HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Ustazah Pilihan Di Astro Oasis : Kawan Aku Tercalon!



Assalamualaikum..




Apa komen korang tentang rancangan realiti Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran di Astro Oasis 1 Oktober (kalau tak silap akulah) nanti? Belum pun ke udara tapi dah banyak cakap-cakap yang timbul. Secara peribadi, aku lebih suka melihat dari sudut positif. Iyalah kalau selama ni rancangan berbentuk hiburan yang mengkhayalkan dan bersifat duniawi dah banyak sangat. Jadi apa salahnya kalau kita menarik remaja dan juga remaja senja ke arah kebaikan melalui rancangan macam ni. Sekurang-kurangnya kita ada ikon yang berkualiti untuk dipaparkan ke khalayak. 


Hari Sabtu lepas balik dari program Sport Cum Family Day tu aku lepak-lepak depan tv tengok siaran ulangan ujibakat Ustazah Pilihan. Terkejut aku bila tengok suami kawan aku sedang ditemuramah kerana kawan aku Masfira masuk ujibakat dekat Johor. Sebelum tu ada sedutan Mas sedang diujibakat tapi aku tak perasan tu dia. Bila muka suami dia muncul baru aku perasan. Terus aku SMS Mas. Tapi yang reply suami dia. Katanya Mas dah pun terpilih jadi calon dan dah berangkat ke Kuala Lumpur.


Part yang tak berapa nak best, Mas terpaksa tinggalkan suami dan anak-anaknya selama 3 bulan. Handphone pon tak boleh bawak. Mas juga terpaksa berhenti kerja sebagai pensyarah masrah (macam Maahad) sebab tak boleh cuti tanpa gaji. Tapi, suami Mas redha dan bagi sokongan padu pada Mas. Jadi oklah kan. Lagipon bila rancangan ni berakhir, para ustazah ni akan terikat kontak dengan Astro. Aku terbayang anak-anaknya yang masih kecik tu. Sekarang ni mereka diletakkan di bawah jagaan ibu Mas di kampung. Nak berjaya kenalah ada pengorbanan kan. Bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat.


Aku sebenarnya bukan kawan rapat Mas. Kami berkenalan secara kebetulan saja sebab dia salah seorang pelanggan dan juga agen jualan bawah grup aku. Apa-apa pon aku gembira sangat sebab Mas terpilih dan doakan dia berjaya jadi juara. Aku baru ingat nak undi-undi tapi rupanya takda sistem undian. Penilaian sepenuhnya oleh juri. Yalah. Kang kalau main undi-undi orang tengok rupa je lebih kan. Mas ni pon cantik manis orangnya. Kalau dah mekap kang (masuk tv of courselah kena bermekap) mesti tambah cantik. 



nota-noti:
Harini aku lambat sikit jengah korang. Ada hal.


Thursday, May 26, 2011

Sinetron Pengantin Remaja Syok Banget

Assalamualaikum.

Mulai minggu ini aku sudah punya aktivitas baru di waktu petang. Selain Nora Elena yang sebenarnya di waktu maghrib, aku juga berazam untuk menonton sinetron PENGANTIN REMAJA jam 2 petang di astro ria. Huhu.

Kenapa aku nak tengok sinetron ini?

Kerana pria ini. Christian Sugiono. Aduh. Ganteng banget!



Ceh. Itu bukan faktor utamalah. Sebab utama adalah sinetron ini bergenre romantik komedi. Seperti mana drama korea Full House yang aku suka banget-banget itu pastilah drama bergenre seperti ini banyak adegan-adegan manis antara pria dan gadisnya. Aduh. Suka bangett! Bikin aku senyum sorang-sorang.

Heroinnya Alyssa Soebandono. Manisnya. Tapi macam aku kata tadi aku nak tengok hero, heroin tak kesah ah sape pon aku layan. Tapi yang paling penting jalan cerita. Kalau hero hensem macam nak gila pon kalau jalan cerita macam gila, memang malas gilalah nak layan. Kalau layan jugak nanti gila. Haha. Macam siri Intan. Siapa tengok? Taubat aku lepas habis mengikuti sinetron tu. Sumpah aku tak layan lagi cerita-cerita macam tu. Pendek kata, trauma.

Sinopsis Pengantin Remaja.

Aku baru tengok 3 episod. Sebab memang baru 3 episod pon. 

Amel dan Fabian (abi) dijodohkan ketika kecil oleh atok-atok mereka yang bersahabat baik. Hehe. Apala punya comel atok diaorang neh main jodoh-jodoh plak. Kemudian kedua-dua keluarga pon terpisah. 

Amel sekarang dah sekolah menengah dah. Dia selalu beranganlah yang jodoh dia tu kacak dan romantis. Ala, standardla kan angan-angan gadis remaja. Takkan nak berangan jejaka idaman berupa putera katak atau beast pula. Fabian pon sama selalu berangan jodohnya wanita anggun menawan.

Ditakdirkan Abi (cutelah nama neh) menjadi guru kaunseling kat sekolah Amel belajar. Mula-mula Amel macam tak nak ah dengan jodoh dia tu. Tapi lepas tu dia jadi obses pulak nak cepat-cepat kawen sebab tunang dia hensem gila tak boleh blah. Apatah lagi kawan rapat Amel dengan sorang cikgu tua yang selalu hukum dia tergila-gila kat Abi jugak.

Cuma yang membuat Amel geram sebab Abi kurang romantis. Abi juga meminta perhubungan mereka dirahsiakan. Menambahkan sakit hati Amel, Abi juga seperti mahu memutuskan pertunangan mereka. Ini disebabkan perangai Amel yang kebudak-budakan dan nakal jugak di sekolah.

Amel pon berusaha menggapai impiannya berkawen cepat dengan Abi melaui atoknya si Abi. Atok Amel dah meninggal dah.

Cerita seterusnya melalui peng'google'an aku Amel akan bersendirian mempertahankan perjodohan antara dia dengan Abi. Sebab kakak Abi tak suka Amel dan akan pasangkan adiknya dengan kawan dia. Ibu Amel juga  akan minta Amel putuskan pertunangan. Sebab apa aku tak tahu. Nak tahu aku tengoklah sendiri nanti kan.
Haha.

Bestnya. 




nota-noti:
nampaknya makcik hajjah sitt alwuzara masih terus update blog jahanam dia


Tuesday, May 10, 2011

Apa Yang Cun?

Assalamualaikum..

Ahad lalu suami menyempurnakan hajat saya : membeli seterusnya menonton Cun di astro first. Mungkin sempena Hari Ibu.

Selain Maya Karin dan Remy Ishak, apa yang cun dalam Cun?

Kerbau pakai mekap.

Kampung dengan bendang yang indah.

Sarat dengan elemen kasih sayang.

Berunsur komedi dan tak perlu memerah otak. Anak dara saya yang berusia 6 tahun suka cerita ni. Kalau nenek saya tonton juga pasti dia ketawa terkekeh-kekeh. 

Cerita dia simple. Luna, gadis bandar Kuala Lumpur yang chantek dan popular kecewa dengan kekasihnya yang curang. Ditemani kawan baiknya, Tom mereka berdua balik ke kampung Tom di Kedah. Di sana Luna  jatuh chenta dengan pemuda kampung selekeh yang perengus tapi penyayang bernama Atan yang juga sepupu (aku rasalah) kepada Tom.

Sinematografi yang indah (ececeh..macamla aku tahu sangat apa maksud dia).

Lagu² dalam filem ini sedap juga didengar.

Dipenuhi dengan babak² romantis tapi bukan erotis antara Luna dan Atan. Ditambah perisa dengan gelagat watak sampingan yang over dan kelakar. Bukan buat² kelakar macam Maharaja Lawak (serius aku asyik tido tengok Maharaja Tak Lawak sekarang ni).

Saya bagi 2/5 untuk filem ini.

Kena tolak 3 pasal:

Tak touching tengok babak² yang membibitkan cinta antara Luna dan Atan. Touching macam mana yang engkau nak nih. Macam My Best Friend's Wedding atau drama bersiri Full House. Touching sampai aku boleh rasa sama macam watak tu rasa.

30 minit pertama tengok asyik berkata dalam hati bila nak habis. Salah aku juga tengok masa dah ngantuk. Nak tido takut dimarah suami. Dan dikutuk-kutuk : itulah dia cerita yang mama nak tengok sangat. Dan terus digiat-giat sampai tersiat telinga. Sebenarnya kalau nak tido bukan salah pon. Ini kan tayangan astro first. Boleh tengok berkali-kali lagi nanti sampai muntah.



pinjam pokcik google punya




















Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak Astro 2011 : Wai, XN3, R2

Assalamualaikum..



Kah kah kah. Bosan tak? Tiap minggu nak cerita pasal Maharaja Lawak. Kan dah kata dulu betty penonton tegar rancangan ni. AF9 sikit pon tak nak cerita. Maknanya tak menonton secara tegar.

Mulai semalam astro prima dah tak siarkan lagi rancangan ni kesian mak tak dapat tengok dah. Jahat astro ni. Tapi nak buat camana kan. Ini strategi marketing diaorang. Nak tarik orang supaya beli pakej mustika tu. Rasanya dalam RM15-16 gitulah.

Siapa yang tersingkir minggu lepas diaorang baru umumkan malam tadi: Wai dengan XN3. Macam kasihan. Tapi diaorang memang patut disingkirkan sebab tak lawak.

Tema malam tadi: Muzikal Komedi


Yang gila kelakar malam tadi: Jozan, Nabil, Sepah, Man, Alex. Rugi betol kalau tak tengok. Memang terbaek sangat!

Jambu pon boleh tahan juga.

Balas tak berapa nak boleh tahan. 18sx tetap.

Yang tak berapa nak gila kelakar: R2, Jiehan

Amir: Sesuka hati dia je!

R2 pon dah tersingkir malam tadi.

Penambah perisa:


Persembahan pembukaan oleh Usop Wilcha yang menyanyi dengan berbaju pink. Usop ni memang penyanyi dulu kan dengan menggunakan nama Shy8. Usop Wilcha memang bagi tuah pada dia.

Persembahan penutup oleh para juri yang berkain pelekat. Kah kah kah.

Mamat Khalid pandai main organ rupanya. Eh. Organ ke nama alat tu?

AC tak habis² kena usik pasal gelang oleh peserta dari minggu lepas. 

Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak Astro 2011 : Komentar Peribadi Penonton Tegar

Assalamualaikum..

Huh! Gembira. Dalam seminggu sekali ini sajalah peluang menonton TV dengan bahagia bersama² satu keluarga. Kalau tidak TV pun bosan asyik mentayang siaran kartun berulangkali dengan penonton yang cuma seorang saja setiap kali. Kalau boleh bersuara dah lama TV keluar suara bentak-bentak.

Beberapa tahun sebelumnya lama sudah betty berangan-angan astro akan buat rancangan macam ini. Nak tengok sapa yang betul hebat buat lawak di kalangan raja-raja lawak. Akhirnya terlaksana jugak. Astro nih macam tau² saja keinginan penonton tegar. Walaupun kadang² benci astro tapi kadang² tak benci.



Kelompok peserta peberet utama betty inilah dia:

Jozan
Siapa mampu nafikan gabungan lawak diaorang. Diaorang memang ada kimia bersama. Kalau melawak secara tak berkumpulan kurang umphh sangat. Minggu pertama tak berapa nak menjadik. Malam tadi dah jadik. Johan memang pakar tiru gaya Yusuf Haslam. Terbahak² betty gelak bersama mr papa. Harap diaorang terus menjadik² nanti.

Nabil
Lawak berdiri - berlakon dengan pasangan halimunan memang kepakaran Nabil. Dia ni bagi pendapat hati betty kategori pelawak yang bijak. Susunan cerita kemas dan difahami. Dari dulu pun begitu. Boleh pulak main sambung² lawak yang tak sempat nak habis dari minggu lepas. Pertuturan lawak dalam bahasa negeri sembilan jadik kelebihan. Hadooii. Pecah usus den. Eh. Biarlah dengan kes² moral dia tu. Takda kaitan pun dengan lawak.

Sepah
Nama asal kumpulan diaorang ni bukan Sepah kut seingat betty. Mungkin sampah ke sumpah atau hampeh. Tak ingatlah. Tapi kalau tak salah ingatan Fauziah Nawi mintak ditukar nama yang lebih kedengaran elok. Lawak diaorang boleh buat betty ketawa terutama Jep.

Kelompok peberet kelas kedua:

Man
Tak berapa nak konsisten. Kejap lawak kejap tak berapa nak lawak kejap langsung tak lawak. Baiknya dia ni asyik tersengih sepanjang masa.

Balas
Boleh tahan. Diaorang ni pakar mengguna istilah haiwan, kuih dan jugak perkataan biasa jadik kuning. Memang macam menyampah. Dah trademark diaorang kut. Tapi dikira bolehlah nak ketawakan jugak lawak diaorang. Kalau tidak takkanlah letak bawah kategori ini.

R2
Boleh tahan jugak. Yang adik tukang bagi bahan yang abang tukang lawak bahan. Kira baguslah kimia pasangan ini.

Jambu
Kombinasi Yus dengan Tauke. Bersesuaian dengan nama kumpulan diaorang setiap minggu pakai baju warna jambu. Minggu pertama hot pink. Malam tadi pink cair. Minggu depan entah. Boleh tahan jugak. Masih bolehlah nak gelak.

Ini pulak kategori tak berapa nak peberet atau memang tak peberet mengikut turutan. Kiranya bawah sekali tu agak kasihan dengan lawaknya. Bagi peluanglah. Ini baru minggu ke-2. Manalah tahu secara tetiba mereka mendapat anugerah bernilai. Orang kata tuah ayam jadik KFC tuah manusia makan KFC.

Jiehan
Alex
XN3
Amir
Why








notajari:
Ketawa itu penawar duka.





Monday, April 4, 2011

Komentar ABPBH 2010

Assalamualaikum..

Mula² tak menonton. Gara² merajuk dengan bayi. Eh. Dengan bayi pun nak merajuk. Biasalah emaknya memang selalu emo tak tentu hala. Itulah bayi suka main hempap² keterlaluan sampai hempap punggung atas muka mama. Dah penyek spek mama. Longgar. Sudahla hidung takda batang.

Bayi sudah tidur pulas. Barulah mama boleh tonton dengan senang hati.




Bintang Paling Popular menjadi rezeki Shaheizy Sam. Staillah dia bagi ucapan pemenang. I love u. Tapi i love Usop Wilcha lagilah. Haha. Lagipun tahun ini memang banyak filem Shaheizy yang meletop di panggung. Terima kasih banyak² beliau kepada Dato' Siti.

Yang penting Remy Ishak yang betty suka sangat tu dah menang pelakon TV lelaki popular walaupun tak menang pelakon filem lelaki popular. Suka tapi tak undi. Keterlaluan.

Fasha Sandha pun berjaya menggondol anugerah popular. Ramai yang tak suka? Dia memang popular pun kan. Lakonan dia pun bagus apa.

Lisa Surihani menang betty tumpang senyum saja. Lagi suka kalau Liyana Jasmay menang. Cakap pun tak berguna sesen kalau tak mengundi. Hehe.

Yang menarik perhatian betty:

1. Baju zizan merahnya mak ngah. Muka macam terlebih bedak.
2. Sharifah Shahira tak mengandung.
3. Mak buyong Rita Rudaini cantik berserilah.
4. Shima makin cantik - dulu dagu dia tajam jugak eh?
5. Takut pulak betty tengok solekan Alyah.
6. Kak Nita memang tak menjadi tua kah? Apa rahasia?
7. Menariklah persembahan Dato' Siti ada pengiring ketuk² tong tu.






notajari:
Jangan lupa. Al-fatihah untuk pelajar tahun 1 yang dibunuh guru celaka tu. Semoga takda lagi cikgu berhati iblis seperti ini.





Saturday, April 2, 2011

Akademi Fantasia 9: Amy Search, Aznil, Blogger

Assalamualaikum..

Aznil dan AF..sangat dekat. Bagai isi dengan kuku. Ibarat AF kalau takda Aznil macam isi tak berkuku. Ataupun berkuku tapi cagu. Menyakitkan. Menyedihkan. Buruk.

Bagi yang belum mengetahui betty bagitahu. Papa rock Amy Search pengetua AF9. Sukaaaa sangat. Agak² ada apa² kesan tak siapa memegang watak pengetua AF?

Eh. Ada blogger dapat masuk AF9. Amir dari Sarawak. Tunang Amir pun blogger jugak dan ada buat contest: "MENUJU PUNCAK GEMILANG CAHAYA : AMIR AF9". Siapa mahu join cepat². Tukang promosi tak bertauliah.

Betty dan AF? Oh. Sangat rapat. Dan kemudian kurang rapat.

AF1
Masih belum rapat dan tak tahu kewujudan AF. Masa ini betty masih di alam perdatingan dengan mr papa. Heh..kalau malam sabtu memang liat dia nak diajak keluar. Alasannya dia nak tengok AF. Tengok tu. AF lagi penting daripada gelfren.

AF2
Dah berkawen dengan mr papa. Sedang mengandungkan Nur Zuhairah Batrisyia. Gigih menonton setiap minggu.  Minat mendalam kepada Zahid tapi masa itu saja. Nasiblah kau Zahid dapat peminat tak setia macam betty. Nasiblah risya keluar tak berupa si Zahid. Kalau tak haru!

AF3
Heh. Minat sungguh jitu kepada Mawi. Eh. Entahla. Sejak dari konsert tirai dah jatuh hati. Tapi sekarang dah ambil balik hati. Maaflah Mawi. Saya buruk siku. Risya dah lahir masa ni. Layan sama² dengan dia.

AF4
Fuh. Memang membosan. Cuma suka seorang saja. Yang pandai nyanyik lagu orang putih lama tu. Apa ke tah namanya. Dah mengalami sindrom kelupaan.

AF5
Alahai. Malu nak khabar. Betty suka sangat dengan Dafi masa ni. Chumeeel sangat. Sekarang tak minat dah. Eh. Biasalah. Memang tak pernah setia.

AF6
Cuma ingat ada Stacy saja. Dengan AC yang asyik mintak tepukan. Layan tak layan. Jadi ingat² lupa.

AF7
Zharif Zikry dah lahir. Sukalah dengan Hafiz. Sukalah lagu awan nano. Zharif Zikry pun suka. Terlopong dia kalau dengar lagu ini di TV. 

AF8
Kejap layan kejap tidak.

AF9
Belum tahu mahu layan atau tidak. Andai kata ditakdirkan betty dan AF bertaut kembali mungkin kerana Aznil dan Amy Search.


Sunday, March 13, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (REVIEW SESUKA HATI AKU AJE)

Assalamualaikum..

Jalan² bergembira hari Ahad. Mr papa ajak tengok wayang. Sukalah sangat. Cerita pilihan untuk ditonton: Hikayat Merong Mahawangsa. Cerita sesuai seisi keluarga. Pilih seat tepi sebab dah agak baby zikri mesti nak notti. Siap bawak nasik goreng dengan grilled kupang dalam wayang hua hua hua. Pop corn saiz besar wajiblahkan.



Keseluruhan cerita oklah. Kira hebatlah. Lain sikit. Takdalah stereotype filem melayu. Banggalah sebab ini produk dari Malaysia. Dengan bajet ciput dan tenaga kerja minima. Tak bolehlah nak banding dengan Troy, Pirates of Carribean atau Lord of The Rings.

Watak adiwira Merong Mahawangsa dilakon dengan baiklah oleh Stephen Rahman Hughes (tak reti ah eja nama dia). Karakter ada nakal² sikit macam pirates of carribean. Cumalah kalau Remy Ishak bawak watak ni macam ngam jugaklah kan. Eh? Suka² hati aku aje kan.

Craig Fong bawak watak laksamana cina. Memang masuklah watak tu dengan dia. Memang nampak macam pahlawan cina. Cuma babak dia kurang menonjol sangat melainkan waktu dia mati. Jadi macam tak feel sangatlah bila dia mati. Tak dapat nak selam kesedihan perasaan watak yang dekat dengan dia. 

Putera Rom - macam tak kuatlah sangat. Yelah mana boleh lebih² kan. Ini bukan hikayat putera rom. 

Puteri Cina - oklah..sesuai². Inang dia ying ying penambah perisa cerita. Lucu.

Embok memanglah sesuai dilakon oleh Ummi Nazeera. Cuma kuranglah babak romatik antara Merong dengan Embok (babak apa kau nak betty oi..ini bukan hikayat cinta merong mahawangsa..agak²lah kan). Jadi sikit jela sedih dapat rasa waktu Merong tinggalkan dia (kau expect apa cik betty? nak nangis sampai lencun baju?).

Yang paling aku tak menahan ketawa..watak pawang oleh Rahim Razali. Ntah kenapa aku ketawa. Tapi aku ketawa. Dua kali pandang aku teringat watak pakcik janggut putih gandalf ke gondolf ke apatah aku tak ingat dalam lord of the rings. Tetiba je aku rasa lucu tengok penampilan pawang nih. Kalau M. Nasir jadik pawang nih ngam jugaklah. Bukanlah maksudnya Rahim Razali tak bagus. Cuma aku suka² nak tukarkan pelakonnya macam akulah pengarah filem.

Watak si penjahat Kanmawas ke apa tah namanya dilakon dengan baik juga oleh Khir Rahman. Cumanya aku lebih biasa tengok Khir pegang watak penjahat yang macam lucu rasa nak lempang jadik aku nak ketawa jugak tengok kejahatan dia. Perasaan yang patut adalah marah atau geram. Barulah feel bila dia kena bunuh dengan Merong. Sekali lagi aku nak jadik pengarah filem jadi dengan berangan aku nak kasik watak ni dekat Fauzi Nawawi sebab body dia tough sikit dan muka dia sangat menjengkelkan kalau jahat. Rasa nak tumbuk².

Mr papa pulak tak suka dengan suara latar. Hah..apalah pasalnya ya. Suara latar pun nak ambik kira.

Sekarang cikgu bagi markah ye. Daripada 10 cikgu bagi 8. Tak boleh bagi penuh. Apapun tabik spring dekat KRU sebab mampu hasilkan filem yang BEST!

Friday, March 11, 2011

Raja Lawak 5: Man Peserta Pilihan Cik Betty

Assalamualaikum..

Hua..hua..hua..malam ni dengan bersejarahnya cik betty tidak tertidur ketika menonton Raja Lawak 5. Apatah pelik cik betty ni kan. Orang tengok ketawa tapi cik betty asyiklah nak tertutup mata. Sebenarnya bukan salah cik betty tapi baby zikri nih ha asyik suruh ibunya baring² sambil² dia mengempeng (hah..korang tahu tak istilah berbunyi kejawaan tu?) sesedap rasa. Mestilah mata pun pejam kan bila kepala dah letak kat bantal yang empuk lagi gebu tu.

Peserta yang terpilih pegi ke final Man, kumpulan R2 dan jugak balas. Peserta tahun ni cik betty tidaklah familiar sangat sebab memang tiap kali tengok cik betty tido tanpa disengaja atau mensibukkan diri membuat kerja² lain. Masa zaman Nabil dulu cik betty tengok dengan gigih dan ketawa dengan hebat juga. Tahun berikutnya Sepah oklah juga tapi tahun berikutnya lagi kumpulan kecik macam tak cukup umphh lah.

Tahun ni cik betty rasa Man boleh menang. Wah..macam ahlil nujum pak belalang pulaklah cik betty nak main ramal². Itu peserta pilihan cik betty. R2 ok balas pun ok. Tapi kumpulan balas ini selalulah ada double² meaning kan lawaknya. Tak habis² nak metaforakan burung. Harap² final nanti diaorang ada idea best sikit daripada nak cakap pasal burung diaorang semata².


[gambar man pinjam kat google: hua hua..]


Bagi peminat Raja Lawak yang tegar bolehlah pegi Shah Alam Convention Center 18 Mac nanti dapat tengok live lagi kan. Tapi cik betty tengok kat rumah aje.

Babailah. Cik betty ngantuk ah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal