Assalamualaikum.
Saya ada cakap sebelum ini hari Sabtu lalu saya sibuk kan. Nah. Ini baru rasa nak tulis tentang benda yang disibukkan lantas membawa kepenatan yang bukan kepalang. Penat sampai takda hati nak bukak blog (alasan?)
Pada mulanya macam malas nak update cerita ini pasal gambar-gambar yang diambil agak tak berkualiti. Malahan sebahagian acara tidak terambil gambar pon. Ini gara-gara saya terpaksa bertarung sendirian menghadapi bayi yang notti lalu mengharap adik ipar untuk mengambil gambar. Pastilah dia tak berapa pasti gambar apa yang patut diambil.
Bayi tersebut sudahlah notti hanya mahu didukung oleh saya saja, tak mahu dengan tok maknya juga (emak suami). Langsung tak membagi peluang kepada saya merakam gambar dan video kakaknya. Sebenarnya ini adalah pertama kali saya pergi ke acara sekolah tadika tanpa ditemani suami. Dan akan jadi yang terakhir juga. Seriklah kena buli dengan bayi.
Kalau papanya ada bayi itu memang tak mahu dengan saya (bila keluar rumah). Entahlah ya. Begitu aneh. Mungkin lagi sedap dipeluk papa berbanding mama yang hampir tinggal tulang neh. Tapi seronoklah begitu bukan. Hehe. Bolehlah mama berjalan lenggang kangkung. Sejak bila kangkung pandai berjalan lenggang ala mak limah eh? Siapa mak limah?
Tengoklah gambar saintis muda ini kalau rajin. Abaikan kualiti gambar yang tak seberapa.
kakak risya (anakku) adalah yang sedang memegang mikrofon. saintis yang kanan sekali tu bernama munif. kakak risya pernah bilang kepada saya yang munif sukakan dia. hehe. apalah budak-budak nih. saya tanya macam mana tahu pulak yang munif suka dia? sebab dia kata sya comel. oh. gitu ya.
kakak risya dah mulai bosan. kurang pasti kenapa. panas barangkali? padahal baru nak mula eksperimen. tocang dia pon dah senget sebenarnya. kasihan. mama tak boleh nak urus kamu gara-gara adik kamu yang notti.
terpegun kawan-kawan saintis mendengar kakak risya berkata-kata. oh. ya. saya selalu merasa risya punya kelebihan dari segi ini. selain bermulut banyak (banyak cakap maksud dia) dia juga suka menjerit kuat-kuat. hehe.
errkk..teacher sumanthi, tu air eksperimen tu. jangan ambiklah.
eksperimen pon dimulakan.
kan dah kata. teacher sumanthi nak air. lihat ni adik-adik. telur akan tenggelam dalam air tahu.
saintis vimenthani mencedok garam. teacher sumanthi sembunyik. malu. pasal dah ketahuan nak curik air eksperimen.
letak garam dalam air. kagum betul rakan si saintis melihat aksi garam nak masuk dalam air.
sekarang saya putar halimmmm. eh. putar? kacau garam sampai kepala berputar. munif suka betul melihat aksi mengacau garam.
tak habis kacau garam lagi?
aksi kacau garam yang tiada kesudahan. rakan saintis mulai bosan. kelihatan seorang hadirin yang bangun nak pegi tandas barangkali?
nah. berakhir juga langkah mengacau garam. what's next?
oh. rupanya dah masukkan telur dalam balang air bercampur larutan garam tadi. teacher sumanthi is back! nak curik air eksperimen lagi ke? kakak risya memang dah cukup bosan dan mulai malas nak beraksi.
itulah dia eksperimennya. telur akan terapung dalam air masin ya adik-adik.
wajah-wajah gembira? kerana berjaya membuat telur ayam terapung.
kumpulan saintis bersama guru-guru. terima kasih teacher kerana memilih anakku sebagai salah seorang saintis. the best among the best saja yang terpilih. itu cikgu katalah. padahal risya ini memang berisiko tinggi untuk membuat onar (seperti tak beraksi dengan sungguh-sungguh) kalau mood dia dah lari. pendek kata teacher memang berani ambil risiko. risya moody orangnya. ikut siapalah tu ya? hehe.
