As-salam..
Haih.
Lama giler saya tak update.
Memang rasa macam nak tutup terus blog ni.
Tapi bila tengok-tengok jumlah follower (walaupun yang betul-betul follow ntah baper kerat), jumlah nuffnang (bukan banyak pon), BE yang masih melekat walaupun blog dah bersawang rasa macam tak jadikla nak tutup.
Cuma buat masa ni rasa macam malas nak cerita apa-apa.
Konon-konon ingat nak tulis blog untuk tatapan anak-anak nanti.
Tapi..tahla.
Tak banyak benda yang boleh dikongsi dekat sini.
Buat masa ni yang paling terkini adalah anak nombor 2 saya zikry dah sekolah tadika.
Nombor 2?
Ntah bakal ada nombor 3 atau tak.
Kalau ada..adalah tapi buat masa ni tak ada.
Jadi jangan buat spekulasi macam-macam haha.
Tahun ni rasanya macam tahun orang mengandung secara berjemaah haha.
Tahniah buat semua kawan blogger dan sepupu sepapat serta ipar duai.
Untuk saya, tak tahu nak menambah ahli keluarganya bila.
Rasa macam tak mampu.
Tak mampu bukan sebab apa.
Sebab nanti bila pregnant saya tak mampu buat apa-apa.
Mabuk.
Lembik.
Tersadai.
Badan berangin, angin sangkut tak boleh keluar ikut mana-mana lubang.
Tak boleh makan,
Tak boleh bangun.
Bila berdiri rasa macam ada kat bulan.
Puh.
Pengalaman ngeri untuk orang yang tiap hari bergerak macam lipas kudung tak reti duduk diam.
Tapi tengoklah.
Kalau Dia bagi, terima dengan gembira :).
His first day scool. Dah dekat 3 minggu tapi masih ada separation anxiety. Lucu dengar cikgu cakap dalam menangis boleh sebut yeayy nak balik sambil angkat-angkat tangan happy bila cikgu cakap ok dah boleh balikk.
*ni tak tau lagi update bila huhu
40 comments
cak juga...
Comelnya Zikry,dah sekolah dah....
welcome back :)
teruk jugak ye rina alah, saya biasa je cuma bila perut dah besar yg ada mcm2 tu
heeee samalah kita berabad berzaman tak update, kemalasan terlampau
Oklah dapat tayang Zikry pakai baju sekolah kira ok. Tambah selagi masih muda Rina. Kalau kakak muda kakak tambah tiap tahun hihi...
hai hai kak betty :)
cak..!
kita cak balik kat sini.. ;)
ada ketika kita teramat sibuk dengan tugasan hakiki.. hati membuak2 nak melayan blog tapi apakan daya.. keadaan belum ckup mengizinkan..
comelnya anak akak ! hehe. saya yag baru kahwin ni pun rasa takut pulak. macam mana if dah ada baby...wow lagi macam2 kena fikir kan. saya plak jenis lembik...tak tahu lah macam mana pregnant nanti.. :B
Rina, sy tak preggy. Ayu tersalah bt perkiraan. hahahaha! Tp elok gak klu rmi yg kata sy preggy. Bia betul2 preggy. Sorang je, mana ckp. Heeeeee~
cute mcm maknya :)
Welcome back!
welcome back..lama btol ye mnghilang..
Ala comel la dia ..tu nak buat peace ke?
cak back..eh? hahaha
hamboi....mcm p bercuti akak neh...hehe..lama benor x hapdet...hikhik
Welcome back n happy blogging..n keep on blogging k..
Dah besar dah ek.. encem dia... belajar rajin2, dapat no.1.. :D
cak cak cak.
besar dah zikry ni,
mesti zikry suka kalau tiba2 dia dapat adik baru nanti. hheee
Sesekali update la, lepas juga rindu kat Rina.
ini tahun baru punya entry kan...hehee
anak kita pun tadika tahun nie gak..alahai lelah maknya nak tolong ajar anak wat homework..memanjang jer cikgu kasi banyak
dh tadika dh ye zikry..rasa macam masih kecik lg si zikry ni tup2 dh jadi anak bujang..
hihihi. cemana agaknya nada yeay Zikry tu yek? ;D
asssalamualaikum Rina...main cak2 yer...:)
hahhaaa nak bayangkan macam mana reaksi menangis dambil 'yeaaay' hihii
comelnya dia..
bru nak menyesuaikan diri tempat baru..lama2 ok tu..insya-Allah
cakkkk...
lamanya tak nampak..
Assalam rina..lamanya x dgr berita, mc, biskut ye, kjp ada kjp takde..tp iklan tu pun dh lama takde..anyway..dh besar sibungsu tu, boleh sgt menambah dah tu..:))
assalamualaikum..sy tumpang lalu disini ya....
Hola Betty Bella!
Eh lama tak update gak eh? Calit sikit... tgk jugak tarikh tu... wahhh dah nak sebulan ko! Saya pun tak menjengukk ni baru nak main cak! cak! hihihii... Jgn tutup blog...saaayyaaaaaang...huhuu
hai dik.....
Wahh...teruk jugak alahan ya....
nic epost :D salam kenal yaaaa
alahai comelnya dia nk g sekolah ;)
haah seronok tgk org pegnen tak mo plak berjangkit kat akak nih...hihi :)
welcome back..jgn la tutup terus blog...
hai cik betty..
done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
comelnya dia..
slm ziarah
salam perkenalan....tak usah la tutup blog....saya pn rasa mcm nak tutup dulu bila kenangkan tak dapat sambutan...tp bila difikirkan balik biaqlh sebagai kenang-kenangan masa tua...hehehe....
jemput singgah blog eika yer
http://atikarafina.blogspot.com/
comel anak no dua ni :-)
comelnya anak dia...nak g sekolah ye..slmt berkenalan..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
assalamualaikum cik betty..
lama tidak jumpa... blog anda semakin cantik... sallam dari Indonesia..
visit me ya...
Halo saya Blogger dari Indonesia.
SAya ingin bertukar link dengan blog anda.
Silahkan pasang link saya terlebih dahulu di blog anda.
www.infoahmadi.com
nanti akan saya pasang balik link anda di blog saya