HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Ombak Rindu.





Haha. Bikin spoil mood jiwang orang lain aje.


Akhirnya, setelah berhari-hari memujuk incik papa terkabul juga hasrat nak menonton Ombak Rindu. Cadangan incik papa untuk tengok Puss In The Boots telah ditolak mentah-mentah.


Motip nak sangat tengok cerita ni sebab nak tengok Aaron Aziz je. Sukalah sangat kalau dia berlakon jadik suami-suami baik, penyayang dan romantis. Tapi tak lalu tengok dia berlakon watak ganas macam dalam KL Gangster atau berlakon citer murahan macam Datin Gerah tu ewwww.



Paling suka tengok Maya bertudung masa babak ni. Cantekkk sangat berbanding tudung lain yang dia pakai dalam filem tu. Alahai sakan Aaron dengan Maya berpeluk-peluk ya. Belum lagi babak-babak romantis lain. Kagum dengan ketahanan perasaan isteri Aaron.



Jujurnya saya rasa Lisa Surihani terlalu comel untuk bawak watak Mila. Lebih baik bagi kat Fasha Sandha. Sesetengah babak Mila rasa macam nak terketawa pulak. Antaranya masa Mila sampai kat airport balik dari oversea. Lagi satu masa Mila datang ke kampung Izzah. Turun dari kereta dengan spek beso. Entah nape rasa lucu tak pasal-pasal. Tak kesahlah. Yang penting jelesnya tengok pinggang dia ramping cam kerengga. Besar jugak parut BCG Lisa ya huhu. 



Sebenarnya adalah juga part yang buat saya tersebak sikit. Bukan takda langsung.


Satu, masa Izzah nak naik keretapi pegi bandar. Kesian Mail kena tinggal.


Dua, masa Izzah kejar kereta Harriz setelah dituduh curang lepas tu terjatuh. Dahler Izzah mengandung. Kesiann sangat. Tertitislah jugak sedikit air mata.


Lain part tak nangess lah pulak padahal dah siap sedia dah nak lencunkan tudung.


Akhir kalam (ceewahh), bagi saya kalau Ombak Rindu dijadikan drama bersiri akan lagi best kut sebab barulah dapat rasa macam mana cinta Hariz berkembang terhadap Izzah. Mestilah banyak lagi babak romantis Hariz-Izzah dapat dibuat. Haip! Tak semestinya babak 18SX. Dapat rasa macam mana sakitnya hati Mila bila kesetiaannya adalah sia-sia. 



Pengajaran: Selagi masih bergelar isteri jagalah batas pergaulan untuk mengelak berlakunya fitnah.



Sekian. Sori entri panjang sangat. Penulis blog ni memang suka syok sendiri. Haha. Kalau malas baca komen jelah apa-apa janji komennn. Babaiii.


Dah like gambar si comel saya? Kalau belum sila LIKE kat >>SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal