Weekend haritu jenjalan shopping barang raya.
Memang sekarang ni asal hujung minggu je misti keluar carik barang raya.
Beli sikit-sikit.
Nak beli sekelepuk tak larat jalan.
Lagipon beli sikit-sikit tak nampak cam duit habis banyak sangat hahah.
Baju raya (baju jalan) anak-anak dah settle.
Kasut raya anak-anak pon dah settle.
Nak carik kasut raya satu hal.
Berapa kali pusing satu angsana sebab nak carik kasut risya je.
Budak dah besar dah pandai nak pilih sendiri.
Masalahnya kitaorang tak berkenan dengan kasut yang dia pilih.
Tumit tinggi, berkilat, kaler putih, ada manik blink-blink segala.
Olok-olok cinderella kot hehe.
Sangat tak praktikal.
Aku ajak carik next week dia tak nak pasal adiknya dah dapat kasut baru jadi dia pon tak nak tunggu. Nak jugak kasut baru tak kira dah.
Tak dapat kasut nak mogok laporr tak nak berbuka.
Terpaksa melayan je kehendak anak dara sorang ni.
Kang tak layan dia buat perangai lagi tensi dibuatnya.
Lastly pilih punya pilih psiko punya psiko, termakan jugakla dia dengan pilihan ibu bapa.
Kasut ala-ala ballerina. Comel kan? Leh pakai dengan jeans atau baju kurung. Yang kaler coklat tu kasut zikry. Nampak cam sama besar dengan kasut kakaknya. Nampak sah saiz kaki menurun sape.
Ni baru nak pilih kasut dah pening.
Nanti nak pilih bakal suami?
Ok. Jauh lagi. Tak nak bayangkan sekarang.
Lepas tu pusing lagi satu angsana carik tudung nak matchingkan dengan baju raya aku.
Pasal nak carik tudung ni pon dah jadik satu hal.
Dah sampai angsana barula teringat baju rayanya lupa nak bawak sekali (nak matchingkan kaler).
Terpaksa patah balik rumah ambik baju pastu gi angsana balik.
Buang masa betul.
Seb baik somi aku bebel sikit je hahah.
Pose kot dia tak larat nak bebel panjang.
Aku kononnya ingat nak carik shawl glemer.
Raya kan kononnya nakla nampak meriah macam kereta berhias hahah.
Tapi kesudahannya susah giler nak carik shawl kosong tapi ada manik yang cantik.
Ada shawl kosong tapi bidang kecik.
Nak tutup depan belakang terbukak. Tutup belakang depan terbukak.
Tudung awning dengan syria memang aku takkan beli.
Bukan tak suka. Orang lain pakai aku tengok comel giler.
Tapi bila aku pakai buruk giler.
Masalahnya pakai tudung jenis lain macamlah muka jadik cantik giler hahah.
Patut arr orang suka beli tudung online.
Tapi aku dah serik nak beli tudung online.
Sebab ada sekali beli dulu kaler sampai tak matching dengan baju.
Dalam gambar nampak cam matching.
Belek-belek jugak la tudung bawal aidijuma kat angsana.
Nampak macam tudung bawal je yang sesuai pakai dengan baju kurung.
Aku dah lama menganak tirikan tudung bawal sebab giler pakai shawl pashmina.
Aku suka pashmina sebab besar.
Pastu pakai lilit-lilit bajet anak dara sunti hahah.
Lastly aku sambar jugakla tudung bawal tapi bukan aidijuma punya pasal aku nak yang ada manik.
Pastu balik rumah terus carik video tutorial pakai bawal cara tasha manshahar.
Hahah. Tak habis-habis nak membajet diri anak dara sunti.
Padahal dah kertu.
Dah kertu tapi biler nampak artis terus jadik tak ketentuan hala. Tak puas hati sebab tak dapat gambar dekat-dekat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haaa. Akhirnyaa dapat gambar dekat-dekat. Seb baik somi aku jenis melayan bini dia yang jakun sangat biler jumpa retis. Balik rumah tatap gambar ni sampai 18 kali. Sembunyik-sembunyik tengok sebab nanti encik papa dok kutuk-kutuk asyik tengok gambar. Faradhiya sangat lawa dekat luar. Dalam tv nampak berisi kat luar slim giler sampai aku yang nampak macam gerobok kat situ. Kulit dia mulussss giler rasa nak toreh-toreh jerr. Dahla putih melepak terus aku kat sebelah dia nampak macam dayang senandung. Flash tak kena muka aku kot hahah. Yang penting aku jeles dagu dia tajam.
(lokasi kejadian : Kluang Mall)
PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.
42 comments
seronok kan shopping raya
huhu...pening kan cari baju n kasut anak2. macam tu agknye mak linda dulu. haha..teringat dulu2 linda suke kasut hell yang kaler kilat2. haha..
salam rina..hero acik yang bungsu pun cerewet..acik ingatkan lelaki senang je...tapi uish letih acik mengikutnya..cerewet sungguh
besarnya kasut zikry....nanti tunjuk gambar full ngn baju ek...nanti raya la tapi...
pandai ke risya pakai kasut tumit tinggi? haish...
memang putih melepak la faradhiya ni....jeles tul tgk dia....
Waaaaaa..meriah tu..cntek kasut belle tu
wah bgmbr ngn farahdia.hehe
comelnyeeeee kasut risya tuuuuu....
huhu jelesnya saya belum buat persiapan raya lagi. huwaaaaa. suka benor la buat last minit, haha
haa baca pasal risya teringat ke damia, samalah, sampai nak jadi raksasa lah mak dia haritu, dok pilih kasut yg tah hapa2 tah
akhirnya, terpaksa beli dua kasut, satu pilihan dia sendiri satu lg pilihan maknya hehe
COMEY kasut risya. iye anak dare aku pon nak high heel bagai..pitam. aku beli hari keje zaira, tak boleh bawak dia haha. kalau tak jadi monster krg..
aku pon nak carik tudung jugekkk..
Angsana sekarang padat giler Rina. Nak parking dalam pun tak ada tempat. Kakak parking sebelah LHDN - dahlah manusia punyalah ramai macam nak muntah dan pening kepala kakak..
beli sikit sikit la lagi belanja nanti lagi banyak... aik sekali shopping je... habis cerita...
saya pon dah siap shopping utk si Ilham. Selagi x kuar siapkan barang2 die, hari2x duk merengek kt suami.
ada x kasut cm risya tu tp saiz utk org tua? hehehe
tu psala ema beli ksaut anak tak bawa mereka..huhuhu..cantik faradhiya ni..
tu farahdiya yg nyanyi lagu Bertakhta Di Hati tu ke?
hahaha..adik2 saya gi shopping kat Angsana dari pagi santak lah ke senja..dah nak buka...baru balik! Saya tak sanggup dah nak gi Angsana..sesak gile :)
visit dgn entry sterusya..hehe
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/persoalan-harga-tudung-fareeda.html
Wah. setel sudah dengan baju raya kak eh
siap dapat jumpa artis raya lagi
saya jugak belum shopping lagi
takde mmod langsung
hehe
wah mesti best kan.. shopping dn jumpa retis lagi hehe
kasut putih lawa la~~
tingginya artis tu~~
artis kat luar semua lawa2kan..kulit dorang tu mulus aje..hehehe
awal nya berangan dpt menantu...hahaa... soping raya awal pun ok...last minit nnti ramai org, letih...
tak pernah jemu baca cerita akak..asik sengih je memanjang..hehehe..
eh..berkenan lak dgn kasut Risya..comel..ada saiz beso tak..? hehe.. :P
psst...kalau saya nak minta alamat akak bagi tak..?? (^_^)
kalau bagi..meh tinggalkan kat sini..
zafiranabilah2908@gmail.com
pada akak dua2 pun nmpk cantik.. slim aje dua2.. jeles i.. he..he.
apasal kite nampak awak lagi cantik dari faradiya ek?
kasut risha tu nmpak comel je :D
bestnya dah siap shopping, saya tak sudah lagi menyoping raya ni. ehh kurusnya faradhiya ya kat tv tembam je nampaknya, tapi yang pastinya dia tu mmg putih seleput jeles tau.
Kasut Risya sangat cantik.. Rupa2nya Rina balik Kluang ke.. erk.. mana ada kertu.. Awet muda tu..
Rina masih tak kenal Nur ke? Nur pakai tudung warna peach tu.. Raya nanti, Insya-Allah kita boleh berjumpa ye..
wa...nyopping raya terus jumpe retis. sib baik faradhiya tu wanita...kalo retis lelaki duk curik2 tatap gambo 18 kali habis la...
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
muko si Farahdiya tuh nampak geram semacam jer...hehe
hahahaha gelak tak sudah aku bca entry ni.. yg nak toreh muka artis tu pehal hahaha..ingtkan tak de gambar dekat.. skroll ek ada gak rupanya..
sabo je la laki akak yg lyan kak rina bajet anak dara sunti ni jumpa retis..
tak menahan baru nak cari tutorial hahahahahahaha..
As salam Rina,
Wah... faradhiya! Die mmg cantik kan? Tgk dlm TV pun tau... die mmg cantik... untuung sapa dpt die... dulu ade gossip dgn Norman Hakim kan...hiks... melalut dah...hahaha! :))
Kasut ballerina tu mmg comel! Seronok ade anak pompuan ni boleh buat kwn kan Rina... boleh beli mcm2 baju & fesyen pun pelbagai... budak lelaki... balik2 tu je...hihihiii...
Kite kenalah glamer...kata raya kan.. tp u mmg nampak anak dara sunti sb kecik je orgnye :))
ai baru nak mulakan edisi shopping weekend ni.. eeemm.. nak buat list nak beli apa.. ;)
cantiknya kak kasut ballet tu. teringin nak pakai la. haha. dulu kecik2 taknak pakai ni dah tua bangka rasa teringinnn pulak. ahaa. akak sangat comel ! :) comel dr artis tu. hiih
pilih asben nnt ikot katalog je..mudah..hahahaha =P
amboi..dh berangan pdl calon menantu..haha..
eh, eh sempat jumpa faradhiya g2..
whaaaa dpt jumpa faradhiyaaa.hehehe.
cantik kasut risya tuh.sy pun bru lepas beli kasut raya teeheee.
Kelas! haha..
syok la dpt shopping raya..
Rizal tak shopping sakan kot..beli baju melayu je hehe..
tahun ni nak g butik yang sama setiap tahun rizal g..nak warna hijau plak haha
http://igossiprizal.blogspot.com/2012/08/iftar-ramadhan-international-languages.html
amboiiii dik, seronok dapat brgmbar ngan artis ya..jelessss akak...
Akak pun sama, mnganaktirikan tudung bawal....tapi raya ni mmng nak pakai tudung bawal...
Comel sangat kasut putih kakak tu...
kite pn tgh pening cari tdg rayaaaa
Saya punya barang raya pun dah settle. Ceh, padahal mak yg belikan (: Ni pun baru balik dari teman mak cari barang raya dia. Baju mak lagi glamor dari saya. Wuuuu U_U
Dah shopping raya..kita belum lagi, nak tunggu last minit, momentum tinggi..tapi tak sanggup pulak nak bersenggol-senggolan di Jln TAR..
jelesnya...bergambar gan farahdiya...kikiki