HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Friday, September 7, 2012

open haus tapi bukanlah open haus sangatt






As-salam.

Aku raya kali ni hepi giler sebab berat dah naik 2 kilo hahah.
Tak taula timbang tu betul ke tak tapi harap betul laa.
Tapi kan aku rasa sekilo tu berat pipi kanan sekilo lagi berat pipi kiri.
Serius.
Yang naik pipi je badan menten haluss macam orang lidi (ni encik papa cakaplaa).
Keje rutin aku sekarang ialah habiskan kuih raya ngan kerepek dalam balang wakaka.
Sape datang raya rumah aku sekarang silala hadap balang kosong yee hehe.


Masa cuti merdeka haritu, kebetulan geng-geng avail encik papa nak datang beraya.
Encik papa ni geng dia banyak jenis.
Geng avail. Geng UTM. Geng JB. Gengster je takda.
Sebab geng avail nak datang malam, siangnya kitaorang buat untuk geng UTM dengan jenjiran.
Di samping terselit seorang dua kawan aku.
Aku ni macam menyedihkan sikit.
Kengkawan ramai (sebab aku kan dari kecik banyak pindah sekolah) tapi semua dah jauh-jauh.
Ada yang dekat kat jb ni tapi aku yang malas nak kontek diaorang.
Ntah apa masalah aku pon aku tak tau haha.
Tapi tak kisahla sebab biasanya isteri-isteri opismet papa atau geng avail papa ada yang dah jadik kawan baik aku.


Menu utama laksa johor. Tahun ni aku malas nak masak. Order je. Aku lebih banyak fokus pada kemas rumah.Tingkat atas bawah semua aku kerjakan. Bukan tetamu datang naik tingkat atas pon. Tingkat bawah aku kemas sikit-sikit je sebab sebelum raya haritu dah spring cleaning. Paling utama bilik airla sebab mesti ada tetamu yang nak guna toilet nanti. Dalam kul 1 barula aku siap bersihkan rumah. Mandi, solat zohor, siap-siap lebih kurang. Orang datang nak jamu selera kenala muka aku buat orang berselera. Kang sambut tetamu muka sememeh dari berselera terus muntah orang kat situ. Encik papa takpe. Dia dah biasa tengok muka aku sememeh kehkehkeh.


Menu kedua kambing sweet sour dengan roti yang telah menggamit ramai tetamu. Cehceh. Ni ayah mertua aku yang masak. Nanti aku nak pegi berguru dengan beliau. Jiran aku sorang punyala berkenan dengan kambing ni siap order untuk open haus rumah dia pulak. Tapi sebab banyak sangat terpaksa tolak. Ayah mertua aku bukannya sihat sangat. Kecewa giler jiran aku tu.


Ini antara kawan aku yang sempat dijemput. Kawan blogger ni. Nur blog Cetusan Rasa. Aku adala terfikir nak jemput kawan blogger lain (yang dekat-dekat macam GB dan kak zakie) tapi sebab 2-3 hari sebelum tu aku bz sangat tak sempat nak online fb. Macam Nur ni aku memang ada simpan no henpon dia. Senang. Nur sampai jer terus ajak gambar dulu takut lambat-lambat muka aku sememeh dah. Tapi sememeh juga nampaknya tu huhu.


Sempat borak sikit-sikit je dengan Nur. Masa sampai Nur duduk kat dapor sebab dia segan. Mujurla ada sorang kawan aku yang lain, Ros (isteri opismet encik papa) tu satu sekolah dengan Nur. Sampai aje Ros barula Nur nak pegi makan-makan. Nur datang siap bawak hadiah macam-macam. Terima kasih Nur :)).


Dah malam dah. Barula perasan gambar aktiviti siang tak ambik sangat. Mana ntah pegi photographer ni tak menjalankan tugas. Ni semua geng-geng avail. Rumah aku ni dah rumah kedua untuk diaorang. Sebelumnya diaorang dah berkumpul kat rumah geng avail lain. Masa ni dah kena top-up makanan dengan mee goreng sebab laksa dah habis huhu. Ada sikit-sikit je lagi. Sorila pada yang tak sempat rasa.


Alang-alang dah berkumpul kitaorang buat suprise kek besday untuk fieya, anak dia dengan adik dia. Tarikh besday diaorang dekat-dekat. Kek coklat indulgence secret recipe ni sedap giler kott.


Acara penutup main bunga api dengan mercun petpet. Bapak-bapak orang yang terlebih eksaitednya haa.


Harap-harap yang datang haritu puas hati.
Kalau ada yang terkurang layan tu maaf sesangat.
Konsep open haus ni yang tak berapa best sebab tuan rumah tak dapat nak borak panjang dengan setiap tetamu.
Ada tu aku jumpa cuma salam masa datang dengan salam masa balik je huhu.


40 comments

September 7, 2012 at 10:26 AM

Aduhai... mana kakcik nak cari laksa johor ni... ;-)

September 7, 2012 at 10:26 AM

Wah, meriahnya raya akak tahun ni..seronok sungguh..

open house rumah saya ritu pun tak sempat nak hamek gambar

bz sangat.

September 7, 2012 at 10:42 AM

meriahnya open hse dia...laksa tu nmpk sedap...

September 7, 2012 at 10:46 AM

penuh rumah akak..
mesti sedap kan laksa jhr akak.. tu yg abis..:)

September 7, 2012 at 10:46 AM

Cantiklah rumah awak. Suke tgk!

September 7, 2012 at 10:46 AM

Cantiklah rumah awak. Suke tgk!

September 7, 2012 at 10:48 AM

bestnye open house....kalu umah dekat bleh sha join skali ni

September 7, 2012 at 11:00 AM

Wah... Nur dah sampai dulu ye Rina. Lain kali kita jumpalah. Kakak tak ada apa raya kali ini. Nak open house tak jadi. Kita buat gather-gatherlah bila bapak kakak sihat kelak..

September 7, 2012 at 11:28 AM

Wah! seronoknya wat open house...Banyak jugak menu..

September 7, 2012 at 11:33 AM

ok la tue, banyak gak menu ....

September 7, 2012 at 11:52 AM

saya suka laksa johor. hihi. kecik molek je cik betty nih.

September 7, 2012 at 11:54 AM

senanglah kalau buat open hse ..order
saja..kalau tak memang jenuh nk buat semuakan

lepas berguru dgn FIL..tempek resepi
kat sini ye...menarik sgt kambing tu :)

September 7, 2012 at 12:42 PM

owhh kambing sweet sour dengar pon happening!

selamat hari raya u, maaf zahir dan batin ya

September 7, 2012 at 2:40 PM

kambeng sweet sour tu nampak menarik! Saya pun nak rasa lah..kalau balik skudai, pesan bleh? ekekekeke...

dari dulu saya nak tanya, AVAIL tu apa? :)

September 7, 2012 at 3:07 PM

alhamdulillah..murahr rezki rina menjamu kekawan dan sedara2 sesama islam..saya masih belum berkesempatan..huhu

September 7, 2012 at 3:15 PM

open house punya pasal aku dah naik 6kg dah...

September 7, 2012 at 4:07 PM

memang kite dekat. tapi jumpenye tak penah lagi...huhuhu~

September 7, 2012 at 4:40 PM

@Daddy Ziyyad

HAHA..bukan AVAILable yee..AVAIL tu nama syarikat jual produk kesihatan

September 7, 2012 at 4:40 PM

Salam.. Wah ada gambar saya di situ.. memang sedap betul masakan yg dihidangkan.. Penangan kambing tu.. terbayang2 keenakannnya. Tqvm atas jemputan.. terharu sangat.

Kak Zakie dan GB nanti kita bolehlah jumpa ramai2.. meriah punya. Murah rezeki jemput kawan2 datang dan makan2.. Next time, jemputlah lagi ye.. :)

September 7, 2012 at 4:41 PM

Salam.. Wah ada gambar saya di situ.. memang sedap betul masakan yg dihidangkan.. Penangan kambing tu.. terbayang2 keenakannnya. Tqvm atas jemputan.. terharu sangat.

Kak Zakie dan GB nanti kita bolehlah jumpa ramai2.. meriah punya. Murah rezeki jemput kawan2 datang dan makan2.. Next time, jemputlah lagi ye.. :)

September 7, 2012 at 5:00 PM

duit raya siapa atas meja tu..hehehe..

excited bapak-bapak main bunga api yer..

September 7, 2012 at 8:13 PM

yer la kelihatan bapak2 org jer yg main bungo api tuh...hehe

September 8, 2012 at 10:20 AM

kambing tu nampak sedaaaaap

September 8, 2012 at 10:21 AM

terliurnyerrrr tgk lauk2 makann2 ban tu nmpk lembutttt...

September 8, 2012 at 10:25 PM

Nak order jgklah roti n kambing sweet sour tu dgn pak mentua cik betty..

September 9, 2012 at 10:59 AM

ha babap budak pun main bunga api gak kan hahahaha

meriah dengan sua sana hari rayanyer..

sya pun berknan dengan kambing masak sweet sour tu.. tak pernah tahu ada kambing macam canggitu..

September 9, 2012 at 8:28 PM

buat open house x ajak pon??!! huaaaaa...

September 9, 2012 at 11:54 PM

open house akak nampka sngat best !! :D allaaa nakjuga kek secret recipe tu...hehe. selamat hari raya kakak cantik ! :D

September 10, 2012 at 6:56 AM

syoknya akak hepi berat naik, kite berat naik makin risau. ish2.


wah, meriah gituu open house akak. lain tahun lah kite datang rumah akak. tahun ni kite segan lagi. heheee

September 10, 2012 at 8:08 AM

Seronoknya bila berkumpul ramai2..

September 10, 2012 at 8:50 AM

aku ni dahle puasa tgk gambo makanan haha.. aku pun mcm kau lebih mengemas rumah aje dr masak haha..
aku biasa masak soto aje zaira.order roti jala. kakak aku gorengkan mee. sonang idup den haha..

September 10, 2012 at 11:15 AM

Amboii..meriahnye raya kak. Siap wat open haus gitu.nasib baik linda jauh..;-)

September 11, 2012 at 5:05 PM

lamanya tak makan laksa johor...raya hari tu pun nenek saya masak nasi bryani...xde laksa johor... ;)

September 11, 2012 at 5:22 PM

Waah meriahnyaa openhouse.. sedap tuh laksa johor..

September 12, 2012 at 12:31 AM

selamat hari raya! tiap2 minggu gi open house tapi takde lagi orang hidang laksa johor ni yang terasa nak buat sendiri ni. betul la Rina pipi awak nampak tembam sikit dalam gambar tu tambah comel nampaknya.

September 12, 2012 at 10:11 AM

Laksa Johorrr..lamanya x makan..

Open haus...tiring but fun...

September 12, 2012 at 12:26 PM

roti tu buat sdirik ke?? sonoknye pandai buat roti.. boleh jimat kot duei dari beli roti kat luar.. hehhehe..

September 13, 2012 at 11:03 AM

akak tak jemput dkna pon :(

September 13, 2012 at 5:26 PM

@eda_ej

x buat sendiri tp beli jer hihi

September 13, 2012 at 5:29 PM

@eda_ej

x buat sendiri tp beli jer hihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal