As-salam korang :).
Nak ikutkan hati yang waras (kira bila aku update tu tak waras lah tu haha) memang dah tak rajin nak tulis-tulis lagi kat sini. Mungkin title blog ni kena tukar la, cik betty tak suka tulis-tulis haha.
Tapi disebabkan sang suami sangat memberikan moral support dan pikir-pikir balik inilah antara kejadian paling indah untuk aku dalam tahun 2013 ni harusla meluangkan
Aku tak tau nak mula dari mana. Banyak dah lupa pon. Tula degil suami suh tulis waktu ada masa terluang sepanjang perjalanan haritu aku takmo. Layan tido lagi banyak.
Kan dah susah sekarang. Nak ingat balik semua kejadian. Aku ni dahla spesis pelupa. Banyak nau minum air ada semut. Ataupun masa beranak banyak wayar dah putus. Aku syakla.
Aku citer day by day la ek. Hope korang ready untuk baca entri yang panjang berkajang-kajang. Doakan aku istiqamah meneruskan perjuangan (perjuangan lah sangat pffttt) hingga tamat. Kalau tak jadilah catatan travelog umrah ni never ending stori bhahaha.
Kembara Umrah/Ziarah : Johor bahru - Singapore - Colombo - Jeddah - Madinah - Mekah
Huhu. Sikit punya banyak tempat transit kan. Actually pada asalnya travel agent (Concord) kata flight boleh dapat direct kl - madinah. Tapi disebabkan rombongan kami tak cukup 40 orang pada mulanya jadi tak dapatla flight direct tu. Last minute baru cukup 40 orang tapi flight dah penuh. Rombongan kami menggunakan perkhidmatan Sri Lankan Airlines dengan no flight UL xxx. Sesuai dengan no flightnya UL, flight ni manjang Usually Late lah huhu.
Pagi 28/5 tu, kul 2 pagi gitu aku dan papa dah gerak kuar dari rumah pulai perdana pegi rumah mak papa kat nong chik. Mak mentua dengan adik mak mentua (mak jan) dengan suami mak jan dengan anak derang join sekali travel umrah ni. Kul 3 pagi kami semua kumpul kat depan pejabat concord kat taman kemas. Bas pun dah ada jadi aku terus naik jelah. Berangan sambil BW sikit-sikit. Sementara tu papa dan konco-konco beliau menjadi kecoh sebab salah sorang konco iaitu shy tak sampai lagi padahal bas dan nak gerak. Nyaris shy kena tinggal.
Dalam bas - tunggu nak gerak - muka ngantok
Papa dan konco-konconya. Dari kiri cepatt jalan : Papaku yang macho (jek lebeyy), Shy menantu pilihan pakcik dan makcik kampung pisang, CM Eddie dah kawen tapi sering disangka bujang trang tang tang, Khairul dah tua (tua sikit je dari kitaorang bhahaha tapi nak jugak cakap dia dah tua) tapi nampak muda, Khalid pelawak tulang haha. Papa gitula. Nak jalan ke mana-mana yang jauh macam bercuti ke mesti kengkawan dia terlibat sama. Tak best kalau takde gang sebab takde orang nak dibahankan. Kawan aku je takde haha. Mujur khalid bawa wife dia lin jadi aku adalah konco jugak.
Patutnya sebelum sampai singapore kami singgah satu masjid kat area jb ni untuk solat subuh tapi sebab dah lambat kami terus je ke singapore. Selesai semua urusan imigresen sampai je kat airport aku ngan mak mentua laju-laju gi toilet sebab nak perbaharui wuduk. Wuduk yang amik kat rumah tadi dah batal. Aku ni spesis banyak angin hahaha. Penat dah menahan tapi tak boleh haha. Pecah rahasia.
Tips : Doa/Surah Amalan Untuk Tahan Wuduk dan Tahan Period
Sebenarnya ada doa/surah yang boleh diamalkan untuk tahan wuduk ni. Aku dah buat tapi tak berapa nak jalan. Korang boleh google doanya. Yang aku terbaca iaitu, baca ayat 1 surah Al-Masad tu pastu minum air. Yang mak jan ajar baca surah Al-ikhlas kot ke surah apetah aku lupa pastu tekan kat pusat. Mungkin aku baca tak sungguh-sungguh ke apa tak taula.
Macam untuk period pula, sebelum pegi umrah ni setiap hari lepas solat aku baca surah Hud ayat 44 dan surah Yassin ayat 38. Seminggu sebelum bertolak aku period. So happy la sebab nanti time umrah aku dah bersih. Yang aku risaukan ekor-ekor dia. 2-3 kali aku mandi wajib sebab ingat dah bersih tapi pastu ada lagi. Alhamdulillah, betul-betul masa nak keluar rumah tu aku dah bersih.
***********************************
Nak amik wuduk kat toilet singapore ni memang problemla sebab toiletnya takde air. Amik wuduk kat sinki je. Part nak basuh kaki la payah. Tapi memandangkan aku ni muda dan otai (otaila sangat haha) aku selamba derk je angkat kaki masuk sinki. Mak mentua aku dah blur-blur cane dia nak basuh kaki. Dia kata dia dah tua cane nak angkat kaki cam aku haha. Masa aku tengah syok basuh kaki masuk pulak ammah jaga toilet tu. Terus dia tegur aku basuh kaki kat sinki. Aku wat bodo jela. Abeh dah toilet ko takde air. Takkan aku nak celup kaki dalam jamban kot T__T. Lastly bila ammah tu blah mak mentua buat cara cam aku basuh kaki haha. Mak pon otai jugee haha.
Aku dan mak (mertua). Melalui gambar ini baru aku tau aku tinggi sikit dari mak haha. Baju yang aku pakai tu ada cerita tersendiri. Aku beli maxi dress ni online. Panjang berjela. Dah potong lepas tu bila basuh baju jadik kembang terus jadi panjang berjela semula. Jadi terpaksalah aku pegang kain bila jalan T_T.
Lepas tu nak solat subuh rasanya macam takde surau yang disediakan. Jadi kami solat jelah kat tepi-tepi kerusi ruang menunggu tu. Sedih la jugak. Janganla malaysia ni jadi macam singapore satu hari nanti. Lepas solat tu menunggula kami untuk boarding flight ke colombo pukul 9 a.m lebih camtu.
Nanti aku sambung lagi errkk...in shaa allah. Doakan penulisan aku tak terhenti setakat ini ;P.
21 comments
mak aih...mmg otai ar mak mertua wat cmtu...tu yg payahnya kalau toilet kat luar dr malaysia...
zikry ngan risya stay ngan sape je..
punya semangat chii nk baca..tetiba abih da...cpt2 next cerita ye
Syukur Alhamdulillah.. Rina dah selamat kembali. Jangan lupa sambung entri ni ye. Seronok baca... Terubat rindu... Bila usia dah meningkat ni memang cepat lupa.. Takpe pelan2 ingatkan balik ye.. Gambar banyak pun takpe.. ;)
Kalau rina yg tulis harusla baca..sebab sure akan jd bestnya citer ni...ngee..cpt2 smbung ek
comey jugak cik betty kite ni.hehe
Salam kenal..
Banyak betui transit.. Tapi ok la.. Merasa dah sampai tempat2 tu...
Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali..
semoga terus menulis travelog ini, boleh jd panduan..
@chii
sya dan zikry mak yg jaga..alhamdulillah zikry ok..rina ada citer psl tu kat entri sebelum nih
@keli menari
laaaa..u baru notice ke ai is comel? bahahaha
ni nasib baik pelupa ni... kalau ingat rasanya berkajang kajang ditaipnya...
selamat kembali, Alhamdulillah.
Fuyyooooo....update blog la.....
Wakakakakaka...
Hampeh kan Singapore...
Airport Perth pun ada siapkan prayer room tau..
hai kak betty, kite singgah sini...
tak sabar nak baca yang sampai ke tanah suci tu
:)
@Tukang Karut
jangan risauu..akak tgh perah otak ni nak ingat semula..ko tunggu jela entri berkajang dari akak bhahaha
@Daddy Ziyyad
kuikuikui
waa siap ankat kaki kat sinki tu...memang kretip...
Kiranya 28hb tu kakak masih ada di sana lagi tau Rina sebab kakak balik sini 30hb May.. tak ada nasib nak jumpa
Eh... sorry...sorry... kakak pergi March bukan May.
Alhamdulillah.. selamat kembali.. ;)
panjang pun takpe.. sekurang-kurangnya boleh dijadikan pengalaman untuk orang lain.. ;)
selamat kembali kak!
haha, canggih la kak ngn mak mentua angkat kaki, baik2 ye, licin. haha
memang tk de.surau ke..tak patut betul..