Hai. Sambung lagi gambar-gambaran di Cameron Highlands :).
@KasiManis Farm.
Sate strawberri berkuah coklat. Sapa kata tak sedap dia alien LOL!
Dekat sini ada jual eskrim malaysia strawberri dan gooseberri, sedap sangat.
Berbaloi dengan harganya RM1 sebatang. Eskrim markisa pon ada tapi tak beli.
Dari tingkat 7 equatorial hotel.
Sangat sejuk dan berkabus sebab hujan.
Bila tidur malam bunyi angin menderu macam bunyi hantu.
@Pasar malam Brinchang.
Hujanlah masa ini, sejuk! Korek-korek duit sebab Risya nak beli sarung tangan.
Berangan tak habes-habes dia tu.
Panorama pagi dari tingkat 7 equatorial.
Tengok hijau-hijau bagus untuk mata. Kalau kat rumah asik tengok laptop je kan huhu.
Breakfast kami. Tu sajalah strawberri yang kami makan.
Tak borong banyak pon sebab dengar kata strawberri tak boleh dibawa
turun dari Cameron nanti benyek.
Nak pegi jalan-jalan cari pasal.
Risya kalau mood baik suka bergaya. Tu dah siap pakai sarung tangan dia.
Zikry memang nak carik pasal, LOL!
:).
Kalau tak bergambar kat papan tanda tak sah.
Tengok-tengok tempat tanam strawberri.
Tu tadi semua gambar sebelum mandi, LOL! Tapi bau wangi tahu. Lepas dah siap-siap sebelum balik singgah-singgah dulu kat Butterfly Farm dan juga Kea Farm.
Mama, risya dan rama-rama.
Tempat yang risya nak pegi sangat.
Habis dah. Masa balik singgah beli buah tangan untuk mak dekat pasar Brinchang sebab nak balik rumah mak dulu kat Kluang tak terus balik Skudai tula pasal blog pon lama cuti haha.
Saya beli buah jambu berperisa epal ni. Sedap. Tapi dah dibubuh pewarna. Melampau kaler hijau dia. Beli juga epal cameron tapi epal tu buat gatal lidah bila makan (tak mahu ambik gambo epal tu sebab dah buat lidah aku gatal, LOL).
Dalam perjalanan balik tu singgah makan tengahari kat Brinchang. Makan ikan patin masak gulai tempoyak kat restoran Naimah kut namanya kalau tak silap (tak sempatlah nak hafal nama restoran sebab masa tu dah kebulur sangat). Sedap sangat sampai menjilat pinggan!
nota-noti:
Siapa ingat masa Nora Elena honeymoon dengan Seth Tan ke Cameron diaorang duk hotel mana??
45 comments
masih sejuk lagi kah cameron?
sedapnya strawberi coklat
Bukan main seronok lagi budak2 tue...hihihi Dah lama tak pergi Cameron Higlands...
sana sini stobery kan.mahal2 tak brg sana?nak kumpul duit ni nak pegi gak nanti...
Kakcik pernah menginap di Equatorial ini sembilan tahun yang lalu. Masa itu belum jadi blogger!
amboiiii kalah omputih brekfes mkn stroberi gitew...
nora elena ngan seth tan berhanimun kt sblh umah sy je hahaha
ala..comei betui cik betty ni
suka tengok tau :)
tak pernah tido kat CM...teringin gak!
ooh ke sini rupanya dia...mesti lg best kan sebab pergi sendiri..sendiri adjust time...
strawberynya gumuks2...geram nk makan..hehe
cik betty,
hotel mane paling murah? hehe
pastu jambu tu kan jambu jeruk kan.
"budak2 mana pun kalau pi sana mesti dok merengek nak sarung tgn ngan benda alah lekat kt telinga tu kan...ala2 mcm kt oversea...hehehe..ank2 akk lom sampai lg ,cuti ni nk pegi jugak dah tk sabar dh ni..."
dulu sy duk kat equa gak..best kan..tempat paling tinggi tue huhuhuhhhhh
aiskrim stoberi tu mmg sedap & sgt puas hati.
tengok gambar macam nak kena pergi Cameron Highlands ni
Mmglah, klu bwk turun ke bwh...strawberi mmg benyek! Tak best!
Kelihatan sgt sejuk CH ye?
cik ina pinjam tahi lalat ko balik, manislah perempuan ada tahi lalat . his pasal nora elena cik ina tak tahu sebab tak nengok, beli sayur bestkan kat sini.
comelnya sarung tangan risya tu..
nak pergi Cameron la balik ni.teeheee~
dah lama ngidam nak g cameron...bila la blh jejak kaki kat sana....huhu....
benyek tu apa ek? first time dengar nih...
jambu batu tu la yg buat No tak tahan2 hehe..No suka sangat makan buah tu..klo balik klate lalu ikut grik, ada jual kat bukit bunga..
nora elena tu diorg dok kat strawbweri park..sy nak bg tips sikit, actly, brg or t-shirt kat pasar mlm adlah lebih mahal dari di kedai dan kdg2 kualiti tak seberapa. sy tau sbb mak long sy peniaga di sana dah hampir 30 tahun dia dok sana
salam perkenalan..
best kan g cameron... sy sentiasa teringin nk kesane walaupun br jer turun dr puncak cameron tu.. huhuhuhu
best...semakin teruja nak pergi..mmg plan hujung tahun ni nak ke sana...
tp tak sure jadi ke tidak...huhu..moga jadi la cuti2 ke sana.. :) :)
kalau pergi sekarang kompom hujan kan....hmmm
wow best..tergoda pulak tgok gambar nie semua..nak pergi sekali lagilah cameron..
entah bila.huhu...
alahai strawberi cicah coklat tuh.....
comellll giler akak betty bersama ank2! hheee
Dah lama tak gi CH.. bestnyaa..sejuk2 gitu.. :)
Lama betol tak gi cameron sampai tak ingat bila kali terakhir... zaman sekolah agak nya.
Stroberi cecah coklat kesukaan Datuk Siti tu (Ate bukan peminat dia tapi tah cam ner terbaca fakta ni)
aku suke pi sana dulu pi honeymoon..best2 nanti nak pegilah.anak2 ko comel mcm muka kau ada, muka papa pon ada..
Sallam Cik Betty,
nampak macam kita dok bilik yang sama je, kalau tak pun kira berjiran, sebab pemandangan yang di ambil dari bilik seakan-akan serupa. Cuma masa je berlainan.
Sayang saya tak dapat upload gambar lagi, HP ada problem sikit.
si kakak pun sama singgah pasar malam akan beli sarung tangan...
dap nye straberi coklat n ikan patin woho lama t.mkn
pst psttt cantik tahi lalat kt dagu tu ;D
@aanie
hahaha..anie x penah dgr eh?
benyek tu mcm nk busuk tp x busuk sgt ah..
err paham ke?
cameron dah panas...
rina, stroberi sebenarnya tak benyek kalau kene caranya masa otw turun. masa beli strobery kat CH, sebelum taruk dlm fridge, balut dulu bekas stroberi tu dgn surat khabar byk2 lapis. so tht nanti dalam fridge suhunya tak berubah mendadak dan dia akan feeling mcm suhu asli CH jugak. pastu terus keluarkan dan bubuh dalam kereta masa nak balik. balutan paper tu jgn dibuka, supaya suhunya berubah gradually. stroberi tu kene aruk kat seat depan (kasi kene aircon) all the time, jgn kat bonet, nanti dia akan cair mcm jem.
saya mmg buat mcm tu each time beli strobery kat sana. alhamdulillah ...tahan 4-5 hari gak. selamat mencuba. :)
Buah jambu tu manis bahagian kulit je.. dalam biasa je..time sy beli lah ...
sakan anak awak ... pandai bergaya lah.. suka la..
ok. saye teringin mau pegi cameron highlands. sambil guling2 kat ladang teh.
dill.
sejuk lagi tak sana? cantik pic tu semua... lebih indah bila bersama yg tersayang....
comel2 permata hati awak....
wahhh...best2 la sis...jelesssss la.hehe..bunga pernah teringin nak p tapi xberani..hehe..
Benyek tu hapa?
Past tense untok penyek ke?
@gadisBunga
oh thanx utk tips tu gb..next time kalau gi genting bolehla sy bawak bekal stoberri balik ke rumah :)
sedapnya strwberi ngan coklat....haish..kalo chii la..memang tak pandang org blkg da
tgk gambar2 tu buatkan papa mifz raso esok gak nak g cameron..hehe
Patutlah lama senyap..pergi makan angin anak beranak rupanya ye..nampak sedap anggur celup coklat tu..meja strawberi tu pun kalau dpt bawak balik cantik, lain dr yg lain..mengarut je akak ni, nk bawak balik mcmn meja yek..hehe..sukaa tgk gambar Rina holiday..:)
akak cantikkkk !!!! :D comel2 anak2 akak. tp cameron tak sesejuk dulu mak saya kata. hehe. tp mmg sejuk gak la skang. dulu sy tumpang tdo umah org asli :D best. air mandi makkk aiiii sejuk gila :D
cumilcumil anak akak.. secumil mamanya :) sedapnya strawbery coklat.. nyummmyy !! :) heee