Baru nak hupdate cerita raya kedua harharhar #ini gelak sedeh
Kalau ada yang mungkin pening, aku ni beraya kat mana. Kampung aku ke kampung encik papa ke.
Meh nak habaq maiii.
Macamla orang nak pening sangat mikirkan ko beraya kat mana kan hahaha.
Yang benarnya, tiap tahun raya memang aku balik rumah parents aku kat kluang.
Rumah parents encik papa dekat jb jee.
Raya pertama tu biasanya kitaorang gi beraya kat kampung ayah dia kat parit lahak - parit belemam (abah aku kampung asal dia kat sini gak). Aku nak bagitau satu rahasia ni. Masa kecik dulu aku malu kalau orang tanya abah asal mana sebab nama kampung tu macam eksotik sikit. Aku ingat aku sorang je. Rupanya encik papa pon sama harharhar.
Kiranya aku gerak dari kluang (rumah parents aku), famili encik papa gerak dari jb la.
Kat sana ziarah adik-beradik ayah encik papa sama ziarah nenek aku sekali (belah abah).
Pastu petang raya aku balik rumah parents aku balik, famili encik papa balik jb.
Raya kedua, kitaorang kumpul kat rumah tok mak encik papa pulak.
Rumah tok mak encik papa ni pulak memang dekat dengan rumah parents aku.
Nak jogging pon boleh tapi tak yah ah nak sewel sangat jogging masa nak pegi beraya.
Mak aku memang asal orang kluang, samala macam MIL aku.
Kira aku ni cam bertuah kan.
Tak perlu bercakaran pasal nak balik kampung sape tiap tahun.
Kita bercakaran pasal lain je, eh?
Cuma yang tak bestnya, pemikiran macam tak berkembang.
Balik-balik kampung itu jugak yang aku tengok.
Dari kecik sampaila sekarang.
Tah-tah masa kecik dulu aku dengan encik papa penah berselisih bahu kot.
Penat la membebel. Tengok gambar yuk.
Hero-hero dalam hati ku.
Tema raya kedua. Oren-peach. MIL yang tetapkan kale ni. Seme orang kaler oren mak sorang kaler peach hihi.
Kendarat sedang berehattt hihi.
Orang lain syok makan eskrim kat luar dia bantai tido setelah kepenatan bermain ipod ~ haih bebudak sekarang gadget 24 jam.
Piere Andre jr. Anak buah encik papa ~darwisy.
Dah.
Malas nak letak gambar bebanyak.
Bye.
35 comments
untung la akak bersuamikan orang negeri yang sama..balik kampung pon jalan sama..hehehee..
selamat hari raya :)
kendarat tu apa? hehe...
serba oyen taun ni.. cantik!
farah pun tak pernah bercakar kalau bab balik kg.. hehehe..
assalam rina..pa maknanya kendarat tu..
raya kedua pun ada tema?.he he seronok budak2 beraya..
aduyai... banyak parit...pening...
@Cikgu Ma
kendarat tu kalau kt johor selalu ada time kenduri kawin..keje dia jd dayang-dayang pelancar majlis..mcm basuh pinggan ke..tukang hidang..biasanya derang pakai baju sama..derang biasanya dibagi sedikit saguhati oleh tuan rumah
macam mak n abah linda, satu kampung dan satu blok. haha, xpenah gaduh berebut balik kampung. cucu2 lg untung sebab umah dua2 atok dekat je. Akk kendarat tu apo?
Selepas penat bergambar, terus tergolek ya? :)
ooo..kendarat=penanggah la ek....hehe....
em, pelik jugak nama kampung tuh...tp nasib baik kg yg sama dgn en papa...xde la malu sgt...
hensemnya zikry...
ooo..dekat je, kluang- JB.. hihi.. tak yah nak pening2 kan...
wah..cantik!
semuanyer pakai sedondon...
untungkan kawen dgn suami y duk dekat2.. senang nak beraya..xdela berebut kan..2-2 leh beraya
orennya .. rasa macam nak makan gambar hehe
menyerlahnya warna tema baju raya.. cantik..
suke la kale baju raye..
same la ngan anak bujang eda.. ipod tak tinggal..
tahun depan planning nak theme orange plak..tgok camne...lawakan orange??
sedondon warna oren da mcm kendarat yer..
mula2 pening gak...akak beraya kat mana..
tapi bila ulang baca..baru faham..kiranya sekampung la kan..? (^_^)
tak jauh beza kaler semua orang dgn kaler mak...
Wahhh... meriah warna pilihan MIL Rinna ye.
Semakin kacak bujang comel Rinna.
mak aiii...baju semua sama...berapa ela kain ya...hihihi nice photo..
bestnya dpt boria satu family
oren gitu mmemang cantik KA suka!
sekampung ye,baguslah tak payah gaduh2.hehe..
pic last tu mata tu mmg ada iras2 pierre andre.huhu
Selamat hari raya... sedondon semua ye :-)
syukur sgt2..sbb kita bertuah dpt suami org dkt2 ajer..x yah nak bercakaran harimau bila tiba hari raya..hehe
huuu.. baju sama kaler..=)
jemput baca en3 baru..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/09/inilah-insan-yang-wajib-kita-cintai.html
saya ngan suami pun tak perlu gaduh2 nak balik raya,sebab kg sebelah2 je,senang..walapon terkejar2 kesana sini tp ok lg la
baraan ye kak!
ingatkan akak p kendarat rumah orang kawen. sekali kendarat sebab baju smeua sama. ok la tu. nampak bersatu hati, hehee
wahh, semuanya kaler oren.. sedondon je kan... nice
tulah memang senang klu dapat orang sekampung klu apa2 pon senangkan..
selamat hari raya aidilfitri kak
senang cite kawen org dekat kan :)
As salam Rina,
En Papa encem...hiks... Warna oren-peach...menarik2... maybe raya tahun2 depanlah kot...hihihiiii...
Amboi mata Piere Andre junior tu booolat! :)))
sewel pun tak pe pgi jogging sana hahahahha.. kaler oren yowww.. yg team lelaki cantik gak kaler oren ni.. sbb dia mcm satin, shining sikit kot..ok blh konsider raya raya tahun depan :)
bilaada gambar, saya cari gambar akak dulu..hehehhe. suka tengok wanita cantik !:D