HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Tuesday, July 24, 2012

bukan keluarga iskandar.






Nakk jugak sipi-sipi tajuk derama.
Sebabnya tak tau nak letak tajuk apa.
Jadi kita tumpang glemer tajuk derama boleh?


Nak cerita pasal semalam.
Semalam adalah 3 ramadhan.
Risya masih tak berjaya menahan lapar.
Balik sekolah tengahari lembekk semacam.
Bibir kering muka toyee.
Kasikla dia makan nasik goreng lebihan sahur.
Terus segar bugar.
Cakap kat dia balik sekolah agama tak boleh makan dah.
Kena belajar menahan diri dari lapar dan dahaga.
Cuba bayangkan orang miskin.
Tapi anakku yang sorang ni bangsa mudah naik lemakk walaupon badan takda lemak.
Tengok mama macam baik hati pulak balik sekolah agama melenting-lenting mintak makan lagi.
Mintak maapla anakku.
Boleh makan hanya bila sampai waktu berbuka yang sebenar.

---------------------------------------------------------

Anakku yang lagi sorang semalam pegi berdating dengan papanya.
Pegi teman papa gunting rambut.
Bila balik tanjat boboi mama.
Bukan setakat rambut papa yang gondol rupanya dengan zikry sekali hampir digondolkan.
Haih papa ni. Dah berapa banyak kali cakap tak hensem buat rambut gitu.
Papa nak jadik tak hensem takpelah.
Tapi kenapa buat anak bujang saya tak hensem sama -___-.


Tidakkkkkk !!! Harap raya nanti dah panjang balik.


----------------------------------------------------------

Cerita pasal saya pulaklah.
Semalam 3 ramadhan adalah first day memasak untuk berbuka.
Semalam-semalamnya dah berbuka kat rumah MIL dengan berbuka kat luar.
Memasak adalah penat bila sampai bab nak kemas balik dapor.
Tapi tabahkan jua hati sebab itu dah keje hakiki surirumah.


Semalam saya memasak nasik tomato.
Menu ulang tayang puasa tahun lepas punya.
Cuma kali ni nasik jadik kaler merah.
Tahun lepas kaler putih sebab tomato tak cukup masak ranum.
Yolah sebab saya tak pakai tomato puree dalam tin tu.
Nak lebih sihat kononnya jadik guna tomato sebenar.
Tahun ni lawankan dengan kari ayam.
Bukan pandai sangat masak kari.
Tapi bolehla untuk makan sendiri-sendiri hihi.


Sebab nak amik gambo nasik tu kena buat bentuk mangkuk kahhh mengadooo.



Lepas tu tetiba mendapat seruan kerajinan.
Jadi saya buat kuih keria.
Terkagum dengan diri sendiri hahah.
Yang sebenarnya keledek dah rebus 2-3 hari lepas.
Tapi sebab semangat nak menggetel kuih tetiba hilang haritu.
Lepas rebus terus simpan ia dalam esbok.
Sebelum ia mereput dalam esbok cecepat jadikan ia makanan yang boleh dimakan hihi.
Alhamdulillah sedap.
Sendiri katala.



PROMO GREEN FIT PERCUMA : KLIK HERE.




36 comments

July 24, 2012 at 11:05 AM

Comel je tengok.... Budak rambut mcm ne pun tetap cun n cantik n hensem...

July 24, 2012 at 11:14 AM

hehe..ape suda jadi dgn rmbut zikry, haha..cepatla rmbut dia pnjg blik. Akk,kuih fevret linda tu kuih keria..sedapnye.bak ckit..:)

July 24, 2012 at 11:16 AM

dua2 hidangan nampak sedap giler.. terutama kria tuh.. walahh..

July 24, 2012 at 11:28 AM

k.rina ni!

tayang gambar makanan plak puasa2 ni..haha..

eiiii..tp mmg nampak sedap!:)

July 24, 2012 at 11:29 AM

ermmm kejamnya letak gambar makanan...

July 24, 2012 at 11:57 AM

rajinnya masak...tengok je pun dh tau sedap :)

July 24, 2012 at 12:08 PM

Kata orang, mereka yang berdahi luas adalah cerdik. Mudah2an ya. :)

July 24, 2012 at 12:12 PM

takpe...don wori..sempat punya rambut tanjat mama tu panjang menjelang raya...~ahaha

July 24, 2012 at 12:17 PM

takpe rina.. kalau tak sempat panjang jg menjelang raya boleh pakai songkok aje spjg hari.. he..he.. dgn muka penuh kagum aku tgk gambar makanan air tangan rina.. cayalah.. kira terrorlah tu.. dari akak..

July 24, 2012 at 12:18 PM

nyummy tgk kuih keria ni...lapo la plak

Anonymous
July 24, 2012 at 12:22 PM

selamat berpuasa akak betty. best kuih keria tu!

Anonymous
July 24, 2012 at 12:42 PM

rajinnyer!

July 24, 2012 at 12:55 PM

Udah lama Cik rose tak buat nasi tomato...tengok nasi tomato cik betty..teringin pulak nak masak nasi tomato hihihi...Sedapnya kuih tue...

July 24, 2012 at 1:56 PM

ada gambar lain ke? saya nampak kuih keria je, saje je tau internet ni, mentanglah bulan pose, view dekat kuih je. nak tengok gambo zikry gaks.

rajinnya akak....

July 24, 2012 at 1:58 PM

nasi tomato yg best...

oh tuk tahun ni..sy tak buat lagi nasi tomato versi akak ni... nak buat la nanti.. :)

July 24, 2012 at 1:59 PM

betul ke tu kak keria? mcm donut je ;-)

July 24, 2012 at 2:19 PM

Oklah Rina. Budak lelaki berambut pendik mudah urus sebab mereka lasak mudah berpeluh. Elok je kakak tengok:

Kesian adik kalau tak puasa biarlah dia makan Rina.. Jgn takut besar nanti tahulah dia ikut mama/papa/abang dia berpuasa.

July 24, 2012 at 2:59 PM

kak, saya tak tahan tgk kueh keria akak tuu.. memang nak cari kat bazar la balik ni. dah lama teringin ni.

July 24, 2012 at 3:10 PM

Wuiiii rajinnya, bak la seketul kuih keria tu. Rambut anak bukang tu sempat panjang lg tu....

July 24, 2012 at 3:23 PM

akak!! sedapnya nasi tomato dan keria tu. rumah akak kt mana saya nak datang ni. heheh! comel je anak akak potong rambut gitu. muka dah gaya korea dah tu.:)) salam ramadhan kakak cantik awet muda.hehe

http://nameeroslan.blogspot.com/

July 24, 2012 at 4:17 PM

Ya allah..terliurnya tengok nasi tu haa...tersalah singgah waktu kemuncak nak berbuka...cepatla jam berputar nak balik masak nie ...nyummm nyummm

July 24, 2012 at 4:20 PM

sedapnya.masa ngah baca entry ni terasa sangatlah hausnya.2 ari buka umah sndiri.sehari buka umah mak.arini terpaksa gi param sbb dr pg dah tunggang langgang membasuh langsir dan sarung kusyen.tangan dah tak kuat nak pegang sudip.tp kaki kuat lak nak gi param.ehehe.

July 24, 2012 at 5:47 PM

wau rajin yer.. nasi tomato , kuih keria.. waaa >..

July 24, 2012 at 5:48 PM

uisshh..sedapnyer nasi tomato.. mmg lya x pnh buat pon..biasa mkn y mil buat.. mmg sedapppp...

July 24, 2012 at 7:06 PM

rasanya nasik tomato sihat awak tu ada taruk dalam entry kan? :D

July 24, 2012 at 9:04 PM

Salam... Wah seruan kerajinan betul2 berkesan.. Banyak menu sedap2 ni.. Nak tapau kuih keria, boleh tak?? :)

July 24, 2012 at 10:07 PM

huhuhu.. kueh tu mak kite suke buat.. rindu plak kat mak... huhuhuhu..

July 24, 2012 at 11:31 PM

anak bujang tu tetap comel wpun takde rambut tau.hehe..rajin betul siap ada kuih utk berbuka.well done!haha..

July 25, 2012 at 4:53 AM

pakai songkok je nanti..

kagum nasi tomato dan keria..rajin betul,saya cuma pndai makan je..:)

July 25, 2012 at 5:52 AM

tetap hensem lagi zikry ni....

kalau sy dah buat kari ayam tu cukup la...x larat dah nak masak benda2 lain...hahaha....dasar pemalas...

pinggan dah ala-ala masterchef dah tu.....

July 25, 2012 at 7:07 AM

hensem je kak rambut pendek cenggitu. :D

July 25, 2012 at 8:33 AM

tengok muka anak akak tersama pulak dengan muka anak saya..heheheh salam kenal

July 25, 2012 at 10:06 AM

saya dulu darjah 3 ke 4 baru dapat puasa btol2...curi2 makan...hehe...jahat kan...

salam ramadhan... =)

July 25, 2012 at 11:07 AM

As salam Rina,

Tetiba tercetus idea nak buat nasi tomato! Nyum...nyum.. kuih keria, td Iman saya tengok entry ni terus mintak donut... dah malam ni, mana nak cari... hehehe... Selamat berpuasa Rina & family! :))

Apa yg xcantiknye rambut Zikry tu ek? Encem je tgk! Rambut perang...sukalah! :))

July 25, 2012 at 11:12 AM

ema pun risau juga ni..nk tgg rambut si kakak tu panjang sebelum raya..bila rambut sekarang..langsung tak sesuai pakai dress..huhuhu..kalau seluar terus orang ingat dia 'lelaki'...

sedap kuih kerianya

July 25, 2012 at 2:03 PM

xpe2..zikry still nampk comel lg..lgpun ada 3 minggu lebih lg nak raya..nnt da hensem time raya nnt..ehehe

wahh..nampak cam sedap je nasi tomato tu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal