Assalamualaikum..
Kisah ini terjadi beberapa tahun yang sudah..
Dulu aku gemar betul berkanta lekap kalau keluar berjalan-jalan sebab :
bila pakai spek dengan tudung mengkibat tudung jadik kembang yang mana bila tudung kembang muka aku turut kembang lalu mengakibatkan perasaan muka tidak cun (padahal memang tak berapa nak cun pon kakaka).
bila berkanta lekap aku rasa cun SIKIT (astagfirullahala'zim) dan keyakinan diri naik sikit (positive side).
Tapi aku boleh pakai kanta lekap yang biasa aje. Takda peluang nak rasa lebih gojes dengan kanta lekap kaler biru kelabu bagai gara-gara rabun jauh dengan silau tinggi yang melanda mata aku neh. Aku penah cuba pakai yang kaler sudahnya aku nampak depan je kiri kanan atas bawah buta haha.
Maka. Pada suatu hari..
Balik dari berjalan-jalan aku pon melepas kanta lekap dari bijik mata aku. Tetiba..
Penglihatan jadi kabur. Macam ada sesuatu lapisan halang mata aku. Puas aku basuh-basuh dengan air tak mahu jugak hilang 'benda' tu. Jantung dah berdebaran lebih pantas.
Esoknya aku pegi klinik panel sebab free. Doktor cek-cek lebih kurang dan nasihat aku pegi jumpa optometris.
Langkah kaki (eceh..padahal naik kereta) aku bawak pegi kedai spek jumpa optometris. Beliau pon memeriksa mata aku dan kata retina mata aku tanggal. Macam batu besar menghempap kepala mendengar kata-kata tragis tersebut. Retina tanggal? Bunyi macam sangat serius dan menakutkan! Dah tanggal boleh pasang balik ke? Dan aku dinasihat ke hospital ke bahagian kecemasan. Aku pon mula menangis semahu-mahunya dan sebanyak-banyaknya memikir kemungkinan paling buruk bakal terjadi dalam hidup. Aku mungkin jadi OKU.
Di hospital..
Aku dan encik terhebat (macam baru nak muncul pulak watak neh padahal dari awal dia ada dah) meluru ke bahagian kecemasan (untuk mata). Cemas neh. Mestilah cemas. Ini bukan main-main.
Dekat kaunter kecemasan mata aku diminta petugas ke klinik pesakit luar terlebih dahulu.
Di klinik hospital..
Doktor periksa mata aku lebih kurang. Dan bagi ubat titis mata. Aikk??
Rupanya mata aku hanya terkena jangkitan kuman akibat kanta lekap tak berapa nak bersih.
Hantu punya optometris! Bikin aku sakit jantung aje.
kondisi retina tanggal/luruh/runtuh/lekang
Harun Ahmad, komposer lagu Jesnita nyanyian Exist menjadi buta akibat masalah retina tertanggal -->>BACA SINI.
34 comments
KIHKIHKIH.KITA SAMA LAH KAK RINA.TAK SUKA PAKAI SPEC TAKUT MUKA TAK CUN PADAHAL MEMANG SIKIT PON TAK CUN XD
sentiasa minta pandangan kedua~he~~
huhu,suka2 je opto ni men redah cakap eh?huhu.syukurlah kak xjadi pape.
uish! seram tu kalau retina tanggal.. farah selalu kan, cuci dgn air garam.. sejuk je mata.. hehe..
huuuhuu..kritikal jugak ha..:O
huhu sabor je lah.salah guna istilah pun boleh bikin kaget satu dunia kan.ish ish ish si optometris ituh.
allah bahaya... kitapun pakai kanta gak... kekadnag pakai spek... ikut keadaan.... kita kena jaga gaklah... takutlah... thanks entry membantu ne... saya kekadang tu pakai kanta sampai 12 jam... tak sedar...
alahai..kesian rina..skang stil pakai lence lg ke?..
sebab tu Abang tak bagi No pakai walopon No tingin nak pakai hehe..fmly No dh 2org kena pakai retina org..sorng kene katarak sorg ulser kes tak bersih huhu...saboooooo...spek je la No ni rina ooooi
optometris tu t.btauliah kot haha..akak 9 thn pkai lens tp now pkai spek je lah, snang urus ;D
betul tu rinna pakai kanta lepak kena jaga tahap kebersihan kalau tidak boleh terkena jangkitan kuman. masa arwah ayah cik ina tukar kanta mata pun doktor suruh jaga kebersihan. ko ngan cik ina sama tahap silau yang tinggi. cik ina degil tak nak pakai spek atau kanta. Nasib baik rinna dah okey.
fuhh.. seram jugak ye .. takut la kalau betul2 pasal pernah jugak dengar.. nasib baik rina tak de apa2,..
mata la organ paling penting kan..
baca tajuk pun akak dah seram.. nasib bukan yer.. Alhamdulillah.. bahaya juga bercontact lense ni kan..
sisa jaga diri tau..
bunga pun xsuka pakai speck..nak pakai kanta lekap takut..ehe.jadi dibiarkan rabun..heheh..tapi rabun cikip jer..
Tajuk entrinya buat akak berderau darah je Rina..hehe..
Rupanya bahaya juga kalau x cuci betul2 contact lense ni ye..tapi, setakat ni, akak cuma pakai spek bila nak membaca tulisan yg kecik2 je.( rabun dekat).
Saya pun saspen baca entri nie..
Robot Orang Gaji
Gilo optometrist tu diagnosed u kena retinal detachment! Haha
Tapi ingat, sebagai contact lens users (termasuk saya), risk of infection mmg tinggi, dan kena selalu sedar tentang simptoms of Cornea Ulcers
hahahaha...sabar jer la...buat org risau je optometris tu...haih... ;)
nasib baik la jangkitan kuman je kan...skrg ni suka guna lagi..? :)
hikhikhik...ingat betoilah retina tu dah tertanggal..terkezut saya...
bikin suspend jer..ingatkan betul2 la tertanggal...
kelakarlah akak ni ~
belajar sains tetiba kat sini ..
:)
naseb baek tak jadi pape. sy teringin gak nak try pakai walaupun takde masalah penglihatan, tp my bf xbg lar. takut jadi pape. hehe. tp lau ntuk org y pkai spec, memang ok lar sbgai alternatif selain drpd pakai spec. cuma penjagaan tu penting. :)
cis...nasib baik...bikin gempaq ja optometris...apapun syukur sangat2...
Ya Allah kalau bihah pon mao nak meletop jantung.. hari tue lens ni ternaik masuk atas mata pon dah mengigil2 lutut lagikan kalau org ckp retina tertanggal.. rasa mcm xda masa dpn dah.
dub dab dub dab saya baca sebab saya pun pengguna kanta lekap... huhu kalau penjagaan bersih insyaAllah selamat... (maaf rasa lama plak xjenguk akk... huhu bz ngan aktiviti sekolah)
akk jemput ke blog
Memegang ba** vs memegang bukan mahram
"nasib baik..ingat betul2 la oku..akk pulak rela pakai spek walau nmpk tk cantik atau tudung kembang sbb takut sgt nak pakai kanta lekap ni..takut sgt2..."
hahahaha gelak aku baca entry ni.. tak pegi carut optometris tu.. pandai2 buat spekulai...hahahahaha
huhu . tak pernah sy pkai kata lekap tu taw . lom pndai blaja :p
sy hanya si budak kacamata . hoho
banyak infomasi....
tapi klaka....
Kakak tak boleh pakai contact lens sebab mata selalu berair dan tangan gatal selalu nak tenyeh...
Pakai CL ni harus hati2 dan mesti 'taat' menjaga segala tatacara kebersihan dan sebagainya. Seharusnya yg jual CL hanya Optometrist bertauliah, tapi negara kita ni undang2 tak ketat. Ate keja part time cuci lantai di kedai cermin mata so tau lah serba sedikit;).
hahaha....nak nangis ke gelak ni...penatnye je rina nangis tup2 kuman je....aduhai...eh ada cek optometrist tu ada lesen tak?...mana tau lesen beli ke?...sib baikla kuman je...kalau betulla macam yg dikata optometrist tu mmg merana...kalau sha la dah lama sha saman...bleh gak claim balik duit kanta ke duit consultancy tu...huhuhu...ada report tak pasal opto tu?...tak leh dibiarkan memberi maklumat palsu ni
aduh bikin suspen aja.alhamdulillah takde pape..
bahaya gak pakai lens ni kan kak..
cite akak lebih kurang same cam cite sy.. full story kat sini:
http://nurulhudarazalli.blogspot.com/2010/03/mata-saya.html
terpaksa insaf, puasa pakai contact lens 9 bulan..hehe.. skang ni kalau pakai pun sy pakai daily dispossible je.. lebih selamat! :)