Assalamualaikum..
Mood blogging sudah menjunam dengan begitu hebat sekali.
Tapi masih punya hati mahu menempek cerita baru.
Menu berbuka semalam.
Beef Kue Teow a.k.a Kue Teow Daging Lembu.
Walaupon masak separuh hati mujur jadik juga.
Lagi separuh hati?
Ntah.
Mungkin asyik teringat persiapan raya yang belum selesai.
Nak resipi kah?
Nah.
Bahan-bahan:
Sebungkus kue teow (basuh bersih, bilas dengan air panas sikit dan toskan)
Daging (rebus)
3 ulas bawang putih (aku ketuk aje)
Halia muda (hiris nipis - tak nak letak pon takpe pasal aku pon lupa letak semalam sedap juga)
Bawang besar (racik - samalah kalau nak buat-buat lupa letak pon takpa)
Sayuran (aku pakai sawi jepun dan carrot - terpulang nak sayur apa - nak letak daun bawang je pon boleh)
Kicap masin, kicap mee, kicap manis, sos tiram
Tepung jagung (bancuh dengan air)
Telur
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak. Goreng kue tiow bersama pelbagai jenis kicap. Nak kasik kue teow ada kaler.
Kat periuk lain, tumis bawang putih dengan halia (kalau letak) dan juga bawang besar (kalau letak).
Dah naik bau, masukkan daging dan air rebusannya.
Dah mendidih, masukkan segala jenis kicap yang ada di dapur beserta sos tiram.
Tak payah garam pasal kicap pon dah masin.
Kurangkan garam dalam masakan. Lebihkan masin dalam kehidupan. Apa kau merepek ni haaa??
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Campak telur. Kalau jadik telur goyang memang meleleh ah.
Malangnya yang aku buat semalam telurnya terlebih masak - kempunan nak tengok telur goyang T___T.
Kuah dah siap.
Sayuran tadi kalau guna carrot kena rebus sekejap. Sawi celur kejap je. Kalau daun bawang tabur ajer.
Nak makan taruh kue tiow dalam pinggan - siram dengan kuah - letak sayuran.
Sekian.
Harini nak masak apa pulak haa???
42 comments
sedapnya...tak pernah buat..selalu order kat kedai je..ni pun nmpk lg sedap dari kat kedai..yum yum!~
mood bloging merudum mod pembaca juga merudum..menyelerakan makan itu
Malas nak buat, nak makan je - tapi yang panas2. :)
my feveret!
teror arrr rina semua leh masak... hujung jari jek...
Persiapan raya tak siap lagi?
sedapnya rina..terliur akak:)
nmpk sedap betul.. selalu buat kuew teow goreng aje.. yg mcm ni tak pernah buat.. boleh ambil resepi ni utk cuba.. thank you yer..
pernah jugak makan .. makan kat kedai .. goreng kotiew aelalunya sekuali terus...keke
wawaaaaa nak salin resipi..hehehehe
hmmm nyummy (sebut versi amzar)...terliur lak plak...t nak buka posa cari char koay teow..
pedih je perut jat kak.huhu nape ntah.huhu.
kalau campak 3, 4 biji cili padi..sure lagi sedap kan..mmm.. :)
waaaaa sedapnyaaaaa.cik betty buat resepi nasi ayam kebabomm pulak.hehe.adik nk belajar masak *eceh*.
wow sgt terliur.
sdap je nmpak kuew tiaw tu cik betty....
eemmm...sgt2 rajinnya dia...kakD plak mcm mls la nak buat bulan2 posa ni...*tiba2*
resepi baru ni meh nak langgan resepi ni, dah tertarik menonton gambar kue teow tu mesti nak cuba masak plak.
Pandai betul Cik betty masak ya...Walaupun dalam keadaan mood yang malas hasilnya sedap tue...tengok pun meleleh air liur nie ha....hihihi
perrgghhh boleh try lah resipi ni..hihihi
chef rina tukar ngan ayam bolehkan. dah lapar ni, kueh teow memang peberet cik ina.
ala~~raya lama lagi~~rilek~~he~~
saya harap kite berjiran. heheheh~
aduyai... tertengok waktu siang lagi...
apa persiapan yg special tahun nie hehheeee
@Cik Ina Do do Cheng
cik ina tere masak jadik boleh je tukar-tukar hehe..tp namanya jadik chicken kue teow lak
ini dah boleh ganti chef wan ni. hehe :p
macam best je...nak rase boleh? hehe...
sedapnya nak gak
sedapnya..tapi stok daging plak takde..huhuhu
wow terliur eden
alamak nampak sedap =_='
wow nampak menyelerakan..tgok menu cik betty semua terliur n terasa nak bikin.haha..
Dihias-hias macam hotel. Puan Betty sangat pro :)
kalau pegi sedap corner suke gak makan ni tp ratu tuko beef mihun sbb tak makan kue tiew...
@ratusiput
ratu..ini mmg inspirasi dr sedap corner lah ni..feeling² gi mkn kat sana..
mood blogging saya pun menjunam,sebab utama adalah sgt busy,mood pembaca saya tk tahu, tkpelah bukan blogger tegar dan fofular pun saya ni...
ni macam ala2 kuew tiew kung fu je..mmmm..nnti leh cuba lah..
salam rindu rina,
dr smlm akak nk mnyinggah unftunately brokben buat hal plak huhu
akak benda2 pns bkuah ni mmnglah no.1 tp jrg msk coz bdk n bapak bdk lbih suka yg goreng
tp plan nk buat jglah time pose ni
macam sedap je..
@Puteri
puteri cubalah..
kalu sy wat kuew teaw mesti x jd..x tau mn silap nyer
mak aiii separuh hati pun dah nampak mabeles cenggini.. kalau sepenuh hati, cemana gamaknya?