuk air !!! sedih. hehe, takpela...takde gambar tapi kegembiraan terpancar dr entry !! hehe. seronoknya bercuti satu family .:)
haduih...iphone masuk air...aiseyman...huhu
penat tau nak bayangkan macam mana bestnya tempat desaru cerita karangan awak ni. Hehehe... Takpe, besok-besok pergi lagik k. Kali ni make sure letak iphone dalam beg plastik kalis air tau.
Aritu berfamily day kat Desaru Damai, lepas Lotus Resort tu. Hotelnya lagilaaahhhhh ~
Menangis mak tengok T____T
Mahal pulak tuh -__-
adehh, mmg stress klu cuti tpi tak dpt capture moment...tpi takpelah rina...capture in memory je...
so IP papa tu ok tak?
hp ni smeua kan pantang kena air...
mmg tak bole blah statement tugas nenek jaga beg tu...hahahahaa
memang nak pergi pun cuti sekolah bulan tiga ni..opis buat family day kat sana,
sedihkan kalau gambar hilang, haritu pun gambar dlm handphone sy hilang , sadisnya...
Desaru ni menggamit kenangan honeymoon pertama saya, tapi hubby kata dah serik nak gi sebab tak berapa nak cantik dah pantai kat situ
rina kena remove link dlm bloglist dan add semula...
thanks...
wah mama papa join sekaki mandi ye...kayrul ada anak kecik so terpaksa la pendam hasrat nak mandi manda kat situ masa pegi itu hari.huhuhu...
walo takde gambo, nice entry n nice holiday..saya pn kdg2 kalo tkde gambo rasa tk lengkap entry saya..dah la saya jns malas nk karang panjang2..hehe..nice :)
sobbing! ingatkan ada banyak foto of you and family :( emm, it might be fun yeah last few days ago? hehehe kasihan klo bawa nenek hanya untuk jaga bag. how selfish :'D btw aktivitas naik banana boat memang tidak pernah tidak mengasyikkan! :)
@Rtp Farra Arisha
kasihankan? mcm akak..akaklah tukang jaga beg haha..sbb itu disaran agar jgn bawa beg
huuu...iphone terendam?dasyat..heee
pnh pg desaru tp y air terjun tu..ada kan?hee..igt2 lupaaa..
lain kali kalo g blh la dok kat lotus ni..bc mcm best je k.rina..hee
pss : okeee thankss 4 the vote!hee..kannn..mmg dok menghitung hari cuti je kejanya..kehkehkeh
aritu kami nyaris2 nak stay kat situ juga. tapi tak jadi sbb masa tu ada event triathlon antarabangsa rasanya (main teka2 aje). last kami tido chalet je. nasib baiklah ok...
yelah... nak makan malam kena pegi sampai bandar penawar. tapi takde tempat mkn yg best. last2 makan marry brown aje masa tu... seb baik anak4 ku itu tak bising...
*wahhh... papa siap mention iphone dah ok ye!
mcm menarik je g desaru..walaupun xde gambar sebagai penyeri..xpe la..nnt kalo ada rezeki untuk g lagi..jgn jd lg aksi iphone ikut berenang skali ye :p
Incik papa pun..datang jugak komen ya...hehehe mesti seronok kat sanakan...walaupun mahal sedikit...
Baca pun leh gelak n rasa seronok...