Al-fatihah buat rakan blogger lieynanilaz.
Terpempan masa baca status ayu citarasa rinduan tentang berita pemergiannya.
Walaupun kita hanya berteman secara maya kat alam blog ni tak pernah bersua muka tapi kehilangannya dirasai sebab yelah kita semua ni kan kerap saling kunjung-mengunjung blog dan berkomen-komen antara satu sama lain jadi dah rasa macam kawan yang sebenarnya.
Itulah komentar terakhir arwah dekat blog ni, bertarikh 2 julai 11.40 pagi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Mati itu pasti.
Masa kita pula entah bila.
----------------------------------------------------------------------
4 july.
Oh ya harini besday mak.
Jap eh. Nak tepon mak.
Okeh dah.
Wah berjela pulak nasihat mak harini.
Insya-allah mak.
Orang cuba buat apa yang mak suruh tu.
Syukur alhamdulillah mak masih dipanjangkan usia.
Dah 56 umur mak.
Syukur mak masih sihat dan kuat.
Masih cantik.
Wajah mak pon still maintain. Awet muda.
Kalau orang tengok mak misti ingat mak umur 40-an gittew.
Mak dari muda memang cantik.
Dulu masa remaja, kalau tengok gambo mak aku salu rasa jeles.
Pastu banding-banding dengan muka sendiri.
Nape aku tak secantik mak.
Tapi tu duluu. Duluuu. Remaja biase arr. Seme tak kena.
Ingat lagi somi aku.
Waktu tu kitaorang masih dalam proses berdating-datingan.
Lepak kat tangga aku tunjuk-tunjuk kat dia gambo famili.
Tunjuk gambo mak. Boleh dia cakap. Mak awak cantik tapi apesal muka awak tak macam mak ekk.
Cis sangatlah soalan tersebut kan.
Akhirnya pompuan tak berapa nak lawo jela yang papa kena hadap pagi petang siang malam sampai ujung nyawa nanti kiki. Sabo ya pa.
------------------------------------------------------------------
29 jun.
Besday si papa.
Haha. Sekarang kita sudah sama tua.
Aku belanja beliau makan pizza aje.
Mujur aku ada wat bisnes kecil-kecilan kalau tak terpaksalah beliau membelanjakan diri sendiri kehkeh.
Oh beliau ada juga berura-ura nak kan gadget berupa galaxy note.
Tapi telah ditentang habis-habisan oleh aku sendiri kehkeh.
Yang rosak sekarang henpon aku bukan beliau.
Maka siapa sepatutnya yang harus beli henpon baru sekarang.
Tapi aku nak bertahan jer dengan henpon rosak ni.
Tunggu sampai sabar aku dah kemuncak dan henpon rosak ni dicampak dalam tong sampah baru aku pikirkan balik pasal si papa nak galaxy note tu eh.
Maka papa. Berdoa sekarang.
Besday boy. Boylah sangattt.
36 comments
jaya jusco taman u
assalam rina..happy birthday buat mak rina..dan jugak suami rina semoga dirahmati selalu.
hapy b'day to ur mom
Anjakan hari yg berlalu berbagai yg kita lalui Rina. Yg pergi kita doakan dan yg masih ada kita sayangi..
Alfatihah buat lieyna
Happy birthday buat mak
Happy belated birthday buat en abang Rina
sy x sempat kenal arwah....tp menurut kata kwn2, dia sorg yg baik...semoga arwah aman di sana....
hepi besday mak rina....mana gmbar mak?
wah, cik abg mengidam galaxy note ke? rembat la sorang satu....sy pun nti maybe beli galaxy note je kot....
sy xknl arwah tp bla buka blog dia, rs sayu sgt..alfatihah...
happy birthday to ur lovely mum n happy belated birthday to ur beloved hubby..
awak cantik macam mak awak dah sekarang...saya rasa la. :)
Eleh, suami awak ego je tuhhh! Die khuatir, klu puji awak ctk...t idung awak tak kuncup2 44 hari 44 malam. Pyh kang. Hahahahahah!
=p
salam kenal..betul tu walapon bersahabat dialam maya saja,tp terasa rapatkan,sbb kita bercerita & berkomentar,terasa rapatkan..
alhamdulillah masih ada emak,saya emak dah pun pergi..
alfatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..
hapybirsdy to mak..moga panjang umur dan murah rezki..amin
Al fatihah buat arwah...selamat hari lahir buat ur mum...
Al-Fatihah kepada beliau. rina n sekeluarga....semoga diberi rahmat Ilahi
Dalam satu entri banyak cerita.. suka baca.. hepi birthday untuk mak & papa boy tu yee..
skang mmg ramai dah pakai note kan. dah mcm pisang goreng eh!
beli je lah galaxy note tu dua. akak satu, husben akak satu. masing2 tak lah kempunan nanti. hehee
mak akak muda lagi lah. mak kite umur dah 50 tapi anak sulung baru 22. hoho :D
Al-fatihah untuk blogger tu.
and Happy Birthday to Cik Betty's mom yang cantik jelita & Cik Betty's Boy.teeeheee.
besday mak awak ya.. heppy besday mak cik! semoga panjang umur dan berbahagia didunia dan diakhirat amin.
hepi belated besday utk en.papa cepat2 beli galaxy note boleh puan mama tumpang tangan kik.kik.kik..
Al-fatihah untuk arwah lieynanilaz
Selamat ulangtahun kelahiran untuk mak dan suami cik betty
selamat hari lahir tu mak & hubby akak.. :)
aku pun terperanjat dengan berita tentang leiynanilaz...
alfatihah
wah 3 in one entry ye
SELAMAT HARI LAHIR UTK MAK CIK BETTY...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI..AMIN...
Al-Fatihah utk blogger lieyna.
Wow, bertahan sampai ke akhir hayat hp tu..ye lah, selagi boleh guna, kita guna..sekali-sekala boleh reward ourselves for the feel good factor..
Al-fatihah...buat blogger leiynanilaz...baru lagi arwah komen blog cik betty ya...sedihnya...
untuk mak cik betty..
SELAMAT HARI LAHIR UTK MAK CIK BETTY...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI..AMIN...
Selamat hari lahir wat mum n suami ,semoga bahgia hingga ke syurga
Salam takziah,alfatihah .
x smpt knp arwah.. smoga dia dtmptkn dlm klngan baik2..
btw, slmt hri jdi utk mak n suami akak.. :)
takziah...dan alfatihah...
haha mak cantik ank cun hehehe
kayo jugak bini dia belanja pizza hehehhe
semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..
semoga kedua2 insan kesayangan rina sentiasa mendapat keberkatan umur hendaknya..
salam..
semoga semuanya dilimpahkan rahmat olehNya.
hahaha..ala..rina lawa jek..tak baik tau ckp diri sndiri tak lawa..ehehe..Allah bagi semua orang lawa..kan??
56? Alhamdulillah...
Trperanjat jua bila baca N3 ni...
Untungla mak u cantik... U pun look so gojez
@Cinta Misteri
gambar profile tu? kiki jangan caya sgt..tu seme mekap jerr hihi
al-fatihah untuk arwah.hmmm. sekelip mata saja.
happy birthday untuk suami akak :)
sama2 kita doakan smoga roh arwah tenang di sana..al fatihah..
pd chii..rina x cantik..tp comel gituu..ehehe...tu yg buat encik papa tertarik dan terpikat...apa pun..happy belated besday buat mak dan encik papa ye
Al-Fatihah utk arwah.. Tak sempat mengenali arwah.
Lawa tau.. Siapa kata tak lawa. Kawan2 yg kenal Rina semua puji Rina lawa.. Lawa tu subjektif.. Mungkin pada pandangan kita lain, dan orang akan nilai lain. Tak sabar nak jumpa Rina in person.. Eh bila nak date ni? Makan Snogurt nak? :)