HOME   SIHAT & CANTIK   BLOG KAWAN MAYA   AWARD
                                                                                             

Monday, January 9, 2012

AWAK SEMUA BOLEH BERAMBUS !!






Hakhakhak. Tersenyum sorang-sorang baca komen-komen dari kamu dekat >> entri yang lalu. Sangat menghiburkan.


Tapi pagi ini sobs sobs. Hari senin lak tu. Saya nak kisahkan satu insiden yang tak patut didengar. Tapi saya nak cerita jugalah.


Masih dengan kisah risya.


Hari ke-3 sekolah.


Haritu dekat entri >>INI saya cerita risya dimasukkan ke kelas 1 GIGIH. Masuk hari ke-3 persekolahan dia dan beberapa orang rakannya dipindahkan ke kelas yang lebih baik iaitu 1 CEKAP. Mungkin selepas pihak sekolah mengambilkira markah ujian penempatan kelas. Tak tahulah.


Cuma yang tak bestnya, masa risya dan 3 orang lagi temannya hendak berpindah kelas, cikgu kelas 1 GIGIH telah mengatakan sesuatu yang kurang enak didengar terutamanya oleh kanak-kanak.


Bunyinya lebih kurang macam nilah. 

"apa lagi tunggu. awak semua boleh BERAMBUS sekarang."


Hanya berdasarkan cerita risya saja. Nak percaya 100% pon tak boleh. Kalau boleh tak nak percaya sebab tak sampai hati mendengar risya diherdik sedemikan rupa.


Tapi kalau betul berlaku, 


bagi saya sangatlah TAK WAJAR seorang GURU PEREMPUAN yang memegang AMANAH sebagai PENDIDIK mengeluarkan perkataan BERAMBUS kepada KANAK-KANAK DARJAH 1 yang baru 3 HARI memasuki alam persekolahan.


Saya faham tugas sebagai guru sangat mencabar. Kalau pon betul budak-budak itu terlalu nakal tak adakah perkataan lain yang boleh cikgu guna? Cikgu dah tak tahu guna perkataan KELUAR (instead of BERAMBUS) ke? Atau GET OUT rasanya lagi bersopan.


Masa taklimat haritu, saya difahamkan 3 minggu pertama sekolah akan buat program TRANSISI. Iaitu program untuk membiasakan kanak-kanak dengan alam persekolahan. Supaya budak tak takut sekolah. Supaya budak sayang cikgu.


Tapi macam itukah caranya? 


Dari:
Ibu kecewa.


nota-noti:
Kata seorang jiran cikgu ini memang suka bercakap kasar.


62 comments

January 9, 2012 at 9:24 AM

ek lehhh cm bgs je cikgu tu...acu kena kt ank dia plak?

January 9, 2012 at 9:25 AM

cikgu adalah contoh terbaik so berkelakuan baik la

January 9, 2012 at 9:26 AM

Ish...

Sy percaya masih ada cikgu yang boleh digunapakai. Tapi sy lagi percaya masih ramai cikgu yang tak boleh digunapakai!

Sy dari sekolah ditakdirkan sebagai seorang pelajar sederhana. Jadi, saya masak dgn perangai cikgu yang tak bape nak amik endah dgn pelajar yg mcm kami dan yg merosot. Bila sy pnh ada pengalamn jdk cikgu, menguatkan lagi rs jelik dlm ati.

Rina mgkn tak rs sbb Rina pelajar cemerlang.

=p

January 9, 2012 at 9:29 AM

basa yg diguna tidak menunjukkan dia seorang guru yang bagus,,,

January 9, 2012 at 9:35 AM

baguih bahasa cikgu tu ye....kot ya pun ckp la elok2 sikit...

rina.. budak2 tak pandai bohong tau..rasa2nya tak lama lg cikgu kena la tu...

January 9, 2012 at 9:45 AM

tak bestnya dgr cerita mcm ni.. mmg ada juga cikgu yg begitu.. laser mulutnya dari sebilangan guru-guru yang baik budi bahasanya..

January 9, 2012 at 9:46 AM

kasarnya bahasa...sian budak2 di buat cam2...

