Hai :)).
Mmm.. mencik kan blogspot sekarang ni pakai dashboard baru.
Pening kepala haku nak tekan mana.
Semalam macam adalah hari ketenangan.
Zikry tido petang dengan sangat lama.
Sementelah lunch pulak tak payah masak-masak sangat, masak stimbot je maka dapor kurang sikit berkecahnya.
Maka adala sikit masa untuk kemas-kemas dan rapikan rumah.
Best tengok rumah dah kemas.
Kalau rumah serabut biasanya haku pon serabut sama.
Lepas dah kemas, rasa cam nak snap gambo pulak memandangkan zikry tido.
Saje-saje. Takde keje carik keje kekdahnya.
Lipstik baru walaupun jarang pakai lipstik salu tenyeh lip ice je tapi tah rasa nak beli je. Selalu pilih earth colour sejak dulu lagi. Yang belah kiri tu bila pakai nampak so natural macam tak pakai lipstik. Yang kaler pekat sikit tu buat efek bibir jadik nipis. Tapi tak leh kalahkan bibir tasha shilla. Nipis sangat bibir dia. Misti lipstik dia lambat habis kan.
Beli pewangi aromaterapi baru berperisa ros kat hinode shop. Sedap macam rasa nak minum. Sengaja beli sebab...
... nak beli frame putih kecintaan ini dengan harga murah. Normal price rm39.90. Tapi kalau beli barang lain harga RM10 ke atas boleh grab this frame dengan harga RM12 jee. Heee. Terpesona i walaupon tau itu taktik bagi barang laku je. Terus ambek pewangi 4 botol sebab nak beli frame ni 2 buah. Sebuah lagi nak wat present adik ipar kawen kelak. Hope dia suka sepertimana saya sangat sukakan frame ini. Sudah la putih suci, ada gambar famili omputeh lagi. Nanti bila sempat tukar gambar sendiri. Tak sempat kalau bior jela sampai raya tahun depan ngeh ngeh.
Ini la punca nak beli frame putih suci tadi. Nak tutup noda la konon. Kemahen sedap diaorang men'cantikk'kan wallpaper aku. Kang nak dihalang-halang terencat pulak daya kretip diaorang. Maka biorla. Mama redoooo. Conteng lagi ye anak-anak. Bior sampai penuh satu dinding lagi cepatla bapak korang belikan mama wallpaper baru wakaka.
Uhh. Tetiba jatuh chenta dengan kaler kuning tahun ni. Ekceli i hate yellow. Terutama gigi yang yellow ngeh ngeh. Suka sangat handbag baru ni. Beli masa raya haritu buat ganti beg lama yang dah koyak.
Ruang tamu diberi nafas baru kononnya. Sarung tukar baru masa raya haritu sebab sarung lama abih dah koyak dengan kena conteng dengan markernya lagi. Malu kalau orang datang raya. Risya cakap mama sejak pakai sarung baru ni dah jadik garang. Nak makan kat situ tak boleh nak lompat tak boleh. Ehhh..mistilaa. Kang kalau rosak lagi mama hambek duit raya ko boleyyy?? Kalau rege sarung sofa tu beli singgit dapat 2 takpe jugak. Ini meleleh air mata bapak korang.
Pehtu tukar sofa ni hadap lain. Pehtu amik karpet tingkat atas letak kat sini. Okla kan. Tak semestinya semua nak tukar baru. Guna barang lama tukar-tukar sikit jadikla macam baru <-- ayat pujuk hati sendiri. Sangat suka corak karpet tu.
Dah lama bercita-cita nak pakai sepatu wedges. Dapat beli masa nak raya haritu. Kasut raya la kononnya. Bukan konon lagi tapi memang kasut raya. Kuning juger. Diala punca tetiba saya suka kuning. Tapi raya pertama pakai saya sudah jatuh. Sebabnya tak boleh imbang badan dengan kasut ini semasa mendokong anak.
Table runner baru untuk meja lama. Suka sikit je table runner ni sebab hujungnya dijahit senget sebelah rupanya. Ciss. Reject ke ape ni? Rasa nak mintak balik duit kat jusco.
Paling sayang tempat letak kunci ni. Dah diberi wajah baru. Raya haritu suruh encik papa cat kayu dia kaler putih. Encik papa paling bosan bila saya mula merencana projek-projek untuk rumah terutamanya mengecat sebab pasti beliau akan dilibatkan ngeh ngeh.
Haritu dia duduk dalam pasu. Saya ingat dia ranting kering jadi saya buang. Tetiba dia tumbuh lalu saya ambil semula dan tanam baik-baik dalam tanah. Harap dia tak mati sepertimana pokok bunga yang pernah saya tanam sebelum ini <-- dasar tangan tak sejuk.
*Dah. Harini saya nak gi bukak jahitan kat dagu. Lepas tu nak carik barang. Bizi sikit today sampai ahad. Next week baru dapat ngomen blog korang. Harini saya baca jela dulu.
38 comments
cantik la kak frame tu berkenan sy!..nk tau jg, cermin frame tu kaca ke or just plastik?
frame tu cntik kak, memang dah bercita cita nak beli dah. selalunye wangian aromateraphy linda memng beli kat hinode shop je, murah n wangi..:)
Nmpk fresh je theme color Rina tu....hehehe...suke!
semua cantik2
wah cantik wedges
cantik la handbag n kasut tu...hihi
tulah ..
harga tukar baju sofa dah mcm
harga beli sofa baru kan :)
nampak kecenderungan awak kat kaler kuning. heheheh.
kite pun sama. dulu tak suka kaler biru. sekali sekarang suma nak biru!
*
ruang tamu awak cantik lah. awak mmg ada ajak kite pi jalan umah kan? hewhewhew~
**
pokok bunga kertas tu ohsem. dah tua tuh kan? sila siram dgn kerap sebab sayang la kalu mati. batang dah serupa bonsai...mahal tuh!
lawa tema kuning kat hall tu..
hahaha..WALLPAPER tu betul betul jadi kertas conteng dinding! ;P
terperanjat masa mula2 tgk gambar dlm frame tu..sebab hari tu jumpa rasa rasanya awak sekeluarga org Melayu, bukan Mat Saleh..hahaha
tergelak dkna bila baca tang bibir tasha shila..memang confirm tak habis lipstik dia..ehheee..
cantik beg n selipar wedges tu..pakai lama pon tak pe sebab kaki tak lenguh kalau nak badning dengan tapak halus :)
Thn nie sofa,beg dan kasut kaler kuning yea,cantik.
Kreatifnya diorg dan mereka nie x thn tgk wallpaper camtu je coraknya.
warna diraja tu kak..hehe..
nice la ruang tamu akak..sejuk je.. :)
eh...apasal dgn dagu tu..? jap2 sy bongkar entri lama eh.. ;)
banyaknya barangan!
Rina.. semua barang yang Rina beli, Nur berkenan.. Memang tak minat warna kuning.. tapi bila baca entri ni, macam nak cari pula handbag or sandal kuning.. hehe.
Lapik pinggan atas meja tu.. sama macam rumah Nur. Corak karpet tu pun cantik.. Rina memang pandai menghias. Erkk dapat ilham kat mana ye??
salam perkenalan.. sonok baca blog rina :-) eh kita suka lar deco rumah rina, simple jer tak crowded.
eh kita baru baca profile rina, mcm tak percaya jer umur 33thn..serius rina cantik!
Banyak benda dah dibuat hati pun puas. Rumah kakak masih macam tongkang pecah sejak bapak kakak sakit sebab langsung tak ada kesempatan mengemas dek kerana sentiasa ada org dtg. Dapur kakak lagilah pening kalau tengok..
Cantik laa frame tuh..
Rumah pun cantik.. :)
cantik la blog ni..kdg2 tak sempat nk dtg sini..dah la tk dpt tgk gambar ni, line slow..btw stay cute :)
cantik wallpaper..kihkih..
dah cantik rumah...teringin la nak berumah tangga sendiri....
salam,cik betty mmg pandai hias umah..cantik je deko kt ruang tamu tu..sy suka jgk tpt gntung kunci tu,heheh..
kaler kuning emas cmtu mmg cntik..beg tngan chii thn ni pn kaler cmtu gak :)
eh eh..kn cpt2 tuka gambar kt frame tu..nnt tkut org dtg...confuse..ni umah mat saleh mana tah..ehehhe:p
rasa terpersona juga lah tengok warna kuning ni. rasa mau beli sofa kuning raya tahun depan.
Cantiklah warna sofa gan karpet....cr pun berkenan tengok karpet. Cik betty....
tlg la Rina...Tlg la...tlg kemaskan rumah akak sekali. P/s: cantik la pelapik tu
Beg yellow tu OK, akak pun ada satu kaler mcm tu,lain dr yg lain..tapi susah nk match, melainkan belasah je..
suka tgk deko rumah..simple je.. lya jrg pakai lipstick.. biasa pakai y ipstik kolagen tu je. sbb bibir snsitif...
entry ringan ringan giteww..yg pewangi bau ros tu pena nampak kat kedai lima hengget.. baunya sedap.. macam nak beli letak kat meja opis. biar bau sedap. tapi tak kuasa aku hahaha
tang dinding kena noda tu emmm jgn cakap la kalau ada budak seusia anak kak rina, mmg hokbi diorng conteng dinding sama mcm anak buah aku.. pantang kena bagi marker..
cantek bunga kertas tu..wahai si kak bertangan panas hahaha
banyak2 frame tuu jugak yg menawan ati kami .. ;)
akk pun suke
dah lah warna putih bersih kan ;)
rumah kakak ipar PM pun habis dinding nyer dikerjakan anak2 nyer...hehe
Memang cantik h/bg dan kasut kuning tu...deko rumah pun cantik..pndai Rina mnghias rumah....
ema pun menci dgn dashboard yg baru,memang susah nak betulkan entry..lebih2 lagi bila letak gambar.
wow, deco yg cantik tertarik ko memang debommm
gincu saya sebatang dah masuk 2 tahun lebih~
yellow mustard ye namanya tu, cantik.
@KhaiRin : anies
kaca..
@Nur-nba
ala x pnadai la Nur..hentam je..asalkan nampak kemas dan sedap mata sendiri tengok sudah hehe
@TeacherAzimah
eh teacher jgn tgk gambar profile tu hee ~ gambar profile gambar lamaaa hehe
hehe. akak macam mama saya lah!!eerytime dia dah keams n tukar cadar sofa..dia mesti buat undang2 baru !! hehe. tak boleh duduk kat situ pun. tak boleh baring pun. hehe