Assalamualaikum...
Korang ada tengok citer Juvana yang kat TV3 tu?
Aku tengok jugak dulu masa awal-awal sebab ada Beto. Tapi sebab Beto jarang sangat mucul malas dah nak tengok lagi. Citer ganas-ganas belasah-belasah orang tak masuk ah dengan jiwaku yang feminin nih (bluwek).
La ni aku baru jek perasan si Botak budak nakal yang suka buli orang dalam Juvana tu tetiba meletops. Erkk?
Ke cewek-cewek aje yang menggila-gila kat Botak tu ek?
Aku konpius nih. Apesal aku tengok Botak tu rasa cam nak belasah je (kalau aku cikgu ah tu pasal aku tak jadik cikgu kahkahkah). Aku malas nak tengok citer tuh pon sebab geram ngan Botak neh asyik buli orang jer.
Aku buat kesimpulan sebab aku orang tua kot (ceh?) tu pasal aku tak berkenan dengan Botak. Ke ada mak budak yang feeling gak nengok Botak? Hehehe.
Tapi hakikatnya Botak nih muka saja ganas tapi hati cute. Dia orangnya peramah, kelakar dan merendah diri (cam ah aku kenal ngan Botak hahaha).
Botak atau nama sebenarnya Johan Ariff Asari berusia 25 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Dia sebenarnya tengah ambik Diploma Kaunseling dekat Kolej Universiti Islam Melaka. Malah yang lagi hebat dia pernah belajar tahfiz dekat Indonesia tapi sayang dah berenti. Budak yang nampak ganas ni jugak mampu menghafaz al-quran satu setengah juzuk (isk isk..nih yang buat mak-mak nak buat calon menantu ni).
Dia ni baru je dalam dunia lakonan tapi mampu melakokan watak Botak dengan baik. Bukan macam sesetengah pelakon tu aku pon konpius orang ke kayu yang berlakon. Tak mustahil satu hari nanti Botak mampu jadik pelakon berkaliber macam Rosyam Nor. Takkan asyik nak harap Aaron Ajiz, Remy Ishak, Adiputra, Shaheizy Sam je kan. Balik-balik muka tu jadik hero. Asyik disogok benda sama nanti boleh muak tau. Jadi sebelum penonton muak baik jangan jadik hero selalu haha.
Kesimpulannya, lelaki di luar sana silalah botakkan kepala anda. Nanti pasti gadis teruja melihat anda. Heheh.
nah botak pujaan korang.
Kredit to rentakartis.com untuk biodata Botak.
46 comments
tapi kalau saya botak tak macho~~
memang laku si botak ni...lakonannya pun mantap hihihihi
bila dia tk botak...xde pun tampak ganas...huhu.. ;)
nak pi intai2 la kt KUIM tu..kot2 jumpa dgn Botak..heheh..
suka dengar suara dia..garau2..macho..!! hehe.. :) :)
saya ada seorang ala ala botak kat rumah..
heh heh heh...
suka ! cik scya suka jugak .
tapi cik scya lagi suka Daim teeheeheee :p
saya cikgu... (tak rasa nak pukul) hehe
geram tengok botak...jahat sgt...tp smlm baik lak dia ek...
farah memang tak tengok citer Juvana tuu..
best nengok botak nih berlakon. x sangka pulak pelakon baru. hehehe
betul2..bunga pun suka dia..heee
baru semalam kak zu betul2 tengok siri Juvana nih...best jugak kan.
sy mmg dah botak dr dulu..jimat minyak rambut huhhuhuhuh....
hehe.. baru sedar kehadiran botak tu.. tapi rasanya ada lagi kot cerita dia berlakon ... suka jugak tengok JUVANA tu walaupun kadang2 rasa geram
HAHAHA pesanan last sekali tu xleh blah LOL
tp mlm td ctr juvana sedey plak..huhuhu
oh si botak ni! :D selalu tengok iklan kt tv jaa...suka tengok dia. patut lah ramai org duk fanatic sampai buat profile pic lah gmbr si botak ni. betul ke hafal quran?? wah sgt awesome... :D
Baru tertengok citer tu malam tadi. Tak habis pun tengok pasal rasa tak sesuai utk tontonan 'ank2' bawah 7 tahun.
Nak menyampuk sikit psl Bujal.. Ate suka fesen rambut rapi Bujal. Smart ahh...
hencem jugak botak ni na...sha tak tengok pun cita juvana ni...tau pun dlm blog je
kalau incik suami cakap nak botakkan kepalanya..saya terus anggukkan kepala..hahaha
mujur takde orang nak kacau cikgu zakiah Khalis
botak baik dah skang.tak tengok mlm tadi kedah peluk botak,pastu botak pesan,jgn masuk sini lg.haha kompem betty tak tengok...
puan kutu: sy tgk mlm td..sbb nk tgk apa yg gadis duk gilakan si botak neh..cian kat dia kan..dah x buli org dah..
macam mana agaknya rupa uncle kalau botak...?
Hiysshh!
suke tgk BETO jugak ^_^
Cik betty,
Botak encem...hheee...tapi kalu tetiba mr bf msred botak msred gelak selama dua jam...ggaaaa
yg berlakon dlm juvana,semuanya best2!even baru 1st time tgk.
kalo mcm ni, nak botak la..hehe
Hai! cik betty nak mintak LIKE gambar syifa...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150686003295424&set=pu.290991505423&type=1&theater
hahaha.. si botak n memang dh femes ar sekarang ne kan.. muka je ganas tapi dalam hati ada taman :)
cik betty ,
cik scya tag akak join GA ni , suka2 je :P
http://scyalollita-contest.blogspot.com/2011/07/2ga-give-away-duo-by-duniaku-dan.html
botak ~
buat eden cair ..
hahahaa
tak kenal si botak!! :P
cik ina baru sekali tertengok cite tu kat tv berapa lupa plak. best gak cite tu. masalahnya pelakon yang ko sebut contoh shaziey sama ngan aron aziz tu dorang sendiri tak menjaga kepopularaan dorang.masa tengah glamer ni janganlah berlakon dalam satu tahun dekat 10 filem. orang pun naik muak. itulah paten popular 2 atau 3 tahun lepas tu lenyap.
ramai kawan saya asyik citer Juvana... saya tpi nak pernah tgk...
p/s: tak boleh jadi nie... nak kena tengok gak nie....
lelaki botak kiuts...! ihihi~
*saya suka si Botak tu walau dia jahat. heheh~
isshh.. tak pernah lak tengok citer nih! tapi bila tengok gambo ni macam best je si botak ni! heheh.. terminat kee?? heh ;)
dah lama tak layan citer Juvana, sekali terbukak ari tue tengok botak dah jadi baik la....
pernah tgk citer ni skali...cam sedap gak sbb skrip dia cam kelakar cume skt ati bila tgk watak budak2 nakal ni.mcm nk sepak2 je...ehehe...
ouh, best ke lakonan die?
kahkahkahhh! Tia tak minat sangat kak . tengok gitu2 aje . tapi si botak ni memang dah ngetops sekarang :)
No pun jarang tengok cite tuh tp abgLan suka tengok jd sipi2 pun tengok gak la..jalan crita nk tau No ekna tanya abglan hehe..
Dalam drama JUVANA watak botak adalah yang paling hebat sekali.. :)
<<<<<<< salah seorang mak budak yg mmg feeling tgk org botak...hahaha
nk buat mcmana..lain org lain tastenyaa kan....
asek suka org ade rambut je..biarlah akak minat kat org botak...
untunglaa ada tv :( hahaha
x sabo nak tunggu next week..mcm lg suspen plak citer ni kan..
terima kasih kerana kredit kepada kami...