January 9, 2012 at 9:50 AM

@Pok Amai-Amai


xdalah secemerlang mana fara..biasa-biasa aje

January 9, 2012 at 10:12 AM

isk...macam mane budak nak respect cikgu kalau cikgu tak respect anak muridnyer...

January 9, 2012 at 10:25 AM

kalau saya jadi Rina.. saya percaya ckp Risya..sbb budak tak pandai menipu.. dan saya percaya mmg ada cikgu2 yg suka menggunakan bahasa yg kesat terhadap budak.. mmg tak patut sangat!!

selalunya guru tahun 1 diberikan kepada guru2 yg tidak berkelakuan begitu.. teruk betul.. saya sebagai seorang cikgu sungguh malu bila membaca cerita rina nih.. huhu..

January 9, 2012 at 10:27 AM

@Chekgu Azrine


agaknya sbb sekolah baru jd cikgu x cukup..jiran sy ckp ms kt sekolah lama cikgu ni mmg suka cakap kasar-kasar

January 9, 2012 at 10:34 AM

sedihnya baca....

tapi saya syukur sebab cikgu2 saya dulu tak macam tu. malahan sgt penyayang dan penyabar...

mungkinn sebab zaman dah berubah?

Anonymous
January 9, 2012 at 10:41 AM

kalu bahasa mcm tu budak pun blh hilang respect kan hehe

January 9, 2012 at 10:46 AM

iskh...x patut...mmg x patut guna istilah berambus kat pelajar...kita yg dengar pon sentap...huhuhuh...

January 9, 2012 at 11:24 AM

ntahlah...mungkin cikgu tu
tertekan...

tapi anak kita yg darjah 5 selalu
komplen guru perempuan yg incharge buku teks kat sekolah suka melempar
blk buku2 kalau tak cukup ke lantai..
sgt bersopankan..hihi

January 9, 2012 at 11:31 AM

amboi, kasarnya bahasa cikgu....camni ke nak ajar budak? adoi...
sblm ni risya penah dgr x perkataan tu? sb kalau dia x penah dgr, confirm dia betul...

January 9, 2012 at 11:37 AM

pergi ke sekolah risya, jumpa Guru Besar, minta penjelasan, itu yg terbaik.

January 9, 2012 at 12:05 PM

Ish.. Tergamak betul.. Patut guna bahasa seperti yg rina cadangkan tu.. Geram lak baca..

January 9, 2012 at 12:22 PM

@Daddy Ziyyad


sy dh minta suami buat mcm tu tp suami kt dia malas nk panjangkan perkara ni..takut kalau risya jd target pulak dek cikgu berkenaan

January 9, 2012 at 12:23 PM

apa la kan cikgu tu...kurang ajo sungguh.tak patut dia wat camtu kot ye pun sbb budak baru darjah 1 bukan tingkatan 1.

January 9, 2012 at 12:42 PM

@ratusiput


tulah isunya kt sini..dhla darjah 1..br 3 hari sekolah lak tu..

January 9, 2012 at 12:55 PM

Ish memang tak patut betul seorang cikgu boleh mengeluarkan perkataan begitu.. kena hantar cikgu tuh gi kauseling ler.. apa tah masalahnya tuh..

January 9, 2012 at 1:07 PM

sorry to say..itu cikgu yg kurang ajar namanya

January 9, 2012 at 1:12 PM

Tak patut cikgu menggunakan perkataan begitu...Sebagai cikgu...dia mesti guna perkataan yang lebih lembut dengan nada tegas....Lagipun budak2 cam risya baru mula nak mengenali alam persekolahan...Kalau Cik Rose cute mesti teruja nak tahu cikgu yg mana satu hihihi...muda ke..atau dah berumur.....hihihi

January 9, 2012 at 1:49 PM

cikgu sepatutnya bagi contoh yg baik pada anak murid...baru terdidik generasi cemerlang...

January 9, 2012 at 1:57 PM

@Cik Rose Cute


sy kenal cikgunya..sbb ms hari pendaftaran dah jumpa..tgk muka mmg agak bengis sikit

January 9, 2012 at 2:32 PM

kalau saya memang pagi ni saya dah dalam bilik pengetua dah..hahahahah

January 9, 2012 at 2:36 PM

@diana


sy dan suami dh berbincang..kalau ikutkan sy mmg nk pegi sekolah tp suami suruh bersabar je

January 9, 2012 at 2:45 PM

ishhkk..ada juga cikgu mcm tu ...dekat budak2 darjah satu pun nak keluarkan ayat mcm tu

January 9, 2012 at 3:01 PM

tak boleh di diamkan...adu kan saja pada guru besar...

cikgu mcm ni akan bawa contoh yg buruk tuk budak2..lagi la pulak budak darjah 1...

January 9, 2012 at 3:25 PM

Manusia berbagai ragam Rina. Kesian juga anak yg terlalu kecil belajar perkataan buruk dari seorg guru...

January 9, 2012 at 3:42 PM

eh kenapa cikgu tu cakap macam tu ??? dah la perempuan pastu cikgu sekolah rendah pulak tu. rosakkan mentaliti kanak2 je. baik akak komplen !!

January 9, 2012 at 5:03 PM

kalau dengar depan2 boleh sekolahkan cikgu tu balik , nasib tk dengar ye dak ..

January 9, 2012 at 5:42 PM

astaqfirullah!

terkejut dan nak nagis rasa!

napa camtu sekali????

betul ke pendidikan dia dpt sebagai guru tu????

Anonymous
January 9, 2012 at 6:00 PM

hmm..ksian risya..cikgu tu agknye sgaje nk tunjuk hero kt bdak2 kot..ye la..cikgu..kne ajr budk drjh 1..tu yg tunjuk eksyen ckit tuh..huh!!nseb baik suami rina avail kte sbr..klu x..mybe rina avail da jumpe pgtue sek kot..huhu..sabo ye..

January 9, 2012 at 7:13 PM

wah gitoh! cerita sudah dikongsi bersama jiran..heheehe ibu ibu la katakan...:P

mmg tak patut la kak dia buat macam tu, budak kecik lagi kot..

tak patut tak patut..

January 9, 2012 at 7:15 PM

kalau selalu sangat risya komplen,better masa hari terbuka tanya scr peribadi dengan cikgu tu...emm mmg ada, manusia tk kira guru ke apa ke,kalau dh sikap diri yg buruk tk nk ubah mcm gitulah jadinya...

January 9, 2012 at 9:26 PM

Cikgu pun manusia biasa... so macam2 peel ada hehe... baru darjah satu tu... anak eynda dah darjah 5, macam2 citer cikgu dari darjah satu sampai sekarang... tapi ramai gak cikgu yg bagus2 kan :-)

Anonymous
January 9, 2012 at 9:37 PM

hoho. kalau betul la, memang tak patut cakap macam tu. sabo la sikit

January 9, 2012 at 9:52 PM

memang tak wajar seorang cikgu mengeluarkan kata2 kesat seperti itu, lebih2 lagi d hadapan kanak2 tahap 1...

January 9, 2012 at 9:59 PM

emm bkn saja cikgu,semua org tak wajar mengeluarkan kata kesat begitu dekat budak, terkejut budak baru nak kenal sekolah tu kan..

sabo jer la..tak mencerminkan nilai seorang pendidik langsung..

btw congrate risya dah masuk kelas yg better dari sebelum nie..:)

January 9, 2012 at 10:04 PM

tak patutlah cikgu cakap kat anak murid macam tu apatah lagi anak murid yg baru 3 hari masuk sekolah. ada masalah family ke apa? kalau cakap kat suami saya ni mau dia pun melenting sama...

January 9, 2012 at 10:14 PM

tk kan lah anak sekecil risya nak buat2 cerita kan..tk tau la kalo cikgu tu niat nk bgurau..tp tk patut gak, kalo ng owg tua..than la jugak kan..sy ni kalo nk ikutkan hati byk sgt nk story pasal kelakuan cikgu2 ni sbb dh 5 thn saya ngadap diorang..
tp tu lah, kang jd komen plak entry ni..semuga anak awak boleh belajar dgn selesa dan dapat cikgu yg penuh komitmen Insya Allah :)

January 10, 2012 at 12:11 AM

malunya akak dgr, sbgai seorang guru jg..akak rasa mngkin cikgu tu,samada x berminat lansung dgn kerja dia..tp besar kemungkinan sbnrnya dia ada masalah peribadi dan memang " kurang ajar' betul sebab dia lepas kan pd bdk2..

Akak selalu berdoa moga tak mencampur aduk masalah peribadi dgn kerja, terutamanya cikgu yg menjadi cermin disekolah..huhu geram pun ada akak dgr kisah ni..

January 10, 2012 at 12:42 AM

"baru buka sekolah,stress kot....kalau betullah cikgu tu ckp camtu mmg tk sesuai sgt.."

January 10, 2012 at 6:56 AM

Walau apa pun alasannya, cikgu tak patut cakap macam tu....

January 10, 2012 at 9:51 AM

eh eh... biar betul... dia tgh pms kot. klau btul la mcm tu kna buat aduan supaya dia btulkn sikap yg tdk elok tu

January 10, 2012 at 12:10 PM

huishhh sentap gak kalo ckp camtu kan..tgh bad mood ke hape cikgu tu..nsb bek risya dah tukar kelas..

January 10, 2012 at 1:50 PM

ish2 rina..kalau betul mcm tu cikgu tu cakap,nmpk sgt cikgu tu yg kurang ilmunya.ilmu tatabahasa dan cara komunikasi sebenar dgn murid2.

harap2 mulut cikgu tu dpt la dikawal lps2 ni.

January 10, 2012 at 2:07 PM

kadang2 apa yang kita dengar tak sama dengan yang kita lihat.. kalau betul.. mungkin cikgu tu boleh ditegur..

January 10, 2012 at 2:51 PM

ntahlah.. xtau nak komen ape.. but dari experience saye.. anak buah saye penah ngadu kat saya..

instead die baru darjah 2 cegu die paggil anak buah saya mangkuk ayun.. tu la.. dunia maju.. perangai cegu2 pun majuuuuuuuuuuuuuuuu je..

January 10, 2012 at 3:09 PM

salam,

cuti ke hari ni :)

January 10, 2012 at 3:30 PM

cikgu tue dr upsi ke?? ntah2 masa study kat upsi dulu dia suka turunkan bendera hhahahha

January 10, 2012 at 3:59 PM

tak semua pendidik dapat bentuk generasi masa depan...

January 10, 2012 at 5:24 PM

hurm..malu ira kak kalo btol cikgu tu ckp mcm tu..sbb akk ckp cmtu even bukan ira orgnya..terasa gak..heee..sbb profesion kita kan..

mgkin sbb cikgu tu dia rs dia dah lama mengajar..cikgu2 muda y br nak mengajar mcm ira ni insya-Allah xkan ckp mcmtu...silap hari bulan...Ira pergi iring hantar budak2 tu gi kelas baru..

psss : kak rina..mak mertua syg ke kalo menantu dia tak reti msk lauk, tp suka masak bnda2 western +pastry je?hehehhe ;p..kena belajar msk lauk plak lepas ni..eheeee

January 10, 2012 at 9:32 PM

eh cikgu tuh...lobih2 lak...ngan budak2 berbudi bahaso la sikit...

January 11, 2012 at 7:31 AM

err. cikgu perempuan tu period kot masa tu. hehe :)

January 11, 2012 at 12:46 PM

kalau betul lah memang sangat kurang ajar itu cikgu. tak layak langsung jadi cikgu. geram betul lah cikgu2 yang macam ni. haih.

January 11, 2012 at 11:12 PM

tak patut seorang ckgu menggunakan perkataan berambus..kanak2 ni masih fresh lg otak drang..ishk...kena report nih..

January 11, 2012 at 11:13 PM

Saya mmg pantang dgn cikgu yg kurang ajar mcm tu... rs nak sepak je... mulut mcm puaka.... ok, tarik nafas... geram... rsnye depa ni jd cikgu sb nak duit je kot... sabar jelah... tp xsemua cikgu mcm nikan... ade rmai lg yg berhati mulia...betul tak?

January 12, 2012 at 8:25 PM

Memang sangat malu dengan sikap guru ni. Jika masih berterusan, Rina rasanya patut berbuat sesuatu.. Ini untuk kebaikan anak Rina juga..

February 7, 2012 at 8:41 PM

kalau betul lah, memang sangat tak wajar.. apa2 pun find out dulu.. then u can adukan kan kat pihak yang berkenaan.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright of cikbetty.blogspot.com.All Right Reserved. Template Edited By Syazwana Jamal