34 comments
hihihi.. mood nya raisha sepertinya ikut mamah nya deh... kita kan suka lihat di postingan mamahnya.. yang sering naik turun mood nya hahaha.bercanda :D
Nice experiment...
Berjayakan Cikgu Sumathi mencuri air eksperimen tersebut ???
Jerman tutup semua loji nuklear pada 2022
:D hihi,comelnyer..liza dah follow dah,jmput ke blog liza plk yer.
d zaro: isk isk..pinter kamu menebak ya..huhu
miecyber: haha..melawak saja
liza: okies..sy dtg skang..zupp!
lor..lor..
mmg terbaiklah... amin, moga 1 hari temakbul doa ibubapa...
bijak budak2 skrang
jgn notti notti hehehe
tak pe kak, kualiti gambar memuaskan..:D dan sungguh berbakat saintis mudah ituu..hahaaha
lama tak lepak dlm blog ni..
slm perkenalan, nama saya abu..hahahaha
alahai kiutnya risya. nanti dah besar mesti jadi pelajar cemerlang. :)
bagus betul cikgu2 skrg buat aktiviti mcm ni.zaman saya dulu x de pon aktiviti saintis mcm ni..hehe
kecik2 dah berani. pandai mak dia didik. :D
wahh menarik tu...ada bakat tu...mudah-mudahan berjaya bila besar nanti..amin.
kecik2 pun dah pandai moody ke...
budak yang banyak cakap memang bijak...cuma kita jer tak terlayan...hehe
saintis terbaik abad ini, cewah~
seronok lenggang kangkung masa shopping la kak, kan? hihihi :)
selalunya budak yang petah berkata-kata budak pandai. kalau dah namanya baby memang rimas kalau pegi tempat yang rami orang, lagi kalau terlalu lama.
Hai! Cik betty....Risya pun ada moody jugak ke? hehehe...Mesti Ikut Cik betty....hehehe
ecehhhh ni nanti besar nanti mau jadi saintis nih.aminnn.
kecik2 dah pandai..ingat time belajar kimai dulu..heee
Wah..saintis muda kita bukan main lagi..ni belajar dari mama dia ke ni..:)
Rina..tak nak jengok keputusan GA ke..? mana tau rina menang ke, tak nak bg org lain je..
cute mutenye saintis2 ni...
ibu mana tak bangga kalau ramai2 anak murid..anak sendiri terpilih....
tahniah utk saintis cilik risya tu.. sukanya tgk experiment tu.. bila nak2 comel yg buat tambah menarik jdnya.. seronok benar akak tgk..
bangganya anak terpilih mengetuai sesuatu acara kan..yang pasti tentulah ia mengikut jejak ibu atau bapanya kan
depa sangat comel.. ai like.. ai like.. hihihi..
Nadh nak kongsi cerita 100 Letters of LOVE
. baru ciap ja ni. rajin kalau komen ya. Nadh baru belajar buat cerita ni.. :) Mungkin dengan teguran sahabat semua dapat improve skill menulis Nadh. Maceh ya. :)
comelll...kiut jerr..hehe
jom baca entry saya ditipu pendekar berkuda..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html
dekat dgn Taman Sri Pulai Perdana ke?
dah dekat dgn rumah parents saya..
suka tgk kanak kanak buat eksperimen sains...
comelnya dak tu ..fokus kat dia ..comel !
langkah awal tuk menjadi saintis.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
BUTTERSCOTCHANYONE??
eksperimen yang menarik...kecik2 dah didedahkan dengan sain..boleh jadi saintis nie
wah , memang membanggakan betul anak akak ;)
Mengaku Pernah Main
Akak...anak akak buka je comel tp bijak!!!!!!!!! btw, sory lama x mlwt, blog rizal pon dah bleh kata berswang. Busy gila cuti sem ni sbb kerja..hehe
tahniah buat adik Risya..semoga menjadi saintis muslimah yang berjaya satu hari nanti..
alahai..sweet je risya dgn baju saintis dia tu..semoga besar nanti boleh jd saintis yg sebenar...saintis comel..nnt ada lg ramai peminat hehe
wah bagusnya kak,kecik2 dah tanam minat belajar sains.bagus betul la.
wah berbakat betul saintis muda ini.terutama risya.hehe..