Assalamualaikum...
Nasiblah. Setiap hari buka blog ini akan ada gambar makanan. Sementara aje. Sempena bulan ramadhan kan. Ramadhan dengan makanan bukankah sinonim.
Sepatutnya tepek cerita ini semalam tapi semalam keletihan melampau setelah bertungkus-lumus membuat operasi membuang permainan a.k.a sampah-sarap kepunyaan Risya (anakku ini memang suka mengumpul sampah T.T).
Ini kali kedua saya (peringatan : kejap saya kejap aku adalah bergantung kepada mood penulis yang sering tidak menentu) berbuka secara buffet ramadhan tahun ini.
Pulai Spring Resort cuma terletak bersebelahan rumah saya. Eh. Bukan. Bersebelahan taman perumahan saya. Maka, berjalan kaki pon boleh sampai tapi pasti mengeluarkan keringat tak hengat. Maka, naiklah kereta juga.
Harga buffet di sini lebih kurang RM70++ untuk dewasa. Kanak-kanak RM35++ kalau tak silap. Mahal? Mungkinlah. Sesuai dengan kepelbagaian juadah yang dihidang hingga merambangkan mata. Tapi tak apa sebab kami makan PERCUMA. Terima kasih kepada pihak yang sudi belanja.
Sekarang. Ayuh kita mulakan menjamu mata. Awas! Banyak gambar.
Ada orang kata muka hero kenit ni macam muka saya. Yang mana menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak (siapalah tu ya..ehem).
Lauk-pauk kat sini adalah amat merambangkan mata. Ikan, daging lembu, daging kambing, ayam, tulang rusuk, udang, sotong, kupang dan sayuran. Maka ambil yang mana feveret saja. Dalam pinggan saya tu cuma ada udang sambal, sotong, BANYAK kupang, tulang rusuk, daging rendang minang (ugh..tak kena dengan tekak) dan isi ikan untuk hero kenit serta SEDIKIT nasik (rugilah makan nasik banyak nanti kenyang cepat).
Ambil lagi sebab tak cukup. Hep! Bukan saya makan sorang tapi kongsi dengan anak-anak. Kupang tu bukanlah sedap sangat cara masaknya tapi ambil sebab memang aku mengidamkan kupang. PERINGATAN : mengidam bukan bermakna hamil ya.
Kerabu mangga, kerabu sotong, kerabu udang. Kerabu taugeh tak ambil pasal sayuran adalah bukan feveret hahaha (jangan contohi sikap kurang baik ini).
Air disediakan juga adalah pelbagai tapi mata aku memang tak nampak yang lainlah. Air kathira sudah pasti. Tapi tak sedap T.T.
Dessert pon ada macam-macam. Ambil ini sekadar mencukupkan syarat RM70++ walaupon bukan sendiri bayar. Makan kongsi-kongsi dengan anak-anak.
Aiskrim corong pon ada. Makan-makan sebelum balik. Sebenarnya banyak lagi benda tapi malas nak ambil dah. Ada jeruk, ada pengat, ada rojak, ada keropok, ada tembikai, ada durian. Pendek kata macam-macamlah. Durian tu tipu aje tau.
Eh. Tertinggal lak gambar ABC nih. Ini encik terhebat saya yang buat. Tak menarik ABC nya. Main boh jelah tu kot hahaha.
Alhamdulillah. Tamat sudah menyiksakan mata anda semua. Waktu sedang sibuk ambik-ambik gambar ni semua seseorang menegur : "eh, ini pon nak ambik gambar ke???". Grrrrrrrrrrrrr. Aku dahla termalu-malu buat kerja ni di tengah-tengah orang ramai. Ditegur macam tu memang tambah malu jadinya. Itu pon nasib aku tak keluarkan dslr tau. Macamlah ada kan hahaha.
Tapi bak kata cik ina dodo cheng, nak jadik blogger tegar haruslah kena tahan semua rintangan kan. Kahkahkah.
Sekian.
nota-noti:
Sekarang dalam proses membersih rumah secara besar-besaran.
47 comments
err...lpar... :P
dah selalu kene tegur macam tu - 'eh ini pun nak ambil gambar jugak ke?'
anyway, choice of food kat situ mmg nampak best la. saya pun kurang mkn nasi kalau buffet, takut terkenyang. padahal yg lain2 pun sume nak try jugak kan..baru berbaloi. :D
alamak pg2 tgk hidangan begini mmg tercabar. Kalau nak makan buffet ni, kena makan semua. kalau tidak rugi je bayar. MTapi tak larat le pulak. Meletup perut dibuatnya. Maata anak Rina tu bulatnya ye. Geram aunty tgk kecomelannya.
ermmm best la... tambah2 lagi kalau makan free kan..
kalau sy yg tegur tu ialah suami sy sendiri.. dia kadang rimas pasal sy suka amik gambar..
ewahhh, berapa round pusing table tu...hihi
pstttt, klu tak silap,
pulai spring tak diperakui halal.. opssss sori, dgr2 je la... sbb jaij kan dah kuarkan list buffet ramadan yg halal dan tak...
@mamaNoriz
oh ye ke? sy mmg tak tahu-menahu..maklumlah org belanja kan..tiap tahun mmg vendor belanja mkn situ..
pg2 dh terliur.. adeh..
mahal eh buffetnya.. tp klu byk variety berbaloilah.. lg berbaloi klu percuma.. he..he..
sbb itulah kat blog akak takde gamabar2 sbb takut org tegur gitu klu asyik ambik gambar.. muahaha..
abc tu style je kak,
rupe tak penting, yang penting rasanya. kan? hehe :p
sy penah makan kat pulai spring gak dulu...tp rasanya g dinner je kot...tp ok la makanan dia...
mahal tu
tp nasib baik makan free kan
sedap2 semua juadahnya Rina!akak semenjak dua menjak ni pun, dah belajar buang sikap malu nak ambik gambar..walau pun sesekali kena perli gak ngan Cik abg..nak ambik gambar utk blog punya pasal..( mcm lah ramai nak baca sgt..) hehe. utk kepuasan diri pun jadilah..:)
banyaknya makanan nampak sedap2 je tapi yang paling menarik ais krim corong tu la hee... macam budak2 plak. yang selalu tegur ambik gambar adalah en.suami hee... sebab saya selalu guna h/p dia nak snap gambar
bestnya sedap, tetiba perut cik ina jadik lapar, belum ada agenda lagi bulan puasa ni nak makan kat luar. sapalah nak belanja ni.sekerim , colek sikit .
dah lama tak makan buffet ni, dulu masa keje di hotel, setiap hari buffet, buffet, buffet, sampai jemu. tahun ni tak organise berbuka puasa utk company, geng pompuan semua malas nak pegi. so organise saja utk staff lelaki, nasib baik cable di hotel masih ada, senang sikit nak buat booking.
Ceh, sibuk je org yg menegur tu...Suke atilah kan?
>=p
@Mommy Fara
hahaha..sbnrnya sy cakap camtu kat org tu sbb dah malu..
sempat pulak ambil gambar
sungguh terseksa akak mmndngnya. Ada jugak undangn mkn kt hotel tp tpaksa tolak coz mls nk g. rugi kan!
'eh ini pun nak ambil gambar jugak ke?'
sukahati orang lah kannnnnnnnn!!!
( dari hati seorang yang selalu kena )
pulai spring yg dkt ngan plai perdana tu kan... :) mahal gak ek buffet dia...
bestnya tempat makan orang kaya~~
salam cik betty
1st time datang belog cik betty yg glemer nih. selalu perasan nama cik betty dlm belog uncle, bujal n cik ina DDcheng.
tak sanggup lagi nak datang belog cik betty
SEBAB BANYAK MAKANAN DI BULAN ROMDHAN INI.
cacing dalam perut dah bergaduh-gaduh dalam ni.
da nama pun bufet so melantak la kan..wat pe tggu lg...
dessert tu nmpk sedap
ohhh..tidak...awak telah menaikkan nafsu makan sy huhuhhhhh
dulu sy pun kaki bergambar.. tp sejak mengandung, jadi malas pula. sampai nak charge bateri cam pun malas.. kalau dulu nak keluar wajib bawak digicam yg full bar bateri.. skrg nak bawak pun dah malas
vibrate perut ku ini tahu...
sungguh la rina,mmg kalau nk amik gmbr tu kena tebalkan muka hihi..nk jd blogger tegar ye hehe..
kalau asben izan siap suruh,ha amik gmbr,nnt tak masuk blog plak ahaha...
semua sedap kat situ n berbaloi!~
sedapnya..+_+"
jawab jea cam ni...
"cait! nyibuk jea!"
amboi kemin tayang makanan,dah rambang perut dah nie.haha bkn rambang mata ker?
sepatutnya singgah sini lepas buka. bukannya nak tunggu buka nie. aduhh lapar...
hihi.bleh tahan gak harga dia kak.kalau sndiri byar mmg duk situ smpai abes semua makanan 2.hihi
wahhhh.makan secara sakan.best best.hehe betul lah muka hero kecik tu ada iras cik betty :P
oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...........................sib baik tgk lepas bukak posa......")
alamakkkk...
ada kerabu mangga dan ABC la..nyum3...
ngeh3...baru smlm kemas rumah besar -besaran ....letih gak..huawwaw
rm70 dewasa...mmg agak mahal...kalo sedap pun mungkin x pergi kot....kalo free baru papa mifz nak pergi...hehe
Alamak ABC..abah puas mencari tp tk jupa ABC kat area Selayang ni.
Kasih seorang ayah, hayatinya bersama
ala sis..ABC kegemaran ni..hehe..lapar tiba2..hihi..
isk...tunjuk lagi air katira...manalah nak cari ni...huhu..
hadoh hadohhhhh..enaknya semua makanan itu!! ;)
pergh,jatuh ayaq liuq negnok gambaq hang.. ^_^.v..
im back!!
wah kak.. Buffet Ramadhan.. tau x, farah sepanjang Ramadhan mana ada lagi berbuka lagi kat buffet.. kalau buka kat situ, membazir je.. perut farah ni kecik.. takleh nak msk banyk..
memang menyeksakan bila tengok makanan sedap,hehe... :D
terliur je la bila masuk blog rina ni...slama ramadhan baru sekali sha berbuka di luar dgn kawan2 last week...
sedapnya! dah petang2 ni rasa lapar tak tahan! :D
makannn... hurmmm.... bestnya.... hurmmmmm