Assalamualaikum.
Ah. Ya. Entri sebelum ini saya tanya kamu tentang ukuran kejayaan. Kejayaan itu luas skopnya. Tapi saya cuma hadkan kepada hebat tak hebat kerjaya seseorang, berapa besar gajinya, ada pangkat tak di depan namanya dan ramaikah orang kenal dengannya. Kalau kamu berjaya buat sebijik kek sedap dikira satu kejayaan juga. Tapi saya tak mahu bicara kejayaan semacam itu. Dan oh saya juga skopkan kejayaan dari segi duniawi saja.
Kenapa saya suka kusut-kusut fikiran tentang soal ini? Sebab orang suka sangat mengukur kejayaan orang lain dengan cara begitu. Saya pon orang bukan orang utan. Kadang-kadang saya melihat orang pon demikian juga.
Begini maksudnya.
Kawan sekolah kamu dilihat lebih berjaya kerana mempunyai kerjaya yang hebat macam doktor, peguam, ptd etc. dibanding kamu sekadar surirumah yang hanya mempunyai sebuah blog perniagaan dan hanya memikirkan bilakah dia nak berjaya buat kek. eh?
(____________) isi tempat kosong sendiri dilihat lebih berjaya kerana gaji sebulannya melebihi 4 angka sebulan berbanding kamu yang terpaksa mintak duit dengan suami sebab nak beli pakaian dalam yang koyak. Oh. Takda contoh lain yang lebih sedap ke. Ok. Lain. Nak beli handbag contohnya.
(Dr.__________) ah isi lah nama sesiapa pon dilihat lebih berjaya sebab di depan namanya ada gelaran berbanding kamu yang cuma dipanggil puan.
Siti Nurhaliza sudah tentulah dilihat lebih berjaya berbanding Siti Laila. Siapa Siti Laila. Entah. Oh. Dia dah banyak kali buat album tapi tak laku-laku. Err..entahla. Saya reka-reka saja.
zikry: ah, apalah saya nak jadi nih nanti eaaa. doktor ka peguam ka engineer ka.
mama: jadi anak soleh cukuplah nak. eh? cukup ke? mestilah nak kamu keje yang hebat-hebat. heheh.
32 comments
kesimpulannya , jangan merungut kalau apa yang kita hajatkan tak tercapai sebab tiap yang terjadi ada sebab musababnya . tak gitu akak ?
Tutorial Open Link In A New Tab
kenapa orang suka pandang rendah dekat surirumah ???? pasal tak de pay slip ke??? pasal tak leh pakai baju or pakai make-up hari2 ke ???? pasal orang ingat surirumah ni dok rumah tak de duit.....
Ini la masalahnya sekarang... pandang rendah kat surirumah pasal DUIT .. padahal surirumah sekarang bukanya jenis dok buang masa je.. dalam kepala pun dok fikir cam na nak cari duit.. pada masa yg sama nak jaga anak n suami takut terabai.. ingat senang ke nak jd surirumah zaman sekarang ...
Nasib masing masing tak sama..
Messi ditumbuk
tia: kdg² kita rs sst yg dikejar itu sgt baik utk kita pdhal Allah lebih mengetahui..
fazz: kita x boleh ubah pandangan org..yg kita boleh buat hanya yakin dgn diri kita sendiri..yakin dgn pilihan kita..
miecyber: kejayaan (terhad pd skop yg sy sebutkan) x bergtg pd nasib tapi pd berapa keras usaha yg kita buat utk mencapainya..
insyallah... sehebat2nya setiap impian ibu bapa mahu yg terbaik untuk anak2... turun temurun... insyallah anak2 awak akan jadi somebody okey...didikan dunia dan akhirat seiring. insyallah.. terharu baca artikel nie... pernah terfikir tgk kawan2 sekolah yg kebih maju lebih gaji dari kita... tapi rezeki tu kat memana.. itu janji allah swt. makanya kita bersyukur insyallahkan? usaha lebih lagi sikitkan?
KIHKIH.SITI LAILA?SAPE TU KAK RINA XD
pada cik ina ukuran kejayaan tu bila kita sentiasa gembira dikelilingi keluarga tak kiralah bila susah atau senang. kalau berjaya atau kaya sesorang pun, kalau hidup sentiasa diburu kebimbangan dan duka lara hati wat apa.
Cik Rose Cute Surirumah jugak...huhuhu kadang2 fikir jugak camna nak duit masuk sebagai surirumah...hehehe
hehe..siap de tambahan lagi eh..ingatkan memang nak cakap jadi anak yang soleh dah cukup dah.. :p
hehe.yang pasti, setiap orang ada rezeki masing-masing.
olololo comelnya zikry :)
zikry si comel! nanti dah besar, jumpe aunty azeya ae. aunty nak belanje pizza. hahaha.
eh salah.
dah besar jadi anak yang berguna tau. baru mama sayang. ^^
alahai..comelnya adik zikry =)
hurm..pd chii..kejayaan tu di ukur bukan shj di dunia shj..tp juga di akhrat..kalo takat berjaya di dunia..tp yg akhirat diabaikan...mcm x best ar kan..
jd surirumah pun di anggap satu kejayaan..lebih2 lagi jika dapat mendidik anak2 menjadi anak yg berjaya..kan kan =)
salam, saya pun suri rumah jugak, kadang2 terfikir gak betapa bosan dan tak bestnya jadi surirumah tapi bila ada kawan2 yang berkerjaya kata cemburu pada saya kerana dapat duduk rumah melayan anak2 dan suami sahaja dan tak perlu sakitkan otak melayan karenah bos saya pun berkata dalam hati "ohh! beruntungnya aku jadi surirumah akulah bos dan akulah pekerja itu" berjaya juga melihat anak2 membesar depan mata dengan tangan sendiri
suka la entry ni..
tp kadang kadang jeles jugak tengok kwan yg lbh sukses..ya la kan, aku pun orang jugak..tpi bukan orang utan ok hahahha...
Kejayaan itu subjective. Dunia dan akhirat berbeza dan kadang kala tanpa pangkat put, kita dah puas hai dgn kejayaan tu kan? Rumah tangga yg bhagia pun adalah kejayaan!
Amin :) Moga yang terbaik untuk anak cik Betty.
nice entry kak..
alalala comelnya nomnomnom! <3
rezeki masing2...
Kejayaan bukan bersandarkan jawatan dan pendapatan. Harga yg paling mahal dlm kehidupan ialah kebahgiaan. Apa guna jawatan tinggi dan gaji lima angka tapi tiap hujung bulan menghitung sebeban hutang?
sy sentiasa berpegang kepada kata2..success is not being the best but being at ur best..:)
Hmmm rezeki orang bbeda2 ttapi wang ringgit n pangkat bukan ukuran kjayaan. akak pun biasa2 saje, bsederhana sjlah
comel la zikry...nanti Mifz dah beso leh geng nih...:)
:) rezeki memasing kan? tapi rezeki pun letak pada usaha kita jugak.. insyAllah zikri tu comellll mesti jadi engineer.. hehehhe jadi doktor nanti asik tak balik rumah je kena on call.. hik hik hik
entry yg sangat baik...sangat suka! mengukur kejayaan...persoalan yg amat menarik untuk difikirkan..bukan pada org lain tp pada diri sendiri...
learn from here :D
suka sgt kak (:
akk, ank akk comel , cik scya follow ;D
Ukuran kejayaan adalah apabila kiter sendiri letakkan apa yang kiter nak achieve..Biler dah achieve kiter aim higher lagi..barula diri ader kemajuan..kan kan?
yang penting agama..insyAllah kejayaan akan muncul tuk anak tu:)..
cik betty nak tau tak....mina lg suka jd surirumah....jeles tau tgk surirumah....
tp tulah...sbb mina takde anak lg...
kalau mina duduk rymah je..kompem mina jd sedih dan byk termenung...
best entri nih... hmm pernah orang tanya gaji saya berapa..sebab saya mengajar sekolah rendah n orang tu mengajar sekolah menengah... tapi dorang tak sedar gaji sama jer...
kejayaan bagi saya bukan bersandarkan gaji semata-mata..tapi kejayaan itu adalah apabila kita mampu memberi sumbangan kepada agama dan negara biarpun sumbangan itu kecik aje...
maap lama tak melawat akak
kejayaan tu terletak pada diri masing2...tak semestinya jadi dr, eng tu dikira berjaya...kita dianggap berjaya jika kita berjaya melaksanakan tanggungjawab kita dgn baik....if kita berjaya mendidik anak2 menjadi soleh pun dah kira berjaya gak...tak semestinya pangkat tinggi pengukur kejayaan seseorang
sama-samalah kita doakan anak-anak mempunyai kerja yang hebat....
Tak kisah la org nak pandang apa kat kita sbg surirumah berjaya...yg penting HAPPY....